HIDUP DAN HARAPAN |
| Posted: 26 Jan 2011 10:09 AM PST 26 JANUARI 2011 Minta Penjelasan Daripada Muhyiddin Yassin Tanah En. Mansor Bin Mohamad HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat telah di lelong pada 1/12/2003. Beliau mempunyai tunggakan bayaran hutang dengan pihak bank sekitar RM20,000. Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat En. Mohd Azahar Bin Ibrahim yang juga calon Barisan Nasional (BN) pilihanraya kecil Tenang telah gagal menyerahkan notis pendengaran kes lelong ini kepada beliau. Secara rasminya En. Mansor tidak dimaklumkan tanahnya akan dilelong. Pada 19/9/2003 perintah jualan hartanah telah di keluarkan. Menurut En. Mansor, sehari sebelum lelongan beliau telah membuat bayaran kepada pihak bank sebanyak RM10,000 bagi bayaran tunggakan bayaran hutang. Beliau merayu kepada En Mohd Azahar agar tanahnya tidak di lelong. Pada hari tanahnya di lelong beliau membawa tunai sebanyak RM12,000 untuk menyelesaikan tunggakan hutangnya. Semua rayuan En Mansor tidak di layan. Tanah seluas 8 ekar telah dilelong dengan harga RM70,000 sedangkan nilai tanah tersebut pada tahun 1996 bernilai RM116,000. Nilai semasa tanah tersebut dijangka RM120,000. Ini bermakna tanah En Mansor telah dijual dengan harga dibawah harga pasaran. Hanya seorang sahaja pembina yang hadir pada masa lelongan tersebut. Akhirnya tanah tersebut telah di beli oleh pembida tersebut. En Mansor telah membuat saman pemula No 24(L) -674-2004 berkaitan tanah tersebut ke Mahkamah Tinggi Muar. Beliau telah dapat membuktikan kepada mahkamah bahawa tiada sebarang notis pendengaran kes lelongan hartanah diberikan kepada beliau. Pada 29/1/2008 Yang Arif Hakim Dato' Asmadi Bin Haji Asnawi, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar telah memutuskan membenarkan tuntutan En Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat dengan kos akibat dari kecuaian pegawainya En. Mohd Azahar mengendalikan kes tersebut. Tanah tersebut telah dikembalikan kepadanya. Akhirnya En Mohd Azahar telah dipindahkan ke Pejabat Daerah Kecil Renggit. Pangkatnya telah diturunkan. Saya mohon penjelasan daripada Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO mengenai perkara-perkara di bawah : 1.Mengapa calon BN bagi pilihanraya kecil Tenang En. Mohd Azahar Bin Ibrahim sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah gagal memberi notis pendengaran kes lelongan tanah En. Mansor? 2.Mengapa nilai tanah En. Mansor di lelong dengan harga RM70,000 dibawah harga pasaran? 3.Mengapa rayuan En Mansor untuk mengelakkan lelongan tanah dengan membuat bayaran RM10,000 kepada bank tidak di layan oleh En Mohd Azahar? 4.Mengapa hanya seorang pembina tanah sahaja yang hadir pada masa lelongan tersebut berlaku? 5.Mengapa En Azahar diturunkan pangkat daripada Pejabat Daerah Segamat kepada Pejabat Daerah Kecil Renggit? 6.Apakah terdapat perundingan jahat antara En. Mohd Azahar, jurulelong dan pembina semasa mahu melelong tanah En Mansor? 7.Berapa kerugian yang ditanggung oleh Pejabat Tanah Daerah Segamat akibat kecuaian pegawainya menguruskan urusan tanah En Mansor? 8.Mengapa UMNO sanggup menghampakan ahli-ahlinya dengan meletakkan calon yang telah terbukti bersalah di mahkamah dalam pilihanraya kecil Tenang? SUHAIZAN BIN KAIAT Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat |
| ANAK ALLAHYARHAM TAN SRI KHIR JOHARI SERTAI DAP Posted: 25 Jan 2011 10:33 PM PST ![]() Anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Allahyarham Tan Sri Khir Johari menyertai DAP baru-baru ini. Zairil Khir, 26, Ketua Pegawai Eksekutif RND Chocolate Labs Sdn Bhd, berkata: "Parti ini mewakili pelbagai bangsa sepertimana yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman." Bapanya, yang tleah meninggal dunia empat tahun lalu, telah berkhidmat di dalam kabinet di bawah tiga perdana menteri – Tunku, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Zairil said: "Bapa saya tidak pernah memaksa saya menyertai mana-mana parti politik. Hanya nasihat beliau agar saya melakukan perkara yang betul." Beliau menambah keluarganya, termasuk adiknya 22 tahun dan ibunya telah memberi restu kepadanya untuk menyertai DAP. Beliau berkata lagi bahawa beliau bercadang untuk melibatkan diri di dalam politik untuk meneruskan perjuangan bapanya. Beliau menjelaskan bahawa UMNO semasa ayahnya masih ada berbeza sama sekali dengan keadaan UMNO yang ada pada hari ini. Sewaktu bapanya menyertai Umno dahulu iaitu sewaktu pra-merdeka, perjuangannya ialah untuk membebaskan negara dari penjajahan British. Sekarang setelah lebih 50 tahun BN berkuasa, apa yang berlaku ialah rakyat terjajah, ditekan oleh bangsanya sendiri, kita tidak miliki kebebasan. Zairil menegaskan jika ayahnya masih hidup dan sama dengan usianya kini, pasti ayahnya juga tidak akan menyertai UMNO. Allahyarham Khir Johari adalah antara nama-nama besar dalam Umno. Allahyarham pernah dilantik menjadi Menteri Muda Pertanian dan Perikanan (1955), Menteri Pelajaran (1957-1959 dan 1965-1968), Menteri Perdagangan dan Industri (1960-1962 dan 1969-1971), Menteri Pertanian dan Koperasi (1963-1964) dan Menteri Tidak Berportfolio (1973). |
| You are subscribed to email updates from HIDUP DAN HARAPAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan