Isnin, 3 Januari 2011

shalehudin

shalehudin


Woii Melayu...

Posted: 03 Jan 2011 07:07 AM PST

Woii Melayu, mai baca cerita menarik nih... Nik Aziz hari ni mengakui ada bertemu dengan Piem Umno dan akan memberi penjelasan dalam jangkamasa 24 jam.

Woii Melayu... tutup mulut tu nanti masuk lalat pulak, benda ni benda betoi, pertemuan antara Pas dan Umno seperti yang diura urakan oleh orang tu adalah benar... tiada yang lain melainkan benar belaka.. takkan tok guru merangkap MB Kelantan, Nik Aziz nak bohong kot...

Woii Melayu... dengaq sini, jangan dok golek kepala macam payah sangat nak percaya bahawa usaha untuk menggabungkan antara Umno dan Pas tu memang wujud, usaha tu tak mati lagi dan Nik Aziz mengakui ada bertemu Piem Umno si Najib Razak akhir Disember lalu... takkan tak percaya cakap Nik Aziz kot...

Woii Melayu... dengaq baik baik... mai lah kita bersama sama berganding bahu mempertahankan Islam sekiranya benar lah Umno berselingkuh dengan Pas mengemudi politik Malaysia nih... kerana aku percaya, hanya kita sebagai rakyat saja yang boleh pertahankan agama lebih dari Pas dan Umno... PKR? lagi tak boleh nak harap...

Mohamad Sabu bebas lagi

Posted: 03 Jan 2011 03:52 AM PST

Mohamad Sabu bebas tuduhan halang tugas penjawat awam

NIBONG TEBAL: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu dan sembilan rakannya hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini daripada pertuduhan menghalang tugas penjawat awam tiga tahun lalu.

Majistret Mohd Izham Ali ketika menyampaikan keputusan itu berkata keputusan itu dibuat berdasarkan tiga sebab utama.

Katanya tiga sebab itu ialah terdapat keraguan terhadap waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah, percanggahan keterangan dua saksi pendakwa iaitu saksi kesepuluh Superintendan Mohd Nasir Salleh dan saksi ke-11 Idris Rejap dan tiada keterangan spesifik mengenai tertuduh menolak penjawat awam.

Sembilan tertuduh yang lain ialah Mohd Binyamin Ishak, 48, Fuadzi Suharat, 48, Md Lazim Osman, 54, Abdul Razak Ramili, 46, Mohd Subri Mohd Said, 46, Zamarul "Aini Abdul Malik, 40, Zainul Azrun Zainal Abidin, 39, Abdul Rahim Mat Ariff, 62, dan Mohamad Salleh, 51.

Mereka dituduh enggan membuka pintu kenderaan dan menolak pegawai dan anggota polis dalam menjalankan tugas pada 7.45 malam, 9 Disember 2007 di hadapan Plaza Tol Plus Bukit Tambun (laluan keluar lebuhraya Plus Kuala Lumpur-Pulau Pinang).

Mereka didakwa mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim, dibantu oleh Khairul Fairuz Rahman dan Ahmad Razali Muhamad Nazri, manakala Mohamad dan sembilan rakannya diwakili oleh peguam Hanipa Maidin, Aminuddin Zulkifli dan Yusnita Yusof.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Mohamad melahirkan rasa gembira dengan keputusan itu dan menganggap ia satu kemenangan dalam menegakkan perjuangan.

"Terima kasih atas usaha peguam-peguam kami yang bertungkus lumus mencari bukti dan berhujah membela kami untuk menang dalam kes ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng yang hadir untuk memberikan sokongan kepada Mohamad dan rakan-rakan juga melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat.

Tahniah kepada barisan peguam yang berusaha memastikan kemenangan bermakna ini, katanya.

Turut hadir memberi sokongan ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir Salleh Man dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Utiliti (Tenaga, Air, telekom), Pengangkutan (Udara, Laut dan Keretapi) negeri Lim Hock Seng. - Bernama

Syabas Tan Sri Khalid

Posted: 02 Jan 2011 11:31 PM PST

Kita tengok pulak depa nak menari macamana, bolehkah semua ADUN Umno berani kata tak mau pulangkan kuasa pada Sultan lepaih depa yang merampasnya pada 1993... haha...

DUN tergempar bagi kembalikan kuasa Sultan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.

Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, hari ini di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

"Ini kerana kuasa telah dirampas pada 1993 semasa krisis perlembagaan, di mana Perlembagaan Selangor dipinda untuk memberi kuasa kepada kerajaan pusat," kata Khalid pada sidang media yang penuh sesak dengan kehadiran wartawan.

Menurut Khalid, Baginda mencadangkan kepada kerajaaan negeri bagi membincangkan perkara berkenaan dengan SPA untuk mencari "jalan penyelesaian yang terbaik".

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak akan mengahadiri upacara mengangkat sumpah oleh Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru yang dijadualkan pada 6 Januari ini.

Selain itu, menurut Khalid, Khusrin juga tidak akan dibenarkan menghadiri mesyuarat exco atau menjalankan tugas-tugas rasmi sehingga isu berkenaan selesai.

Khalid, bagaimanapun mengakui perlantikkan Khusrin sebagai "sah" dan berkata beliau boleh melaksanakan tugas-tugas tidak rasmi seperti menyelia pegawai daerah.

Sehingga kini, Khalid belum berjumpa dengan Khusrin meskipun bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu melaporkan dirinya hari ini.- Malaysiakini

Awas! ini bukan tanda nak mai bulan... kahkahkah...

Posted: 02 Jan 2011 11:25 PM PST

MELAYU KENA TIPU LAGI

TAK FAHAM APA MAKNANYA?

BEKALAN MINYAK MASAK DIJANGKA BERKURANGAN - meloya

KOTA KINABALU 2 Jan. - Selepas Perlis, negeri ini turut mula mengalami masalah kekurangan bekalan minyak masak ekoran tindakan pembekal mengurangkan bekalan bahan berkenaan.

Di beberapa pasar raya dan kedai runcit di sekitar Kota Kinabalu mendapati tempat simpanan minyak berkenaan telah mula kosong.

Seorang peniaga runcit di Sabanah Store di sini yang enggan dikenali berkata, bekalan berkenaan telah mula berkurangan sejak seminggu lalu.

"Pada masa ini kita hanya mendapat bekalan sebanyak 10 kotak sehari berbanding sebelum ini mendapat sekurang-kurangnya 50 kotak sehari.

"Keadaan ini memberi masalah kerana ia tidak mencukupi bagi menampung keperluan seluruh pengguna di bandar raya ini," katanya. Dalam pada itu, seorang peniaga kedai makan, Mohd. Noh Mohd. Adnan, 53, berkata, meskipun tidak terputus bekalan, stok minyak masak yang diperolehnya kini adalah terhad.

Katanya, pada masa ini dia hanya mendapat bekalan bahan berkenaan dari sebuah kedai runcit.

"Bekalan ini memang sudah berkurangan dan saya masih mendapat bekalan ini memandangkan saya merupakan pelanggan tetap kedai berkenaan," katanya.

Seorang pengguna, Kamliah Numbong, 50, berkata, kekurangan bahan mentah berkenaan menyebabkan dia terpaksa membeli minyak masak botol.

"Beberapa kedai runcit dan pasar raya yang saya pergi di sekitar Kota Kinabalu menyatakan stok minyak masak tiada. Jadi saya terpaksa membeli minyak botol," katanya.

Sementara itu Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah, Jaafar Walad berkata, pihaknya akan memantau masalah bekalan minyak masak di negeri ini.

"Bagaimanapun pada masa ini kita tidak menerima aduan daripada mana-mana pihak mengenai masalah kekurangan minyak masak di negeri ini," ujarnya.

JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG

woit…. PELIK… HAIRAN…. AJAIB…. MAJIK…. kah kah kah..

kah kah kah… MALAYSIA PENGELUAR MINYAK KELAPA SAWIT TERBESAR DI DUNIA… kah kah kah…

kah kah kah… TETAPI WARGA NYA TIDAK ADA MINYAK MASAK…. kah kah kah..

kah kah kah…. INILAH DIA SISTEM EKONOMI KAPITALIS…. kah kah kah..

woit… FAHAM ATAU TIDAK KENAPA MINYAK KUREEENG….. kah kah kah..

woit… TAK KAN TAK FAHAM FAHAM…. BERAPA RATUS KALI KENA MACAM INI… kah kah kah..

kah kah kah…BILA MINYAK KURENG … INI BUKAN TANDA TANDA…. BIK MAMA NAK DATANG BULAN…. kah kah kah..

kah kah kah…. INI TANDA …. RAKYAT DULU DI TIPU…. KEMUDIAN HARGA DI NAIKKAN… kah kah kah..

woit… PADAN MUKA…. SIAPA YANG MENGUNDI GEROMBOLAN…. kah kah kah

nota:
nak patau kepala bana apa?
apa faedah nya di pantau?
ini semua nak tipu melayu
kah kah kah

Bro TT

Malaysiakini: Khusrin daftar masuk, MB mengadap Sultan

Posted: 02 Jan 2011 07:03 PM PST

Khusrin daftar masuk, MB mengadap Sultan


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dijadualkan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada jam 11 pagi ini di Istana Mestika, Shah Alam.

Ia dipercayai sebagai mencari jalan penyelesaian perlantikkan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

Khalid yang ditemui wartawan ketika tiba di bangunan setiausaha kerajaan negeri pada jam 10 pagi tadi, enggan mengulas perkembangan terbaru berkenaan.

"Kita akan buat pengumuman bila tiba masanya," kata beliau ketika menunggu menaiki lif ke pejabatnya.

Awal pagi ini, Khusrin tiba untuk bertugas di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 6.45 pagi ini, di sebalik kontroversi perlantikannya itu.

Beliau juga mengelakkan diri daripada sekumpulan wartawan yang menunggunya di pintu masuk bangunan itu sejak awal pagi.

"Tiada masalah," katanya sebelum terus menyelinap ke dalam bangunan di Shah Alam itu.

Khusrin yang memakai sut kelabu berbelang, kemeja putih dan tali leher masuk ke pejabatnya kira-kira pukul 7 pagi selepas kenderaannya dilihat melalui pintu masuk bangunan SAAS pukul 6.45 pagi.

Beliau diiringi dua pengawal keselamatan kerajaan negeri ketika masuk ke pejabatnya.

Bagaimanapun, adalah dipercayai beliau masih belum melaporkan diri kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut sumber dari pejabat menteri besar, tiada arahan dikeluarkan bagi menahan Khusrin daripada pergi ke pejabat setiausaha kerajaan negeri yang terletak pada tingkat 19 bangunan itu.

"Tidak akan berlaku konfrontasi... Sudah tentu, beliau boleh masuk tetapi sama ada beliau akan bekerja untuk kita (kerajaan negeri Selangor) adalah cerita lain," kata sumber itu.

Khusrin dijadual mengangkat sumpah jawatannya pada 6 Januari ini tetapi kerajaan negeri membantah perlantikkan itu kerana mendakwamenteri besar tidak dirujuk.

Kerajaan negeri Selangor dikatakan tidak senang dengan perlantikkan Khusrin oleh kerajaan persekutuan sebagai ketua kakitangan awam di negeri itu kerana beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai khas kepada bekas menteri besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ketika Umno menerajui Selangor.

Khusrin, 54, dipilih oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud, yang perkhidmatannya berakhir pada 31 Disember lalu.

Sebelum dinaikkan pangkat, Khusrin berkhidmat sebagai pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Akhirnya... kahkahkah...

Posted: 02 Jan 2011 04:45 PM PST

Akhirnya, hajat besar dihati Gobalakrishnan tercapai. Dia punya auta selama ini dalam PKR untuk dapat apa yang dicarinya tercapai jua. Anggota Palimen Padang Serai N.Gobalakrishnan (kanan) ketika sidang media selepas ditunjukkan jalan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) di pejabatnya di Kulim, Kedah pada Ahad. foto Bernama.

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang sebelum ini mengkritik kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekali lagi mencetuskan kontroversi melibatkan PKR Padang Serai yang diketuainya. Ini kerana Gobalakrishnan dan Naib Pengerusinya, Johari Ismail masing-masing mendakwa telah mengadakan satu mesyuarat dengan ahli-ahli jawatankuasa pada masa sama.

Memang ini yang dicari Gobi sebenarnya, sejenis dengan Ibrahim Ali jugak yang hidup dengan kontroversi dan cari makan dengan isu yang sendiri cipta.

Dah lama aku berbulu ngan mangkok sekoq nih... padan muka dia, biaq dia melalut dengan Zul Kulim diluaq dari duduk didalam menghabiskan oksigen PKR... kahkahkah...

Tiada ulasan: