Paradigma Berani |
Terima kasih TGNA atas jemputan semalam..! Posted: 15 Jan 2011 08:09 PM PST Semalam turut hadir atas jemputan walaupun lewat sampai. Keterbukaan TGNA dan pimpinan Kerajaan Kelantan dengan Bloggers akan mengeratkan lagi silaturrahim sekaligus menyebarkan dakwah Islam.TGNA berkata pada tahun 60'an yang memenjarakan ramai Ulamak kedalam ISA adalah orang Melayu bukan Cina..! |
TINDAKBALAS PEMULIHAN PENGGUNAAN HERBA... Posted: 15 Jan 2011 07:58 PM PST TINDAKBALAS PEMULIHAN PENGGUNAAN HERBA Herba semulajadi selalunya dikatakan boleh merawat beberapa simptom penyakit kerana biasanya didalam sesuatu jenis herba itu mengandungi beberapa enzim yang boleh merawat jenis penyakit yang tertentu dan kekadang sejenis enzim tersebut boleh memberikan kesan kepada beberapa simptom penyakit. Bagi pesakit yang mempunyai ketahanan badah yang lemah atau mengalami peredaran darah yang kurang elok, atau mengalami tindakbalas berlainan seperti pening atau sakit kepala, insomnia, kepanasan, kesakitan, kekebasan, atau kurang tenaga atau mengalami keletihan. Tindakbalas rawatan bagi pengguna herba biasanya dibahagikan kepada 4 peringkat: a). Peringkat detoksifikasi atau peningkatan kadar metabolisma Usus, hati, buah pinggang dan kulit manusia adalah organ-organ bagi proses detoksiifikasi. Biasanya semasa pengambilan herba pesakit akan mengalami beberapa simptom seperti kekrrapan buang air kecil, warna air kencing lebih pekat, kegatalan, kulit, kahak berlebihan, batuk, kepanasan disebabkan oleh hati, sakit tekak, , hidung bermukus. b). Peringkat pembaikan dengan pengaktipan bekalan darah dan penambahan bekalan oksijen dalam darah. Pengaruh pengambilan herba ialah ianya dapat mengaktifkan darah dan merangsang perbekalan oksigen dalam darah dan dapat melarutkan darah beku. Oleh itu pesakit akan merasa sedikit sakit-sakit, kebas-kebas atau bengkak dibahagian yang tersumbat. Pesakit akan terpaksa menanggung sedikit kesakitan ini kerana ianya adalah salah satu simptom tindakbalastransisi pembaikan dan ianya akan hilang sebaik saja saluran darah yang tersumbat itu telah dilancarkan. C). Peringkat pemulihan sel-sel organ/tubuh badan Herba boleh memperbaiki sel-sel dan mempertingkatkan metabolisma badan dan dengan ini akan mengaktifkan semula sel-sel organ/tubuh , dengan ini ianya akan merasa sedikit simptom seperti mengantuk, keletihan akibat penggunaan kebanyakkan zat-zat makanan oleh sel-sel tersebut serta memerlukan lebih bekalan oksigen untuk sel-sel tubuhbadan. d) Peringkat pengisian semula zat-zat kepada sel organ/tubuh badan Tanda-tanda seperti susuk badan yang lebih sihat disamping kulit dan wajah yang kelihatan lebih sihat termasuk mental yang lebih sihat dan stabil, hilang rasa keletihan dan penyelesaian masaalah tidor adalah tanda-tanda era pemulihan atau tindakbalas bagi pemulihan masaalah kesihatan badan. Bagi pesakit yang mengamalkan pengambilan herba, terutama bagi yang mengalami simptom yang agak kronik, mereka akan mengalami beberapa peringkat pemulihan, Penyahtoksik (detoxification), beberapa simptom seperti sedikit keletihan, kesakitan akan dirasai pada awalnya. Namun apoabila "TOKSIN" DAN "PENYAKIT" telah mula disingkirkan atau dipulihkan, peringkat "PEMULIHAN" akan berlaku secara semulajadi. Untuk tujuan tersebut, pemberhentian mengambil/penggunaan herba semasa tindakbalas pemulihan ini akan merencatkan pemulihan atau merencatkan penghapusan penyakit tersebut. Hanya dengan melalui beberapa siri " tindakbalas pemulihan" tersebut sahajalah pemulihan sepenuhnya dapat dicapai dan akan memberikan kesihatan secara menyeluruh. |
You are subscribed to email updates from Paradigma Berani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan