Ahad, 23 Januari 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Siapa perguna Sultan, dialah yang menghina

Posted: 23 Jan 2011 08:30 AM PST


Kesian UMNO Selangor.... Mereka sudah mati akal. Bagaimana nak serang kerajaan Selangor?? Bagaimana nak rampas semula Selangor?? Fenin.... Fenin...

Banyak 'peluru' dilepaskan oleh mereka. Namun satu pun tak mengena. Kerajaan Selangor tak terkesan pun. Segala 'peluru'yang digunakan tak lut. Sebab itu, sekarang mereka dah kalut. Lebih-lebih lagi sekarang mereka ditimpa bala apabila seorang daripada barua mereka dah dicampak keluar daripada DUN.

Senjata terakhir mereka kini, ialah Sultan Selangor. Sultan Selangor akan dijadikan peluru untuk menyerang kerajaan negeri dan gagalkan percubaan untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri. Jika kerajaan negeri berjaya, bermakna.... satu lagi bala buat UMNO

Sebab itu, apa jua tindakan kerajaan negeri mereka akan kaitkan dengan Sultan. Apa jua yang kerajaan negeri buat... asyik-asyik merderhaka saja. Itu derhaka. Ini menghina. Tak hormat ler... Serba tak kena. Habis semua nak di-spin-nya.

Sekarang, mereka cuba pertikaikan pulak notis Sidang DUN.[sini] Ek ele.... mampuih pi depa!! Biarkan mereka menyalak bagai anjing gilerr!! Tak jadi kudis. Sidang tetap akan diadakan as schedule. Itu yang penting.

Sebaliknya, kalau kita amati tindak-tanduk UMNO Selangor yang asyik-asyik mainkan nama Sultan, merekalah yang sebenarnya derhaka dan tak hormati Sultan. Asyik-asyik nak heret Sultan dalam pertikaian yang mereka hadapi. Sultan sering mereka jadikan 'peluru' untuk mencerderakan kerajaan negeri.

Sultan jadi 'peluru' mereka??? Mak aaiihh.... Bukankah itu satu penghinaan. Langsung tak respek oooo.... Hina dan tak respek boleh bawak kepada derhaka, tau tak?? Noh Omar.... lu jaga baik-baik. Jangan suka 'heret' sultan, tak tak?? Derhaka!!

Kalau aku jadi Sultan ler.... aku 'tenyeh' si Noh Omar ni!! Amboi, biasa sangat tu.... Asyik-asyik 'heret' nama Sultan. Wei.... tak da modal lain ke??

Tujuh kali juara. Syabas!!

Posted: 23 Jan 2011 04:30 AM PST


Tahniah!!
Chong Wei, Juara Malaysia kali ke 7!!
Beliau kalahkan Taufik Hidayat 21-8 dan 21-17
Tahniah juga kepada Datuk Misbun Sidek!!

A country with lots of unsolved mysteries

Posted: 23 Jan 2011 01:09 AM PST


Banyak perkara pelik dan misteri berlaku dalam negara kita sejak dua menjak ini. Boleh dikatakan banyak misteri yang UNSOLVED ler.

Kebanyakan misteri-misteri tersebut ada kaitan dengan jenayah. Ada orang berpendapat ini berlaku kerana banyak pihak yang berkuasa dan sepatutnya menguatkuasa serta yang mendakwa.... tidak boleh diharapkan. Mereka mungkin..... sama ada terlibat dengan jenayah atau bersekongkol dengan kegiatan tersebut. Almost the whole system is corrupted dengan elemen-elemen jenayah. Memalukan!!

Dan, misteri-misteri unsolved ini melibatkan penglibatan orang-orang besar , pihak yang berkepentingan dan hal-hal besar dan penting.

Altantunya mati jadi misteri unsolved!! Teo Beng Hock mati jadi misteri unsolved!! Wang ratusan juta dan berbillion juta diseludup keluar negara jadi misteri unsolved!! Misteri kehilangan RM 52 juta syer bumiputera masih unsolved!! Itu adalah antara contoh-contohnya gelaja UNOSOLVED MYSTERIES di Malaysia.

Terkini.... satu lagi misteri ialah skandal aliran keluar wang haram sebanyak RM 888 bilion, dari Malaysia ke luar nagara. Bagaimana ini boleh berlaku tanpa dikesan?? Fuhyooo.... RM888 billion!! Banyak wang tu.....

Yang syiuknya, Malaysia jadi top 5 dalam gejala ini daripada 125 negara-negara membangun di dunia. Malaysia sudah menjadi destinasi 'pelancongan wang haram' Yeaahhh.... Malaysia Boleh!!

Misteri ini mengundang penggunaan pelbagai Kata Tanya. Bagaimana boleh berlaku?? Siapa yang terlibat?? Di mana wang itu dibawa?? Dari mana wang itu datang?? Mengapa ia tidak dapat di kesan? Bagaimana wang ini dibawa keluar??

Jawab... Jawab jangan tak jawab. Najib tak nak jawab. Dia pening kepala. Ada masalah... dia pukul tak tau jer. Dia akan pass kepada Bank Negara. Kita dengar apa Bank Negara nak kata. Jangan bagi jawapan bodoh sudah ler!! Kita tengok apa mereka nak kelentong kita.

Gejala ini bukan berlaku sekarang. Ia sudah berlaku sejak dari 2000 dan meningkat berlipat kali ganda hingga ke 2008. Sila jawab.... macam mana ini boleh berlaku??

Kerajaan Malaysia memang tak cekap dan diselubungi pelbagai misteri. Yes... unsolved mysteries and this is not good for the country. Itu antara sebab, mengapa pelabur lari dan tak mau mari sini. Banyak sangat misteri!! Banyak sangat hanky panky!!

Itu sebab Malaysia boleh bangkrap jika kerajaan ini terus mentadbir negara. Oleh itu, mari kita pilih. Pilih.... Mau kerajaan yang terpalit dengan pelbagai skandal bermisteri yang penuh hanky panky dan yang hanya berminat untuk buat menara 100 storey, atau..... mahukan kerajaan yang lebih berkredibiliti, berakauntabiliti dan yang mahu laksanakan Program 100 Hari???

Pulau Pinang kini menjadi leading country yang menunjukkan peningkatan dalam pelaburannya. 3 lagi negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, juga mencatatkan peningkatan dalam pelaburan di negeri masing-masing. Ini adalah bukti yang menunjukkan negeri-negeri tersebut diurus tadbir dengan baik dan cekap. Sudah terbukti dan diakui. Jadi, apa tunggu lagi??

Bersama UMNO/BN negara mungkin 'bangkrap'!! Bersama Pakatan Rakyat negara pasti selamat!!

Pilih yang mana satu idaman hati?? Choose wisely!!

Baca lagi di sini dan sini.

Cerita 'ONE' makes me 'ONE' to gelak!!

Posted: 22 Jan 2011 09:27 PM PST


Dedulu 1999.....
Di Israel..... semasa Ehud Barak,
Kita dengar....

'One Israel, People First'

Kemudian 2009.....
Di Malaysia.... semasa Najib Razak,
Bergema pula.....

'One Malaysia, Rakyat didahulukan'

Kah.... kah.... kah....

Kita kata....
Najib ciplak!!

Dia dakwa....
Aku punya idea!! Kebetulan saja....

Anwar bertegas.....
Ada bukti!!
Ada saksi!!
Ada dokumen sekali

Najib nafi dan terus nafi
Anwar di'gantung' tak benar bela diri
Ajak berdebat Najib tak berani
Yang berbunyi.... panglima tak bergigi!!

Kini di Tenang berjumpa lagi
Anwar datang bersama bukti
Dedah hubungan Najid-Zionis-Yahudi
Apa....
Pengundi Tenang masih nak sokong lagi??

Tak usah banyak berfikir lagi
Humbankan saja mereka pergi
Kepada Pakatan berikan undi
Ada integriti....
Tahan diuji....
Tak rugi....

Langkah ke Putrajaya bermula di sini
One Destinasi..... yang amat bererti
Program 100 Hari dapat dilaksanakan nanti
Semoga seluruh rakyat dapat nikmati.

[Sumber]

Rayuan TPM a.k.a. Menteri Pelajaran kita

Posted: 22 Jan 2011 04:00 PM PST


Kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan guru-guru di negara ini tetapi selain kesetiaan kepada negara, elok bagi guru juga supaya setia kepada kerajaan.
[TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin]

Ini bukan ugutan
Ini rayuan

Kah.... kah... kah...

Guru bukan tak setia
Cuma kerajaan jer yang dah gilerr.

Guru bukan menentang
Cuma membangkang....
Sistem negara jadi lintang pukang

Guru bukan tak setia
Cuma nak guna hak mereka
Pilih kerajaan yang lebih mulia

Itu saja...
Mengapa??
Tak boleh ke??

[sumber]

Tiada ulasan: