Ahad, 23 Januari 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Video: Polis Jimat Bateri, Padam Lampu Pajero

Posted: 23 Jan 2011 09:01 AM PST


Polis paling marah jika ada kenderaan yang tidak menyalakan lampu. Tetapi apakah polis adil jika menahan pengguna jalan raya jika mereka sendiri tidak menyalakan lampu kenderaan mereka? Video di atas membuktikan segala-galanya bahawa pihak polis paling banyak melanggar peraturan jalan raya.

Klik imej bagi pembesaran

Video ini diambil sekitar kawasan Tenang Station yang merupakan kawasan rondaan pihak polis membuat rondaan. Tetapi tidak mengapa, selepas ini sebagai pengguna jalan raya kita harus memastikan lampu belakang menyala dalam keadan baik bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diigini.

Gambar: Polis Pun Mahu Bergambar Di Tenang

Posted: 23 Jan 2011 08:20 AM PST

Semasa proses penamaan calon yang belangsung pada sabtu lepas, ramai jurugambar terlibat dalam mengambil gambar serta membaut rakaman video. Tetapi dalam kes ini, polis juga turut mengambil gambar perarakan penyokong Pakatan Rakyat.

Aksi polis ini sempat diambil ketika mereka sibuk menjalankan tugas. Namun ada pihak polis yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keselamatan sebaliknya mahu menjadi media kepada rakyat. Adakah mereka bosan menjadi anggota keselamatan yang tidak memberi faedah kepada mereka?

Mungkin polis sekarang sudah muak dan jemu dengan sikap parti memerintah yang sering menyalahgunakan mereka demi kepentingan politik. Kebebasan mereka sebagai polis juga turut diperkudakan oleh segelintir golongan ahli politik yang cuba untuk pergunakan bagi kepentingan diri.

Video: Provokasi Di Tenang

Posted: 22 Jan 2011 03:55 PM PST


Sebahagian daripada insiden yang berlaku ketika penamaan calon di DUN Tenang. Kejadian ini berlaku ketika calon kedua-dua parti bertanding menuju ke tempat dewan penamaan. Keadaan menjadi kecoh selepas pihak berkuasa cuba merampas microfon daripada salah seorang penyokong.

Namun keadaan dapat dikawal setelah ditenteramkan oleh beberapa penyokong PR yang lain. Tindakan polis ini seakan-akan menghalang apa yang cuba disampaikan oleh individu tersebut berkaitan kenaikan harga barang bersempenan dengan BN (Barang Naik).

Tontonilah video tersebut untuk melihat galagat pihak polis yang seakan-akan berpihak kepada BN dan provokasi yang cuba dilakukan sehinggakan ada penyokong PR yang tidak berpuas hati dengan pihak keselamatan yang menjalankan tugas berat sebelah.

Ada yang mengatakan pihak keselamatan tidak mengambil apa-apa tindakan kepada mat rempit tajaan BN sebaliknya bertindak keras ke atas penyokong PR.

Tiada ulasan: