Sabtu, 22 Januari 2011

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Gelora dari dalam: Rahsia calon BN N.05 bakal didedahkan?

Posted: 22 Jan 2011 07:59 PM PST



Gempar! Calon BN DUN Tenang bakal ditelanjangkan!

CiLiK© benar-benar dah muak dengan gaya kempen yang dilakukan oleh pencacai-pencacai UMNGOK dan Be End! Tak habis-habis dengan fitnah zina yang direka-reka oleh mereka! Sebaik sahaja calon PAS Cikgu Mala diumumkan sebagai calon sebelum ini, para pencacai UMNGOK melontarkan fitnah kononnya Puan Normala Sudirman pernah melakukan zina sebelum berkahwin dengan Maarof, suaminya kini rujuk link ini [Cikgu Mala difitnah].

Baiklah oleh kerana gerombolan pencacai sibuk memfitnah calon PAS, mereka terlupa bahawa calon BN yang mereka agung-agungkan sebenarnya memiliki rahsia besar! Bermula dari hari ini, MiLo SuaM akan membongkarkan satu persatu rahsia tersebut beserta buktinya sekali. Harap-harap gerombolan pencacai UMNGOK dan Be End bersedia untuk menutup kemaluan calon Be End yang bakal MiLo SuaM bongkarkan!







Pendedahan ini akan membuatkan semua penyokong Be End dan UMNGOK beserta calon Be End tersebut bagai cacing kepanasan. Rahsia-rahsia beserta dokumen ini diperolehi dari sumber yang dipercayai. CiLiK© akan dedahkan semua rahsia ini beserta bukti. Jangan terkejut, kerana calon Be End ini ternyata penipu besar dan boleh dikategorikan sebagai perompak harta rakyat! Malah beliau juga mempunyai kes mahkamah dan terbukti bersalah!

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh MiLo SuaM tak kata! Menentang dengan fakta bukan auta! Nantikan pendedahan demi pendedahan yang akan dibongkarkan!

**baca seterusnya di blog MILO SUAM..

INTERLOK: "Muhyiddin adalah penipu, pendusta dan pengkhianat!" - PRIMA/MIC

Posted: 22 Jan 2011 07:39 PM PST



BERITA 1

PRIMA: Muhyiddin penipu, pendusta, pengkhianat...

Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) melabelkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran sebagai seorang penipu, pendusta dan pengkhianat kerana membuat kenyataan bahawa kementerian telah mencapai persetujuan dengan masyarakat India berhubung penggunaan buku teks kontroversial, novel Interlok.

Sebaliknya, kata ketua penerangan persekutuan itu, AP Raja Retinam, beberapa perwakilan India yang menghadiri mesyuarat pada Selasa lalu secara teranagn menuntut buku itu ditarik balik.

"Muyhiddin adalah penipu, pendusta dan pengkhianat. Semua anggota delegasi MIC membantah kata-kata Muyhiddin dengan sekeras-kerasnya.

"Semua delegasi MIC menuntut supaya buku itu ditarik balik. Sama sekali tidak setuju menerima dengan pemindaan," katanya dalam satu SMS kepada Malaysiakini, hari ini.



Sebelum ini, PRIMA memberi amaran bahawa mereka akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Tenang jika kerajaan gagal menangani isu tersebut tetapi tidak berbuat demikian hari ini.

Sehubungan itu, Raja Retinam menggesa pengundi India supaya menyokong calon PAS.

Beliau juga mahu MIC, yang juga menghantar perwakilan pada mesyuarat Selasa lalu mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat berhubung kenyataan Muhyidin dan mengeluarkan kenyatan rasmi parti tersebut.

Muhyiddin semalam dilaporkan berkata mesyuarat Selasa lalu yang dipengerusikan oleh timbalannya, Datuk Puad Zarkashi telah mencapai konsensus dengan beberapa persetujuan bagi mengakhiri perbalahan mengenai Interlok.

Ini termasuk memuatkan nota khaki tambahan, glosari dan garis panduan pengajaran.

Muhyiddin dilaporkan berkata novel berkenaan membincangkan perpaduan dan intergrasi di kalangan penduduk pelbagai kaum dan selaras dengan konsep 1Malaysia. - MK

BERITA 2

Interlok: Wakil MIC mahu novel ditarik balik, nafi kenyataan TPM

KUALA LUMPUR, 22 Jan — Wakil MIC yang bertemu Kementerian Pelajaran minggu lalu telah menegaskan bahawa novel subjek sastera Interlok yang kontroversi harus ditarik balik daripada digunakan oleh pelajar-pelajar Tingkatan Lima.

Justeru menurut salah seorang wakilnya, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa wakil-wakil yang hadir telah bersetuju novel itu baik dan patut digunakan adalah satu pandangan yang berbeza sama sekali.

Bekas presiden Hindu Sangam Malaysia, Dr. A. Nagappan berkata, kesemua enam wakil MIC telah menzahirkan pendirian sebulat suara bahawa novel itu tidak wajar dibenar untuk digunakan sebagai teks sastera atas alasan kandungannya tidak sesuai bagi tujuan memupuk integrasi dan semangat 1 Malaysia.

"Kami telah mengetengahkan satu pendirian bersama... pendirian kami, wakil MIC (dalam pertemuan minggu lalu) ialah novel ini wajar ditarik balik, tiada cadangan lain daripada kami selain meminta ia tidak digunakan di sekolah," kata bekas pensyarah maktab perguruan ini ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"Oleh itu satu perkara (novel patut digunakan) yang dikatakan oleh Tan Sri Muhyiddin (gambar) tidak benar," katanya.

Kata beliau, pihaknya berpendapat bahawa novel itu tidak wajar digunakan sebagai buku teks sastera berdasarkan pada keseluruhan kandungan ke atas pembangunan sosial masyarakat negara ini.

Semalam, Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran mencadangkan beberapa usul untuk memudahkan tugas guru yang mengajar novel Interlok di sekolah-sekolah termasuk menyediakan glosari dan nota kaki untuk menjelaskan maksud perkataan-perkataan tertentu.

Menteri Pelajaran berkata, pihaknya juga mencadangkan supaya guru yang mengajar novel berkenaan disediakan panduan yang jelas bagi mengelakkan timbul masalah pada kemudian hari.

"Kita ada beberapa perkara sudah kita usulkan dan Kabinet minta kita teruskan perbincangan dengan MIC supaya lebih jelas bagaimana hendak atasi perkara ini." - TMI

BIADAP: MB Johor dan Muhyidin persenda hukum Allah, takutkan pengundi Cina dengan negara Islam!

Posted: 22 Jan 2011 05:36 AM PST



BERITA 1

MB Johor beri amaran, PAS akan potong tangan pencuri!

Sama ada anda percaya atau tidak, namun inilah wajah sebenar pemimpin UMNO yang memperlekeh dan mempersenda hukum Allah. Menteri Besar Johor, Ghani Othman memberi amaran kepada para pengundi di DUN Tenang supaya jangan mengundi calon PAS, jika tidak "Parti Islam itu akan memotong tangan anda jika mencuri" [Malaysia Chronicle].



Dalam kempennya yang disiarkan di dalam bahasa Inggeris di portal Malaysia Chronicle, beliau berkata seperti berikut,
"What will happen when PAS comes to power? PAS already came to the Felda areas, saying that they want to form an Islamic state. They say they want laws to chop off your hands for stealing. That is the content of their campaign with the Malays in Chemplak in Tenang,"
Terjemahan:
"Apa akan jadi bila PAS mendapat kuasa? PAS kini sudah sampai ke kawasan-kawasan FELDA, mereka kata mahu menubuhkan Negara Islam. Mereka kata mahukan undang-undang yang akan memotong tangan kamu jika mencuri. Inilah isi kandungan kempen mereka di hadapan Orang Melayu Chempelak di Tenang,"
Seorang pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam yang sepatutnya memberikan pemahaman kepada orang bukan Islam tentang kebaikkan dan keindahan Hukum Islam, sebaliknya bertindak menakut-nakutkan orang bukan Islam dan mengelirukan mereka.

Sekali lagi "Akhirat dijual demi kuasa politik di dunia"

Tergamak menteri ini memburuk-burukkan Islam di hadapan orang-orang bukan Islam, di manakah rasa cinta dan imannya terhadap Agama Allah? Adakah hukum 'hudud' yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran hanya layak dijadikan bahan untuk diperlekeh dan dipersendakan?

Secara peribadi, ReJaM© benar-benar terkejut dengan kenyataan ini, apabila ia keluar dari mulut seorang pemimpin yang beragama Islam. Menolak satu ayat sahaja dari Al-Quran sudah dihukum sebagai orang yang ingkar dan kafir, bagaimana pula hukum mempersenda dan menakut-nakutkan manusia lain dengan cara ini?

Sanggupkah anda sebagai seorang Islam yang cintakan Agama Allah ini bersekongkol dengan pemimpin seperti ini? Dia hanya mementingkan kuasa politiknya, agamanya sendiri sanggup digadaikan demi politik! Barangkali dialah yang paling takut dengan hukum Islam, kerana jika ia dijalankan di Malaysia, maka tangannyalah yang terlebih dahulu akan dipotong kerana merompak harta rakyat! - Milosuam.blogspot.com

BERITA 2

Muhyuddin Sokong MCA Tolak Negara Islam

KL 22 Jan 11: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terus bermuka dua di kalangan masyarakat Islam apabila jelas menolak penubuhan negara Islam di Malaysia.



Ini terbukti apabila beliau menyoikong dan berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka.

Sambil menyifatkan isu berkenaan bukan satu perkara baru, Muhyiddin berkata PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya.

"Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada.

"Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang.

Muhyiddin menjawab soalan pemberita sama ada isu negara Islam yang dibangkitkan oleh MCA untuk meraih balik sokongan kaum Cina dalam pilihan raya Tenang yang akan berlangsung pada 30 Januari ini.

Pada pilihan raya itu, akan berlaku pertandingan dua penjuru antara calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS Normala Sudirman.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dalam Pakatan Rakyat, mereka tidak sepakat dan di antara PAS dan DAP "mereka bertembung sehingga mengambil satu sikap berdiam diri dan tidak bercakap" mengenai perkara tersebut.




(BIADAP: MCA hina Islam di Tenang, takutkan pengundi Cina dengan penubuhan negara Islam!..baca di SINI..)

"Kalau bercakap nanti seluruh dunia tahu, kita akan kalah dan orang tidak akan sokong kita," perli Muhyiddin

"Tapi ia (penubuhan negara Islam) masih ada lagi, PAS tidak tukar perlembagaan macam (Datuk Seri) Dr Chua (Soi Lek) sebutkan, dan Karpal Singh pun kata langkah mayat saya dahulu kalau nak kepada negara Islam," katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin pengundi di Tenang memahami perkara muslihat Pakatan Rakyat dan berkata jentera BN akan turun padang membuat penjelasan kepada pengundi.

"Kita terangkan mana yang hak mana yang betul, yang batil kita tidak ceritakan. Kita membawa risalah yang baik supaya rakyat dapat menilai dan memilih dengan bijaksana," katanya. - Ibnu Hussin/Malaysiakini

Tiada ulasan: