pemuda cheh |
- [PANAS] Bekas Menteri Besar Pula Dikaitkan dengan Skandal Seks
- ROGOL BUKAN JENAYAH JIKA DILAKUKAN OLEH MENTERI?
- Tawaran RM500: Umno mengelabah...Kesatuan Guru Melayu Malaysia sokong janji PR..
| [PANAS] Bekas Menteri Besar Pula Dikaitkan dengan Skandal Seks Posted: 02 Jan 2011 06:00 PM PST Selepas jenayah seks yang melibatkan seorang Menteri Kabinet Najib didedahkan, kini seorang yang hanya mahu dikenali dengan nama MalaysiaLeaks mendedahkan pula skandal seks bekas Menteri Besar yang turut didakwa diketahui oleh PM pada ketika itu, Pak Lah. Penulis itu mendakwa Pak Lah telah menyembunyikan kes perzinaan bekas Menteri Besar itu dan membenarkan beliau bertanding dalam PRU 12. Malah tanpa diketahui sebabnya, Pak Lah dikatakan telah menandatangani watikah pelantikannya sebagai Menteri Besar sekalipun tanpa persetujuan Raja. Menurut MalaysiaLeaks, bekas Menteri Besar itu telah menjalinkan hubungan dengan seorang gadis sehingga menyebabkan dia mengandung. Menteri Besar itu dikatakan telah memaksa gadis tersebut menggugurkan kandungannya. Menurutnya lagi, gadis tersebut telah bertemu dengan Pak Lah bersama-sama dengan doktor yang telah menggugurkan kandungannya serta beberapa orang VIP yang mengetahui skandal seks tersebut, namun Pak Lah dikatakan enggan mendengar aduan mereka kerana begitu sayang kepada bekas Menteri Besar tersebut. Sedangkan menurut MalaysiaLeaks, skandal seks bekas Menteri Besar itu bukanlah suatu yang rahsia dalam kalangan jemaah menteri. | |
| ROGOL BUKAN JENAYAH JIKA DILAKUKAN OLEH MENTERI? Posted: 02 Jan 2011 05:53 PM PST Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja berita tentang jenayah rogol dipaparkan dalam media cetak dan elektronik. Mereka yang bersalah diheret ke muka pengadilan dan menerima pembalasan setimpal mengiku undang-undang negara. Kebiasaannya pelaku jenayah ini akan cuba menyembunyikan wajah apabila di bawa ke muka pengadilan. Mereka yang terduduh tahu perbuatan jenayah itu adalah perbuatan hina dan tercela. Memalukan keluarga, masyarakat, negara dan agama. Kecualilah pelaku jenayah ini tidak mempunyai hati dan perasaan serta memliki naluri kebinatangan. Si penjenayah boleh tersenyum dan ketawa serta buat muka selamba seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Inilah senario yang sedang berlaku dalam negara. Seorang menteri kabinet dikaitkan dengan jenayah rogol tetapi masih bebas ke sana sini. Berlagak muka selamba dan hadir ke majlis-majlis rasmi tanpa rasa bersalah. Tuduhan ini adalah sangat berat, saya sendiri tidak tergamak menyiarkan nama menteri berkenaan. Walaupun dalam laporan Harakah Daily ada memberi bayangan jelas menteri terbabit dan laporan media baharu terutamanya blog seperti Tukar Tiub dan RockyBru menyiarkan menteri yang berkenaan secara terang-terangan beserta dokumen dan bukti nyata. Saya yakin mana-mana individu yang dilibatkan dengan jenayah rogol akan malu besar selagi namanya tidak dibersihkan dengan dakwaan berat seperti ini. Cara terbaik tak perlu diajar. Boleh guna mahkamah atau saluran media. Saman pihak yang menuduh, jika tak bersalah duit menang saman itu cukup untuk tujuh keturunan. Lainlah kalau rogol bukan satu kesalahan dalam kabinet 1Malaysia. Kalau bukan rogol dengan kejadian itu dilakukan secara suka sama suka ia tetap kesalahan iaitu berzina! Maka tidak ada ruang bagi seseorang lebih-lebih lagi berstatus menteri hanya mendiamkan diri dengan tuduhan yang sangat-sangat berat. Saya rasa menteri berkenaan diarah menutup mulut kerana kes yang menggemparkan ini telah merencatkan cadangan untuk membuat pilihanraya umum dalam tempoh terdekat. Lainlah kalau Umno/BN bercadang untuk ambil pendekatan 'berani mati' dengan membuat pilihanraya mengejut ketika ada menteri didakwa merogol. | |
| Tawaran RM500: Umno mengelabah...Kesatuan Guru Melayu Malaysia sokong janji PR.. Posted: 02 Jan 2011 03:38 PM PST Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Mohammad Sabri Arshad menyambut baik tawaran RM500 sebagai imbuhan kepada guru-guru pada setiap bulan sekiranya PR menjadi kerajaan sebagai salah satu drp dasar 100 hari setelah memerintah. KGMMB tidak mempunyai halangan untuk menerima tawaran sebaik itu daripada mana-mana kerajaan yang memerintah,asalkan kerajaan tersebut mengutama dan menjaga kebajikan para guru di negara ini. ![]() "Oleh sebab itu KGMMB amat mengalu-alukan tawaran itu kerana sebagaimana kita sedia maklum guru-guru sudah lama tertekan dengan beban tugas dan mereka sering membuat rayuan kepada kerajaan tetapi malangnya sampai kini belum lagi berhasil,"katanya. Sehubungan itu katanya,sekiranya ada tawaran daripada mana-mana perti yang memerintah samada PR atau BN yang mahu menjaga kebajikan guru-guru KGMMB menyokong dan mengalu-alukan. - Hrkh Guru mana tak mahu RM500 sebulan Tawaran Pakatan Rakyat (PR) untuk menaikkan imbuhan sebanyak RM500 kepada warga pendidik merupakan sesuatu yang menarik. Hal ini kerana tawaran tersebut membabitkan kira-kira 400 ribu guru. Sudah pasti sebelum membuat tawaran ini pihak PR telah membuat kajian kerana wang yang diperlukan untuk tujuan tersebut mencecah RM3.2 bilion setahun. Tawaran ini bolehlah disifatkan sebagai serampang dua mata – politik dan tanggungjawab. Dari sudut politik, seperti yang dinyatakan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo (klik di SINI..) tawaran kenaikan gaji guru sebanyak RM 500 ini boleh mempengaruhi rakyat untuk memberi undi kepada PR. ![]() ![]() (Ini adalah tawaran dan janji Pakatan Rakyat..terserah kepada rakyat samaada untuk menerimanya atau tidak...umpama janji kerajaan tidak menaikkan harga minyak sehingga akhir tahun lepas, namun janji itu dimungkiri...so, rakyat akan menilai, semuanya demi kebaikan rakyat..) Menurut Dr Khir, tidak mustahil sebahagian besar mereka akan menilai tawaran tersebut dengan serius. Hal ini kerana kebanyakan guru mempunyai pegangan politik yang agak bebas. Tidak ramai yang membuat keputusan menyokong mana-mana parti politik sejak awal lagi. Tambahan pula kos sara hidup yang kian meningkat yang diakibat oleh pemotongan subsidi oleh kerajaan. Isu boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan biar pun Dr Khir mendakwa PR mungkin tidak mampu melaksanakan sepenuhnya. Pada masa yang sama alasan pemotongan subsidi pula sekadar melepas batuk di tangga. Dari sudut tanggungjawab pula, Ahli Jawatankerja Kerja PAS Pusat, merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa imbuhan RM500 untuk guru adalah suatu penghargaan kepada warga pendidik dan bukanlah suatu tindakan politik murahan bagi meraih undi mereka pada PRU akan datang. Pernyataan Dr Dzulkefly ini ada asasnya. Jika imbuhan ini bersandarkan semata-mata kepada politik, PR sepatutnya menawarkan imbuhan yang sama kepada kakitangan kerajaan yang lain. Namun, PR menyedari bahawa bidang perguruan bukanlah suatu kerjaya seperti kerjaya lain. Tugas mendidik adalah tugas membentuk generasi masa depan. Menurut Dr Dzulkefly lagi, membentuk modal insan tidak akan dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Prosesnya memakan masa, wang ringgit dan pengorbanan dan tugas ini terpikul di atas bahu para guru. Hal ini kerana dari gurulah maka lahirnya ahli politik, ulama, jurutera, doktor, kerani, pegawai tentera dan sebagainya. |
| You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan