Senyum Tangis Sendu |
| Calon BN Tidak Yakin, Termenung Panjang Posted: 25 Jan 2011 07:21 PM PST Termenung sebab tiada modal untuk tipu rakyat di Tenang Gara-gara cuai dalam menjalankan tugas semasa menjadi Penolong Pegawai Tanah Daerah Segamat, Mohd Azahar Ibrahim yang juga calon Barisan Nasional di DUN Tenang tidak berapa tenang kerana pernah disaman melelong tanah tanpa pengetahuan tuan tanah. Disebabkan kecuaian dan kelalaian Azahar yang ketika itu sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah mengakibatkan satu Perintah Jualan ke atas hartanah Mansor Mohamad pada 18 September 2009. Kerana kecuaian Tok Ai tanah tersebut secara tidak sah telah dilelong pada 1 Disember 2003 dengan harga RM70,000, Temgok gambar atas sudah dapat diagak siapakah sebenarnya calon BN ini. Adakah kita mahu calon seperti ini memusnahkan kehidupan kita dengan badai yang datang dari entah ke mana. | ||
| Jutawan Rugi RM4.67juta Dalam Beberapa Jam Posted: 25 Jan 2011 05:35 PM PST
Jutawan yang juga pemilik kelab bola sepak Newcastle United, Mike Ashley rugi hampir £1 juta (RM4.8 juta) dalam masa beberapa jam, lapor sebuah akhbar kelmarin. Sebuah akhbar Britain melaporkan Ashley, 47, kerugian besar gara-gara berjudi buah dadu di sebuah kasino tempatan. Insiden memalukan itu berlaku baru-baru ini ketika dia keluar bersuka ria dengan ditemani pengurus kelab bola sepak liga perdana Inggeris itu, Alan Pardew. "Dia (Ashley) bertaruh besar, sehingga beribu-ribu dan kadangkala mencecah puluhan ribu di meja judi dadu itu," kata seorang saksi. "Mereka meninggalkan kasino itu sekitar pukul 4 pagi waktu tempatan dan ketika itu, Ashley telah kerugian £970,000 (RM4.67 juta) tetapi dia langsung tidak menunjukkan tanda-tanda kecewa," tambahnya. Ashley yang merupakan seorang usahawan produk sukan dilaporkan memiliki kekayaan mencecah £700 juta (RM3.3 bilion). - Agensi |
| You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan