Anak Sungai Derhaka |
- PKR Cabar Rais SUMPAH LAKNAT?
- Khusrin: I have no political agenda
- Sidang DUN tergempar bagi kembalikan kuasa Sultan
- GERAKAN kecewa Hannah Yeoh Mengandung?
- Dengarlah rintihan penghuni Flat Ladang Gemilang
- PRU 13 : Laluan Sukar Buat Najib..
- Khusrin dah mula kerja..
- Wartawan TV hina orang Melayu (Video Inside)
- Isu SU Selangor - Nasihat seorang Ahli UMNO kepada Pemimpin UMNO
| Posted: 03 Jan 2011 05:19 AM PST PARTI Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim agar melakukan 'Sumpah Laknat' di Masjid Negara? Bagi aku ini satu tindakan yang hanya akan mencetuskan 'Back Fire' yang pasti tak terjawab.. lainlah kalau cabaran ini di lakukan oleh PAS atau DAP.. dah lupa ke? PKR CABAR RAIS SUMPAH LAKNAT Oleh: MOHD YATIM SUHAILI PARTI Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim agar melakukan 'Sumpah Laknat' di Masjid Negara atau melalui RTM jika beliau benar-benar tidak melakukan jenayah rogol terhadap pembantu rumahnya, Robengah, pada 2007.Naib Ketua Cabang merangkap Setiausaha Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan mencabar Rais bagi membersihkan namanya yang didakwa melakukan jenayah rogol tetapi disembunyikan oleh Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun) dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. "Memandangkan Rais masih berada dalam Kabinet Malaysia, maka saya mencabar beliau untuk membuat 'Sumpah Laknat' bagi membersihkan nama Malaysia kerana pindaan Undang-Undang Seksyen 376 Kanun Keseksaan dilakukan ketika Rais menjadi Menteri Kehakiman," ujar Zainuddin yang memuji tindakan berani media mendedahkan kelakuan pemimpin UMNO yang lembut gigi daripada lidah. Bagi PKR kata Zainuddin, tidak pernah berniat serong untuk mendedahkan keaiban pemimpin BN terutama Menteri Kabinet Najib selepas Pak Lah meninggalkan 'saka' yang bersiluman di dalam tubuh menteri yang mengkhianati amanah rakyat. "Kita tidak mahu Malaysia terpalit dengan pelbagai Skandal Seks kerana dunia mengetahui Malaysia ialah Negara Islam dan Negara Hukum. Menyembunyikan perbuatan jenayah rogol dan melindungi penjenayah adalah perbuatan terkutuk. Jika ingin Malaysia terus dihormati oleh dunia, jalankan siasatan dan hukuman setimpal," ujar Zainuddin yang berkata Rais masih berpeluang membersihkan namanya dengan meletakkan jawatan dan bersedia tampil di mahkamah atau melakukan 'Sumpah Laknat'. Undang-undang di Malaysia kata Zainuddin tidak pernah membezakan kasta, hanya pemimpin dan pihak berkuasa yang sering menyalahgunakan kuasa untuk melindungi diri mereka daripada menerima hukuman dunia; namun sebagai manusia yang beragama sudah pasti tidak akan terlepas daripada hukuman di akhirat. Tegas Zainuddin lagi, menurut undang-undang Islam, jika didapati bersalah Rais dan mereka yang bersubahat boleh direjam sehingga mati, namun undang-undang sekular mungkin akan menyelamatkan Rais di Malaysia. |
| Khusrin: I have no political agenda Posted: 03 Jan 2011 12:51 AM PST SHAH ALAM, Jan 3 — New Selangor state secretary Datuk Mohd Khusrin Munawi today moved to refute claims that his hotly-contested appointment was "politically-motivated."The controversial former Selangor Islamic department (Jais) director stressed that he would carry out his duties despite direct opposition from the ruling state government over his appointment. "All the accusations against me have been personal attacks. My appointment is legitimate, it's just that what I have yet to do is to take an oath of secrecy in front of the Selangor MB," said Khusrin today. Despite a growing row over his appointment, Khusrin maintained that he would not budge from his post unless and until he received instructions from the federal government to do so. "As long as there have been no orders on a federal level, I will remain as state secretary," he said. According to Khusrin, Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim has yet to notify him of the date for him to take his oath. "I have written a letter to the MB this morning, and have even called his political secretary. I have not received any details regarding the details of my oath of secrecy session with the MB. "But this is not a problem, I can still work as state secretary without taking the oath," he said. Selangor's top civil servant also denied allegations that he had not earned enough remuneration points to "qualify" for the state secretary's post. "I was appointed by the Public Services Department. I am sure they have their reasons for appointing me. As a civil servant I know the rules and I am aware of what I can or cannot do. "I have no political agenda and my job is to assist the state government machinery to do its best and ensure that the relationship between the executive and the administrative remains good," he added. The Malaysian Insider |
| Sidang DUN tergempar bagi kembalikan kuasa Sultan Posted: 03 Jan 2011 12:17 AM PST Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, hari ini bertitah, baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku.. Ohh.. sudah kuasa Baginda sudah ditarik oleh Pejuang Ketuanan Melayu UMNO rupanya.. DUN tergempar bagi kembalikan kuasa Sultan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, hari ini di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. "Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan, kata Khalid pada sidang media yang penuh sesak dengan kehadiran wartawan. Menurut Khalid, Baginda mencadangkan kepada kerajaaan negeri bagi membincangkan perkara berkenaan dengan SPA untuk mencari "jalan penyelesaian yang terbaik". "Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda. Calon yang layak "Justeru, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut," katanya. Sehubungan itu, katanya, beliau tidak akan menghadiri upacara mengangkat sumpah oleh Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru yang dijadualkan pada 6 Januari ini. "Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri. "Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio," katanya lagi. Sehingga kini, Khalid belum berjumpa dengan Khusrin meskipun bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu melaporkan dirinya hari ini. Malaysiakini |
| GERAKAN kecewa Hannah Yeoh Mengandung? Posted: 02 Jan 2011 11:45 PM PST Apalah punya bodoh Ketua Pemuda GERAKAN ni. orang mengandungpun nak dipertikaikannya. Yang mengandungkan anak halal dijadikan isu tapi kisah bekas MB dari UMNO yang didakwa membuntingkan anak dara orang diluar nikah(baca di SINI) dia buat tak nampak pulak.. Gerakan state leader's 'prego-phobia' draws flak Harakahdaily KUALA LUMPUR, Jan 3: Spicing-up his 'congratulatory' message to Subang Jaya's DAP state representative Hannah Yeoh who is expecting her first child this year, a Gerakan youth chief said she would not be able to execute her duties while on maternity leave."I imply you may not be able to service [the] area during maternity leave, which you are entitled. Anyway, congrat welcoming your baby," said Kedah's state Gerakan Youth chief Tan Keng Liang on Twitter. Tan had earlier asked on the microblogging site whether one would choose MCA's Beliawanis leader Jessica Lai or Hannah Yeoh. The question were then met with another question from Hannah asking for clarification. Tan's reply above however did not go down well with his Twitter followers, who said his comments were in bad taste. Hannah Yeoh's pregnancy did not go down quite well with Gerakan Youth? "Dear Mr Tan, I think you have crossed the line. We are only human and only do the best possible," said one Benny Paul in defence of Hannah. "Perhaps all elected rep can't be pregnant during 5-year term!" exclaimed another, Hoong Ling. An embattled Tan was later forced to issue a denial. "I never say elected rep cannot be pregnant or take maternity leave. I only state facts for rakyat to consider. Is it wrong to state someone would be going on maternity leave soon? It's your perception of my statement that's confusing," he wrote. Hannah responded by saying that she could work much harder than some Barisan Nasional members of parliament even during her maternity leave. "I hope men like you will not become ministers someday," she added. |
| Dengarlah rintihan penghuni Flat Ladang Gemilang Posted: 02 Jan 2011 10:51 PM PST Status penghuni Bandaraya Warisan Pesisir Air yang dimiliki oleh penduduk Bandaraya Kuala Terengganu bukanlah suatu kemegahan andai suasana kehidupan semakin menekan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.Sepatutnya pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya pada pada 1 Januari 2008 daripada Majlis Perbandaran ketika itu akan membantu mempertingkatkan kualiti kehidupan penduduk, menambahbaik segala kemudahan, meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk dan seterusnya membentuk ke arah kehidupan bandar yang lebih sejahtera. Bukanlah perkara yang patut berlaku andai kemegahan dengan status Bandaraya akhirnya memangsakan rakyat bawahan. Tambahan pula Datuk Seri Ahmad Said meletakkan slogan 'Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan' sebagai motto Kerajaan Negeri. Mudah difahami, kepentingan rakyat tentunya menjadi keutamaan bagi setiap agenda pentadbiran dan pembangunan. Disokong dengan Bajet tahunan negeri yang melebihi RM1.8 bilion, tentunya tidak sukar bagi Ahmad Said untuk memastikan janji mampu dikota. Jangan sampai rintihan rakyat kecil di kesampingkan, nanti slogan akan tinggal slogan. Lebih malang kalau rakyat mula menyindir benarkah 'Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan' atau lebih tepat 'Mengkronikan Pentadbiran dan Pembangunan'? Dilema yang dihadapi penghuni Flat Ladang Gemilang, Kuala Terenggganu adalah antara siri retetan rintihan rakyat berpendapatan rendah yang rata-ratanya terdiri dari nelayan, peniaga kecil dan pemandu teksi. Sebahagian besar dari penduduk yang menghuni flat yang dibangunkan oleh Terengganu SEDC (Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu) ini adalah penduduk yang dipindahkan ekoran pengambilan balik tanah oleh kerajaan di Kampung Ladang Tok Pelam dan Ladang Mengabang, Kuala Terengganu dengan kadar bayaran pampasan yang tidak seberapa. Keseluruhan penduduk amat menyesali kadar pampasan yang diterima hanya sebanyak RM6,000 sahaja apatah lagi dengan lokasi tanah mereka terletak di pusat bandar dan mereka telah mendiaminya semenjak turun temurun. Faktor pertimbangan kemanusian juga mungkin tidak diambil kira apabila arahan supaya penduduk berpindah serta merta sebelum hari raya puasa yang lalu, seolah-olah bagaikan ada projek penting dan mustahak perlu didirikan segera di atas tanah tapak rumah yang telah begitu lama menyimpan suka duka memori kehidupan mereka sekeluarga. Rayuan penduduk agar diberikan sedikit masa untuk berpindah sekurang-kurangnya selepas menyambut hari raya tetap tidak diendahkan. Malangnya sehingga hari ini belum ada sebarang projek yang bermula. Walaupun menyedari beban yang dipikul untuk berpindah amat berat, penduduk secara paksa rela berpindah juga ke flat ini dengan janji kadar bayaran sewa sebanyak RM126 sebulan secara sewa beli. Sekurang-kurangnya suatu hari nanti unit-unit flat ini akan menjadi milik mereka dan mereka akan memiliki sebuah kediaman. Kelegaan penghuni nyata tidak berpanjangan apabila baru-baru ini mereka mendapat sepucuk surat dari Terengganu SEDC memaklumkan bahawa semua penduduk perlu membayar sewa bulanan sebanyak RM300 dan status sewa beli flat hanya akan dilaksanakan selepas berlalu tempoh tiga tahun mereka menduduki flat, bukannya serta merta sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini. Penduduk sebelumnya amat berharap, dengan duit bayaran pampasan itu, walaupun tidak seberapa akan membantu sedikit sebanyak mereka memiliki kediaman sendiri tetapi segalanya hampa apabila janji dimungkiri dan mereka kini hanya berstatus penyewa dengan kadar sewa melebihi dua kali ganda dari yang dijanjikan. RM300 mungkin murah bagi yang tinggal di Bandaraya Kuala Lumpur, Shah Alam, Georgetown, Kuching atau bandaraya-bandaraya lain tapi bukan bagi Bandaraya Kuala Terengganu yang sehingga kini masih terdengar suara-suara yang mempertikaikan kelayakannya dari segi kemudahan infrastruktur, bilangan penduduk dan jumlah perolehan hasil tahunan untuk melayakkannya bergelar bandaraya. Sesiapa pun yang pernah berkunjung ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu tentu dengan mudah, tanpa ragu-ragu boleh menyatakan bahawa Kota Bharu lebih besar dan lebih ketara pembangunannya walaupun cuma bertaraf Majlis Perbandaran. Apatah lagi penghuninya adalah rakyat bawahan ditambah lagi dengan peningkatan kos sara hidup yang mencengkam di segenap sudut kehidupan. Tolonglah Datuk Seri dengar rayuan dan rintihan rakyat. Jangan ulangi kesilapan sama yang dilakukan Datuk Seri Idris Jusoh. |
| PRU 13 : Laluan Sukar Buat Najib.. Posted: 02 Jan 2011 07:33 PM PST Pada PRU 2008, PR tidak kuat tetapi BN sangat lemah. PR memperoleh kerusi tambahan kerana pengundi menolak BN. PR menjadi kuat kerana kelemahan BN.Sekarang BN dikatakan semakin pulih dan semakin kuat. Tetapi kita perlu akui bahawa PR telah mempunyai kekuatan sendiri melalui perwakilan yang lebih ramai di Parlimen dan penguasaan ke atas Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. "Hantu" PRU Ke-13 Bagi BN dan PR A Kadir Jasin BANYAK petanda semasa menjurus kepada pilihan raya umum diadakan lebih awal daripada tempoh sah Parlimen.Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak telah mula menghidangkan sajian-sajian PRU seperti cuti umum merayakan kemenangan pasukan bola kebangsaan dalam pertandingan Piala AFF Suzuki dan bayaran khas kepada peneroka Felda serta pelantikan baru dalam Umno. Sebelum itu kerajaan mengumumkan penangguhan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang begitu hebat dipromosikan beberapa bulan lalu. Dikhabarkan juga yang dalam masa beberapa hari lagi beliau akan bersidang dengan semua Wakil Rakyat Barisan Nasional bagi mendapatkan maklum balas mengenai sentimen rakyat jelata terhadap pemerintahannya. Dari aspek undang-undang, PRU tidak perlu diadakan hingga Mac 2013 atau lewat daripada itu setelah mengambil kira tarikh PRU ke-12, tarikh persidangan pertama Parlimen dan hakikat bahawa PRU boleh diadakan dalam masa 60 hari selepas tamat tempoh Parlimen. Namun daripada gaya percakapan pemimpin politik, sama ada pemerintah atau pembangkang, PRU ke-13 akan diadakan jauh lebih awal daripada itu. Ada ramalan mengatakan seawal Mac tahun ini kerana Mohd Najib mahukan mandatnya sendiri dan angka 11 adalah nombor "bertuah" beliau, lantas kenderaan bermotornya berangka plat 11. Alasan yang lebih serius ialah keyakinan beliau bahawa BN sudah cukup pulih dan bersedia untuk menghadapi pengundi. Ramalan ini dikukuhkan oleh keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 30 November lalu yang menangguhkan selama 18 bulan pemilihan parti yang sepatutnya berlangsung tahun ini. Ini diikuti oleh pelantikan Pengerusi Perhubungan Umno bagi negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu. Walaupun Mohd Najib cuba meredakan spekulasi dengan mengatakan penangguhan pemilihan Umno bukannya perkara luar biasa kerana ia dibenarkan perlembagaan dan pernah dilakukan beberapa kali sebelum ini, namun ramai yang tidak yakin. Kemudian, ketika bercakap kepada wartawan Malaysia di Phnom Penh pada 2 Disember lalu, Mohd Najib berkata PRU akan datang akan menjadi "hari penentuan" bagi BN. Mesej Perdana Menteri yang lebih utama adalah kelangsungan BN sebagai parti peneraju pemerintahan. Katanya, sama ada PRU diadakan awal atau lewat, keputusannya kelak akan menjadi petanda kelangsungan BN. Petanda PRU Mengejut Daripada tanda-tanda yang semakin banyak muncul, Perdana Menteri nampaknya tidak akan menunggu sehingga saat akhir untuk mengadakan PRU atas sebab-sebab berikut:- 1. Beliau yakin kedudukannya cukup kuat untuk mengharapkan prestasi lebih baik daripada PRU 2008; 2. Beliau mahu mengambil kesempatan daripada "kebaharuan" kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk merayu diberi peluang memerintah dengan mandat sendiri; 3. Beliau yakin beliau boleh mengulangi rekod Perdana Menteri sebelum beliau yang semuanya menang besar dalam PRU pertama masing-masing; 4. Beliau yakin perubahan kepemimpinan parti-parti komponen utama BN – MCA dan MIC – mula mengembalikan sokongan bukan Melayu; 5. Beliau yakin segala dasar, pelan dan projek yang beliau perkenalkan mula berhasil dan mendapat sokongan rakyat jelata; 6. Beliau tidak mahu tunggu lama kerana bimbang suasana ekonomi yang semakin cerah sekarang tidak mampu bertahan lama. Seperti diumumkan, kadar pertubuhan kasar ekonomi suku tahun telah mula menurun; dan 7. Beliau mahu mengambil kesempatan daripada suasana yang tidak menentu dalam parti-parti Pakatan Rakyat, khasnya Parti Keadilan Rakyat. Perjalanan Tidak Mudah Bagi PM Namun, perjalanan Mohd Najib ke arah mandat sendiri yang besar tidaklah semudah yang dibayangkan oleh para penyokong beliau. Pemulihan BN masih tidak muktamad dan kacau-bilau dalam PR serta di kalangan parti-parti anggotanya mungkin tidak seburuk yang digembar-gemburkan oleh media massa pro-pemerintah. Yang pasti adalah kedudukan Mohd Najib sekarang adalah lebih teguh daripada Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau memanggil PRU 2008. Namun beberapa faktor yang menyebabkan prestasi BN merudum pada 2008 masih wujud. Mohd Najib perlu mengatasi dan menyelesaikan masalah ini kalau beliau tidak mahu nasib malang yang menimpa Abdullah tidak terjadi kepadanya. Antara faktor itu adalah:- i. Masih ramai ahli dan penyokong BN, khasnya Melayu, yang berpaling tadah kepada pembangkang kerana "benci" kepada pentadbiran Abdullah masih kurang yakin bahawa pentadbiran Mohd Najib lebih baik; (Pentadbiran Abdullah dituduh lemah, mungkir janji dan dilarikan oleh empat lima kerat anak menantu dan sekutu-sekutu beliau.) ii. Mohd Najib wajib meyakinkan mereka bahawa kepemimpinannya tidak mempamerkan ciri-ciri yang sama iaitu campur tangan oleh orang luar parti, orang luar pentadbiran dan oleh ahli keluarga; iii. Ramai orang Melayu masih tidak yakin bahawa cogan kata, dasar, pelan dan projek yang Mohd Najib perkenalkan menjamin hak dan kepentingan bangsa Melayu manakala bukan Melayu pula beranggapan mereka belum mendapat hak yang secukupnya; iv. Walaupun pertumbuhan kasar ekonomi memuaskan, namun kenaikan kos sara hidup dan kekurangan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi terus menghantui tenaga kerja, khasnya lepasan institusi pengajian tinggi; dan v. Kesan projek-projek raksasa yang diumumkan sejak Mohd Najib menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009 masih belum meluas untuk dirasai dan dikecap oleh rakyat terbanyak. Ini ditokok-tambah pula oleh faktor yang di luar kawalan kerajaan dan BN seperti kenaikan harga minyak dunia yang diramalkan melepasi US$100 setong tahun ini. Faktor-faktor berikut penting dalam menentukan trend pengundian dalam PRU akan datang: a. Bilangan pemilih baru yang semakin ramai dan kematian pengundi tua. Trend pengundian di kalangan pengundi muda sukar ditentukan dan mungkin tidak memihak kepada BN; b. Kemampuan PR mempamerkan kelainan, khasnya di negeri-negeri yang baru mereka takluki seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kedah; c. Percambahan saluran maklumat baru dan kemunculan kewartawanan jelata (citizen journalism) dieksploitasi sepenuhnya oleh PR. BN yang memperkecil dan mempersendakan peranan media baru pada PRU 2008 masih tertinggal walaupun sudah mengubah pendirian dan mula memanfaatkan saluran alternatif ini; dan d. Pengedaran akhbar arus perdana prokerajaan yang semakin menguncup dan kegiatan "channel switching" di kalangan penonton TV dan pendengar radio. (Perangkaan Biro Audit Pengedaran (Audit Bureau of Circulations/ABC) bagi tahun audit berakhir 30 Jun, 2010 menunjukkan penjualan The Star's jatuh daripada 295,479 kepada 286,409 (-3.1 peratus), New Straits Times daripada 120,770 kepada 109,341 (-9.5 peratus), Utusan Malaysia daripada 181,346 kepada 170,558 (-5.9 peratus) dan Berita Harian daripada 183,187 kepada 160,597 (-28.7 peratus). Jualan Utusan dan BH "dicuri" oleh dua akhbar ringan iaitu Harian Metro dan Kosmo. Kosmo mencatatkan peningkatan paling tinggi (naik 32.9 peratus) daripada 129,633 kepada 172,252 manakala Harian Metro nak 11.8 peratus kepada 378,354 naskhah.) Kesimpulannya, walaupun Mohd Najib lebih popular berbanding Abdullah, tetapi beliau berdepan dengan pembangkang yang lebih kuat. PR mempunyai perwakilan yang besar di Parlimen dan dalam Dewan-Dewan Undangan Negeri. Mereka menguasai empat buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. PR juga kuat di Perak dan Negeri Sembilan. Pada PRU 2008, PR tidak kuat tetapi BN sangat lemah. PR memperoleh kerusi tambahan kerana pengundi menolak BN. PR menjadi kuat kerana kelemahan BN. Sekarang BN dikatakan semakin pulih dan semakin kuat. Tetapi kita perlu akui bahawa PR telah mempunyai kekuatan sendiri melalui perwakilan yang lebih ramai di Parlimen dan penguasaan ke atas Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Ini belum diambil kira keputusan pilihan raya DUN Sarawak yang terpaksa diadakan tidak lama lagi. Keputusannya akan memberi kesan besar kepada kedua-dua belah pihak. Apa pun, kita akan menyaksikan PRU yang sengit yang seperti kata Mohd Najib "akan menjadi hari penentuan bagi BN". Tidak kurang pentingnya ia juga akan menguji kelangsungan PR serta keserasian sistem dua parti. A Kadir Jasin |
| Posted: 02 Jan 2011 07:22 PM PST Minggu lalu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Khusrin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan, Sultan Sharifuddin Idris Shah. Khusrin dijadual akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor pada 6 Januari ini. "Saya sudah masuk kerja, saya datang ke pejabat untuk jalankan tugas pada pukul 6.45 pagi tadi. "Setakat ini tiada apa-apa masalah mengenai kerja," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Namun ketika ditemui di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Khusrin bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen perhubung tugas baru beliau. "Saya akan keluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat," katanya kepada wartawan di pejabatnya. Hanya jurugambar sahaja yang dibenarkan masuk ke pejabatnya dengan dikawal ketat pengawal keselamatan. "Kita tidak dibenarkan untuk halang beliau (Khusrin) tapi saya nak tahu kepada siapa beliau laporkan diri untuk bertugas. "Sepatutnya beliau melaporkan diri kepada Menteri Besar," kata sumber yang rapat dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Difahamkan Khalid akan menemui Sultan Selangor pada pukul11 pagi ini di Istana Mestika di sini. Khusrin sebagai ketua Jabatan Agama Islam Negeri sebelum ini juga dilihat menentang pentadbiran kerajaan negeri dalam beberapa siri isu. Pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual akan berlangsung 6 Januari ini, diteruskan. Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik Khusrin. Khalid yang bercadang untuk menghadap Sultan Selangor Rabu lalu tetapi terpaksa menangguhkan hasrat beliau sebab baginda bercuti sehingga awal minggu depan. The Malaysian Insider |
| Wartawan TV hina orang Melayu (Video Inside) Posted: 02 Jan 2011 06:29 PM PST Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika dalam keadaan mabuk mengakui telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.Rasanya tidak perlulah kita membesarkan hal ini, beliau bercakap ketika mabuk.. Kita tahu, Karam Singh Walia merupakan seorang pejuang alam sekitar dan sering membawa isu rakyat yang tidak mendapat pembelaan ke media masa bagi mendapatkan pembelaan yang sewajarnya. Beliau telah banyak berjasa pada rakyat, setiap manusia pun pernah membuat kesilapan. Paling penting beliau berani untuk mengaku dan meminta maaf di atas kesalahan yang dilakukan. Tak perlu rasanya diperbesarkan isu ini, tidak mendatangkan faedah kepada mana-mana pihak.- panggungopera Wartawan TV hina orang Melayu SHAH ALAM – Seorang wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui detik mencemaskan akibat dikepung sekumpulan lelaki yang marah dengan tindakannya yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu. Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan yang boleh membangkitkan isu perkauman. Antaranya wartawan itu mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar. Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika dalam keadaan mabuk mengakui telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran. Berikutan itu, dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki berkenaan serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini. Wartawan tersebut sebelum ini menarik perhatian orang ramai dengan pendedahan berani berhubung isu pencemaran alam sekitar. -kosmo |
| Isu SU Selangor - Nasihat seorang Ahli UMNO kepada Pemimpin UMNO Posted: 02 Jan 2011 09:03 AM PST Kalau BN hendak mengambil alih kerajaan Selangor buatlah cara yang 'gentleman'. Lakukan semasa pilihanraya nanti. Kempen kuat-kuat dan yakinkan rakyat Selangor yang BN perlu memerintah Selangor kembali. Janganlah menggunakan taktik kotor untuk mencapai kuasa politik dinegeri ini kerana mendapat kuasa dengan bermain kotor tidak akan sampai berkatnya nasihat dari seorang Ahli UMNO kepada Pemimpin UMNO.. Isu SS Selangor - Hormati semangat Persekutuan. by Aspan Alias Isu perlantikkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor masih belum reda. Apa kesudahan terhadap isu ini belum lagi kita dapat jangkakan. Tetapi saya percaya isu itu akan dapat diselesaikan apabila setiap pihak yang terbabit itu kembali kepada kepangkal jalan dan selesaikan masalah itu dengan cara dan tata-cara perlantikkan dengan baik dan ikut cara dan semangat serta sistem bernegara yang lazim kita praktikkan.Kita mesti kembali kepada asas, iaitu mengakui bahawa negara ini adalah negara Persekutuan (Federation) dan negara kita bukannya negara 'unitary' seperti Thailand dan negara jiran yang lain. Kita ada perjanjian Persekutuan yang ditandatangani pada 2hb Februari 1948 dahulu semasa perjanjian ini ditanda tangani diantara negeri-negeri bersekutu dan bukan bersekutu. Perjanjian Persekutuan itu adalah untuk menggantikan Malayan Union (MU), dan Persekutuan itu diwujudkan untuk menggantikan usaha keparat British mewujudkan sebuah negara 'unitary' disemenanjung ini. Jika kewujuddan perjanjian Persekutuan itu dibuat untuk menggantikan MU, kenapa pula kita sekarang hendak mentadbir negara ala MU itu? Kita sepatutnya memperkayakan semangat Persekutuan itu kerana terbukti dalam banyak negara Persekutuan yang benar-benar mengamalkan semangat itu telah mencapai kejayaan untuk memajukan negara dan rakyatnya. Negeri Selangor adalah salah sebuah negeri dalam Persekutuan ini Negeri Selangor seperti juga dinegeri-negeri lain mempunyai Lagislatifnya sendiri, kerana Selangor ada Dewan Undangan Negerinya sendiri. Selangor ada kerajaannya sendiri dan ada ketua kepada kerajaan negeri itu dan dianya dinamakan Menteri Besar yang dipilih diantara ahli-ahli Lagislatif yang dipilih oleh rakyat Selangor. DAN Menteri Besar itu ialah Abdul Khalid Ibrahim yang mewakili Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Ijok. Bagi seorang rakyat yang menjunjung semangat Persekutuan ini, kerajaan persekutuan mesti mempunyai perhubungan dengan Selangor berlandaskan kepada semangat persekutuan dengan negeri Selangor, sebuah negeri yang berdaulat. Kerajaan Persekutuan mesti berhubung dengan Selangor dalam semangat itu dan kerajaan persekutuan mesti menghormati negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang berdaulat. Jika kerajaan persekutuan tidak menghormati pandangan kerajaan negeri Selangor ianya bermakna persekutuan tidak menghormati rakyat negeri Selangor. Ini adalah 'basic'. DiPutrajaya itu adalah Pusat Pentadbiran kerajaan Persekutuan, bukannya kerajaan Pusat. Kedaulatan kerajaan Persekutuan itu datangnya dari kedaulatan kerajaan-kerajaan negeri yang berada didalam Persekutuan ini. Sepatutnya kerajaan pusat mesti bertanya kepada rakyat Selangor dalam isu perlantikkan Setiausaha Kerajaan ini. Cara untuk bertanya rakyat Selangor itu ialah bertanyakan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besarnya yang mewakili rakyat Selangor seperti yang dipilih oleh mereka didalam pilihanraya yang lalu. Itu caranya yang patut dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin persekutuan jika benar menghormati rakyat yang telah membuat pilihan secara demokrasi. Yang sepatutnya mengadap Kebawah Duli Tuanku Selangor itu ialah TS Abdul Khalid Ibrahim kerana Khalidlah yang sepatutnya menasihati DYMM Tuanku, bukannya dari sesiapa yang datang dari Persekutuan. Jika ada usaha dari kerajaan Persekutuan untuk menasihati DYMM Tuanku Selangor itu merupakan usaha yang cuba untuk memecah belahkan Raja dan kerajaan Selangor yang berdaulat. Ketua Setiausaha Negara (Sidek Hasan) wajib menjaga dan menghormati kedaulatan Negeri Selangor dan mesti mengakui yang Negeri Selangor adalah salah sebuah negeri yang berdaulat yang menganggotai Persekutuan ini. Hormatilah diri kita sebagai seorang rakyat negara Persekutuan. Ikut cara dan semangat Persekutuan itu. Negara kita bukan negara kominis. TETAPI kenapa agaknya isu seperti ini berlaku? Pastinya kerana politik kepartian. Kalau itu sebabnya betullah kata banyak pihak ini merupakan usaha pemimpin parti yang berkuasa dari Putrajaya untuk memcahkan keutuhan kerajaan Negeri Selangor sebab pilihanraya akan tiba dan BN sedang berusaha untuk mengambil alih kepimpinan kerajaan Selangor, negeri yang terkaya dalam Persekutuan ini. Kalau itulah sebabnya saya tidak mahu melanjutkan komen ini. Perkara yang sama telah dilakukan diPerak dan hasilnya memudharatkan rakyat Perak. Bolehlah mendapat kuasa dengan 'arm-twisting' seperti ini tetapi ramai menjangkakan yang rakyat Perak akan memberikan pengajaran kepada pihak yang sudah hilang hidayah ini. Kata mereka yang PR akan kembali mentadbir dibangunan Setiausaha Kerajaan diIpoh. Kalau BN hendak mengambil alih kerajaan Selangor buatlah cara yang 'gentleman'. Lakukan semasa pilihanraya nanti. Kempen kuat-kuat dan yakinkan rakyat Selangor yang BN perlu memerintah Selangor kembali. Janganlah menggunakan taktik kotor untuk mencapai kuasa politik dinegeri ini kerana mendapat kuasa dengan bermain kotor tidak akan sampai berkatnya. Tetapi siapa pula yang aka menerajui kerajaan Selangor jika BN menang?? Noh Omar? Khir Toyo? Atau siapa? Oh! Ezam Mohd Nor? Kalau inilah nama-nama yang tersenarai ramai rakyat Selangor berkata biarkanlah negeri Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat sepenggal lagi, sehingga BN boleh mencari pemimpin yang 'viable'. Buat masa sekarang BN, bagi pendapat mereka belum lagi berjaya mencari pemimpin yang diyakini rakyat Selangor. Jika permainan seperti ini diteruskan juga maka percayalah rakyat akan lebih menyampah kepada kita. Apabila rakyat menyampah dan menolak kita, kita juga yang terloncat kesana kemari macam cacing dalam kepanasan. Lepas itu salahkan orang lain pula. "Tak payah nak ganti-ganti!" kata mereka. Aspan Alias |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan