Khamis, 20 Januari 2011

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


Keyakinan PR ke Putra Jaya: Realistik atau fantasi?

Posted: 19 Jan 2011 09:45 PM PST

di petik dari: Nazli Ibrahim aka Beduk Canang

.Gembar-gembur Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin hari semakin hangat diperkatakan dengan pelbagai versi dan spekulasi tarikh pembubaran parlimen sekaligus memberi laluan PRU-13 diadakan.

Antara spekulasi yang semakin kencang bertiup pada masa ini ialah jangkaan PRU-13 akan diadakan pada tahun ini khasnya setelah Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) bermesyuarat baru-baru ini.

Dua parti utama ketika ini melahirkan keyakinan masing-masing untuk meraih kejayaan dalam PRU-13 itu nanti. Masing-masing BN dan Pakatan Rakyat (PR) ketika ini mula mencongak kekuatan dan kelemahan mereka dan juga pihak lawan.

Di pihak PR pada masa ini sedang menjulang harapan dan keyakinan yang cukup tinggi untuk menyingkirkan BN daripada Putra Jaya sekaligus buat pertama kalinya menamatkan dominasi 53 tahun BN.



PRU-13 peluang terbaik PR

Bagaimanapun, benarkah pada masa ini PR sedang berada di atas landasan yang betul untuk menerjah ke Putra Jaya? Apakah faktor yang menyumbang kepada keyakinan mereka itu?

Pada masa ini faktor utama kelebihan PR bukanlah kekuatan PR itu sendiri tetapi ianya lebih merupakan kelemahan BN dengan pelbagai isu rasuah, penyelewengan, skandal dan yang paling utama keputusan-keputusan BN yang memberi kesan secara langsung kepada kehidupan rakyat negara ini.

Walaupun kerajaan berusaha menerangkan kepada rakyat negara ini tentang pemulihan ekonomi negara dengan menghidangkan angka-angka KDNK, indeks saham, unjuran pertumbuhan ekonomi dan sebagainya gagal menarik minat rakyat kebanyakkan.

Pada masa ini, perkara utama yang menjadi pertimbangan umum ialah tekanan terhadap kos sara hidup yang semakin memuncak sekaligus menjadikan ianya isu utama yang mempengaruhi undi dalam PRU kelak.

Tatkala BN di bawah pimpinan Najib masih lagi terus membuat keputusan yang kurang disenangi rakyat terbanyak dengan siri-siri kenaikan harga barangan keperluan, PR pula dilihat bijak memainkan peranan maksima bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Malahan bagi sesetengah pihak, imej dan tindakan isteri PM, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sedikit sebanyak turut menambah memberatkan lagi langkah BN untuk terus berkuasa selepas PRU-13.

Bagaimanapun sedikit sebanyak konsep 1 Malaysia Najib mampu memulihkan kembali sokongan pengundi bukan Islam yang beralih kepada pembangkang akibat penolakan konsep 'Islam Hadhari' ketika era Tun Abdullah Badawi sebagai PM.

Sekiranya arus utama tsunami politik dalam PRU-12 lalu adalah manifestasi penolakan terhadap konsep Islam Hadhari Abdullah oleh golongan tersebut, maka sekurang-kurangnya Najib sedikit mampu menarik nafas lega dengan slogan 1 Malaysianya.


Faktor Anwar Ibrahim

Suka atau tidak, Anwar Ibrahim adalah salah satu faktor kelebihan bagi PR. Dalam keadaan kredibiliti beliau yang mulai terhakis disebabkan isu pemilihan PKR mahupun keputusan dan tindakan kontroversinya, beliau masih lagi merupakan salah satu sumber kelebihan PR.

Kejayaan pembangkang pada hari ini banyak dibantu oleh kekuatan pengaruh Anwar semenjak bermulanya penentangan Anwar terhadap BN apabila beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Umno.

Bagaimanapun, imej Anwar pada masa ini, dilihat hampir menyamai imej lima tahun terakhir Tun Mahathir bergelar PM. Walaupun ketika itu Mahathir merupakan ketua yang mempunyai kekuatan tersendiri ketika mengepalai BN tetapi pada masa yang sama, sedikit demi sedikit beliau mula dianggap sebagai liabiliti kepada partinya itu.


Pengundi muda undi penentu

Anggapan PR bahawa majoriti anak-anak muda menyebelahi mereka hanyalah satu tanggapan berdasarkan kepercayaan terhadap mood anak-anak muda yang mahukan perubahan.

Hakikatnya, tiada parti yang boleh mendakwa peratusan sokongan kelompok ini akan memihak kepada mereka. Tambahan pula, kebanyakkan anak-anak muda ini merupakan pengundi baru dalam PRU-13 yang masih tidak dapat dicula undian mereka nanti.

Meskipun ada kajian-kajian yang dijalankan oleh badan-badan tertentu terhadap pendirian politik kelompok anak muda ini, ia masih tidak boleh dijadikan gambaran sepenuhnya mood kelompok ini.

Menurut hasil kajian penganalisis politik terkenal, Profesor Abu Hassan Hasbullah, golongan pengundi berumur 21 hingga 40 tahun ini merupakan kelompok penentu dalam PRU-13 nanti.


PR Pulau Pinang punyai kelebihan perolehi mandat semula

Salah satu faktor yang boleh dianggap sebagai kekuatan PR di peringkat pusat pada masa ini ialah dengan menjadikan contoh Kerajaan PR Pulau Pinang yang dianggap berjaya menguruskan pentadbiran negeri yang dianggap cemerlang berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara dan terbaru Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).

Malangnya laporan dan kajian ini seboleh-bolehnya tidak dilaporkan oleh akhbar-akhbar arus perdana kawalan Umno dan BN.

Pada masa ini kerajaan PR Pulau Pinang dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk memperolehi mandat semula dalam PRU-13 berbanding Selangor walaupun kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim Guan Eng itu turut diserang dari segenap sudut.

Serangan bertali arus Umno terhadap kerajaan negeri dianggap tidak mampu memberi kesan yang maksima terhadap pengundi majoriti berbangsa Cina di Pulau Pinang berbanding serangan yang sepatutnya datang dari Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Umno, dengan berbekalkan isu yang banyak menyentuh kepentingan kaum Melayu sahaja, maka isu yang dibawakan oleh Umno telah gagal menarik perhatian masyarakat bukan Melayu di Pulau Pinang.

Bagaimanapun Parti Gerakan yang sepatutnya memegang peranan sebagai penyerang utama bagi menarik kembali sokongan majoriti bukan Melayu Pulau Pinang bagi pihak BN berbanding Umno, ketika ini hanya mampu melancarkan serangan yang hambar.

Sebenarnya keadaan ini wujud apabila Lim sendiri agak bijak meminimakan kesilapan percaturan tatkala membuat keputusan-keputusan penting, mampu menutup titik-titik kelemahan yang ada dan akhirnya menyempitkan peluang serangan di pihak pembangkang negeri itu.

Secara umumnya, masyarakat Cina di Pulau Pinang dianggap tidak menghadapi sebarang masalah dengan kehadiran Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi masyarakat Melayu dan India pula, pertambahan sokongan terhadap kepimpinan Lim dari golongan ini juga dikatakan meningkat ekoran beberapa pendekatan kerajaan negeri yang dilihat menguntungkan penduduknya.

Faktor kerajaan negeri yang berbelanja dengan berhemah, menaikkan peruntukan kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, sekolah agama dan madrasah, keupayaan memberi bonus tahunan, satu-satunya kerajaan negeri yang memberi bonus tahun baru hijrah dan lain-lain telah berjaya memikat hati pengundi golongan ini.


Kerajaan PR Selangor bermasalah pertahankan kerajaannya?

Kerajaan PR Selangor pula, walaupun bermula baik pada dua tahun pertamanya namun pada masa ini mulai dihantui dengan pelbagai kontroversi berhubung politik dalaman PKR.

Menjadikan keadaan lebih malang lagi apabila kerajaan PR Selangor bukan sahaja terpaksa menghadapi serangan tanpa henti dari pihak lawan dari luar, malahan kewujudan 'parasit-parasit' di dalam kem lebih banyak menyumbang kepada kerosakkan dalam parti.

Sekiranya PR gagal mempertahankan kerajaan di negeri terkaya negara ini, ianya bukanlah sekadar disebabkan serangan bertali arus atau kebangkitan Umno dan BN Selangor tetapi juga disebabkan pertelagahan sesama mereka sendiri.


Gangguan dalaman terhadap Khalid

Tan Sri Khalid Ibrahim dianggap oleh sesetengah pihak di Selangor gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar dengan baik disebabkan terdapat gangguan daripada pihak dalaman PKR sendiri.

Antara teori yang menjelaskan keadaan tersebut ialah tindakan Khalid yang tidak bertanding dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR walaupun sebelumnya telah menawarkan diri untuk menyertai persaingan itu.

Khalid dikatakan menerima 'wahyu' supaya menyatakan kesediaan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dengan tujuan memancing Datuk Zaid Ibrahim keluar dari pertandingan jawatan nombor dua itu sekaligus memberi laluan mudah kepada Azmin Ali.

Sebelum itu, Zaid berkata dalam satu kenyataan medianya, beliau akan menarik diri sekirannya Khalid turut menyertai persaingan tersebut dan memberi sokongan kepada Khalid.

Bagaimanapun helah tersebut tidak berkesan apabila Zaid masih meneruskan hasratnya untuk bertanding dan memaksa Khalid menolak pencalonan di saat-saat akhir bagi mengelak perpecahan undi di cabang-cabang negeri Selangor dan menjejaskan peluang kemenangan Azmin.

Dari sudut kelebihan yang ada pada kerajaan PR Selangor pula, pada masa ini tertumpu kepada beberapa program yang dijalankan oleh kerajaan negeri khususnya berkaitan isu kembalikan hak air Selangor yang masih belum dapat dimuktamadkan lagi.

Melalui isu air ini, masyarakat di Selangor lebih cenderung untuk memberikan sokongan kepada kerajaan negeri kecuali penyokong tegar dalam BN dan golongan kelas atasan.

Juga merupakan bonus bagi PR apabila bekas Menteri Besarnya, Dato Sri Dr Khir Toyo terjerumus dalam dakwaan kancah rasuah dan bakal didakwa pada bulan Jun nanti.

Harapan PR Selangor untuk kembali berkuasa selepas PRU-13 tetap masih ada walaupun mereka sendiri telah memilih jalan paling sukar dengan membiarkan permainan politik dalaman menguasai pentadbiran kerajaan negeri itu.

Wak Din "Freddie Krueger" Tak Pandai Auta!

Posted: 19 Jan 2011 08:56 PM PST

Saling hormat perbezaan agama: Muhyiddin -Melalok

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat Malaysia perlu saling menghormati perbezaan kepercayaan agama kerana ia adalah ramuan bagi kehidupan yang harmoni.

"Sikap toleransi di kalangan masyarakat pelbagai kaum perlu dikekalkan agar negara terus menikmati keamanan dan kestabilan," katanya dalam kenyataan sempena sambutan Thaipusam di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, toleransi merupakan proses dua hala dan oleh itu, semua rakyat Malaysia perlu memahami dan mengambil kira sensitiviti pelbagai kaum di negara ini bagi mencerminkan semangat toleransi dalam erti kata sebenar.

"Saya yakin dengan mengamalkan prinsip 1Malaysia, iaitu penerimaan serta sikap keterbukaan sesama warganegara, kita akan dapat mengeratkan hubungan antara kaum serta meningkatkan persefahaman," katanya.

Beliau dan keluarga turut mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu di seluruh negara. - Bernama

Warghh...Kah...Kah.....Kepala Lembu Masak Asam...Kah...Kah...Kah

Wak Din freddie krueger sedang bersabda di hari yang mulia,ada berapa banyak kepala lembu kat depan banguna S.U.K.Perlu hormati perbezaan agama dan kalau boleh serbu lagi banyak lagi ceramah agama tak kira Sunnah atau Syiah.

Toleransi yang tak cukup kepala lembu boleh lagi campak kepala ayam dalam tokong cina,kalau tak cukup kepala boleh sembelih kepala Khusrin kasi tambah korum.

Berita Terkini: Dua Kenyataan Rasmi

Posted: 19 Jan 2011 08:46 PM PST



MENERUSKAN DEBAT

Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Najib Razak. Laporan tersebut kononnya memetik
kenyataan saya di Alor Setar sesuai dengan Majlis Wacana Maqasid Syariah di Kolej Insaniah
Alor Setar petang tadi.

Saya tegaskan di sini, saya sedikitpun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta
hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.

Saya berharap Agensi Berita Nasional (Bernama) agar menarik balik serta membetulkan laporan
bertarikh 19hb Januari 2011 yang berjudul "SAYA TIDAK AJAK PERDANA MENTERI BERDEBAT, HANYA BERBINCANG" - ANWAR.


ANWAR IBRAHIM






ISA SAMAD SUDAH GILA

1. Datuk Isa Samad yang baru sahaja dinobatkan sebagai Pengerusi Felda yang baru kelihatan hilang waras apabila melemparkan kata - kata kesat kepada Al Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai gila sewaktu berkempen di Tenang Johor.

2. Apa yang diungkap oleh Datuk Isa Samad Persis ucapan dan tindakan yang dilakukan oleh orang - orang jahiliyyah yang gagal menyangkal hujjah Nabi saw ketika mengajak mereka beriman kepada Allah swt Tuhan yang Maha Mencipta. Inilah sifat jahiliyyah sepanjang zaman, setelah gagal berhujjah lalu mereka akan melemparkan sumpah seranah dan caci maki sekaligus menunjukkan betapa rendahnya keperibadian serta tahap berfikir.

3. Tambahan pula ucapan dan kata - kata kesat sedemikian dilemparkan oleh beliau dalam keadaan beliau berada di dalam satu majlis yang sangat jelek. Tanpa sedar diri yang sedang bergelumang dosa, lalu ia menuduh liar ke arah orang lain terutama insan seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang terkenal dengan ketinggian peribadi dan ilmunya.

4. Datuk Isa Samad wajar menarik balik kata - kata yang celupar dan biadab andai beliau berasa dirinya seorang pemimpin yang baik. Jika tidak, tentu sahaja rakyat bijak menilai terutamanya masyarakat felda terhadap tahap keperibadian Datuk Isa Samad yang dilihat tidak memaparkan nilai akhlak pemimpin yang bermoral dan terpuji, malah lebih kelihatan seperti gengster berdepan musuhnya.

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat kesal dengan pendekatan politik sedemikian. kelihatan seperti mereka sangat terdesak mendepani gelombang yang digerakkan oleh PAS dan rakan - rakan Pakatan Rakyat yang diperkaya pula dengan ketinggian budi dan akhlak pemimpinnya.


NASRUDIN HJ HASAN AT-TANTAWI
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Ini Tak Pernah Di Buat Dek Orang!!

Posted: 19 Jan 2011 07:40 PM PST

Kerajaan negeri Selangor mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan penjualan arak mencari pekerjaan alternatif, kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.

"Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.

"Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, larangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menghalang umat Islam melibatkan diri dalam urusan penjualan arak merupakan satu langkah untuk membendung mereka daripada terjerumus kepada pekerjaan yang tidak halal.

"Enakmen tersebut juga menggesa agar umat Islam supaya memilih pekerjaan yang memberikan rezeki yang lebih berkat.

NONE"Kerajaan negeri merasa simpati kepada umat Islam yang berkerja di premis-premis seperti kilang arak, kelab malam dan premis-premis yang melibatkan arak dalam sektor pekerjaan mereka.

"Justeru, kerajaan negeri telah memperuntukan RM 10 juta untuk membantu mereka untuk memilih pekerjaan alternatif yang lebih lumayan dan berkat," katanya.

Menurut Yaakob, mereka yang berminat boleh terus ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk memohon bantuan berkenaan.

Tiada ulasan: