shalehudin |
- Beranikah istana tegur kelaku Rosmah
- Peguam dibenar tarik diri mewakili bekas Sultan Kelantan
- Panas, Ku Li pulak panas
- Panas, Azwan Ali tibai Ummi dekat Twitter
- Suruh Rosmah diam sehingga selesai PRU-13 boleh ka Najib?
- Kah... kah... kah... wakaka... hihi... gelak gulin gulin...
- Haleeda nikah di Thailand
- Alaahaaiii Selangor oiii...
| Beranikah istana tegur kelaku Rosmah Posted: 18 Jan 2011 07:35 AM PST Dua memorandum akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri berhubung tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang dianggap biadap serta derhaka ekoran menggunakan gelaran wanita pertama dan mencampuri urusan rasmi kerajaan. Satu kumpulan dari pelbagai latar belakang bakal menggerakkan penyerahan memo ini menjelaskan dua memo berasingan dengan isu yang hampir sama akan diserahkan kepada Seri Paduka dan Najib setiap satu. Antara isi kandungan memo pada Seri Paduka ialah memohon agar pihak istana campur tangan atau menyatakan pendirian berkenaan penggunaan gelaran Wanita Pertama oleh Rosmah. Mungkin sudah muak dengan apa yang dipertontonkan oleh Rosmah laki Najib nih terutama sikap angkuhnya apabila dengan beraninya menggunakan gelaran Wanita Pertama walaupun telah dikritik hebat sebelum ini. Masaalahnya disini ialah, beranikah pihak istana menegur si Rosmah nih yang dikatakan semakin angkuh dan keterlaluan nampaknya. Tindak-tanduk Rosmah semacam mahu cuba menjadikan gelaran wanita pertama sebagai gelaran yang sah dan gelaran rasmi untuk isteri PM, iaitu dia sendiri. |
| Peguam dibenar tarik diri mewakili bekas Sultan Kelantan Posted: 18 Jan 2011 05:21 AM PST Peguam Raja Aziz Addruse dan Abdul Rashid Ismail telah menarik diri daripada mewakili bekas Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra dalam petisyen ketiga yang difailkan baginda bagi mencabar keperlembagaan pemasyhuran anakanda sulungnya sebagai Sultan. Penarikan diri mereka adalah ekoran keengganan Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh pendengaran petisyen itu pada pertengahan Mac ini seperti yang dipohon. Alasan itu dinyatakan dalam afidavit Abdul Rashid yang difailkan bagi menyokong notis usul penarikan diri mereka daripada mewakili Tuanku Ismail Petra. Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Seri Md Raus Sharif, membenarkan permohonan mereka selepas peguam Sunil Abraham yang mewakili Sultan Muhammad V (Tengku Muhammad Faris Petra) tidak membantah. Dalam affidavitnya, Abdul Rashid berkata Tuanku Ismail Petra telah melantik Raja Aziz dan firma guamannya, Tetuan Rashid Zulkifli mewakili baginda dalam petisyen itu. Beliau berkata firmanya telah memohon supaya tarikh pendengaran petisyen itu ditetapkan pertengahan Mac kerana Tuanku Ismail Petra mahu Raja Aziz berhujah, dan peguam itu hanya akan selesai menjalani rawatan di sebuah hospital di Singapura pada awal bulan tersebut. Bagaimanapun, Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan menolak permohonan itu dan menetapkan 10 Feb untuk mendengar permohonan Sultan Muhammad V bagi membatalkan petisyen tersebut. Melalui petisyen ketiga yang difailkan 20 Sept lepas, Tuanku Ismail Petra memohon Mahkamah Persekutuan memutuskan beberapa isu perundangan berhubung pindaan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan dan pemasyhuran pemangku raja sebagai Sultan. Pada 13 Sept lepas, Majlis Perajaan Negeri telah melantik Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan menggantikan ayahanda baginda yang tidak berkeupayaan sejak Mei 2009. Pada 26 Nov lepas, dua petisyen berhubung kuasa pemangku raja ketika ketidakupayaan Sultan yang difailkan Tuanku Ismail Petra, ditolak oleh Mahkamah Persekutuan, yang memutuskan bahawa bekas Sultan itu tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk merujuk isu yang perlu diputuskan oleh mahkamah tersebut.- Bernama |
| Posted: 18 Jan 2011 03:51 AM PST Cerita panas yang berlegar sekarang ni bagai mengesahkan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan diambil keterangan oleh polis Kelantan di ibu negara petang esok berhubung kenyataannya mengenai krisis Kelantan tahun lalu. Portal The Malaysian Insider memetik sumber-sumber melaporkan, polis dari Kota Bharu itu akan merakamkan kenyataan anggota kerabat diraja itu di rumahnya di Jalan Langgak Golf petang esok. Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li memberitahu, beliau berpendapat Tuanku Ismail Petra adalah pemerintah Kelantan yang sah dan bukannya anakanda baginda Tengku Muhammad Faris Petra. Pada 7 Disember lalu, Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata tindakan Ku Li yang masih mempertikai kedudukan Sultan Kelantan dari segi undang-undang adalah hak dan pandangan peribadi beliau. Tengku Razaleigh mengeluarkan kenyataan itu selepas diminta mengulas keputusan Sultan Muhammad Ke-V memperkenankan penarikan balik dua anugerah kebesaran negeri, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) dan tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) (Al-Muhammadi I). Pada 5 Disember lalu, Istana Kelantan mengesahkan penarikan balik dua darjah kebesaran itu yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh. Ini berikutan kenyataannya sebelum itu yang disiarkan akhbar berbahasa Cina dan menyinggung perasaan Sultan Kelantan. Tuanku Muhammad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu. Tengku Razaleigh, 73, yang juga Ketua Umno Gua Musang adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. |
| Panas, Azwan Ali tibai Ummi dekat Twitter Posted: 18 Jan 2011 12:02 AM PST Betoi kata Azwan pada Ummi Hafilda, buat malu bangsa saja... Pekakas terbaru Utusan Malaysia untuk memalukan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Ummi Hafilda Ali melalui cadangan saman jutaan ringgitnya mendapat reaksi dari adik beradiknya sendiri. Kali ini beliau bukan diserang dari Timbalan Presiden PKR yang juga anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali tetapi dari pengacara rancangan hiburan terkenal, Azwan Ali. "Slm. Buat malu bangsa nak saman owang berjuta juta! Sedangkan dosa n***** pada adik beradik tak ter ampun! Poodahhhh," tulis Azwan Ali dalam Twitternya. Selain dari itu, Azwan juga menulis beberapa mesej lain dalam Twitternya terhadap Ummi Hafilda tetapi oleh kerana bahasanya terlalu kasar, Harakahdaily tidak bercadang untuk menyalinnya di sini. |
| Suruh Rosmah diam sehingga selesai PRU-13 boleh ka Najib? Posted: 17 Jan 2011 11:57 PM PST Gua cilok dari blog paneh miang ni, blogger Umno tu beb.. diorang pun dah risau sangat dah ngan perangai suami Najib yang sihat walafiat tuh... ******************************** Rakyat hanya akan memberikan sokongan padu kepada Najib andai dia dapat menyelesaikan antara cabaran utama BN menjelang PRU-13 yang salah satunya ialah menjinakkan 'waris jari hantu' belaannya. Kami sebagai rakyat sudah naik jelak dengan tindakan, arahan, kenyataan dan aksi-aksi terlampau 'SUAMI' Perdana Menteri Malaysia ke-6 yang saban hari memenuhi ruang media mengalahkan menteri kabinet sendiri. Rakyat dah lama menganggap perempuan itu adalah Perdana Menteri sebuah negara Islam tak bertudung yang masih belum sedar orang dah lama bercakap pasal NKRA serta menganggap dia sebagai liabiliti kepada BN. Semua media dan wartawan saban hari dipaksa membuat liputan serta memberi publisiti murahan segala aktiviti yang melibatkan Wanita Negori ini. Jadi Najib, mulai hari ini sehinggalah selesai PRU-13 nanti, kau pastikan wanita kesayangan kau tu jangan banyak songeh, dok ontok-ontok dan jangan asyik perabih duit rakyat sampai kementerian lain terpaksa dipotong bajet hanya semata-mata nak mengilaukan kembali 'Permata dia yang telah lama hilang'. Terserahlah kepada kau Najib sebagai orang yang memikul tanggungjawab mendidik Rosmah Mansor. Pendokong kerajaan di bawah ni banyak lagi kerja lain nak buat, bukan 24/7 nak pertahankan Rosmah yang tak reti bahasa tu. Jangan nanti rakyat 'terpaksa' buat keputusan untuk mengajar PM dan 'SUAMI' di PRU-13 nanti. Kalau Paklah boleh jatuh sebab KJ, tak mustahil kau Najib akan jatuh sebab Rosmah! |
| Kah... kah... kah... wakaka... hihi... gelak gulin gulin... Posted: 17 Jan 2011 07:59 PM PST Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (tiga dari kanan) bersama Ng Kian Nam (tiga dari kiri) berpegangan tangan dengan wakil NGO Melayu selepas memohon maaf dalam isu azan di Kuala Lumpur, Isnin. - Foto The Malaysian Insider Kah... kah... kah... mana dia Perkasa, mana dia Berahim Ali, mana dia Zul Kulim, mana dia Pekida... hina Raja hangpa riuh satu Malaya... hina Islam diam camtu saja... wakaka... |
| Posted: 17 Jan 2011 05:12 PM PST Oleh Amir Abd Hamid dan Muhammad Apendy Issahak am@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon wanita yang juga bekas isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan yang terkenal di zaman 90-an dulu, dikesan sudah bernikah di negara jiran dengan seorang pelakon yang pernah membintangi beberapa filem termasuk Sembilu. Menurut sumber pengakuan pasangan terbabit yang mereka sudah bernikah di negara jiran diperoleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), selepas seorang pengadu membuat laporan kepada Jais, sering melihat pelakon lelaki terbabit ke rumah dramatis itu pada waktu malam dan hanya keluar pada awal pagi. Difahamkan wanita itu dihubungi Jais Khamis lalu untuk tujuan siasatan namun dia menafikan perkara itu. Sumber itu berkata, berikutan penafian itu pihak jabatan agama sudah bersiap sedia untuk menyerbu rumah pelakon wanita berusia 38 tahun itu berdasarkan aduan daripada pengadu, tetapi pada petang hari yang sama pelakon lelaki berusia 40-an itu datang ke pejabat agama bagi membuat pengakuan serta menunjukkan sijil nikah mereka. "Berdasarkan pengakuan lelaki terbabit pihak berkuasa tidak jadi untuk menyerbu rumah dramatis yang terletak di Taman Keramat, dekat sini kerana pasangan berkenaan mengaku sudah bernikah. "Cuma yang menjadi kesalahan mereka bernikah di luar kariah masjid tempat mereka bermastautin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk," katanya di sini, semalam. |
| Posted: 17 Jan 2011 04:00 PM PST Projek tumbangkan Selangor Hishamuddin Rais Krisis besar telah sampai ke Selangor. Sekali pandang ia datang secara tiba-tiba seperti banjir melanda kerana empangan pecah. Apakah betul bencana ini sampai dengan tiba-tiba? Apakah betul ia sampai kerana setiausaha kerajaan Selangor yang lama ingin bersara dan yang baru perlu dilantik? Tidak. Di belakang semua ini ada perancangan licik. Ada wayang pak dalang. Umum mengetahui, sesiapa yang belum tahu, sesudah membaca tulisan ini akan tahu bahawa negeri Selangor adalah yang terkaya di Malaysia. Malah antara yang terkaya di Asia Tenggara, setaraf dengan Jerman, United Kingdom atau Korea Selatan. Belanjawan tahunan untuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya sahaja lebih banyak daripada belanjawan tahunan kerajaan negeri Kedah. Ini fakta sahih. Selama lebih daripada 50 tahun warga Selangor merasa mereka telah ditipu. Pada 8 Mac 2008 dahulu warga Selangor tidak mahu lagi dibodohkan, justeru mereka telah memilih kerajaan Pakatan Rakyat dan menghumbankan kerajaan BN yang dikepalai oleh United Malays National Organisation. Berdasar fakta sejarah, ini adalah kali kedua warga Selangor mengambil sikap sedemikian. Kali pertama pada tahun 1969 dahulu. Sikap pintar dan kesedaran warga Selangor ini telah menjadikan United Malays National Organisation hilang punca. Sesudah 8 Mac yang lalu gerombolan yang selama ini merompak dan mengganas di Selangor, telah kehilangan peti emas. Penyamun yang memiliki nombor pin akaun bank tiba-tiba dapati angka pin ini berubah. Ini samalah seperti Raja Bersiong yang menjaga bank darah tiba-tiba dihalau ke hutan. Untuk memahami apa yang berlaku di Selangor hari ini, kita wajib melihat kembali apa yang berlaku pada 8 Mac 2008 dahulu. Kini, sedikit demi sedikit, umum telah mula mengetahui bagaimana pada malam 8 Mac 2008 yang lalu Khir Toyo telah didakwa membuat beberapa panggilan telefon untuk bersubahat dengan beberapa anasir dalam PAS untuk mengagalkan terdirinya pentabiran kerajaan baru di Selangor. Ini bukan desas-desus. Ini fakta sejarah. Kenapa ini berlaku? Ini berlaku kerana ada benggolan-benggolan yang telah hilang kuasa tidak mahu menerima hakikat yang mereka telah hilang kuasa. Dalam masa yang sama ada pula benggolan-benggolan yang bercita-cita untuk menjadi menteri bersar yang baru. Kepentingan kuasa ini telah mengikat dua anasir yang bermusuhan ini untuk bekerjasama. Kini babak sejarah malam 8 Mac 2008 itu telah tesebar untuk menjadi cerita-cerita rakyat yang boleh ditokohtambah dengan Ajinomoto. Apa yang jelas, awal-awal lagi, pada malam 8 Mac itu lagi United Malays National Organisation sanggup melakukan apa sahaja untuk kembali berkuasa di Selangor. Bukan kerana gerombolan ini ingin meneruskan khidmat suci mereka. Tidak. Hilang Selangor daripada kawalan bermakna United Malays National Organisation akan hilanglah punca pencarian. Selama ini Selangor adalah tempat para gerombolan mencari makan. Selangor lombong emas mereka. Taktik, perangkap Ingatkan kembali kisah legenda seorang penjaga pintu laluan keretapi, seorang yang tidak ada pelajaran dan ilmu pengetahun telah menjadi kaya-raya kerana dipilih oleh United Malays National Organisation untuk menjadi ADUN dan ahli Majlis Perbandaran Klang. Ini satu contoh kecil. Bagaimana pula dengan projek mega pelabuhan Klang yang dananya dikatakan lesap berbilion-bilon ringgit? Malah amat banyak lombong emas Selangor kini di bawah pentabiran kerajaan Pakatan Rakyat. Justeru apa yang jelas di sini ialah United Malays National Organisation akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kembali Selangor. Gerombolan ini sanggup bersekongkol dengan siapa sahaja asalkan Selangor kembali di bawah naungan mereka. Bayangkan hari ini banyak program gerombolan terbengkalai kerana putus duit. Limpahan fulus yang biasanya datang dari kerajaan Selangor telah kering. Lubang-lubang kontrak telah tertutup. Duit komisyen sama ada jual projek atau melobi untuk mendapatkan projek kini tidak ada lagi. Kering dan kontang. Ingat? Bagaimana heboh riuh gempita di pertengahan tahun lalu kerana pelancaran kempen "Tawan Selangor". Diberitakan Mat Ezam, Noh Omar dan Khir Toyo gila berkempen ke hulu ke hilir dengan road show mereka. Lepas tiga empat ceramah, tayar pancit, semua 'potong stim'. Tak ada sesiapa berminat untuk datang mendengar kempen Mat Ezam atau Khir Toyo. Untuk menambah sedih dan pilu - ahli-ahli gerombolan kalau tak ada fulus tak akan mengalihkan punggung mereka ke mana-mana. Selesai. Asas dan latar belakang semua ini ekoran kenyataan Ketua Perhubungan Umno Selangor Najib Razak yang telah berkata: Selangor wajib diambil kembali. Ini adalah satu arahan untuk melakukan apa sahaja demi memastikan kerajaan Pakatan di Selangor akan jatuh. Justeru Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat seolah-olah menjalankan pelbagai bentuk operasi untuk menyusahkan ADUN atau ahli-ahli majlis Pakatan Rakyat. Pelbagai taktik dikatakan telah dijalankan. Taktik perangkap dengan duit telah dijalankan. Seorang ADUN PKR telah tewas dan berpaling tadah. Perangkap lendir yang berjaya digunakan di Perak telah juga digunakan di Selangor. Tetapi gagal. Akhirnya perangkap siasat pembantu politik telah dijalankan. Semua ini adalah taktik dan strategi untuk menumbangkan kerajaan Selangor. Selaras dengan operasi SPRM ini juga – kacau bilau kecil terus diadakan. Mengheret kepala lembu, membuat laporan polis kiri dan kanan, menyebar fitnah di sana-sini menjadi sebahagian dari perang saraf puak gerombolan. Sayangnya walau pun songkok yang gerombolan dipakai tinggi mengawan dan lilitan serban mereka tebal membuncit tetapi tidak banyak warga Selangor yang tertarik dengan puak gerombolan ini. Musuh dalam selimut Akhirnya penasihat yang digaji oleh Najib Razak telah mencadangkan satu taktik baru perlu dijalankan di Selangor. Politik dalaman Palestin menyaksikan Abbas dari Al-Fatah dipilih menjadi pemimpin, walhal yang menang dipilih oleh warga Palestin ialah parti Hamas. Taktik pecah dan perintah seperti inilah yang sedang dijalankan oleh Najib Razak terhadap kerajaan Pakatan di Selangor. Kerajaan Pakatan secara rasmi telah menemuduga calon-calon baru untuk dijadikan setiausaha kerajaan. Nama calon yang dipilih telah dihantar ke pihak berwajib untuk disahkan. Tiba-tiba Sultan Selangor dikatakan telah membuat pilihan. Ini betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku di Palestin. Rejim Zionis tiba-tiba memilih Abbas dan mengenepikan Hamas yang dipilih rakyat. Di sini umum wajib disedarkan bahawa Sultan dan Raja di Malaysia ini bukan Sultan dan Raja di zaman Hang Tuah dan Hang Jebat. Itu 600 tahun dahulu. Hari ini mereka hanyalah Raja Perlembagaan. Zaman apa sahaja Sultan dan Raja buat adalah betul telah lama berlangsung. Umum juga perlu diingatkan bahawa United Malays National Organisation pada tahun 1993 telah meminda perlembagaan. Pindaan perlembagaan tahun 1993 ini membawa banyak perubahan dalam segi pemikiran orang Melayu terhadap sistem Raja Perlembagaan. Hari ini, 18 tahun selepas pindaan itu, rakyat Malaysia terutama orang Melayu sama seperti warga Selangor tidak mahu lagi di tipu oleh sesiapa pun. Rancangan untuk menimbulkan perbalahan antara kerajaan Selangor dan Sultan ini akan berterusan. Kes Khusrin Muwani ini dilihat sedang dijadikan peluru untuk menimbulkan kacau-bilau. Ini adalah penerusan strategi untuk merampas kembali Selangor dan meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Warga Selangor wajib berhati-hati dan berwaspada. Harus dingatkan anasir–anasir yang pernah ditelefon oleh Khir Toyo pada malam 8 Mac 2008 dahulu pasti sedang mencari-cari peluang. Musuh-musuh dalam selimut sedang berkeliaran mencari peluang untuk mendapat pangkat dan kuasa. Gerombolan amat senang dikenali tetapi musuh dalam selimut ini tak tahu bila akan menikam kita. Di mana akhirnya krisis ini? Semuanya terpulang kepada warga Selangor sendiri. Jika mereka ingin membawa perubahan maka mereka akan terus menyokong Pakatan. Jika mereka ingin terus ditipu dan diperbodohkan, tidak ada siapa yang dapat menolong. Hingga hari ini masih belum ditemui lagi satu suntikan yang mujarab untuk mencerdikan mereka yang suka dibodohkan dalam sekelip masa. |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan