Khamis, 20 Januari 2011

shalehudin

shalehudin


Lepas Tenang, kita pi Merlimau... Alfatehah...

Posted: 20 Jan 2011 02:38 AM PST

Alfatehah pada bekas ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung.

Ketentuan Allah tiada siapa dapat hindarkan, maka pilihanraya kecil sekali lagi lah nampaknya selepas Tenang. Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof kepada Utusan Malaysia selepas menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka.

Dey... kalau berani demo kat Putra Jaya la, apasal tunggu Najib pi Batu Caves

Posted: 20 Jan 2011 02:32 AM PST

Apa punya HRP nih, kalau dah berani sangat... buat demo kat Putra Jaya la, apasal yang nak kena tunggu sampai Najib pi tempat sendiri baru nak ranggi...

Lapan anggota Parti Hak Asasi Manusia (HRP) ditahan dalam satu demonstrasi yang bertukar liar di tapak sambutan Thaipusam di sini, hari ini. Manakala enam daripadanya pula mengalami kecederaan dalam pergelutan itu.

Najib Razak pi melawat Batu Caves sempena Tahipusam, hormat la sikit bila dah Najib sendiri sanggup turun. Bukan dengan cara sambut Najib macam tuh... Najib tu baru saja baik demam, ni nak kena demam sekali lagi... dah la laki dia tak dak dalam negara... wakaka...

Lebih 20 orang anggota polis mula bertindak ke atas kumpulan berkenaan yang mengadakan demonstrasi itu bagi memprotes buku teks sastera Interlok.

Boleh percaya ka puak puak nih...

Posted: 19 Jan 2011 11:00 PM PST

Makkal Sakti : Dulu sokong BN, sekarang sokong PR

Makkal Sakti Sokong Pakatan RakyatLABIS, 19 Jan - Parti Makkal Sakti yang kini diterajui oleh Kannan Ramasamy selepas perlantikannya di Mesyuarat Agung Tahunan September 2010 menyatakan sokongan penuh kepada calon PAS, Normala Sudirman bagi PRK Tenang kali ini.

Sanjay Suramaniam selaku Naib Presiden parti tersebut memaklumkan antara objektif utama penubuhan Parti ini adalah untuk memperjuangkan hak kebajikan masyarakat India di Malaysia dan lebih bersifat natural terhadap mana-mana parti politik.

Menurut beliau, masyarakat India kini sudah bosan dengan pemberian hamper dan janji-janji manis Barisan Nasional (BN) terhadap mereka setiap kali pilihan raya berlaku.

Bercakap mengenai permasalahan presiden parti tersebut, beliau berkata;

"Sebelum ini, Parti Makkal Sakti adalah di bawah kepimpinan Rs Thanenthiran yang pro kepada BN.

"Tetapi, beliau tidak mendapat sokongan majoriti ahli parti kerana tidak membawa suara ahli seperti objektif sebenar penubuhan parti.

"Sehingga kini, beliau masih mendakwa dirinya sebagai presiden walaupun telah dilucutkan jawatan kerana tidak menghadiri mesyuarat lebih daripada 3 kali berturut-turut."

Beliau yang ditemui di Markaz Operasi PAS petang tadi, yakin bahawa majoriti masyarakat India di Tenang akan memberi undi kepada calon PAS disebabkan masalah rakyat tempatan yang diabaikan UMNO selama 53 tahun berkuasa di Johor dan khususnya di Tenang.

Anwar teringin sangat nak demam

Posted: 19 Jan 2011 09:49 PM PST

–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–

Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Dato' Sri Najib Razak. Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar seusai Majlis Wacana Maqosid Syariah di Insaniah Alor Setar petang tadi.

Saya tegaskan di sini, saya sedikit pun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.

Saya berharap pihak Bernama agar menarik balik serta membetulkan laporan bertarikh 19hb Januari 2011 yang berjudul "SAYA TIDAK AJAK PERDANA MENTERI BERDEBAT, HANYA BERBINCANG" – ANWAR.

ANWAR IBRAHIM

Hafiz pulak mau angkat kaki dari BAM

Posted: 19 Jan 2011 09:39 PM PST

Sejurus tewas kepada pemain pilihan ketiga dari China, Chen Long pada perlawanan pusingan pertama sebentar tadi (Rabu), pemain perseorangan negara, Muhammad Hafiz Hashim membuat pengakuan mengejut dengan menyuarakan hasrat mahu bergerak secara bebas bersama kelab lain dan meminta restu daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) supaya melepaskan pemergiannya.

Perlawanan yang berlangsung selama 39 minit itu menyaksikan Hafiz tewas 21-14, 21-16.

Adakah kecelaruan dalaman BAM meruapakan penyebab pada tidak konsistennya pemain nih dalam arena badminton dunia...

Berguling diguling rakyat kerana isteri... kahkahkah...

Posted: 19 Jan 2011 08:31 PM PST

Pemimpin diguling kerana isteri

Oleh Mummy Rokiah

Presiden Tunisia Zine el-Abidine Ben Ali (ejaan Melayu Zainal Abidin bin Ali) telah digulingkan melalui kebangkitan rakyat yang sudah jijik dengan keserakahan isteri beliau Leila Trabelsi, 52.

Leila bekas pereka rambut berumur 20 tahun lebih muda dari Zine el-Abidine, sangat cintakan kekayaan dan kemewahan sehingga beliau disamakan dengan Imelda Marcos Arab.

Nesrine Ben Ali

Ben Ali, 74, telah diberikan perlindungan di Arab Saudi, isterinya tidak turut sama malah telah bersembunyi di Dubai – bandaraya mewah untuk beliau shopping.

Dua anak perempuan mereka Nesrine Ben Ali, 24, dan adiknya Cyrine telah melarikan diri ke Hotel Disneyland di Paris, di mana mereka bersembunyi di suite VIP £300 untuk satu malam.

Hasil korup keluarga ini dianggarkan sebanyak £3.5billion telah disimpan di Peranchis bekas penjajah Tunisia.

Mewahnya anak Ben Ali, Nesrine Ben Ali, 24, yang berada di Disneyland sehingga beliau menjamu daging lembu terbaik yang diterbangkan dengan jet mewah oleh suaminya untuk diberi makan kepada harimau kesayangannya bernama Pasha.

Kebangkitan rakyat telah digerakkan melalui internet, Facebook,Blog dan laman web social yang lain sehinggakan ada remaja Tunisia yang bekerja di Paris, Mohamed Ben Hazouz, jurutera software pulang untuk menyertai demonstrasi apabila menadapat maklumat dari Facebook dan Blog.

Presiden Tunisia ini bukanlah pemimpin yang pertama di bunia ini yang digulingkan kerana keserakahan isteri, sejarah seharusnya mengajar.

http://mummyrokiah.blogspot.com/

Padan Dan Tak Padan

Posted: 19 Jan 2011 07:08 PM PST

Oleh Zolkharnain Abidin

KJ cabar Anwar debat isu 100 hari. Anwar bekas TPM, KJ menantu bekas PM. Anwar ketua pembangkang parlimen, KJ ahli biasa parlimen. Anwar ketua umum, KJ ketua pemuda. Anwar dah ada cucu, KJ belum punya menantu. Anwar pernah masuk penjara, KJ lalu tepi penjara.
Tak padan… tak padan…! UH juga cabar Anwar debat isu liwat.Anwar bekas TPM, UH bekas….? Anwar ketua pembangkang, UH ketua …? Anwar ketua umum, UH ketua…? Anwar ada cucu, UH ada…? Anwar masuk penjara, UH masuk…?

Tak padan… tak padan!

Kalau dua-dua tak padan, siapa yang padan?

Siapa lagi kalau bukan Najib. Tapi sayang, yang sepadan tak berani pulak. Yang tak padan berani sebab dia tau orang tak akan layan dia. Yang padan pula tak berani sebab dia tau orang sedang tunggu dia.

Kalau KJ debat dengan Pak Pandir macam mana? Atau, UH debat dengan Mak Andih? Padan… ?

http://sauhdibongkar.blogspot.com/

Nasib pembodek Umno

Posted: 19 Jan 2011 02:37 PM PST

Ramai yang dah tau cerita tentang para petugas Pas dari Pahang yang berbesar hati mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang allahyarham Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61 yang meninggal dunia diwaktu imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Piem Umno ke tanah rancangan Felda itu.

Bagaimanapun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Najib masih tidak sempat menjenguk jenazah walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Piem Umno tuh.

Yang mati dah mati dah. Nak jumpa buat apa lagi, bukan boleh cium tangan dan bodek, bukan boleh mintak tolong kempen pun. Yang mati adalah contoh bagi yang hidup. Jadi bagi pembodek pembodek Umno yang lain yang masih hidup, jadikanlah peristiwa ni satu contoh berapa nilai anda pada Umno. Anda bernilai semasa hidup, tu pun boleh kira berapa duit saja sekilo. Tapi bila dah mati, langsung tak dihargai sehinggakan mati nak simpan dah pun kena tangguh berjam jam.

Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri, yang sepatutnya diambil iktibar sebaiknya oleh ahli ahli dan pembodek Umno yang masih hidup. Kaki bodek tak dak sapa yang nak ambil pot...

Tiada ulasan: