Rabu, 26 Januari 2011

pemuda cheh

pemuda cheh


lagi kenyataan bodoh pemimpin umno.

Posted: 25 Jan 2011 05:45 PM PST

semalam ketua penerangan yang buat kenyataan bodoh....hari ini timbalan presiden pula bercakap tanpa berfikir. kalau menteri besar selangor perlu letak jawatan kerana tidak dapat 2/3 majoriti semasa membentangkan pindaan undang-undang di dewan undangan negeri...macam mana dengan menteri besar negeri sembilan, perak dan perdana menteri sendiri. cubalah bentangkan sebarang pindaan jika berani dan tengoklah samada akan dapat majoriti 2/3 atau tidak. dan selepas itu mahu kah mereka meletak jawatan apabila tidak dapat majoriti 2/3.

macam inikah cara seorang timbalan perdana menteri membuat kenyataan. sungguh malang negara 1 malaysia keran mempunyai timbalan perdana menteri yang bermentaliti seorang ketua cawang umno.

Khalid Ibrahim patut letak jawatan - TPM

BANDAR SERI BEGAWAN 25 Jan. - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sewajarnya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor setelah usul untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor tidak diluluskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usul tersebut bukan sahaja tidak sepatutnya dibawa ke sidang DUN bahkan menimbulkan suasana kurang selesa masyarakat kerana terlalu banyak perkara yang dipolitikkan oleh pakatan pembangkang.
Katanya, sidang DUN itu diadakan hanya kerana Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak bersetuju dengan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru walaupun mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Kenapa mesti bawa isu pelantikan SUK itu ke sidang DUN, kalau sudah kalah (usul ditolak) dia mesti meletakkan jawatan, keadaan sekarang ini semakin bercempera," katanya ketika menjawab soalan pada sesi dialog sempena majlis makan malam bersama kira-kira 250 rakyat Malaysia di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sini malam ini.
Sebelum itu, seorang jemputan menyentuh tentang pelbagai perkara yang dipolitikkan di Malaysia sehingga menyebabkan suasana dalam negara dilihat sebagai 'panas'.
Muhyiddin mengakui, suasana politik sekarang memang terlalu panas kerana banyak sangat perkara yang dipolitikkan oleh pakatan pembangkang termasuk pelantikan SUK.
Katanya, kerajaan negeri di bawah pembangkang sepatutnya mengetepikan soal politik dan memberi tumpuan perkhidmatan kepada rakyat. - Utusan

Umno Perlu Jelaskan Sebab Tolak Pinda Perlembagaan Negeri - Anwar

Posted: 25 Jan 2011 05:27 PM PST

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan Barisan Nasional (BN) dan Umno yang menolak cadangan meminda Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 membuktikan parti itu menentang tindakan untuk mengembalikan hak raja-raja Melayu. Justeru beliau berkata, Umno yang sebelum ini sering menjadi juara mengenai isu ketuanan Melayu perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung tindakan mereka menolak usul berkenaan.
"Kita lihat Umno yang ghairah berbica tentang ketuanan Melayu dan hak raja menentang usul itu.
"Soal Umno tak setuju mereka kena jelaskan kepada rakyat kenapa mereka tolak," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Beliau mengulas mengenai kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang dibentangkan pada sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran tidak mendapat sokongan majoriti dua pertiga.
Usul pindaan rang undang-undang itu dibentangkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor, iaitu Setiausha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri, kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.
Bagaimanapun Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar kerana cuba memperbetulkan dan mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu yang dimansuhkan selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993.
"Usul itu bukan usul baru Pakatan Rakyat, jadi saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya kita mengambil inisiatif yang jelas ke arah tersebut.
"Kita cuba memperbetulkan tindakan keterlalaun oleh pimpinan Umno pada 1993. Kita tidak berlebih dari itu, hanya untuk kembalikan kepada tahap kuasa Raja-raja Melayu pada tahun 1993," katanya.
Jelasnya Pakatan Rakyat tetap mendokong prinsip mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan.
"Pendirian kita, prinsip Raja Berperlembagaan perlu dipertahankan dan kalau kita pilih untuk pertahankan, maka kedudukan raja-raja itu mesti dimulia dan dimartabatkan.
"Kuasa raja-raja dan kuasa rakyat serta pimpinan yang mendapat mandat harus juga dihormati. Inilah yang dipertahankan dalam perimbangan kuasa... kuasa kepada rakyat, kuasa kepada negeri dan kuasa kepada Menteri Besar," katanya.

Tiada ulasan: