A Mum Of Three Mohd |
- Mai sini... memerhati. Pi sana... mintak tolong.
- Petualang yang derhaka!!
- One Malaysia hancuuss!!
- Hang londeh aku, aku londeh hang!!
- Fuuiyoo..... Draculanya!!
| Mai sini... memerhati. Pi sana... mintak tolong. Posted: 24 Jan 2011 08:40 AM PST ![]() Pengkhianat rakyat datang..... tetapi sebagai pemerhati. Duduk jer dalam bilik media di sebalik kaca. Kah... kah... kah.... Aku masih ADUN, wakil rakyat Pelabhuan Kelang. Ngigau ke apa mamat ni?? Hang punya kerusi dah kosong, ada paham?? Hidung dah kena 'potong', baru nak tersorong-sorong. Lepas tu.... dia pi mintak tolong pada 'pak penakan' dia. Dia nak suruh 'pak penakan dia isytiharkan, kerusi tu masih hak dia. Depa akan bersusah payah tolong dia untuk pastikan 'Tuan Melayu' depa tak mampuih. Apa-apa pun, kita tunggu 'pak penakan' dia buat keputusan. Tunggu.... [Sumber di sini dan sini] |
| Posted: 24 Jan 2011 05:19 AM PST ![]() Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor seperti yang telah diduga, gagal dalam percubaannya untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi memberikan kuasa kepada Sultan dan menteri besar dalam pelantikan tiga jawatan tertinggi negeri. Well.... pada aku gagal tak bermakna kalah. Gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. InsyaAllah.... lain kali, mungkin kita akan berjaya. Ini kerana... dari segi logiknya, orang yang menduduki tiga jawatan tertinggi itu mestilah dalam kalangan mereka yang mendapat kepercayaan kerajaan negeri dan yang boleh bekerjasama dengan mereka. Ini akan dapat melancarkan urusan pentadbiran, demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyatnya. Sebab itu, tindakan meminda Undang-undang Tubuh Negeri, bukan untuk menjadikan MB lebih berkuasa daripada Sultan, tetapi untuk menjamin kelancaran urus tadbir negeri, tak kiralah jika negeri dikuasai oleh Pakatan Rakyat atau BN. Ia mahu dilakukan demi kepentingan rakyat. Walau pun Pakatan Rakyat di Selangor gagal mendapat majoriti 2/3 untuk membolehkan pindaan tersebut dilaksanakan, tetapi.... ia tidak menggusarkan mereka. Ia sudah dijangka awal-awal lagi. Sebenarnya, pindaan ini mempunyai matlamat serampang dua mata. Satu mata telah gagal, tetapi.... satu mata lagi telah berjaya mencapai sasarannya. Pakatan telah berjaya menunjukkan kepada kita, siapa sebenarnya yang TIDAK MAHU HAK dan KUASA SULTAN dikembalikan. Pakatan Rakyat BERJAYA MENDEDAHKAN PENDERHAKA yang SEBENARNYA. Siapakah yang menderhaka?? Siapakah hipokrit yang sebenar?? |
| Posted: 23 Jan 2011 08:00 PM PST ![]() Hancuusss!!! One Malaysia... Islam dihina, kemenangan diutamakan. Itulah strategi kempen yang diguna pakai oleh UMNO/BN di PRK N.05 Tenang. UMNO bersama-sama rakannya MCA serta Gerakan sanggup memperlekeh ajaran Islam semata-mata untuk meraih undi masyarakat Cina di sana. Isu calon PAS Normala Sudirman yang memakai sarung tangan ketika bersalaman dengan yang bukan muhrimnya dimanipulasi hebat dan dimainkan oleh MCA dengan sokongan UMNO. Jijik sungguh kempen mereka apabila mereka mempermainkan sentimen agama. Namun demikian, ia menunjukkan sikap mereka yang sebenarnya. Sudah 53 tahun mereka bersama dalam sebuah kapal yang diterajui bangsa Melayu-Islam, tetapi masih bangang tentang ajaran Islam. Mereka langsung tidak menunjukkan kepekaan mereka terhadap sensitivi bangsa Melayu terhadap agamanya. Ini memalukan bangsa Cina itu sendiri. Akibat nila setitik, rosak susu sebelangga. Akibat sikap MCA yang keji, rosak imej kaum Cina. Nasib baik ler ada banyak lagi Cina, yang tidak sekeji MCA. Inikah amalan yang disarankan dalam konsep 1Malaysia?? Apa yang dilakukan oleh MCA di Tenang ialah bukti bertapa 1Malaysia itu adalah retorik politik semata-mata. Mereka cakap tak serupa bikin. Inilah rupa syaitan yang berlindung di sebalik topeng One Malaysia. One Malaysia ialah alat untuk kepentingan politik mereka semata-mata. Apabila perlu, ya.... One Malaysia!! Apabila tidak menguntungkan mereka, pergi jahanam One Malaysia. Apa-apa pun, tohmahan tersebut sedikit pun tidak mendatangkan kudis kepada calon PAS. Masyarakat Cina yang cuba diperbodohkan oleh MCA tidak mudah terpengaruh dengan dakyah bodoh MCA. Mereka bukan jahil seperti yang MCA harapkan. Cikgu Mala terus mendapat sambutan di mana saja dia pergi untuk berkempen. Penerimaan masyarakat Cina terhadapnya begitu baik sekali. Ini kerana.....masyarakat Cina tidak takut lagi dengan momokan Islam dan juga negara Islam. Masyarakat Cina sudah well informed dan boleh faham amalan dan ajaran Islam di Malaysia. Mereka juga tahu sikap kepura-puraan MCA dalam soal ini. MCA cuba men'jual' isu ini tetapi masyarakat Cina di Tenang, malah di seluruh Malaysia enggan mem'beli'nya. Kesian.... One Malaysia hancuuusss, angkara MCA dan juga UMNO!! |
| Hang londeh aku, aku londeh hang!! Posted: 23 Jan 2011 05:00 PM PST ![]() Ini cerita londeh melondeh. Cerita londeh ini dimulakan oleh Piem 1Malaysia, Najib Razak. Ini adalah ekoran cabaran debat oleh Anwar kepadanya. Dia kata di PM. Dia kata dia ada banyak maklumat. Kalau dia dedahkan, nanti Anwar demam. Dia cakap 'belakang' Anwar tapi tak berani cakap berdepan dengan Anwar. Banyak pulak helahnya. Kalau demam aku makan ubat panadol. Aaaa... mai sini kita berebat. Hang tak mau debat pasai ekonomi, no hal, apa kata kita get personal dan debat hal peribadi. Hang tau banyak hal peribadi aku. Mai kita debat. Itulah lebih kurang, apa yang Anwar katakan. Aha.... Najib hang jangan lupa. Anwar dulu TPM Malaysia. Hang duduk bawah dia. Dia pun banyak tau tentang tembelang hang. Tembelang hang lagi hot dan sensasi. Ada yang dah basi dan ada yang masih fresh lagi. Generasi dulu rasanya dah tahu serba sedikit tetapi generasi baru yang muda-muda ini, pasti ingin tahu apa dia rahsia hang dulu-dulu. No problem.... Anwar boleh kasi refresh!! Hangpa nak tau kalu, klik sini. Suspen gilerr. Aku pun tertunggu-tunggu nak tahu apa sebenarnya yang berlaku dedulu. Hal terkini aku tahu, tapi hal dedulu aku blurr.... So, how?? Debat hal peribadi.... hang ada berani?? Come on la... Hang Perdana Menteri, jadi hang kena tunjuk berani. Kasi Anwar demam tak kebah!! So.... what say you?? Rakyat pasti excited gilerrr nak tengok aksi londeh-melondeh antara Anwar-Najib. Persoalannya sekarang..... Najib berani ke?? [sumber] |
| Posted: 23 Jan 2011 12:00 PM PST ![]() Boleh bawak mati!! Ituler penangan love bite atau gigitan cinta. Fuuiyoo.... Draculanya!! Ganaaassss!! Mula-mula syok... Lepas tu tak boleh gerakkan tangan. And then... diserang sakit jantung and lumpuh. Tak lama kemudian.... MATI!! Pembuluh darah boleh rosak, darah boleh beku dan kena stroke. Last-last... MATI!! Usah dibuat komer!! Bahaya.... [sumber] |
| You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan