Isnin, 3 Januari 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Pertemuan dengan PM, Agong bukan sembang biasa - TGNA

Posted: 03 Jan 2011 08:36 AM PST

Sumber : Harakah 
 
KOTA BHARU, 3 Jan: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana demi menjaga peraturan yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pemimpin.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung pertemuannya dengan Perdana Menteri pada 25 Disember lalu.

Ketika ditanya adakah sebarang perkara telah dibincangkan antara pemimpin tertinggi negara itu, Tuan Guru juga turut mengakuinya.

"Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan Perdana Menteri untuk bersembang biasa.

"Bagaimanapun kerana ianya pertemuan tertutup, jadi saya tidak boleh mendedahkannya kepada umum, itu salah dari segi peraturannya," ujarnya selepas meraikan Wira Negara di Kampung Cherang, dekat sini tengah hari tadi.(gambar)

Ketika ditanya adakah pertemuan itu  turut mensentuh soal royalti, beliau juga enggan mengulas lanjut.
"Saya tak boleh sebut apa-apalah sebab ianya tertutup," ujarnya.

TGNA akui bertemu PM.

Posted: 03 Jan 2011 08:27 AM PST

Sumber : Malaysiakini

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat mengakui bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu.

Bagaimanapun, Nik Aziz enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana ia pertemuan tertutup, lapor Harakahdaily.

NONE"Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan perdana menteri untuk bersembang biasa.

"Bagaimanapun kerana ianya pertemuan tertutup, jadi saya tidak boleh mendedahkannya kepada umum, itu salah dari segi peraturannya," beliau dipetik sebagai berkata di Kota Bharu tengah hari tadi.

Sementara itu, setiausaha akhbar kepada menteri besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari pula menjangkakan penjelasan lanjut berhubung pertemuan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

"Beliau (Nik Aziz) apa pun akan memberikan kenyataan dalam masa terdekat, dijangka dalam masa 24 jam," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Perjumpaan 'besar'.

Setakat ini, Ahmad Fadhli berkata beliau belum mendapat sebarang arahan daripada menteri besar berhubung perkara itu.

Sejak minggu lalu, pertemuan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan penyokong parti Islam itu, sehingga tersebarnya desas-desus munculnya kembali usaha mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

NONEIa bermula apabila laporan tabloid mingguan Siasah - berjudul "Nik Aziz, Najib menghadap Agong?" - pada minggu lalu melaporkan di muka depan pertemuan itu.

Dilaporkan, Siasah mendakwa perjumpaan "besar" pada 24 Disember di Istana Terengganu, Kuala Lumpur turut melibatkan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bimbang dengan perkembangan itu, beberapa pihak, antaranya Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron pada 29 Disember lalu mengulasnya di laman Facebook, menyatakan kebimbangannya kemungkinan berlaku usaha menghidupkan semula idea kerajaan perpaduan.

Malah, terdapat juga dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa turut terlibat dalam pertemuan itu.

Hadi setakat ini masih membisu tentang perkara itu.

Setiausaha politik Abdul Hadi - Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar - bagaimanapun memberitahu Malaysiakini, tiada komen akan dikeluarkan oleh pihaknya kerana persoalan itu akan dijelaskan oleh Nik Aziz sendiri.

Jangan penakut untuk berdebat : Ketua Pemuda PAS Larut.

Posted: 02 Jan 2011 08:15 PM PST

Sumber : Harakah

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Ketua Dewan Pemuda PAS Larut Nazri Din menyelar tindakan Ketua Pemuda Umno bahagian yang mungkir janji untuk berdebat isu Melayu Islam.

Beliau yang kecewa dengan ketidakhadiran Mohamad Anuar Arifin pada debat yang dijadual malam semalam mendakwa, pemuda Umno penakut dan hanya pandai bermain wayang.

"Pemuda Umno dilihat cuba bermain wayang apabila satu persatu alasan diberikan untuk mengelak dari menyertai debat dan itu sudah disyaki sedari awal lagi.

"Buktinya sehingga tepat hari dan masa yang dijanjikan untuk berdebat, pemuda Umno masih lagi menyorokkan diri disebabkan takut untuk berdepan dengan pemuda PAS di pentas debat," kata Nazri kepada Harakahdaily.

Beliau menyatakan, Debat itu pada asalnya dicetuskan Pemuda Umno Larut sendiri yang mencabar Pemuda PAS Larut dan kemudiaannya dipersetujui bersama dengan tajuk 'Islam dan Melayu'.

Inisiatif penganjuran debat itu kemudiannya disambut oleh sebuah badan NGO dari Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) yang bersedia menjadi penganjur debat itu.

Nazri turut mendakwa pihaknya mendapat maklumat pemuda Umno Larut mendapat tekanan dari pemimpin tertinggi Umno agar membatalkan debat tersebut kerana dibimbangi rahsia penyelewengan dan kezaliman mereka terhadap rakyat terbongkar.

"Jika ketua pemuda umno Larut tidak mampu berdepan dengan pemuda PAS Larut, saya mencabar supaya Umno menghantar Ketua Umno bahagian, Raja Ahmad Zainuddin bertemu dengan pemuda PAS Larut dipentas perdebatan," cabarnya.

Beliau turut menyatakan bahawa, pihak pemuda PAS Larut sentiasa bersiap sedia untuk berhadapan dengan siapa sahaja pimpinan Umno sama ada pimpinan dari peringkat bahagian atau negeri asalkan debat yang dicanang selama ini dapat direalisasikan.

Tambahnya, jika Pemuda Umno berani mereka sepatutnya tidak memberikan alasan untuk mengelak dari menyertai debat ini, sebaliknya mengotakan janjinya dan tampil ke pentas debat untuk menyatakan hujah mereka, bukannya bercakap diluar gelanggang sahaja.

Debat itu sepatutnya mempertemukan  Nazri Din dan Mohamad Anuar dengan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid akan menjadi perantara majlis.

Naib Ketua Pemuda PAS kawasan itu, Akmal Kamarudin sebelum ini sudah menyuarakan kebimbangan terhadap sikap berdolak dalih pemuda Umno yang dari awal mencipta pelbagai alasan.

Ekoran sikap dolak dalih itu juga, tempat asal program terpaksa ditukar ke Dewan Serbaguna Majlis Bandar Selama.

Difahamkan lebih 200 orang ramai hadir bagi menyaksikan debat tersebut, namun akhirnya pulang kecewa akibat sikap ketua pemudaa Umno Larut yang tidak hadir pada program tersebut.

Majlis Makan Malam dan Dialog Bersama TGNA.

Posted: 02 Jan 2011 07:43 PM PST



Oleh :  Tarmizi Mohd Jam
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan Majlis Makan Malam dan Dialog bersama para Blogger Pro Pakatan Rakyat pada 15 Januari ini di Hotel Grand Seasson, berdepan Hospital Kuala Lumpur. Ia sebagai persiapan dan persediaan menghadapi Pilihan Umum ke-13 tidak lama lagi.

Menurut Editor Harakah, Tarmizi Mohd Jam yang diamanahkan untuk urusan pendaftaran blogger dari luar Kelantan, program yang akan bermula jam 8.30 malam itu mempelawa semua blogger pro Pakatan Rakyat daripada negeri Kelantan dan luar Kelantan.

Dalam dialog dengan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ini, pelbagai isu dijangka akan dibangkitkan selain dari sama-sama mengemukakan syor dan pendekatan terkini untuk memasyarakatkan blog dan laman sesawang lainnya sebagai media baru yang efisyen menghadapi PRU-13 nanti.

Menurut Tarmizi, semua blogger pro-Pakatan Rakyat boleh MENDAFTAR diri sekarang dengan menghantar emel kepada beliau dialamat editorxkutif@yahoo.com.my serta memaklumwajibkan NAMA dan NAMA BLOG yang sedang beroperasi. INGAT DAFTAR SEKARANG dan sebarkan berita ini dalam blog, Facebook, twitter, website dll yang anda boleh capai. 


Semua blogger akan diberi pass masuk ke majlis ini. Tarikh tutup penyertaan sebelum atau pada 6 Januari 2011. Tarmizi mengharapkan mana-mana blogger yang mendapat maklumat ini, boleh memanjangkannya kepada rakan-rakan blogger lain secepat mungkin.

Pertemuan UG di Istana Terengganu.

Posted: 02 Jan 2011 05:51 PM PST

Sumber : MalaysianInsider

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Pemimpin-pemimpin PAS didakwa berhadapan dengan satu lagi 'perbalahan' ekoran khabar angin bahawa kepimpinan tertinggi parti itu mengadakan pertemuan dengan rakan mereka dari Umno di ibu negara baru-baru ini. Khabar angin ini muncul ini hanya tinggal enam bulan sebelum PAS dijadual mengadakan pemilihan dwitahunan Jun ini. Malah dakwaan ini mengulangi 'krisis' yang pernah disaksikan sebelum ini.

Pertemuan majlis makan malam itu dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kedua-dua Najib dan Muhyiddin berulang kali pernah melahirkan hasrat dan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengan Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin kanan PAS tahun lalu.

Masih belum pasti sama ada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau timbalannya Nasharudin Mat Isa, yang sebelum ini didakwa memihak atau cenderung kepada kerjasama Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan, hadir bersama.

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof ketika dihubungi mengesahkan Nik Aziz hadir tetapi menegaskan, kehadiran beliau hanya atas jemputan menghadiri majlis santapan di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.

"Tok Guru hadir kerana diundang ke majlis santapan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Dan, turut hadir ialah Datuk Seri Najib, tiada kaitan dengan soal politik, majlis santapan sahaja," kata beliau.

"Bagi Tok Guru, majlis itu adalah nilai sentimental," kata beliau secara berseloroh.

Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada pemimpin-pemimpin lain termasuk dari PAS turut hadir. Pertemuan itu berlangsung pada 24 Disember lalu.

Dalam akhbar Siasah keluaran terbaru, Ketua Pengarangnya Sayuti Omar berkata, "apa yang saya dengar ini ialah perjumpaan 'besar' di antara tiga tokoh negara ini dari dua parti berlainan."

"Pertemuan itu ialah antara Mursyidul Am PAs dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Pertemuan ini berlaku di istana negara pada malam Jumaat lalu (24 Disember). Turut sama hadir (Tan Sri) Muhyiddin Yassin," katanya dalam laporan muka depan membawa gambar Nik Aziz dan Najib.

The Malaysian Insider difahamkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan PAS pusat atau negeri Kelantan dalam sehari dua ini.

Akhbar itu berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut diundang sama tetapi beliau dikatakan berada di London ketika itu.

"Apakah beliau (Hadi) mewakilkan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa atau tidak, tidak dapat dipastikan," katanya.

Akhbar itu menambah, "rasanya pertemuan itu memberi banyak input kepada semua pihak terutamanya kepada Yang di-Pertuan Agong sebaagai orang berkuasa di negara ini.

"Begitu juga pertemuan itu memberi peluang kepada Najib dan Nik Aziz serta Muhyiddin bukan saja bertanya keadaan diri masing-masing, tetapi hal-hal lain juga," katanya. Malah akhbar itu mempersoalkan sama ada pertemuan itu boleh dianggap sebagai rasmi memandangkan ada yang menganggap Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, sebagai bukan pemegang jawatan eksekutif dalam parti itu.

"Pertemuan itu disalah tafsir tetapi saya tidak tahu apa agendanya, kemungkinan Tuan Guru akan menjelaskan butiran pertemuan itu," kata Wan Nik.

"Saya tidak tahu sama ada pemimpin-pemimpin lain hadir sama," kata Wan Nik lagi.

Dalam pada itu, penyokong-penyokong Nik Aziz mendakwa Menteri Besar Kelantan diperangkap supaya menghadiri pertemuan bersama pemimpin-pemimpin Umno dan mereka juga mendakwa satu lagi pertemuan telah diadakan sehari sebelum majlis makan malam itu.

Beberapa pemimpin PAS terlibat dalam 'debat' mengenai isu itu menerusi laman sosial Facebook dengan mendakwa Hadi dan Nasharudin cuba memulihkan usaha untuk bekerjasama dengan Umno ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan.

Malah ada yang memertahankan kedua-dua Hadi dan Nasharudin masing-masing ahli Parlimen Marang dan Bachok.

Menerusi Facebook, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron membayangkan beberapa pemimpin kanan PAS masih cenderung untuk membentuk kerjasama politik dengan Umno.

"OK, tak habis lagi bagi pendapat masing-masing. Habiskan dulu pandangan masing-masing baru boleh ambo (saya) buat kesimpulan. Ambo boleh bagi tahu habis sampai warna baju yang dipakai oleh orang tu... dalam perjumpaan itu. Ada yang hendak nafi lagi?" katanya.

"Aku kata dah berlawan dalam Facebook ni makin nampak Umno dan puak prokerajaan perpaduan makin nampak hujah puak penakut nak berjuang dan mahu jalan pintas hendak jadi kerajaan," kata beliau.

Mesejnya juga berkata, "guano sampai ada orang nak menafikan fakta saya sangggup berbohong pula ni."

"Kalau pun nak pertahan orang demo sayang jangan sampai peringkat berbohong dengan mengatakan pemimpin itu pergi London tarikh tersebut.

"Betullah tarikh tersebut dia pergi London tapi dia naik kapal terbang malam, perjumpaan tersebut siang hari tarikh yang sama," katanya lagi.

Tulisan Fatah itu menarik respons Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad yang turut meminta pemimpin dari Kelantan itu agar membuat aduan rasmi kepada ibu pejabat.

Kata Idris, beliau berharap untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai pertemuan sulit yang disebutkan oleh Fatah agar setiap ahli dimaklumkan mengenai perkembangan isu tersebut.

"Parti (juga) boleh mengambil tindakan," kata Idris dalam mesej Facebooknya.

"Secara rasmi, kami tiada sebarang maklumat. Kami berharap YB Fatah boleh membuat aduan rasmi kepada parti. Saya baru sahaja menghubungi Setiausaha Agung PAS (Datuk Mustafa Ali), beliau tidak tahu dan meminta YB Fatah untuk mendapatkan lebih banyak maklumat," kata beliau.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Fatah enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan beliau.
Bagaimanapun beliau berkata akan menyediakan lebih banyak maklumat "apabila tiba masa yang sesuai" kelak.

Beliau juga enggan menamakan pihak dari PAS yang mengusahakan pertemuan sedemikian.
Isu mengadakan kerjasama politik dengan Umno juga muncul pada 2008 dan kemudian tahun berikutnya ketika PAS mengadakan pemilihan.

Ketika itu didedahkan bahawa Nasharudin dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mengadakan pertemuan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pada masa tersebut merupakan perdana menteri dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo susulan keputusan pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Pemimpin-pemimpin yang memihak kepimpinan Nik Aziz kemudian menuduh Nasharudin berkonspirasi untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat (PR) tetapi beliau berjaya mempertahankan kerusi timbalan presiden dalam saingan tiga penjuru membabitkan Mohamad Sabu dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa.

Nik Aziz sejak 2008 berkeras menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno dengan merujuk kepada insidern tahun 1970-an.

Tiada ulasan: