Khamis, 20 Januari 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Umno Selangor memang 'bangkai bernyawa'

Posted: 20 Jan 2011 07:58 AM PST



IKAN busuk bermula di kepala. Itulah petikan pepatah Cina yang sesuai untuk memahamkan rakyat tentang situasi di Selangor, khususnya masalah atau krisis kepimpinan yang melanda parti pembangkang Umno-Barisan Nasional.


Sama ada rakyat sedar atau tidak, sejak tiga dekad yang lalu, rakyat Selangor disajikan dengan ketua pentadbir negeri yang dikenali dengan nama Dato' Menteri Besar, yang hampir semuanya 'bermasalah'.

Selepas Dato' Harun Idris (1970-1976) dan Dato' Hormat Rafie (1976-1982), semua MB Selangor yang diwakili Umno, sarat dengan skandal dan masalah.

Penulis tidak mahu menyentuh mengenai bagaimana Harun dijatuhkan oleh pemimpin Umno sendiri, sehingga dipenjara dan digantikan oleh Hormat.

Yang hendak disentuh ialah MB-MB selepas mereka. Bermula dari Dato' Ahmad Razali Ali (1982-1986), Dato' Muhammad Muhd Taib (1986-1996), Dato' Abu Hassan Omar (1997-2000) dan Dr Mohamad Khir Toyo (2000-2008).

Keempat mereka diganti dan dijatuhkan, penuh dengan skandal dan penghinaan. Harus diingat yang menjatuhkan mereka adalah manusia-manusia rakus dalam Umno sendiri.

Cuma Khir Toyo sahaja dijatuhkan oleh rakyat dan kemudiannya didakwa. Itupun pendakwaan terhadap Khir dikatakan berpunca dari 'move' orang tertentu dalam Umno.

Untuk nota, semua MB adalah Pengerusi Umno, sekali gus memegang jawatan Pengerusi BN Negeri.

Selepas Dr Mahathir Mohamad ditabalkan menjadi Perdana Menteri, lantas beliau memilih adik iparnya Ahmad Razali sebagai MB. Ahmad Razali tidak ada pengalaman dan tidak terkenal dalam Umno, tetapi diberikan jawatan tinggi kerana dia kroni PM.

Akibat ketidak kemampuan dan kelemahannya, sehingga mendorong Umno-BN Selangor menolaknya, Ahmad Razali dihadkan memerintah hanya sepenggal sahaja.

Kisah Ahmad Razali ini terakam diminda penulis, kerana pada waktu itu, penulis baru memasuki sekolah menengah. Suatu ketika penulis berkunjung ke rumah aruah abang ipar di kawasan penempatan setinggan di Kampung Pandan, kebetulan ia berhampiran dengan sebuah dewan orang ramai.

Pada hari itu berlaku kekecohan dalam mesyuarat Umno. Riuh rendahnya perbalahan Umno waktu itu sehingga mereka berani membaling kerusi ke arah MB Ahmad Razali.

Kisah Ahmad Razali berakhir apabila beliau digantikan oleh Muhammad Taib yang juga terkenal dengan gelaran 'Mike Tyson'. Muhammad Taib bertapak 10 tahun sebagai MB Selangor. Paling lama dan paling hebat.

Hebat sehingga berjaya 'melarikan' anak Sultan Selangor. Hebat kerana membayar wang mut'ah sebanyak 16 juta selepas berpisah. Hebat kerana membawa wang berguni-guni membeli aset di Australia, sehingga ditahan polis Australia.

Sampai sekarang, rakyat Selangor disembunyikan dengan fakta, bagaimana Muhammad Taib boleh jadi begini kaya? Boleh orang-orang Umno jelaskan?

Selepas Muhammad Taib dijatuhkan oleh orang Umno sendiri. Dr Mahathir menaikkan Abu Hassan Omar. Beliau seorang Menteri, lalu diarah beliau letak jawatan Menteri, seorang Adun BN mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada beliau menjadi MB.

Pertamakali dalam sejarah Malaysia, diadakan pilihan raya kecil kerana PM mahu seorang yang hebat menjadi MB Selangor terbaik dari Umno-BN.

Abu Hassan 'ditabal' dengan penuh gemilang sebagai MB. Beliau bukan orang kecil, beliau dihormati oleh golongan istana dan mendapat kepercayaan PM.

Namun tidak sampai sepenggal, beliau tersungkur kerana skandal yang memalukan Umno-BN dan seluruh rakyat Malaysia.

Kehebatan Abu Hassan terserlah sehingga berjaya 'menaji' adik iparnya sendiri. Suatu skandal besar yang memalu dan memualkan seluruh Selangor. Skandal Abu Hassan mula dihebahkan oleh orang-orang Umno melalui media di luar negara, diheboh dan diuar-uarkan sehingga Abu Hassan terpaksa meletakkan jawatan.

Kemudian 'ditabalkan' pula seorang junior dari Sungai Besar. Seorang doktor, anak muda, anak Selangor yang 'pure' keturunan Jawa.

Pelantikan Khir Toyo sebagai MB mengejutkan golongan veteran dalam Umno. Tetapi mungkin PM Mahathir ketika itu mempunyai alasannya yang tersendiri.

Belum setahun Khir menjadi MB, fail mengenai dakwaan dan skandal rasuah beliau sudah diangkat ke pejabat PM.

Sahabat penulis yang juga Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman, adalah antara orang aktif membongkar ke rasuah Khir Toyo. Namun fail-fail itu didiamkan sahaja oleh PM Mahathir.

Sekarang ini selepas Khir dibuang oleh rakyat dari tampuk kuasa MB. Beliau kini dihadapkan ke mahkamah kerana pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah bernilai jutaan ringgit.

Yang hebatnya, beliau didakwa melakukan kesalahan rasuah di kediaman rasmi MB, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam.

Soal beliau salah atau tidak itu kita harus menunggu kes mahkamah selesai. Apa pun Khir Toyo harus menerima hakikat bahawa karier politiknya sudah berakhir.

Berakhir sebagai bekas MB, bekas Pengerusi Umno, Pengerusi BN, Ketua Bahagian Umno dan beliau mungkin tidak akan dicalonkan semula sebagai calon Adun. Usah harap hendak tanding MT Umno atau Ketua Pemuda.

Mengapa Khir dijatuhkan, siapa yang menjatuhkannya harus dibincang dalam episod yang lain kerana ruang penulis amat terhad.

Cumanya Khir Toyo memalukan Umno kerana beliau kononnya berbesar hati memulangkan pingat 'Dato' Seri' sementara kesnya dibicarakan, sebaliknya pingat itu digantung oleh pihak Istana.

Penggantungan itu tidak harus dipertikaikan kerana ia memang amalan Istana Selangor bagi pemegang pingat dan darjah kebesaran negeri yang didakwa terbabit dalam kes mahkamah atau jenayah. Perkata ini pernah berlaku kepada bekas Timbalan Presiden MCA, Dato' Lee Kim Sai suatu ketika dahulu.

Cumanya, perkara yang hendak ditekankan penulis di sini ialah, sejak hampir tiga dekad atau 26 tahun (1982 - 2008), Umno-BN 'menyajikan' rakyat Selangor dengan penjawat jawatan MB yang penuh dengan skandal, jijik, perasuah beserta moral yang amat rendah.

Yang amat memalukan ialah, mereka semua adalah MB dari Umno, orang Melayu-Islam. Maknanya selama ini Umno menawarkan MB 'kepala ikan busuk' yang hampir-hampir menjadi bangkai.

Berdasarkan fakta yang dikemukakan, jelas selama ini rakyat Selangor tertipu dengan imej baik, imej hebat pemimpin Umno, walhal semuanya hampas belaka.

Jika selama 26 tahun MB 'ikan berkepala busuk' disajikan oleh Umno-BN kepada rakyat Selangor, maka apakah jaminan mereka boleh menawarkan calon baru, yang bersih, yang boleh menyaingi Dato' MB Abdul Khalid Ibrahim?

Pada penulis, apa yang MB Khalid lakukan selama tiga tahun ini, jauh lebih baik dari empat MB Umno-BN sebelum ini.

Oleh itu, Umno Selangor usahlah berangan-angan hendak merampas kerajaan negeri, kerana rakyat tahu yang bakal anda pilih menjadi MB nanti adalah hampas-hampas yang akan menjadi bangkai bernyawa sahaja


Mohd Rashidi Hassan

‘Berhala’ Besar Tunisia dah Tewas Di Tangan Penjual Sayur.....‘Berhala’ besar perut buncit penindas rakyat 1 malaysia..bakal menyusul....abang adik penindas rakyat....muakakakaka....!!!!.

Posted: 20 Jan 2011 01:18 AM PST



Kebiasaannya, sesuatu peristiwa besar seperti revolusi dicetuskan oleh tokoh besar masyarakat atau pemimpin agung.

Namun siapa sangka, kebiasaan itu tidak berlaku dalam Revolusi Rakyat di Tunisia baru-baru ini yang menyaksikan penggulingan diktator, Ben Ali.

Siapa sangka, pencetus revolusi besar dan bersejarah dalam dunia Arab moden itu, hanyalah seorang penjual sayur.

Akibat kecewa dengan salah guna kuasa kerajaan pimpinan Ben Ali dan gejala pengangguran di Tunisia, seorang pemuda yang bekerja sebagai penjual sayur, Muhammad al-Buazizi, yang juga graduan universiti bertindak membunuh diri dengan membakar dirinya.

Kejadian tragis ini telah mencetuskan Revolusi Rakyat Tunisia yang menyaksikan kejatuhan Ben Ali,74 yang berkuasa sejak 1988-2011.

Ben Ali 'Berhala' Terbesar

Menariknya,kejatuhan Ben Ali ini dianggap oleh ulama terkenal dunia, Syaikh al-Qaradhawi sebagai kejatuhan 'taghut dan berhala terbesar, (bernama) Hubal".

(Hubal adalah salah satu berhala yang disembah orang-orang Arab sebelum Islam. Ia berbentuk manusia yang patah lengannya, lalu orang-orang Arab membuatkan untuknya lengan daripada emas).

Beliau juga mengumpamakan orang-orang kanannya sebagai berhala al-Lat, al-'Uzza dan Manat yang menjadi sembahan orang-orang Arab jahiliah.(Lihat http://www.onislam.net/arabic/newsanalysis/special-folders-pages/tunisia/127860-2011-01-16-10-12-27.html)

Jika dilihat rekod Ben Ali sepanjang memerintah Tunisia, kita dapat memahami mengapa beliau dianggap sedemikian oleh ulama terkenal itu.

Semasa pemerintahan beliau, wanita-wanita Tunisia dilarang mengenakan tudung di tempat-tempat awam, sekolah dan universiti serta pejabat-pejabat kerajaan.

Beliau juga mewajibkan 'Sistem Kad' bagi sesiapa yang bersolat di masjid. Melalui sistem ini, setiap orang yang bersolat di masjid diberikan kad yang akan ditandatangani sebelum solat dan sebaik sahaja selesai bersolat.

Masjid juga hanya dibuka beberapa minit sebelum solat dan ditutup segera sebaik selesai solat.

Bagi tokoh akademik dan pemikir Tunisia, Nuruddin Mukhtar al-Khadimi, kejatuhan Ben Ali akan menumbuhkan semula ciri-ciri keislaman Tunisia yang sekian lama ditekan oleh Ben Ali sepanjang 23 tahun memerintah secara kuku besi.

Kejatuhan Ben Ali yang memenangi Pilihanraya Presiden Tunisia dengan mendapat 99.02% undi itu, dijangka membuka lembaran baru sejarah Tunisia!

http://warisansemasa.blogspot.com

i help u..u help me....najib tabur duit demi tutup isu felda bangkrap dan membeli undi peneroka felda...!!!

Posted: 20 Jan 2011 01:01 AM PST



i help u...u help me di SIBU...kini di DUN Tenang...tabur duit kelentong peneroka...pukimak punya najib...!!!

Selepas kejayaan pembongkaran banyak penyelewengan dalam pengurusan Felda oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan Pakatan Rakyat (PR), kerajaan Umno-BN mula gelabah tak tentu arah. Mereka dah merasa bimbang 'lubuk' yang akan akan menjadi penyelamat undi mereka dalam pilihanraya.

Sebelum ini depa ingat tiada orang berani ganggu kawasan yang depa sangka 'wilayah' Umno itu tapi kebangkitan generasi kedua Felda yang mahu menuntut hak mereka sebagai generasi Felda yang selalu dibuli oleh pihak Felda.

Walaupun akhbar arus perdana yang menjadi nadi Umno-BN tak melaporkan salahguna yang berlaku dalam Felda sehingga disaman oleh peneroka yang merasa ditindas, namun ia tetap menjadi duri dalam daging peneroka yang selalu ditindas sehingga ada yang menggunakan saluran mahkamah untuk menuntut hak mereka.

Rakyat tak buta dengan berita Felda kena saman dan Felda diperintah bayar saman ke atas peneroka yang terlibat.

Selepas banyak penyelewengan dibongkarkan sehingga ada khabar menyatakan Felda bakal bangkrap, pihak Felda mula melatah dan gelabah dengan perkembangan itu. Mereka sangka mereka akan 'kebal' di kawasan Felda tapi sebaliknya berlaku. Peneroka mula membuka mata dan sedar bahawa mereka sebelum ini banyak ditipu oleh kerajaan.

Jika bukan kerana usaha ANAK 'menggeledah' penyelewengan itu, sudah pasti kerajaan Umno-BN tak akan melatah dan sibuk 'menjinakkan' kembali para peneroka dengan menyalurkan pelbagai peruntukan berbilion ringgit demi undi para peneroka.

Maka tak peliklah, sejak akhir-akhir ini, kerajaan Umno-BN pimpinan Najib dah mula menabur wang berbilion ringgit untuk peneroka.

Bila ada pilihanraya di kawasan yang ada Felda, maka Najib akan mula mengumumkan kerajaan memberi bonus, insentif, duit raya dan macam-macam peruntukan untuk peneroka Felda. Semua itu tak lain tak bukan kerana takut undi peneroka akan beralih kepada Pakatan Rakyat.

Buktinya semalam, Najib mengumumkan peruntukan RM1.6 bilion bagi memajukan masyarakat Felda di seluruh negara. Itu semua kerana adanya pilihanraya kecil Dun Tenang.

Pengumuman itu sengaja dibuat ketika beliau berada di Dun Tenang.

Najib membuat pengumuman peruntukan wang berbilion ringgit tu ketika berada di majlis Pemimpin Bersama Peneroka di Felda Chemplak, Labis. Beliau turut mengumumkan peruntukan RM8.5 juta daripada Felda untuk program pembangunan prasarana 500 buah lot yang akan diberi kepada generasi kedua peneroka.

Walaupun ianya dikira sebagai 'suapan' pilihanraya, namun ia tidak diendahkan oleh Najib kerana mereka tahu, pihak yang menguruskan pilihanraya, SPR buat-buat tak nampak aje. Kalau nampak pun, hanya dibiarkan aje sebab orang yang 'menyuap' tu ialah Perdana Menteri.

Amat malang demokrasi di negara ini.

lagak betina puaka sekarang mengalah PM.....Jangan halang dia betul betul nak jadi PM....

Posted: 19 Jan 2011 04:18 PM PST



Bangladesh adalah bumi terakhir yang bakal dijejaki oleh "Wanita Pertama" Malaysia. Bangladesh, yang benderanya sama dengan bendera PAS cuma warna bulannya merah adalah negara Islam yang mempunyai penduduk hampir 165 juta orang.

Mengapa "Wanita Pertama" ini memilih Bangladesh sebagai destinasi lawatan rasmi beliau selepas Saudi dan Oman?

Apa faedahnya melawat negara yang dikategorikan negara miskin dan sering bergolak politiknya?

Adakah "Wanita Pertama" ini ingin menceburi industri jut? Atau ingin menjadi ajen buruh Bangla? Atau ingin mempromosikan produk PERMATA?

Kalau dari segi projek, beliau sudah ada projek PLKN. Sudah bertaraf jutawan. Itu belum lagi dicampur dengan industri kapal selam dan jet pejuang yang telah dimiliki oleh suaminya.

Inilah yang "memeningkan" pihak pembangkang hatta pihak kerajaan mengapa wanita itu memilih Bangladesh.

Sebenarnya ada satu " ilmu " yang barangkali ingin dimiliki oleh "Wanita Pertama" itu dari negara Bangladesh iaitu "menjadi Perdana Menteri". Tentunya orang yang dihajati untuk bertemu dan menadah ilmu ialah PMSheikh Hasina dan mantan PM Khaleda Zia.

Tentunya Sheikh Hasina dan Khaleda Zia mempunyai ramuan istimewa untuk dikongsikan bersama "Wanita Pertama" Malaysia itu. Mengapa tidak? Ini kerana mereka berdua dapat menjadi PM di sebuah negara yang mempunyai 164 juta penduduk berbanding Malaysia cuma 29 juta sahaja.

Bayangkan bagaimana kedua wanita tersebut dapat menarik undi rakyat yang ratusan juta itu untuk memilih wanita menjadi PM. Tentunya ada ramuan istimewa dan petua khas.

Itulah yang ingin dipelajari oleh "Wanita Pertama" ini.

Jika dahulu pernah Menteri Wanita Shahrizat Jalil mahu wanita jadi MB, maka tentu "Wanita Pertama" ini lebih "bernafsu besar" ingin jadi PM !

Nampaknya "kempunan"lah Muhyiddin, Hishamuddin dan Zahid untuk mengidam kerusi PM selepas PM Najib jika andaian ini menjadi kenyataan.

Bukankah teori RAHMAN telah tamat dan kembali kepada asal iaitu huruf "R" ?"

dah kenyang makan rasuah dan main betina mana nak faham pasal agama....tu yang lagak serupa orang kafir....!!!

Posted: 19 Jan 2011 03:57 PM PST

Isa Samad tidak faham agamanya sendiri?




ISA Samad, Pengerusi Felda berbangsa Melayu dan mungkin berugama Islam , seorang manusia tidak cukup tinggi dan tahap otaknya juga rendah telah hadir dalam satu Majlis Jamuan bersama kaum Cina di Tenang, Labis, Johor disertai dengan hiburan tarian dari penari yang seksi, majlis yang rata-rata pengunjungnya meneguk arak.

Di dalam ucapannya di hadapan kaum Cina Non Muslim itu, beliau berbangga apabila menghina Tuan Guru Nik Aziz selaku Ulamak merangkap Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan. Memetik ucapannya seperti yang disiarkan di dalam Malaysiakini, insan pendek ini berkata, "(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan," kata Isa./Malaysiakini

Saya ingin memetik satu ulasan dari pengunjung blog saya terhadap ucapan si pendek dari Port Dickson ini. " Nampak sangat Isa Samad Islam atas nama , sbb mak bapak dah Islam, lahir pun Islam...aku marah dia kata "Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham pasal islam"...ni satu lagi sebijik mcm Ibrahim katak...sebut pasal "bangsa" dalam Al-Quran...

"Mintak tolong skit yek...ALLAH dah nyatakan tentang USAHA..kalau tak paham pasal Islam tu mmg Isa Samad je..sbb dia sendiri tak berUSAHA nak faham Islam.

"Ini kata Ulama gila pula...Nik Aziz tu sentiasa berpesan2 dan beramal dgn ilmu yg dia tuntut..Isa Samad? Setiap ayat Al-Quran ada kaitan dgn setiap patah perkataan yg ALLAH nyatakan..jgn nak pandang pada satu perkataan aje..lepas tu keluarkan ayat bodoh yg sedia bodoh...kalau tak nak faham Al-Quran tlg jgn berlagak mcm faham...so akan jadilah mcm yg Isa Samad cakap "Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham ttg islam"....bodoh!!cakap benda yg ko tahu dah la....!!!!

Nampaknya selama ini Isa Samad tidak faham tentang Islam. Beliau tidak faham agamanya sendiri. Patutlah rasuah semacam saja. Patutlah sedap mulut hina Ulamak tanpa beliau sedari dikelilingi maksiat besar dalam majlis itu. Kalau beliau tidak faham tentang Islam, mengapa beliau susah hati jika DAP boleh faham?

Jika warga Felda di Tenang masih lagi menyokong pemimpin dari parti seperti ini, maka tiada upaya lagi kita untuk menyedarkan mereka dari terus disesatkan oleh sekutu Apco ini


wfauzdin.blogspot.com

dengan titah dan perkenan duli yang maha pukimak najib tak de pelir....SURUHANJAYA PENIPU RAKYAT mengistiharkan kerusi DUN Pelabuhan Kelang tidak kosong

Posted: 19 Jan 2011 03:51 PM PST



"Hari Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelabuhan Klang kosong. Teng berdasarkan Fasal 69 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menyebut 'jika seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri itu tidak hadir dalam masa 6 bulan, maka kerusi tersebut diisytiharkan kosong. Dalam kes ini Adunnya, Badrul Hisham Abdullah hadir ke persidangan Dun dalam tempoh 6 bulan bermula 15 Julai 2010 hingga 15 Januari lalu

Itu kata-kata Teng berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

Tetapi lain pula dengan SRP @ Suruhanjaya Penipu Rakyat. SPR kata (tentunya dengan titah perintah Najib dan mendapat perkenan Najib) bahawa DUN Pelabuhan Klang 'tak kosong' berdasarkan undang-undang SPR, seksyen 12 (3) Akta Pilihanraya 1958, bermaksud SPR merupakan entiti sah untuk menentukan jika wujud kekosongan kerusi DUN Perak.

Inilah yang telah berlaku di 4 kerusi DUN 3 di Perak dan 1 di Kedah. Kerusi DUN Behrang (Jamaluddin Mohd Radzi ), kerusi DUN Changkat Jering (Kpt (B) Mohd Osman Jailu) dan kerusi DUN Jelapang ( Hee Yit Foong-DAP) . Ketiga-ketiga mereka keluar parti (Jamaluddin dan Osman dari PKR-dakwaan amalkan rasuah seks, kemudian ditarik balik kerana menyokong UMNO) menjadi ADUN bebas dan menyokong UMNO putar-alam. Mahkamah pun turut mengabsahkan kedudukan mereka itu.

Yang paling menarik dan tidak pernah berlaku sebelum ini, apabila mahkamah mengisytiharkan kerusi Kota Seputih, Kedah, cepat-cepat SPR membuat rayuan untuk membatalkan keputusan mahkamah, tetapi sehingga kini kes Kota Seputih hilang lenyap.

Kes Kota Seputih sama dengan kes Pelabuhan Klang. Abu Hassan Sarif gagal menghadiri sidang dewan sebanyak dua kali tanpa kebenaran Speaker. Menurut Undang-undang Kerajaan Kedah mana-mana Adun gagal menghadiri sidang dewan tanpa kebenaran speaker menyebabkan kerusinya hendaklah diosongkan. Adun berkenaan dikatakan tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut kerana sakit. Keadaan Adun berkenaan yang sakit dimaklumi oleh banyak pihak tetapi apa yang mungkin menjadi kesalahannya kerana tidak memberi tahu kepada Spekaer DUN Kedah.

Spekaer DUN Kedah, Dr. Abdul Isa Ismail juga memaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan kepada SPR berdasarkan peruntukan Undang-undang yang ada seperti yang dilakukan oleh V.Sivakumar dan Teng.

Kalau berdasarkan pandangan bekas Pengerusi SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman mengikut perundangan pilihan raya, sebaik sahaja notis kekosongan diterima daripada Speaker, pilihan raya kecil wajar diadakan.Mengikut skop perundangan katanya, SPR perlu menerima langkah Speaker mengumumkan kekosongan yang tidak boleh dicabar atau diketepikan.

Mengikut undang-undang (Perlembagaan negeri dan persekutuan), SPR perlu menghormati notis pengesahan kekosongan dan mengadakan pilihan raya kecil dengan sewajarnya (dalam 60 hari).

Dalam sistem negara yang dikuasai oleh orang 'gila' kuasa dan kemewahan dunia dan yang ketepikan Allah dalam urusan kenegaraan, maka rakyat Malaysia tidak perlulah mengharapkan keadilan dan kebenaran ditegakkan di bumi ini. Dengan boneka-boneka Najib dan UMNO yang masih wujud seperti Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof, Abdul Ghani Patail (Peguam Negara) dan Zaki Azmi (Ketua Hakim Negara) yang juga bekas Penasihat Undang-undang UMNO masih menguasai insitusi-institusi terpenting negara, sudah pasti keadilan tidak mungkin dapat ditegakkan. Rakyat akan terus dizalimi, ditindas, diancam dan diugut sepanjang masa.


sumber.......tun_telanai

anwar yang demam atau najib yang pitam gagap dalam perdebatan...

Posted: 19 Jan 2011 03:42 PM PST



kita mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak, supaya menerima pelawaan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat mengenai 'Janji 100 hari Pakatan Rakyat'.

Kita percaya Perdana Menteri sepertimana yang dinyatakan baru-baru ini, mempunyai maklumat yang lengkap dan mampu berhadapan dengan hujah Ketua Pembangkang itu.

Najib mempunyai ramai pegawai-pegawai khas, Jabatan dan Unit yang mampu memberikan input penting dalam perdebatan ini dan kami percaya di akhir debat nanti, akan ada seseorang yang demam' sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri,...

Debat itu penting supaya rakyat boleh menilai hujah dan fakta yang dilontarkan antara beliau selaku Perdana Menteri yang mewakili kerajaan Malaysia dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Jadi kita merasakan rakyat berhak mengetahui apakah kandungan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat dalam buku Jingga benar-benar realistik ataupun retorik semata-mata. Perdana Menteri pula boleh mengemukakan hujah balas dengan mengemukakan apakah sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh pembangkang selama ini terhadap rakyat...

Sepatutnya Perdana Menteri memandang isu perdebatan sesuatu yang baik kerana ia adalah amalan biasa di negara-negara maju bagi membuktikan siapa yang mampu memberi khidmat terbaik untuk rakyat.

Dengan perdebatan secara akademik, sihat, bernas, terbuka dan matang akan mampu membentuk budaya pemikiran positif dari kalangan rakyat Malaysia. Lagipun isu ini adalah penting yang melibatkan kepentingan rakyat Malaysia secara keseluruhannya,...

Sementara itu, akhbar dan media kerajaan di bidas kerana tidak mampu memberikan jawapan tepat mengenai isu ini sedangkan pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah diberikan ruang dan peluang bagi menjelaskan janji mereka.

Perdebatan antara kedua tokoh negara ini bakal menjadi mercu tanda negara yang mengamalkan demokrasi yang sihat. Ia bakal memahat sejarah tersendiri apabila seorang Perdana Menteri mampu berhadapan dengan sesiapa sahaja demi kepentingan rakyat dan negaranya.

Rakyat pula akan mengenang dan menghormati Perdana Menteri Malaysia sebagai PM yang paling 'gentleman', berjiwa rakyat, tidak beretorik, dan berjiwa besar sekiranya penerima pelawaan debat ini...

Rakyat teruja nak lihat Anwar demam selepas debat dan najib akan pitam. Berbuih mulut pak menteri sudah tertulis dalam lipatan sejarah...

muakakakaka....wayang jantan tak ada pelir nie ... berlagak buat buat tak tau pulak....motif TBH mati di banggunan SPRM tentu ada agenda yang gagal tersembunyi....!!!

Posted: 19 Jan 2011 03:22 PM PST

PM: Kita juga mahu tahu bagaimana Teoh mati


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini mengulangi komitmennya untuk merungkai misteri di sebalik kematian Teoh Beng Hock ketika berucap kepada masyarakat Cina di Tenang.

"Kita juga mahu tahu kebenaran dan apa yang sebenarnya berlaku kepadanya. Jangan politikkan isu ini. Kita ada cara untuk mengetaui kebenaran. Kita tidak akan lindungi sesiapa. Ini ikrar kerajaan."

Ucapan Najib di SJK(C) Labis ini dilihat bagi mengelakkan penghakiman terbuka inkues Teoh tempoh hari dijadikan modal politik oleh Pakatan Rakyat.

"Hasrat kita pun sama dalam kes Teoh Beng Hock," katanya kepada kira-kira 700 penduduk Cina semasa sesi minum the di dewan sekolah itu.

Namun, Najib mengingatkan pengundi Tenang bahawa kematian Teoh tidak sepatutnya mempengaruhi keputusan mereka dalam mengundi.

"Ini (pilihan raya kecil) lebih besar daripada Teoh Beng Hock, ini adalah mengenai masa depan Malaysia, masa depan semua kita, masa depan generasi kita.

"Jangan perjudikan masa depan kita. Pembangkang tidak boleh mentadbir negara ini," kata Najib dengan berkobar-kabar sambil disambut tepukan gemuruh.

Najib turut menyindir hubungan parti dalam Pakatan Rakyat umpama "tidur sebantal, mimpi lain-lain".

"PAS ada cita-cita mahu negara Islam ala PAS, dan DAP nak negara sekular.

"Mereka main mata, nak kalahkan BN... Mereka tidak boleh bersama, mereka main sandiwara politik. Kerjasama mereka rapuh," katanya.

Dengan sinis, beliau juga turut menyindir ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa berjanji membentuk kabinet bayangan sebelum ini.

Namun, katanya selepas lebih dua tahun, masih belum ada kabinet bayangan yang dimaksudkan.

"Jangan cakap pasal kabinet, bayangnya pun tak boleh sebab takut nak bagi jawatan tertentu, (dan) tak ada persefahaman," katanya.

Sebelum itu, Najib turut menyampaikan ucapan dalam majlis ramah mesra dengan kira-kira 500 pengundi India di Dewan Serbaguna, Majlis Daerah Labis.

Dalam ucapannya, beliau cuba memujuk kaum India bahawa undi mereka menjadi penentu kepada kekuatan BN.

"Kita bergantung kepada (undi) tuan-tuan untuk menang. Di Hulu Selangor kita berhempas pulas (untuk menang) tak kira siapa calonnya," katanya.

Selain itu, beliau turut menepis tanggapan bahawa Umno tidak menghormati kaum India.

Sehubungan itu, beliau berharap kaum India tidak mudah mempercayai khabar angin bahawa parti itu mengetepikan kaum India.

"Itu tidak benar, kita hormat masyarakat India dan kita mahu kaum India maju seperti masyarakat yang lain," katanya sambil meminta pengundi kaum cina mengundi calon BN dalam pilihan raya kali ini. -mk



Surat Terbuka Keluarga Teoh Kepada PM : Siasat Punca Kematian Teoh

Encik Perdana Menteri,

Tahukah anda, keputusan inkues amat memilukan buat keluarga kami? Perbicaraan yang mengambil masa lebih daripada 500 hari, berakhir dengan keputusan yang tidak menemui jawapan, dan membawa kes kematian Beng Hock ke titik asal. Apakah begitu sukar untuk kami mendapatkan kebenaran?

Anda memekakkan telinga meskipun berkali-kali kami mengadu ketidakadilan perbicaraan inkues. Berkali-kali kami mendesak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja, tetapi dibalas dengan respon yang pasif daripada anda.

Dalam pertemuan kita yang lalu, anda berjanji bahawa kerajaan akan menyiasat punca kematian Beng Hock sepenuhnya. "Tidak akan melepaskan mana-mana kemungkinan", inilah yang dijanjikan kepada keluarga kami - kebenaran yang sepenuhnya.

Ya, kami menuntut kebenaran yang sepenuhnya. Keputusan inkues menunjukkan bahawa kecederaan Beng Hock pada bahagian leher terjadi sebelum kejatuhan dari tingkat atas. Keluarga kami ingin tahu, siapa yang menyebabkan kecederaan tersebut, dan bagaimana kecederaan tersebut terjadi? Siapa pula yang harus bertanggungjawab terhadap kecederaan tersebut? Ini kerana Beng Hock seorang yang sihat dan tidak mempunyai apa-apa kecederaan sebelum disiasat Suruhanjaya Diraja Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sudah dua minggu keputusan inkues diumumkan. Mengapa kerajaan tidak teruskan siasatan terhadap kecederaan Beng Hock pada bahagian leher, memandangkan majistret menganggap wujud kesangsian bahawa Beng Hock mungkin dibunuh. Mengapa kerajaan tidak teruskan siasatan terhadap kenyataan yang saling kontradisi antara pegawai SPRM?

Inkues kematian Beng Hock telah menjadi kes misteri, dan ia menjejaskan imej kerajaan dan sistem kehakiman.

Anda mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja pada 7 Januari 2011, tetapi terma siasatan tidak termasuk punca kematian Beng Hock. Keputusan ini langsung bukan kemahuan keluarga kami. Suruhanjaya Diraja yang hanya meneliti cara soal-siasat SPRM, tetapi bukan punca kematian Beng Hock - tidak menghukum pihak yang harus dipertanggungjawabkan. Ia sangat mengecewakan kami.

Encik Perdana Menteri, kami kesal dengan pengumuman anda. Anda tidak pernah mengambil kira pandangan kami, lantas mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja ini secara bersendirian, dan menyerahkan senarai panel untuk diperkenankan DYMM Yang Dipertuan Agung. Apa yang kami harapkan adalah satu Suruhanjaya Diraja yang berkecuali, telus dan berkredibiliti. Ketidaktelusan sepanjang proses membuat keputusan ini amat membimbangkan kami. Dengan terma dan kuasa yang terbatas ini, Suruhanjaya Diraja akan berakhir sebagai satu inkues lagi.

Encik Perdana Menteri, kami telah menjelajah ke seluruh Malaysia dalam tempoh dua bulan yang lalu, dan berjaya mengumpul kira-kira 80 ribu tandatangan rakyat. Tuntutan agar Suruhanjaya Diraja menyiasat punca kematian Beng Hock telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada khalayak umum. Selepas anda mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja, 126 NGO telah menggesa agar terma Suruhanjaya Diraja ini diperluaskan untuk merangkumi siasatan punca kematian Beng Hock, termasuk MCA, Gerakan, Majlis Peguam, Aliran dan sebagainya.

Jelas, tuntutan agar siasatan terhadap punca kematian Beng Hock disokong suara rakyat. Ia menjadi sesuatu yang mengingkari semangat demokrasi seandainya suara rakyat ini diabaikan.

Anda pernah memetik ahli falsafah Dinasti Sung, "Xian tian xia zhi you er you, hou tian xia zhi le er le", untuk menyatakan pandangan anda. Anda juga sering melaungkan slogan "Rakyat Didahulukan". Matlamat yang digariskan untuk diri ini amat kami sanjungi. Namun, seandainya anda tidak mendengar suara rakyat, memperlekehkan gesaan 80 ribu rakyat dan 126 NGO untuk memperluaskan terma Suruhanjaya Diraja, apakah ini selari dengan "Rakyat Didahulukan", dan "xian tian xia zhi you er you" (bimbang terhadap masalah rakyat sebelum rakyat gelisah)?

Keluarga kami bersetuju dengan seruan 126 NGO, untuk memperluaskan terma Suruhanjaya Diraja agar merangkumi siasatan terhadap punca kematian Beng Hock, dan melantik tujuh orang tokoh berkredibiliti dan memiliki rekod baik dalam usaha mempertahankan hak asasi manusia. Kami berharap agar PM memperlahankan langkah untuk menyerah senarai agar diperkenankan DYMM Yang Dipertuan Agong. Dengarlah suara hati keluarga kami, agar kami dan rakyat menaruh yakin terhadap Suruhanjaya Diraja yang anda tubuhkan.

Encik Perdana Menteri, tiada bezanya antara Teoh Beng Hock dengan ribuan dan jutaan rakyat Malaysia yang lain. Negara harus menghargai nyawa dan sumbangan mereka yang bernilai. Perlembagaan Persekutuan harus menjamin hak asasi mereka untuk terus hidup. Tiada seorang pun yang harus nyawanya diragut dengan zalim dan kejam di atas tanahair ini. Tiada seorang pun yang harus didera dan menanggung keganasan sistem ini. Hormati nyawa dan maruah, menjamin hak asasi manusia adalah lambang sesebuah negara yang gemilang. Kami berharap agar kerajaan ikhlas untuk menangani kes Teoh Beng Hock - memberi keadilan kepada Beng Hock dan memberi kebenaran kepada keluarga kami.

Keluarga kami tidak akan berputus asa untuk menghambat keadilan, malah kami melihat rakyat telah menunjukkan kemuliaan dan keberanian mereka - yang selama ini menjadi sokongan terbesar kepada keluarga kami. Kami akan terus menjelajah ke selurah negara untuk menuntut keadilan - dan tidak pasrah selagi matlamat kami tidak tercapai.

Terima kasih.

Daripada,
Teoh Lee Lan
(Wakil keluarga Teoh)



Jika benar komitmen Najib untuk merungkai misteri di sebalik kematian Teoh Beng Hock, MENGAPA Suruhanjaya Diraja yang dibentuk tidak menyiasat sebab-sebab Teoh Beng Hock dibunuh? Mengapa hadkan skop Suruhanjaya berkenaan hanya kepada aspek bagaimana siasatan dijalankan?

Begitu mudah Najib hendak memperdayakan rakyat sepertimana begitu banyak penipuan yang telah dilakukannya sewaktu merampas Perak dari pakatan Rakyat dahulu.

kaki putar alam dengan jembalang tanah....agenda guni pig tail lepaskan anak toyol

Posted: 19 Jan 2011 03:07 PM PST

Dr Khir: Peguam negara arah saya diam



Dr Mohd Khir Toyo enggan menjawab sebarang dakwaan mengenai dakwaan pemberian projek bernilai RM273 juta secara runding terus kepada sebuah syarikat ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini.

"Saya telah diarah oleh AG (peguam negara) untuk diam (berhubung dakwaan itu)," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini hari ini.

Semalam, setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin mendakwa beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah ke Dr Khir didakwa menerima projek lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN.

Pendedahan mengejutkan itu melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik Shamsudin Hayroni.

Sementara itu, menulis di blognya hari ini, Dr Mohd Khir berkata, buat masa ini beliau tidak akan menjawab kenyataan Faekah kerana ia boleh menjadi subjudis kepada kesnya yang akan dibicarakan Jun nanti.

"Ini merupakan kali pertama saya tidak menjawab sebarang tuduhan yang dilemparkan kepada saya kerana telah terikat dengan kes mahkamah dan mengelakkan sebarang keadaan yang boleh menjejaskan pembelaan saya," katanya.

faekah husin selangor khir toyo 020810Dr Mohd Khir juga mempersoalkan keikhlasan kerajaan negeri untuk membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), seperti yang didakwa Faekah.

"Jika mahu mencari kebenaran mereka sepatutnya mendedahkan berbulan yang lalu agar saya dapat menjawabnya bukannya sekarang ketika mana mereka tahu saya terpaksa mendiamkan diri," katanya.

"Ini merupakan tindakan bacul dan tidak bermaruah kerajaan negeri Selangor."

Sehubungan itu, ADUN Sungai Panjang itu menyifatkan "serangan" daripada pejabat menteri besar padanya saya kali ini "tidak lebih cuba menunjuk jaguh kepada orang buta."

"Itu sahajalah kemampuan kerajaan yang penuh dengan kacau bilau, pembohongan dan pendustaan," sindirnya lagi dalam artikel berjudul 'Menyerang Si Buta yang Tidak Bertongkat'. -mk


Apakah ada agenda tersembunyi Peguam Negara untuk menyelamatkan Khir Toyo dengan mengarahkannya supaya berdiam ekoran pemberian projek bernilai RM273 juta secara runding terus kepada sebuah syarikat ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini?

Apakah dakwaan di mahkamah sebelum ini terhadap Khir hanya satu lagi "wayang"?

Alasan penghakiman nanti: tiada kes prima facie, atau pendakwaan tidak mempunyai bukti mencukupi atau macam-macam lagi...

Ia berdasarkan kepada beberapa kes pemimpin UMNO BN yang pernah dibawa ke mahkamah selepas itu dibebaskan, seperti :

Bekas Ketua Pemuda UMNO WP, Datuk Norza Zakaria,
ADUN Lenggeng, Mustafa Salim,
Bekas Setiausaha UMNO Bhgn Wangsa Maju, Ramli Abdul Manan,
ADUN Mesra UMNO, Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi
Bekas ADUN Jelai, Datuk Omar Othman
Bekas ADUN Semenyih, Ahmad Kuris


dan ramai lagi.

Mana ada kes pemimpin UMNO yang pernah dihukum kerana rasuah oleh mahkamah walapun dah berpuloh diseret?

Tiada ulasan: