Sabtu, 22 Januari 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Foto menyerlahkan payudara - Memang gambar saya : Nursyella

Posted: 22 Jan 2011 06:34 PM PST


KUALA LUMPUR: Walaupun hampir lapan tahun menyepi daripada dunia hiburan, penyanyi Nursyella tetap terpalit dengan kontroversi apabila foto seksi yang 'menyerlahkan' sebahagian payudaranya, tersebar di laman gosip dan forum.

Namun, anak keempat daripada 15 beradik itu meminta masyarakat jangan sesuka hati menilai peribadinya menerusi pakaian.

Nursyella atau nama sebenarnya Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 25, berkata dia mengakui foto yang tersebar itu adalah dirinya, namun itu bukan bermakna dia perempuan murahan yang boleh dikaitkan dengan kehidupan songsang seperti gemar berhibur di kelab malam dan rela menggadai maruah ditaja lelaki hidung belang mahupun orang kenamaan.

"Orang tak tahu susah payah saya selama lapan tahun menyepi. Orang hanya tahu mencaci dan menghina saya dan terbaru, menyebarkan foto peribadi saya.

"Memang itu foto saya. Saya bukan hipokrit dan begitulah gaya saya berfesyen, tapi tak sangka boleh mengundang kontroversi hingga saya dituduh sengaja nak tayang payudara.

"Waktu itu saya bersama beberapa rakan, termasuk juga artis lain, menghadiri majlis hari jadi di sebuah pusat karaoke di ibu kota. Jadi saya berpakaian mengikut kesesuaian majlis yang diadakan.

"Saya tahu ada orang ambil kesempatan buat perkara ini (edar foto) untuk memburuk-burukkan nama saya.

"Tak sangka, walaupun lama tidak terbabit dalam industri hiburan, masih ada yang mahu mengaitkan saya dengan kontroversi," katanya kepada Metro Ahad.

Nursyella mempunyai tiga album, bermula dengan judul Manis, disusuli Pasti Kembali dan terakhir pada 2006 dengan album koleksi 60-an. Antara lagu popularnya ialah Menangis Dalam Hujan dan Kaulah Bintang.

Dia yang menjadi artis rakaman ketika berusia 15 tahun, pernah beberapa kali dikaitkan dengan kontroversi mengenai pembikinan sebuah albumnya di Indonesia, empat tahun lalu.

Ada yang mendakwa dia mempunyai hubungan dengan seorang VIP hingga sanggup mengeluarkan modal untuk menerbitkan albumnya di negara jiran itu. Dia juga pernah dilabel artis kelas rendah dan dituduh menjadi GRO.

Sejak kebelakangan ini, timbul gosip menerusi blog dan forum hiburan mendakwa dia 'dibela' seseorang hingga menyebabkan hidupnya kelihatan mewah.

Nursyella, ketika mengulas kontroversi itu, menjelaskan, segala yang dikecapi dia dan keluarganya ketika ini adalah hasil titik peluh sendiri tanpa menerima bantuan atau tajaan seperti didakwa sesetengah pihak.

Menurutnya, orang tidak tahu betapa susahnya dia membina perniagaannya hingga berjaya ke tahap sekarang, sebaliknya cuma tahu memfitnahnya dengan pelbagai tuduhan.

"Alhamdulillah, rezeki saya murah. Apa yang saya usahakan memberi pulangan berbaloi, bermula dengan membuka restoran, salun, spa dan kemudian butik pengantin.

"Allah limpahkan rezeki kepada saya dan ketika ini saya dalam proses membuka cawangan butik ketiga tidak lama lagi, semua itu saya usahakan sendiri dan dengan bantuan keluarga. Saya ada 15 adik-beradik dan mereka banyak membantu dan mengusahakan perniagaan bersama saya.

"Saya juga diberi peluang menceburi pelbagai lagi projek yang memberi pulangan lumayan, jadi tidak mustahil orang lihat saya mewah kerana memang saya berkemampuan.

"Bukan mahu berlagak tetapi semua yang saya kecapi turut dikongsi bersama keluarga, terutama ibu bapa," katanya yang merancang mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya pada tahun ini.

Empayar perniagaannya juga semakin berkembang apabila Nursyella turut memasarkan produk perubatan herba khusus untuk wanita dan kini mendapat permintaan menggalakkan.

"Saya bercita-cita besar dalam perniagaan, malah dilatih sejak kecil dalam perniagaan kerana kami sekeluarga orang susah sebelum ini dan kini mungkin saatnya merubah nasib keluarga.

"Sebenarnya, saya malas nak layan kontroversi ditimbulkan tetapi semakin saya mendiamkan diri, bermacam pula tuduhan, cacian dan fitnah dilemparkan hingga mengaibkan maruah saya.

"Diharapkan tiada lagi fitnah dilemparkan kepada saya lepas ini, cukup dengan pandangan serong terhadap saya dan sebab itu saya tampil untuk menjelaskan apa yang sebenarnya saya lakukan," katanya.

Umno gagal fahamkan pelakon porno tentang Islam - cheGu Mala

Posted: 22 Jan 2011 03:48 AM PST


LABIS, 22 Jan – Calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.

Merujuk kepada isu tidak bersalam yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Normala meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Menurut Normala, 38, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA yang dipimpin Dr Chua sudah memahami tertib seorang wanita Islam.

"Saya secara peribadi berpendapat bahawa sudah tiba masa pihak lawan (BN) matang setelah 53 tahun kita merdeka... apa yang paling penting adalah dasar-dasar atau komitmen perkhidmatan yang mahu dibawa kepada rakyat khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

"Bukan menyentuh isu peribadi atau serangan peribadi yang saya kira ia satu perkara yang sangat jauh daripada apa yang kita fokus.

"Saya kira perkara yang paling penting adalah setelah 53 tahun merdeka, MCA sepatutnya sudah lama memahami konsep sebagai individu Muslim yang perlu kerana mereka berkawan dengan komponen BN iaitu Umno," kata beliau dalam temu bual ekslusif bersama The Malaysian Insider hari ini.

Exco Dewan Muslimat PAS pusat ini berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Dr Chua mengenai Islam apabila secara sindiran membuat perbandingan cara Normala bersalaman dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang.

"Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.

"Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS," kata Dr Chua.

Dalam temu bual ringkas itu, Normala berkata, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP akan membantu memberikan sokongan dan menjelaskan mengapa beliau tidak mahu bersalam dengan lelaki sepanjang kempen pilihan raya kecil yang bermula hari ini.

Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis dan bekas guru sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39.

Normala juga merupakan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS pusat.

"Dari segi strategi, cara dan kaedah untuk saya mendekati masyarakat seperti ini saya kira rakan-rakan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk memberitahu mereka kenapa dan mengapa.

"Apa yang paling penting adalah akhirnya pengundi DUN Tenang akan memahami itu retorik yang tak berasas untuk dibawa, sedangkan permasalahan yang paling besar adalah fokus utama termasuk permasalahan kebajikan, sosioekonomi dan sebagainya.

"Sudah seharusnya saya kira perkara itu tidak perlu timbul buat masa ini," kata beliau.

Normala juga berkata Umno-BN akan sentiasa membuat provokasi untuk memberikan beliau imej yang buruk kepada pengundi di DUN Tenang.

"Apa pun bagi saya Umno-BN tetap akan mencari isu-isu remeh, isu-isu yang sangat berbentuk picisan kerana kalau apa yang kita lihat buat pun dikata tak buat pun akan dikata.

"Yang paling penting adalah konsep kita memahamkan rakan-rakan khususnya Tionghoa dan India untuk memahami bahawa bagaimana sebenarnya apa yang kita bawa sebagai seorang individu Muslim itu.

"Bukankah sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Sepatutnya mereka memahami situasi ini," katanya.

Normala bagaimanapun melahirkan rasa simpati terhadap Dr Chua kerana gagal memahami konsep Islam selepas Umno gagal memahamkan parti komponen BN itu.

"Secara peribadi saya lebih fokus kepada perasaan simpati saya kepada beliau (Dr Chua) kerana tidak memahami, seharusnya setelah lama berkawan dengan komponen BN, menjadi tanggungjawab Umno untuk memahamkan rakan-rakan tentang hak yang sebenar sebagai individu Muslim termasuk soal bersalaman dan sebagainya.

"Umno gagal memahamkan rakan-rakan dalam BN setelah 53 tahun, seharusnya tidak berlaku.

"Kita lihat dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Seharusnya konsep memahami satu-satu kaum atau agama perlu difahami," katanya.

Bekas guru itu juga bersedia untuk menghadapi apa sahaja serangan yang akan dibuat BN sepanjang kempen pilihan raya yang akan berakhir 30 Januari ini.

"Saya bersedia berdepan apa sahaja cabaran, tohmahan dan fitnah yang akan dilakukan pihak lawan kerana itulah realiti setelah 14 kali pilihan raya kecil.

"Kita lihat isu begitu dan mereka tetap gunakan strategi lama yang saya kira ia tak seharusnya berlaku buat masa sekarang bagi pihak lawan buat perubahan untuk memenangi hati rakyat bukan menyuluh kelemahan peribadi begitu.

"Saya yakin kejutan besar akan berlaku dan saya bimbang itu akan menimbulkan kebencian (pengundi) kepada pihak Umno-BN," katanya.

Tambah Normala, Pakatan Rakyat akan memainkan peranan penting dalam membantu orang bukan Islam untuk memahami lebih dekat konsep yang dibawa PAS selama ini.

"Seperti kaum lain, kami orang Islam memahami budaya dan agama Tionghoa dan India.

"Kami menghormati dan memahami, itulah cara mereka dan seharusnya perkara ini sudah lama difahami rakan-rakan BN," katanya.

Ketika ditanya mengenai keyakinan untuk memenangi pilihan raya kecil DUN Tenang, Normala berkata, beliau optimis pengundi akan membuat keputusan bijak dalam memilih wakil rakyat baru.

"Saya optimis dan berkeyakinan tinggi pengundi kini telah bijak membuat keputusan untuk menentukan perjuangan masa depan dengan membawa suara dan permasalahan ke Dewan Undangan Negeri dengan memilih wakil rakyat yang berwibawa, prihatin dan empati.

"Pada 30 Januari, saya percaya dan berkeyakinan tinggi pengundi DUN Tenang mampu membuat kejutan dan perubahan besar demi," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008. - TMI

Tiada ulasan: