Selasa, 18 Januari 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Perkembangan Debat Menantu Hadi VS Ustaz Wan Xi.

Posted: 18 Jan 2011 02:59 AM PST

Oleh : AdukaTaruna

Gelombang anak muda bangkit menentang team Hadi Awang.

Gua dimaklumkan bahawa debat Menantu Hadi Awang dengan ustaz Wan Xi hampir menjadi kenyataan. Dewan Perhimpunan Cina disahkan memberi laluan untuk debat itu pada 12 February 2011 ini, isyaallah. Setakat ini dulu, gua melaporkan.

Catatan peribadi..

Posted: 17 Jan 2011 07:35 PM PST

Oleh : AdukaTaruna

Nak tulis, tak nak tulis. Nak tulis, tak nak tulis. Gitu la gua.. Tulis kang dianggap poyo plak. Tak tulis, tak dapat share. Memember bloggers pun maybe boleh keliru dengan gua kalau tak tau perkembangan cerita. Takan gua nak kol sekor2 kot. Last2, gua tulislah.

Beberapa hari yang lalu, ketika gua bertugas, gua didatangi oleh seekor brother. Time tu, ada In charge gua (bos) dan rakan gua. Bertiga lah semuanya. Brother tu minta bantuan RM10. Tayar motor Yahama SS buruk kaler merah dia bocor. Nak pergi jemput bini dia. Nanti, dia akan datang semula untuk ganti. Muka brother tu serba salah dan malu2 terpaksa.

Gua check dompet gua. Time tu gua ada cash RM5 jer. ATM paling jauh, kira2 3 km kot. Gua sound brother tu, gua ada RM5 jer. Brother tu kata boleh la. Dia boleh hutang kat kedai untuk baki. Bos gua, dan rakan gua bantah gua lah. Diorang takut gua kena kencing. Dalam hati, kalau dia kencing gua halalkan lah. Gua hadiah. Dalam hati, gua mohon, kalau Allah terima ibadah gua, Allah bantulah gua untuk beli handphone berkamera baru. Yang kena rampas hari tu gua beli second hand RM150. China punya lah.

Tapi, untuk mengelakkan brother tu aib kalau betul2 dia tidak datang untuk bayar semula (maybe dia ada masalah atau memang dia nak tipu padahal gua halalkan), dan bagi mengelakkan bos gua dan rakan mengganggap ijtihad mereka adalah benar, gua terus sound brother tu depan bos, depan rakan gua, yang gua bagi terus RM5 tuh. Tak payah datang semula. Habislah cerita itu di situ.

Time dialog bloggers / facebookers dengan Kerajaan Kelantan, memember semua ambil gambar. Gua jer tak. Hahaha. Padan muka gua sebab handphone gua kena rampas depan Hadi Awang. Gua teringat permohonan gua kepada Allah kalau ibadah gua diterima. Setiap orang, jahat atau baik, ada hubungan peribadi dengan Penciptanya sendiri. Bukan hak eksklusif kasta ulama sahaja. Pergi mampos sama dia.

On the way pulang ke Kelantan, bas singgah di stesen minyak Laloh. Gua turun kencing. Time tutup zip, gua ternampak satu dompet kat atas tangki air. Gua ambil dan tengok isi. Tu dia tebal punya not RM50. Ada RM1233 (lepas gua kira kat rumah). Nak bagi kat stesen minyak tu supaya empunya boleh patah balik, gua tak yakin. Nak bagi kat balai polis, lagi la gua tak yakin.

Sebab iman gua lemah, terutama bab2 duit ni, setan pun mula kacau. Gua boleh beli handphone. Tapi sebelum keadaan semakin rumit, gua terus maklumkan kepada rakan bloggers yang gua jumpa dompet. Jika ianya diketahui manusia, tekanan untuk gua tidak bertindak jahat adalah tinggi. Dalam dompet, gua jumpa bisnes card. Milik Lee Choon Meng dari Sun Car Motors di Port Klang. Gua check kad pengenalan untuk memastikan sama atau tidak. Gua terus telefon bisnes card (nama yang sama dengan nama kad pengenalan), tapi tak dapat. Maybe sebab ahad. Maybe handphone dia pun hilang. Takper lah gua tunggu Isnin. Jika berjaya, gua ada peluang dakwah.

Sebelum kol, gua ligat berfikir, apakah jalan terbaik untuk dakwah. Paling mudah, ringkas dan paling berkesan. Adakah gua nak selitkan risalah dalam bungkusan penghantaran? Nak tulis apa sebagai basic? Dia baca ke? Adakah gua nak membebel tentang asas beza muslim dan Melayu dalam handphone? Pening. Haha. Payah2, kita guna label yang dah sedia ada lah. Gua selit poster MB Kelantan yang gua dapat maca dialog kot.

Akhirnya gua kol. Dapat.

"Hello. Can I speak to Lee Choon Meng?" Poyo jer gua cakap BI. Pyco awal untuk bagitau muslim adalah berpendidikan dan Melayu adalah tidak.

"Yeah.. yeah. Lee Choon Meng."

"Sir, I mau tanya you. You ada hilang barang tak?" Terus cakap BM balik. BI gua tahu intro jer. Ngeee...

"Ada.. ada. My credit card. Tapi I dah batal. Apsal?"

"I jumpa dompet you la."

"So, you mau apa?"

Dia tanya gua macam tu plak. Terus terbakar gua. Failed gua jadi pendakwah.

"Weih tailo.. lu jangan langsi sama gua la. I mau pos you punya barang ma. Duit ada seribu lebih, right? I tarak ambil, ma. You mau ke tak mau?"

"Haiyoo.. tailo. Sorry ma. Banyak terima kasih ma. I ingat you mau apa tadi."

"I mau pos la. I nak sure lu punya address sahaja. Alamat ini bisnes card, bukan?"

"Ya.. ya. Port Kelang. Tq tailo. Sorry ma, tadi.. I just pelik saja. Apa pasal lu mau pulang."

"I, Nik Aziz punya olang, ma." Gua jual nama TGNA as label yang dah sedia ada. Mudah sket.

"Hoiyoo.. itu Kelantan punya orang aa.. time kasih banyak aa." Padahal gua N9, bai.

"Tapi, taiko, I mau cakap terus terang sama you, aa. I ambil RM20 tau. Isi minyak pergi pos office, and bayar itu pos laju."

"Eee.. taiko. You ambil itu RM200, ma. I kasi belanja."

"Tak mau. I nak RM20 saja."

"Jangan itu macam kawan. Kalau lu tak mau, lu angkat itu RM200, kasi lu punya bini, lu punya anak. Cakap gua kasi belanja. Sun Car Motor, Port Kelang belanja."

Pendek cerita, gua rembat RM200. Sama ada beli handphone sekenhen, atau tukar beteri kereta gua. Thanks Allah.

Wallahualam.

Tiada ulasan: