Isnin, 24 Januari 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Gambar Tenang: Sidang Media

Posted: 23 Jan 2011 09:13 PM PST

 Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub

 YB Kuala Selangor

Pengerusi Anak, Mazlan Aliman


Sidang media yang baru selesai di Pekan Labis melibatkan beberapa tokoh pimpinan parti serta calon DUN Tenang N.05 yang lebih mesra dengan nama cikgu Mala.

Pada sidang media tersebut turut mendapat liputan dari media-media luar negara yang menemuramah calon N.05, Normala Sudirman atau dikenali sebagai cikgu Mala.

Ikuti perkembangan terkini dari DUN N.05 Tenang dari semasa ke semasa bersama kami.

Gambar Tenang: Rumah Penduduk Daif, Mat Rempit Dimewahkan

Posted: 23 Jan 2011 03:07 PM PST

 Keadaan rumah penduduk yang daif

Duit minyak ditaja UMNO/BN

Keadaan dua gambar yang berbeza di DUN Tenang N.05 membuktikan UMNO/BN meminggirkan rakyat sebaliknya membayar kos yang tinggi untuk mat-mat rempit jalanan membuat kacau semasa hari penamaan calon. 

Mat rempit upahan UMNO/BN

Walaupun UMNO/BN menang pada tahun 2008, ia tidak cukup untuk membuktikan mereka adalah pilihan rakyat kerana masih terdapat rakyat yang dinafikan hak mereka untuk mengecapi kehidupan yang lebih mewah dikala pemimpin UMNO/BN itu hidup senang lenang.

Mat-mat rempit pula menjadi taruhan UMNO/BN untuk membuat huru-hara di hari penamaan calon serta membuktikan mereka kurang bijak atau dengan kata lain mereka terlalu bodoh dalam menjaga keprihatinan rakyat.

UMNO/BN membayar kepada mat-mat rempit untuk minyak petrol adalah sekitar RM200 setiap motor. Satu pembaziran yang cuba ditujukkan oleh UMNO/BN dikala rumah seperti dalam gambar di atas perlukan pembaikan.

Tiada ulasan: