Ahad, 23 Januari 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Cabaran Debat bergema lagi di Tenang (Video Inside)

Posted: 23 Jan 2011 12:29 AM PST

Video ucapan Anwar diakhir entry..


LABIS: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk berdebat isu peribadi jika ia menjadi kemahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang bermati-matian mengelak berdebat isu ekonomi.

Menyatakan Najib belum menerima pelawaan untuk berdebat mengenai Program 100 Hari sebaliknya menyerang beliau dengan mengungkit isu peribadi, Ketua Pembangkang itu tidak gusar sebaliknya sedia untuk berdebat dalam hal itu.


"Demam pun saya mampu debat, tapi tajuk ekonomi. Najib tidak mahu debat ekonomi, mahu tajuk peribadi, tidak mengapa, boleh. Tajuk pertama ekonomi, tajuk kedua peribadi. Dia (Najib) kata Anwar ini akhlak rendah peliwat, tidak mengapa tapi bawa bukti. Saya akan menyebut rampas bini orang, rasuah RM500 juta, pembunuhan Altantuya, jawab.

"Saya tidak mahu tanya, sila jawab. Mahu tengok siapa yang kena londeh," katanya pada ceramahnya di Felda Tenang malam tadi.-Keadilandaily


Soi Lek juga hina Queen Elizabeth.

Posted: 23 Jan 2011 12:06 AM PST


KUALA LUMPUR, 23 Jan: Serangan peribadi Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap calon PAS, Normala Sudirman kononnya 'kalau dia bersalam pun dengan memakai sarung tangan' adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Bahkan ia dianggap merendah-rendahkan pengetahuan dan budaya orang Cina sendiri seolah-olah mereka bodoh untuk menerima pandangan bekas menteri kesihatan itu.

Ini kerana bersalam dengan memakai sarung tangan bukannya merendahkan martabat mana-mana pihak dan tidak ada kesalahanpun dari segi moralnya.


Bagi kebanyakan pihak, kenyataan Chua ini sesuatu yang sangat naif dan menyerang pribadi pihak lain ketika moral beliau sendiri sangat dipertikaikan sehingga terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan sebelum ini.

"Baginda Queen Elizabeth, Ratu England juga memakai sarung tangan ketika bersalam dengan mana-mana pihak hatta pemimpin negara lain.

"Adakah Chua Soi Lek mahu berkata, Queen Elizabeth mahu menghina Perdana Menteri India, Manmohan Singh ketika bersalam dengan beliau dalam keadaan memakai sarung tangan," kata seorang pemerhati politik.

Bagi keluarga diraja British, tidak memakai sarung tangan ketika bersalam dengan pihak lain adalah satu yang tidak beradab.

Bagi Islam pula, bersalam dengan lelaki atau perempuan yang boleh dinikahi (bukan muhrim) adalah satu kesalahan (dosa).

Normala Sudirman pula menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.

Merujuk kepada isu tidak bersalam yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Normala meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Menurut Normala, 38, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA yang dipimpin Dr Chua sudah memahami tertib seorang wanita Islam.

"Saya secara peribadi berpendapat bahawa sudah tiba masa pihak lawan (BN) matang setelah 53 tahun kita merdeka... apa yang paling penting adalah dasar-dasar atau komitmen perkhidmatan yang mahu dibawa kepada rakyat khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

"Bukan menyentuh isu peribadi atau serangan peribadi yang saya kira ia satu perkara yang sangat jauh daripada apa yang kita fokus.

"Saya kira perkara yang paling penting adalah setelah 53 tahun merdeka, MCA sepatutnya sudah lama memahami konsep sebagai individu Muslim yang perlu kerana mereka berkawan dengan komponen BN iaitu Umno," kata beliau dalam temu bual ekslusif bersama The Malaysian Insider hari ini.

Exco Dewan Muslimat PAS pusat ini berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Dr Chua mengenai Islam apabila secara sindiran membuat perbandingan cara Normala bersalaman dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang.

"Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.

"Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS," kata Chua.


Harakahdaily

RM888 Billion wang keluar secara haram, angkara siapa?

Posted: 22 Jan 2011 11:46 PM PST

KUALA LUMPUR, 23 Jan — DAP menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) tampil memberi penjelasan berhubung skandal aliran keluar wang haram berjumlah RM888 bilion (AS$291 bilion) yang direkodkan sepanjang tahun 2000 dan 2008.
Berdasarkan laporan badan pengawas kewangan yang berpangkalan di AS, Global

Financial Integrity (GFI) baru-baru ini, Malaysia berada di tempat kelima dalam senarai negara yang terlibat dalam aliran keluar wang haram sepanjang tempoh tersebut.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pihaknya kecewa kerana "lanun darat" dibenarkan bergerak bebas di negara ini, sekali gus menyebabkan wang sejumlah dibawa keluar secara tidak sah.


"Mana-mana kerajaan yang bersih dan bertanggungjawab, yang berintegriti akan dengan segera menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat skandal aliran keluar wang RM888 bilion secara haram ini," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Bank Negara Malaysia akan membuat ulasan khas tentang laporan berita yang mengatakan Malaysia menduduki tempat kelima di kalangan negara-negara yang mencatatkan pengaliran keluar wang haram paling banyak.

"Boleh ada banyak sebab, tetapi biarlah Bank Negara yang membuat komen khas tentang itu," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut laporan GFI, aliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion (AS$22.2 bilion) yang, lapan tahun kemudian, melonjak kepada RM208 bilion (AS$68.2 bilion).

GFI mendefinisikan aliran keluar wang haram sebagai pemindahan wang yang dijana menerusi aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, aktiviti jenayah dan usaha mengelak cukai ke atas kejayaan diperoleh.

GFI menyenaraikan China berada di tangga teratas di kalangan 125 negara membangun manakala Filipina pula di tangga ke-12.

Dalam kenyataannya, Lim berkata perkembangan itu memperlihatkan kurangnya penguatkuasaan dan usaha menegakkan lunas perundangan dan mengatasi budaya rasuah, yang sekali gus menghakis keyakinan dalam pasaran modal.

"Yang jelas, bukan sahaja Petronas malah BN juga mesti tampil bersih dalam skandal aliran keluar wang haram dalam jumlah yang besar," kata Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan MP.

Malah laporan itu berkata, diskriminasi dalam pasaran pekerjaan juga faktor menyebabkan migrasi dan aliran keluar wang haram.

"Yang menyedihkan, kehilangan bakat modal insan Malaysia bukan sahaja memalapkan masa depan kita, tetapi juga menjadikan kita miskin," kata Lim.

Kini terdapat kira-kira 700,000 rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja di negara lain, dengan separuh daripada mereka di Singapura.

Malah GFI juga berkata, peningkatan tahap ketelusan dalam sistem kewangan global juga penting demi mengurangkan aliran keluar wang haram.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menekankan bahawa pentadbiran kerajaan negerinya yang berlandaskan slogan cekap, akauntabiliti dan telus telah membawa kepada pengiktirafan Ketua Audit Negara menerusi laporan 2009.

Oleh itu kata beliau, keengganan BN untuk menjelaskan skandal aliran keluar wang haram kemungkinan boleh menyebabkan Malaysia muflis menjelang 2019.

Katanya, jika RM888 bilion disalurkan kepada 27 juta penduduk negara ini, bermakna setiap rakyat dapat memperoleh RM33,000 sepanjang sembilan tahun 2000 dan 2008.

The Malaysian Insider

Soi Lek mempersenda Islam, Muhyiddin mempamirkan keBODOHANnya.

Posted: 22 Jan 2011 09:28 AM PST

Ketika kempen pilihanraya belum dibenarkan oleh SPR, kita telah melihat UMNO/BN telah memulakan kempen meraka di Tenang dan tindakan mereka ini tidak menyalahi peraturan kerana mereka itu kerajaan yang membayar gaji seluruh kakitangan SPR termasuk pengerusinya.

Dalam siri kempen yang dikira haram itu kita juga telah melihat bagaimana biadapnya bekas pelakon video porno Chua Soi Lek yang kini dilantik sebagai Presiden MCA mempersendakan ajaran Islam ketika menimbulkan isu tentang penubuhan Negara Islam oleh PAS.

Ketika bercakap tentang Negara Islam yang akan ditubuhkan oleh PAS jika Pakatan Rakyat memerintah, Pelakon porno itu telah membangkitkan hal bagaimana calon PAS/PR Cikgu Normala bersalaman, pelakon porno itu mengatakan Cikgu Normala tidak akan bersalam dengan orang ramai kecuali beliau memakai sarung tangan seperti Wan Azizah.(baca di SINI)

Biarpun kenyataan pelakon porno itu jelas mempermainkan suruhan atau ajaran Islam dan menimbulkan kemarahan ramai umat Islam ianya disokong pula oleh MB Johor yang dikatakan takut kepada isteri melebihi takut kepada Allah..


MB Johor yang takut kepada isteri itu telah menambah "Jika PAS berkuasa, mereka tidak akan puas hati dengan berada di tempat kedua atau ketiga. Mereka pasti mahu jawatan perdana menteri atau menjadi parti paling berkuasa,"

Dan ada portal berita yang telah melaporkan bahawa MB Johor yang takut bini itu telah berkata PAS juga akan melaksanakan hukum hudud dan akibatnya ialah habis tangan-tangan orang akan di potong tanpa menyatakan sebabnya secara jelas.

Cara mereka berkempen itu tidak lebih dari taktik lama yang dikitar semula. (baca di SINI) Taktik menakutkan pengundi itu telah digunakan mereka semasa internet adalah sesuatu yang luar biasa.

Lebih malang lagi buat umat Islam yang mengharapkan UMNO sebagai pembela bangsa dan ugama bila Timbalan Perdana Menteri sendiri menyokong tindakan bintang filem porno itu mempersendakan ajaran Islam.

Kata Muhyiddin "Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina," (sepenuhnya di SINI) yang boleh ditafsirkan sebagai "Baik juga asal UMNO terus berkuasa"

Sekali lagi Muhyiddin menunjukkan kepada kita betapa bodohnya dia kerana gagal memahami isu yang dibangkitkan, seperti ketika PRK Hulu Kelang dulu beliau juga tidak menjawab mengenai isu Kamalanathan cuba berbohong dengan mengatakan beliau tidak mencium tangan Muhyiddin sedangkan gambarnya mencium tangan Muhyiddin telah disiarkan merata-rata. (baca di SINI)

Apa yang dijawab oleh Muhyiddin ketika itu ialah tidak menjadi masaalah mencium tangan seseorang kerana ianya adalah kebiasaan atau adat dalam budaya Melayu..

Dalam hal ini, isu yang dibangkitkan ialah bintang filem porno itu telah mempersendakan ajaran atau suruhan Allah bukannya hal Negara Islam yang akan ditubuhkan jika PAS berkuasa.

Tidak perlulah kita hairan kenapa bintang filem porno itu masih gagal memahami ajaran Islam kerana kebanyakkan pemimpin UMNO sendiri masih gagal memahaminya, jadi itulah antara factor kita masih boleh melihat isteri-isteri mereka tidak menutup aurat dan anak-anak mereka sering kedengaran dilihat dikelab-kelab malam.

Kita juga tidak perlu merasa hairan kerana tindakan bintang filem porno itu mempertikaikan bahawa Calon PAS, Cikgu Normala tidak akan berjabat tangan jika tidak memakai sarung tangan kerana baginya sebagai bintang filem porno persentuhan antara kulit diantara lelaki dan perempuan amat diperlukan bagi membangkitkan nafsu syahwat..

Tetapi kita perlu hairan kerana biarpun bintang filem porno itu dibesarkan dinegara yang majoritinya orang yang berbangsa melayu ini, bintang filem porno itu masih gagal memahami adat dan budaya bangsa melayu.

Sebenarnya tindakan berjabat tangan atau bersalaman itu yang menyebabkan persentuhan kulit antara jantina yang bertentangan yang telah akil baligh bukan saja dilarang didalam Islam.

Didalam budaya atau adat orang Melayu juga kita tidak dibenarkan berjabat tangan antara lelaki dan perempuan, kita juga tidak dibenarkan bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan biar dalam apa jua keadaan sekalipun.

Orang Melayu akan bersalam tanpa menggoncangkan tangan dan selepas itu akan meletakkan tangannya kedada kanan sebagai simbolik yang lawan salamnya itu akan tetap dihati.

Dan bagi yang lebih muda pula jika mereka bersalam dengan yang lebih dewasa mereka akan tunduk membongkokkan tangan, dan mencium tangan sebagai menunjukkan rasa hormat.. contohnya seperti yang telah dilakukan oleh Kamalanathan terhadap Muhyiddin dalam PRK Hulu Selangor yang lalu.

Jika kita rajin memerhatikan suatu ketika dulu ketika selendang lebih popular dibandingkan tudung, kita akan melihat jika perempuan Melayu hendak bersalam dengan lelaki, mereka akan menggunakan selendang yang labuh itu sebagai alas agar tiada persentuhan antara kulit berlaku antara mereka.

Jadi ketika bintang filem porno itu mempersendakan hukum Islam beliau juga sebenarnya telah mempermainkan adat dan budaya Melayu secara tidak langsung..

Malang buat umat Islam yang mengharapkan UMNO untuk membela Islam kerana pemimpin mereka sendiri pula yang merestui tindakan bintang filem porno itu.. dan 40 Ulama Muda yang telah menyertai mereka takut untuk bersuara.. kerana bimbang disingkirkan dari UMNO..

Kerana mungkin bagi 40 ulama Muda itu apa yang penting ialah maruah UMNO perlu dipertahankan biarpun dengan menginjak-injak hukum Allah..

Malang juga buat Bangsa Melayu yang mengharapkan PERKASA bagi mempertahankan maruah Bangsa Melayu.. PERKASA juga membutakan mata, memekakkan telinga ketika adat dan budaya bangsa Melayu di permainkan sedemikian rupa..

Tiada ulasan: