Ahad, 23 Januari 2011

shalehudin

shalehudin


Umno pun tak tau muslimah tak boleh salam bukan muhrim

Posted: 23 Jan 2011 09:09 AM PST

Semua mata terus tertumpu pada tangan Cikgu Mala, samaada calon tu bersalam atau tidak dengan lelaki, khususnya bangsa Cina. Pagi ni, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Tan Lian Hoe hari ini terus menyelar pendirian muslimat PAS itu.

Aku mula risau la dengan cara BN putarkan isu nih. Gusar terhadap cara permainan politik MCA dan Gerakan khususnya yang didakwa tidak mengira sensitiviti agama dan adab tatasusila masyarakat. Isu tidak bersalam antara lelaki dan wanita bukan mahram tidak patut dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak, perkara itu adalah tuntutan agama.

Sepatutnya semua pihak kena la menghormati pegangan agama seseorang kerana ia bukanlah "kecacatan" malah menggambarkan prinsip utuh yang dipegangnya.

Mana dia Perkasa? Mana dia Zul Kulim? Hilang pi mana habih... ni Islam tengah dilanyak oleh cina kawan hangpa nih...

Ada jawatan tapi perangai macam orang utan... wakaka...

Posted: 23 Jan 2011 12:00 AM PST

Ada jawatan tapi perangai macam orang utan, lembab dan hampir pupus. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Noh Omar berkata kerajaan negeri itu tidak menghormati Sultan Selangor kerana mengeluarkan notis sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) empat hari sebelum mendapat perkenan baginda.

Dah habih kot modai dia nih... tak tau dah nak bedai kot mana, hentam pi la isu ni pun... wakaka....

Beliau berkata tindakan itu juga membayangkan tujuan sebenar kerajaan negeri mahu meminda Undang-undang Tubuh Selangor, iaitu untuk memberi kuasa kepada Menteri Besar dan bukan kepada sultan seperti yang digembar-gemburkan.

Notis persidangan itu dikeluarkan Speaker DUN Datuk Teng Chang Khim pada 10 Januari lepas iaitu empat hari lebih awal sebelum menerima perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bersama Rakyat di Felda Tenang, di sini malam Sabtu.

"Sepatutnya kalau betul-betul menjunjung kasih Sultan, kerajaan negeri patut mendapat perkenan Tuanku dulu sebelum menetapkan tarikh persidangan. Jelas mereka membelakangkan Sultan," katanya.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata sikap biadap kerajaan negeri yang dipimpin pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS itu turut menunjukkan cadangan pindaan tersebut sebagai gimik politik.

Noh juga mengulangi bahawa semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Selangor akan hadir pada sidang itu bagi menafikan hasrat kerajaan negeri daripada meminda undang-undang tubuh tersebut.- Bernama

Faedahnya bila ada wakil rakyat mati... berpolitik ala BN... wakaka...

Posted: 22 Jan 2011 11:00 PM PST

Orang Asli Labis terima rumah baru

Kegembiraan jelas terpancar di wajah Shariff Dagoh dan tiga orang anaknya ketika mengiringi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal untuk melawat rumah barunya.

Beliau merupakan salah satu daripada tujuh keluarga masyarakat Orang Asli daripada suku kaum Jakun di Kampung Ulu Juaseh di Labis yang menerima rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), semalam.

"Saya macam tak percaya bila dapat tinggal rumah batu yang cantik ini. Kami sekeluarga memang amat gembira. Dulu tinggal di rumah lama, tak selesa, tetapi sekarang ini semua cantik," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah barunya yang turut dilengkapi bekalan elektrik dan air itu, hari ini.

Shariff, 30, yang juga merupakan anak kepada Tok Batin kampung itu, Dagoh Tanda berkata beliau telah membuat permohonan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) tahun lepas untuk mendapatkan rumah baru.

Katanya permohonan kepada JKOA telah diproses dengan cepat dan pada penghujung tahun lepas, beliau sekeluarga telah dibenarkan menginap di rumah baru yang mempunyai tiga buah bilik itu.

Seorang lagi penerima rumah PPRT, Awang Tembilang, 31, yang mempunyai dua orang anak, turut melahirkan kegembiraannya kerana mendapat rumah baru yang diterimanya daripada Shafie Apdal itu.

"Rumah saya kini ada bekalan air dan elektrik yang lengkap. Ia sememangnya mengubah kehidupan kami sekeluarga ke arah yang lebih baik," katanya yang bekerja sebagai penoreh getah untuk menampung kehidupan sekeluarga.

Walaupun gembira menerima rumah yang dilengkapi pelbagai kemudahan asas, namun Awang, tetap berharap kerajaan terus menghulurkan bantuan di dalam permohonannya untuk mendapatkan sebidang tanah pertanian.

Katanya tanah itu akan digunakan untuk menanam getah dan kelapa sawit bagi menjamin masa depan beliau dan keluarga.

"Ketika ini, saya dan sebahagian besar Orang Asli di sini hanya mengambil upah menoreh di kebun-kebun kelapa sawit, di mana pendapatannya adalah tidak menentu," katanya.
Hasil daripada pekerjaannya mengambil upah menoreh getah kata Awang, beliau mampu memperolehi pendapatan sehingga RM800 sebulan, tetapi pendapatan bulanannya akan terjejas jika cuaca sentiasa hujan.

Shafie di dalam ucapannya berkata kerajaan tidak pernah meminggir masyarakat Orang Asli negara ini dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan serta membawa mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

Selain di Kampung Ulu Juaseh, JKOA Johor katanya turut membina 100 rumah PPRT untuk masyarakat Orang Asli di Minyak Beku dan 40 kedai di Rengit, kedua-duanya terletak di daerah Batu Pahat.

"Ini semua adalah bukti tentang tanggungjawab kerajaan terhadap masyarakat Orang Asli," katanya sambil menambah, kementeriannya akan membina 10 buah lagi rumah PPRT untuk masyarakat Orang Asli di Kampung Ulu Juaseh.--Bernama

Banyak la hang punya dalih Jib oiii... haha...

Posted: 22 Jan 2011 10:30 PM PST

Tidak konsisten: PAS bidas pendirian Najib

Nazri Abdullah
LABIS, 23 Jan: Kenyataan tidak konsisten Datuk Seri Najib Razak berhubung beberapa isu besar negara menunjukkan Perdana Menteri itu banyak dolak dalih, kata AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Beliau memberi contoh, Najib ketika mula memegang jawatan Perdana Menteri ada mengumumkan bahawa zaman kerajaan tahu semua perkara sudah berakhir.

Namun apa yang dihairankan katanya, dalam isu debat dengan Datuk Seri Anwar, Najib mendakwa beliau selaku perdana menteri tahu semua benda dan tidak takut dengan Anwar.

"Bila Najib jadi PM dulu, dia umum zaman kerajaan tahu semua sudah berakhir.
"Kononnya beliau merendah diri dan menghormati pihak lain yg juga berpengetahuan.
"Tapi berbeza dalam isu debat, beliau secara terbuka menjawab dengan angkuh, "saya perdana menteri saya tahu semua perkara," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat, berkata demikian ketika ditemui di pusat penamaan calon PRK Tenang semalam.
Tambahnya, Najib sekali lagi membuka pekung dirinya apabila tidak mahu merespon berhubung dakwaan penyeludupan wang secara haram ke luar negara yang dianggar bernilai lebih RM67.7 bilion.

Najib sebaliknya hanya mahu pihak Bank Negara Malaysia membuat ulasan berhubung perkara itu.

Terdapat laporan berita yang mengatakan Malaysia menduduki tempat kelima di kalangan negara-negara yang mencatatkan pengaliran keluar wang haram paling banyak.

Laporan tersebut didakwa berdasarkan laporan oleh badan pengawas kewangan yang berpangkalan di AS, Global Financial Integrity (GFI).

Menurut laporan itu pengaliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion (US$22.2 bilion) yang, lapan tahun kemudian, melonjak kepada RM208 bilion (US$68.2 bilion).

"Beliau bukan seorang yang konsisten. Hanya bercakap untuk lepaskan diri sahaja," kata Kamaruddin.

Sehubungan itu, beliau mahu Najib sekali lagi menyatakan pendirian beliau terhadap cabaran debat yang dibuat Ketua Umum PKR itu.

Pantun kat Najib... haha...

Posted: 22 Jan 2011 08:51 PM PST

Kalau semput kata la semput...
Tidak Rosmah terjun perigi.
Kalau takut kata la takut...
Tak payah dok pusing sana sini.

Kahkahkah...

KUALA LUMPUR 23 Jan : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berharap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerima debat , dan jangan banyak helah serta cuba mengalih isu,kata Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad.

Boleh runtuh langit la kalau Najib berani dok sepentas ngan Anwar... wakaka....

Mana Najib ni, Zul Kulim tak mau mai tolong sama ka?

Posted: 22 Jan 2011 07:56 PM PST


Kita cabar Najib untuk turun ke Tenang dengan bukti menolak kenyataan Anwar Ibrahim bahawa 1Malaysianya dikait rapatkan dengan APCO Worldwide.

Semalam, Felda Tenang digegarkan dengan pendedahan bukti hubungan kerajaan Malaysia pimpinan Umno-Barisan Nasional dengan APCO Worldwide bersabit isu 1Malaysia. Perkara itu didedahkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai pembuka tirai kempen pilihanraya kecil DUN Tenang bermula malam tadi.

Menerusi salinan dokumen perjanjian Malaysia-APCO Worldwide yang dikemukakan Anwar, menyatakan penglibatan Sekretariat Akhbar Perdana Menteri Malaysia, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad sebagai saksi perjanjian tandatangan pegawai kerajaan Malaysia dengan syarikat perunding Israel itu.

Justeru menurut beliau, penafian berterusan syarikat yang berpengkalan di Washington and Tel Aviv oleh Perdana Menteri Najib Razak selama ini merupakan pembohongan semata-mata.

"Ada tak perjanjian? Ada. Pertama saya ada, kerajaan Israel dan Apco yang mereka kata tiada dan menteri-menteri kita nafi. Tahun 1991. Kerajaan Israel dan Apco, ini perjanjian. Kedua 2009, perjanjian kerajaan Datuk Seri Najib dengan Apco.

"Tandantangan bukan setakat wakil kerajaan, saksinya Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad, Sekretariat Akhbar Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib, ini dia. No kad pengenalan pun ada, 620707015781," kata beliau di hadapan ratusan masyarakat felda yang hadir ke Markas PAS Felda Tenang malam tadi.

Anwar ketika ini digantung enam bulan oleh Parlimen Malaysia tanpa diberi peluang membela diri kerana dituduh mengelirukan dewan setelah lantang mendedahkan konsep 1 Malaysia yang meniru 'One Israel' oleh APCO Worldwide.

Seterusnya, Najib tampil menafikan tuduhan itu sebaliknya menyatakan konsep tersebut adalah ilhamnya sendiri.

"1999, Ehud Barak sebut 'One Israel, People First''. Apa maknanya? Rakyat didahulukan. Sepuluh tahun kemudian, rakyat didahulukan. Tanya mereka (Umno-Barisan Nasional), kebetulan. Satu Israel, Satu Malaysia, kebetulan. Macam cerita P Ramlee, cubaan," disahut ketawa sinis penduduk felda yang hadir.

Beliau turut akan mengedarkan salinan dokumen tersebut kepada markas-markas parti Pakatan Rakyat.

Dalam ceramahnya, beliau turut mengecam pemimpin yang bersikap bongkak terhadap kuasa dan tanggungjawab yang dimandatkan oleh rakyat.

Tambahnya lagi, beliau tidak gusar akan tentangan hebat yang diberikan kerajaan Umno-Barisan Nasional untuk menyekatnya daripada mendedahkan perbuatan salah pemimpin-pemimpin parti itu justeru mengajak rakyat menilai integriti wakil masyarakat yang dipilih.

Jelasnya lagi, rakyat harus didedahkan dengan maklumat sahih agar dapat menilai sejauh mana tanggungjawab yang dilaksanakan oleh kepimpinan negara.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu hadir ke kawasan DUN Tenang bertemu masyarakat di tiga lokasi sekitar Labis malam tadi yang rata-ratanya memberi respon positif terhadap calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman.

Umno gagal

Posted: 22 Jan 2011 07:11 PM PST

Calon PAS kecewa Soi Lek tak faham Islam, Umno pula gagal bantu MCA

Dalam temu bual tiga jam selepas disahkan sebagai calon, Normala melahirkan kekecewaan kerana kepimpinan MCA masih tidak memahami adat resam diamalkan wanita Islam. – Foto oleh Choo Choy MayLABIS, 22 Jan – Calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.

Merujuk kepada isu tidak bersalam yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Normala meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Menurut Normala, 38, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA yang dipimpin Dr Chua sudah memahami tertib seorang wanita Islam.

"Saya secara peribadi berpendapat bahawa sudah tiba masa pihak lawan (BN) matang setelah 53 tahun kita merdeka... apa yang paling penting adalah dasar-dasar atau komitmen perkhidmatan yang mahu dibawa kepada rakyat khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

"Bukan menyentuh isu peribadi atau serangan peribadi yang saya kira ia satu perkara yang sangat jauh daripada apa yang kita fokus.

"Saya kira perkara yang paling penting adalah setelah 53 tahun merdeka, MCA sepatutnya sudah lama memahami konsep sebagai individu Muslim yang perlu kerana mereka berkawan dengan komponen BN iaitu Umno," kata beliau dalam temu bual ekslusif bersama The Malaysian Insider hari ini.

Exco Dewan Muslimat PAS pusat ini berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Dr Chua mengenai Islam apabila secara sindiran membuat perbandingan cara Normala bersalaman dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang.

"Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.

"Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS," kata Dr Chua.

Dalam temu bual ringkas itu, Normala berkata, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP akan membantu memberikan sokongan dan menjelaskan mengapa beliau tidak mahu bersalam dengan lelaki sepanjang kempen pilihan raya kecil yang bermula hari ini.

Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis dan bekas guru sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39.

Normala juga merupakan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS pusat.

"Dari segi strategi, cara dan kaedah untuk saya mendekati masyarakat seperti ini saya kira rakan-rakan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk memberitahu mereka kenapa dan mengapa.

"Apa yang paling penting adalah akhirnya pengundi DUN Tenang akan memahami itu retorik yang tak berasas untuk dibawa, sedangkan permasalahan yang paling besar adalah fokus utama termasuk permasalahan kebajikan, sosioekonomi dan sebagainya.

"Sudah seharusnya saya kira perkara itu tidak perlu timbul buat masa ini," kata beliau.

Normala juga berkata Umno-BN akan sentiasa membuat provokasi untuk memberikan beliau imej yang buruk kepada pengundi di DUN Tenang.

"Apa pun bagi saya Umno-BN tetap akan mencari isu-isu remeh, isu-isu yang sangat berbentuk picisan kerana kalau apa yang kita lihat buat pun dikata tak buat pun akan dikata.

"Yang paling penting adalah konsep kita memahamkan rakan-rakan khususnya Tionghoa dan India untuk memahami bahawa bagaimana sebenarnya apa yang kita bawa sebagai seorang individu Muslim itu.

"Bukankah sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Sepatutnya mereka memahami situasi ini," katanya.

Normala bagaimanapun melahirkan rasa simpati terhadap Dr Chua kerana gagal memahami konsep Islam selepas Umno gagal memahamkan parti komponen BN itu.

"Secara peribadi saya lebih fokus kepada perasaan simpati saya kepada beliau (Dr Chua) kerana tidak memahami, seharusnya setelah lama berkawan dengan komponen BN, menjadi tanggungjawab Umno untuk memahamkan rakan-rakan tentang hak yang sebenar sebagai individu Muslim termasuk soal bersalaman dan sebagainya.

"Umno gagal memahamkan rakan-rakan dalam BN setelah 53 tahun, seharusnya tidak berlaku.

"Kita lihat dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Seharusnya konsep memahami satu-satu kaum atau agama perlu difahami," katanya.

Bekas guru itu juga bersedia untuk menghadapi apa sahaja serangan yang akan dibuat BN sepanjang kempen pilihan raya yang akan berakhir 30 Januari ini.

"Saya bersedia berdepan apa sahaja cabaran, tohmahan dan fitnah yang akan dilakukan pihak lawan kerana itulah realiti setelah 14 kali pilihan raya kecil.

"Kita lihat isu begitu dan mereka tetap gunakan strategi lama yang saya kira ia tak seharusnya berlaku buat masa sekarang bagi pihak lawan buat perubahan untuk memenangi hati rakyat bukan menyuluh kelemahan peribadi begitu.

"Saya yakin kejutan besar akan berlaku dan saya bimbang itu akan menimbulkan kebencian (pengundi) kepada pihak Umno-BN," katanya.

Tambah Normala, Pakatan Rakyat akan memainkan peranan penting dalam membantu orang bukan Islam untuk memahami lebih dekat konsep yang dibawa PAS selama ini.

"Seperti kaum lain, kami orang Islam memahami budaya dan agama Tionghoa dan India.

"Kami menghormati dan memahami, itulah cara mereka dan seharusnya perkara ini sudah lama difahami rakan-rakan BN," katanya.

Ketika ditanya mengenai keyakinan untuk memenangi pilihan raya kecil DUN Tenang, Normala berkata, beliau optimis pengundi akan membuat keputusan bijak dalam memilih wakil rakyat baru.

"Saya optimis dan berkeyakinan tinggi pengundi kini telah bijak membuat keputusan untuk menentukan perjuangan masa depan dengan membawa suara dan permasalahan ke Dewan Undangan Negeri dengan memilih wakil rakyat yang berwibawa, prihatin dan empati.

"Pada 30 Januari, saya percaya dan berkeyakinan tinggi pengundi DUN Tenang mampu membuat kejutan dan perubahan besar demi," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008.- MI

Macam tak percaya, Liverpool menang bergaya... haha...

Posted: 22 Jan 2011 11:33 AM PST

Kenny Dalglish menang perlawanan pertama sejak kembali sebagai pengurus Liverpool apabila dua gol Fernando Torres dan satu gol Raul Meireles memberikan pasukannya kemenangan 3-0 ke atas Wolverhampton Wanderers dalam saingan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.

Ia adalah kemenangan pertama Liverpool sejak mereka menewaskan Bolton Wanderers pada tahun baru dan membawa keriangan kepada wajah murung Dalglish yang menggantikan Roy Hodgson sebagai pengurus dua minggu lalu.- AP

Tiada ulasan: