Ahad, 23 Januari 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


PRK TENANG:RAI ..RENDAH AKHLAQ DAN PEROGOL?

Posted: 23 Jan 2011 08:23 AM PST


'Rais, Allah bayar tunai'
Anwar berkata demikian bagi membalas kenyataan Najib yang menggesa Anwar terlebih dahulu 'menyelesaikan masalah peribadinya' khususnya tuduhan liwat sebelum campur tangan dengan urusan lain.

Sebelum ini Anwar mengutarakan cadangan debat apabila apabila perdana menteri memperlekeh rancangan reformasi 100 hari Pakatan sekiranya berjaya berkuasa di peringkat pusat.

tenang by election 220111 anwar speech crowdDalam ucapan di Felda tersebut, Anwar turut menyindir Menteri Komunikasi, Kebudayaan dan Warisan Datuk Seri Rais Yatim yang dikatakan merogol, seperti yang 'didedahkan' WikiLeaks.

"Saya tuduh dia? Tidak. Ini (pendedahan) WikiLeaks. Ada siasatan dahulu tetapi siasatannya sekarang ditarik. Itu soal dia.

"Tapi saya nak tunjuk, kamu rasa bagaimana pedihnya bila diaibkan, difitnah, dimalukan di khalayak umum," sindir Anwar.

"Kamu tolong sebarkan, sekarang dengan sendirinya tercampak dan terpalit ke muka kamu," tegasnya Anwar sambil mendakwa sebelum ini Rais didakwa pernah menuduhnya seorang yang "rendah budi pekerti dan akhlaknya".

Sehubungan itu, Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri mengingatkan hadirin supaya jangan bersikap takbur dengan orang lain kerana Allah akan membayar "tunai" kepada perbuatannya.

DILONDEH ATAU DIBOGELKAN!!! KURANG AJAR?

Posted: 23 Jan 2011 06:55 AM PST

Memulakan kempen pertamanya dalam pilihan raya DUN Tenang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bertegas mahu berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung rancangan 100 Pakatan Rakyat sekiranya menawan Putrajaya.

Mengulas sindiran Najib bahawa Anwar akan demam, dengan nada tegas, ketua pembangkang membidas bahawa beliau akan tetap hadir walaupun diserang penyakit itu.

tenang by election 220111 anwar speech 01"Kenapa (beliau) tidak mahu (berdebat)? Kenapa tidak berani? Kenapa menjawab dengan menghina saya. Oh, kalau saya jawab, saya ada maklumat, saya akan londehkan Anwar dan demam," katanya Anwar mengajuk kenyataan Najib.

"Tak apa, saya telan Panadol, kita debat. Tak apa, deman pun saya akan hadir. Demam pun saya mampu debat. Insya-Allah," katanya sewaktu menyampaikan ucapan sulungnya di Felda Tenang malam semalam.

Malah katanya, sekiranya Najib yang juga presiden Umno memilih tidak bercakap berkaitan ekonomi dan menyentuh peribadi, beliau juga bersedia menyahut cabaran tersebut.

"Oh Anwar ini, akhlak rendah, peliwat, ya, tak mengapa tapi bawa bukti. Saya (juga) nak sebut cerita rampas bini orang, saya nak sebut pasal rasuah RM500 juta, saya nak sebut pasal pembunuhan Altantuuya, jawab.

"Saya nak tanya, saya tak mahu buat tuduhan. (Kita) nak tengok siapa kena londeh," sindirnya disambut dengan gelak ketawa kira-kira 250 hadirin yang hadir di Felda Tenang.

PRK TENANG:CHUA SOI LEK DALAM GAMBAR SERIBU MAKNA

Posted: 23 Jan 2011 03:48 AM PST

BUKTI TUNDUK DIBUNTUT AMERIKA TAKUT C4 KER?

Posted: 23 Jan 2011 02:38 AM PST

Kapal perang Tentera Laut Amerika, USS Carl Vinson berlabuh di Glen Cruise Terminal, Pulau Indah semalam sempena lawatan muhibah lima hari pasukan AS itu ke Malaysia. — Foto Bernama
Kapal perang Tentera Laut Amerika, USS Carl Vinson berlabuh di Glen Cruise Terminal, Pulau Indah semalam sempena lawatan muhibah lima hari pasukan AS itu ke Malaysia. — Foto Bernama

SERANGAN BELALANG YANG TERLAMPAU

Posted: 23 Jan 2011 01:06 AM PST

PAS mengharapkan Datuk Seri Najib Tun Razak menerima debat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, jangan banyak helah dan cuba mengalih isu.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Anwar sudah mengemukakan fakta mengenai kemampuan Pakatan Rakyat jika diberi mandat untuk memerintah.
Katanya, sumber yang Pakatan Rakyat  perolehi dengan memerangi rasuah yang menyebabkan negara rugi RM28 bilion setahun dan memotong balik RM19 bilion subsidi yang diberikan kepada IPP.
Tambahnya, subsidi untuk rakyat RM10 bilion akan diberi semula supaya minyak dan makanan dapat dikawal dan menstruktur semula tol di Malaysia dengan kos RM23 bilion dan elaun tambahan kepada guru RM3.2 bilion setahun.
Menurutnya, jika dijumlah dengan anggaran pendapatan hasil daripada memerangi rasuah dan memerangi kroni ialah RM47 bilion dan perbelanjaan hanya RM32.2 bilion,  maka Pakatan Rakyat mampu malahan lebihan.
Ini, tambahnya tidak masuk lagi hasil balak, minyak, sawit dan sebagainya di mana sekarang rakyat hendak dengar hujah Datuk Najib yang kata kalau laksana janji Pakatan Rakyat maka negara akan bankrap.
"Malangnya Datuk Najib cuba mengalih isu debat kepada isu liwat.
"Nampaknya saf kabinet negara memang pemimpin lebai malang," ujarnya.
Tan Sri Muhyiddin Yasin suruh Pakatan Rakyat naikkan gaji guru yang berkhidmat di negeri Pakatan.
Manakala Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno merangkap Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri menyuruh negeri Pakatan Rakyat menurun harga barang di negeri pakatan.
Katanya, kesemua pemimpin tertinggi Umno fikiran mereka satu skima sahaja gagal  menjawab soalan yang berbentuk fakta.
"Sepatutnya menjawab masalah, bukan lari daripada masalah yang dibangkit," katanya.
PAS, ujarnya yakin Najib bimbang dengan kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia.
Penganalisis ekonomi AmResearch, Manokaran Mottain tidak menolak inflasi bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu).

INDONESIA MAHU PIMPIN

Posted: 22 Jan 2011 11:54 PM PST

Indonesia mahu jadi peneraju Asia

JAKARTA 22 Jan. - Indonesia akan menjadi tuan rumah kepada Forum Ekonomi Dunia Asia Timur yang akan berlangsung di sini pada 12 dan 13 Jun ini, lapor agensi berita China, Xinhua memetik akhbar tempatan hari ini.
Menteri Perdagangan, Mari Elka Pangestu dipetik Jakarta Post sebagai berkata, negara itu juga akan menjadi hos kepada Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober ini.
"Kami akan menunjukkan kepada negara-negara ASEAN dan Asia Timur bahawa Indonesia bersedia memainkan peranan sebagai peneraju di rantau ini,'' katanya.
Ia merupakan kali pertama Indonesia menjadi tuan rumah kepada forum berkenaan selepas Singapura, Jepun, Malaysia dan Vietnam.
Beliau berkata, Indonesia buat pertama kali diberikan keyakinan untuk mempengerusikan forum itu yang diadakan sempena dengan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.
"Kami mahu Indonesia memainkan peranan sebagai pemimpin dan menjadi antara pemain utama di rantau Asia Timur dan Asia Tenggara,'' ujarnya.
Menteri Perdagangan itu berkata, forum tersebut akan membincangkan isu-isu global seperti ketidakstabilan harga komoditi dan keperluan makanan ruji dan tenaga.
Isu lain termasuk penglibatan pihak swasta untuk meningkatkan ekonomi negara, pembangunan dan pelaburan kekal untuk pembangunan pertanian.
Penglibatan Indonesia dalam Forum Ekonomi Dunia bukan sahaja untuk menunjukkan pembangunan negara itu tetapi juga untuk peningkatan hubungan dua hala dengan negara-negara dan komuniti perniagaan antarabangsa. - Bernama

BILA NAJIB TAHU SEMUA BENDA:AWASLAH!!!

Posted: 22 Jan 2011 10:52 PM PST

Kenyataan tidak konsisten Datuk Seri Najib Razak berhubung beberapa isu besar negara menunjukkan Perdana Menteri itu banyak dolak dalih, kata AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar.
Beliau memberi contoh, Najib ketika mula memegang jawatan Perdana Menteri ada mengumumkan bahawa zaman kerajaan tahu semua perkara sudah berakhir.
Namun apa yang dihairankan katanya, dalam isu debat dengan Datuk Seri Anwar, Najib mendakwa beliau selaku perdana menteri tahu semua benda dan tidak takut dengan Anwar.
"Bila Najib jadi PM dulu, dia umum zaman kerajaan tahu semua sudah berakhir.
"Kononnya beliau merendah diri dan menghormati pihak lain yg juga berpengetahuan.
"Tapi berbeza dalam isu debat, beliau secara terbuka menjawab dengan angkuh, "saya perdana menteri saya tahu semua perkara," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat, berkata demikian ketika ditemui di pusat penamaan calon PRK Tenang semalam.
Tambahnya, Najib sekali lagi membuka pekung dirinya apabila tidak mahu merespon berhubung dakwaan penyeludupan wang secara haram ke luar negara yang dianggar bernilai lebih RM67.7 bilion.
Najib sebaliknya hanya mahu pihak Bank Negara Malaysia membuat ulasan berhubung perkara itu.
Terdapat laporan berita yang mengatakan Malaysia menduduki tempat kelima di kalangan negara-negara yang mencatatkan pengaliran keluar wang haram paling banyak.
Laporan tersebut didakwa berdasarkan laporan oleh badan pengawas kewangan yang berpangkalan di AS, Global Financial Integrity (GFI).
Menurut laporan itu pengaliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion (US$22.2 bilion) yang, lapan tahun kemudian, melonjak kepada RM208 bilion (US$68.2 bilion).
"Beliau bukan seorang yang konsisten. Hanya bercakap untuk lepaskan diri sahaja," kata Kamaruddin.
Sehubungan itu, beliau mahu Najib sekali lagi menyatakan pendirian beliau terhadap cabaran debat yang dibuat Ketua Umum PKR itu.

SIAP SEDIA UNTUK PRU 13:NAJIB TELAH AMBIL NAFAS

Posted: 22 Jan 2011 07:34 PM PST

Pilihan raya Parlimen dan negeri yang diadakan serentak akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) Sarawak daripada segi berkempen, kata seorang pemimpin pembangkang hari ini.
Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng berkata pilihan raya serentak akan memberi kesan tidak baik kepada parti pembangkang di negeri ini kerana ia akan mengehadkan penggunaan sumber yang mereka miliki.
"Ini adalah suatu helah untuk memastikan sumber pakatan pembangkang dari Semenanjung Malaysia tidak sampai ke Sarawak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Wong, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Assek dan Ahli Parlimen Sibu, berkata sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud melaksanakan idea itu, para pengundi di Sarawak akan menjadi keliru.
Bagaimanapun, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak See Chee How berkata parti itu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, manakala Ketua Wanita PKR negeri Nurhanim Mokshen pula berkata pilihan raya Parlimen dan negeri yang diadakan serentak, tidak banyak memberi kesan kepada parti pembangkang.
Taib dipetik sebagai berkata beliau akan berbincang dengan Najib tentang  kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri dan Parlimen secara serentak.
Dalam reaksi segera beliau semalam, Perdana Menteri berkata kemungkinan pilihan raya Parlimen dan negeri diadakan serentak tidak boleh diketepikan.
Kali terakhir pilihan raya Parlimen dan negeri diadakan secara serentak di Sarawak ialah pada 1974. – Bernama

PEJUANG KEMERDEKAAN KECEWA DENGAN UMNO

Posted: 22 Jan 2011 06:23 PM PST

"Saya ni pengasas Umno Rompin, saya bersama-sama berjuang menuntut kemerdekaan tapi dalam hati dan jiwa saya kini sudah tidak ada lagi Umno.

"Perit kami berjuang untuk menuntut kemerdekaan demi maruah bangsa, tapi hari ini saya sedih melihat pemimpin Umno sekarang ini berjuang hanya untuk kaya dan memewahkan diri sendiri." Demikianlah luah pengasas Umno Rompin, Tuan Haji Nik Ahmad Bin Nik Hassan, 81, kepada Naib Ketua Pemuda PAS Pahang Fadzli Ramly ketika menziarahi tokoh tersebut bersama Pengarah Jabatan Pilihan Raya (JPN) PAS Pahang, Abdul Majid Hassan, di rumahnya di Kampung Pulau Helang dekat sini baru-baru ini.

"Fadzli teruskanlah perjuangan demi anak bangsa dan agama," katanya kepada Fadzli yang juga bekas calon PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Tioman pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Pesara guru yang mesra dengan panggilan Cikgu Nik itu merupakan pejuang awal kemerdekaan dari Rompin sejak menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris (STIC) bersama dengan Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Sebaik pulang dan berkhidmat di Rompin, beliau telah menubuhkan Umno Kuala Rompin dan rapat dengan bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Razak Hussein.

Ketika perisytiharan darurat pada 1948, beliau sendiri berkawal di bandar Kuala Rompin.

Kini Cikgu Nik sudah tidak kuat lagi kudratnya dan terpaksa bertongkat akibat kaki yang agak lemah kerana diabetes.

Namun dalam kelemahan fizikalnya beliau tetap mengikuti perkembangan politik tanah air. Paling membimbangkannya ialah penghakisan tanah rizab Melayu serta ramainya bangsa Melayu yang terjebak dengan gejala sosial.

Difahamkan, ahli Umno sendiri kurang menziarah Tokoh Guru dan isterinya yang juga sedang sakit itu menyebabkan beliau merasa  terpinggir dan berkecil hati.

UMMAT WAHHABI MEREMPIT DIMAKKAH

Posted: 22 Jan 2011 05:20 PM PST

NAJIB TIDAK LAYAK JADI PM?

Posted: 22 Jan 2011 04:08 PM PST

Hampir dua tahun kerajaan katak bertahan di Perak.  Misteri kematian Teoh Beng Hock di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berakhir dengan keputusan "open verdict" selepas 18 bulan.  Kini, Selangor pula dilanda krisis perlembagaan, di mana "perisik" diletakkan secara terang-terang dalam kerajaan negeri.  Ketiga-tiga kejadian ini menjurus kepada satu persoalan: Apakah Najib Razak masih layak sebagai Perdana Menteri?
Dalam kejadian pertama, kerajaan yang ditubuh dengan undi rakyat tumbang kerana ADUN katak.  Sultan sebagai simbol dalam sistem raja berperlembagaan enggan membubarkan DUN untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri.  Maka terbentuknya kerajaan palsu di negeri Perak, yang dijayakan ADUN katak.
Dalam peristiwa kedua, untuk "mengorek kesilapan" kerajaan negeri Selangor, SPRM sanggup menyoal-siasat seorang saksi bernama Teoh Beng Hock selama 11 jam, dalam kes pembelian bendera yang melibatkan kos hanya RM2400.  Jentera negara telah meragut nyawa - Sama ada membunuh, tersalah bunuh ataupun bunuh diri kerana tekanan.  Namun, tiada orang yang memikul tanggungjawab politik, pentadbiran, jenayah sekian lama peristiwa ini berlaku - cuba lepas tangan dengan satu penghakiman "open verdict".
Oleh itu, tidak kira sama ada Najib pernah memberi arahan agar Teoh Beng Hock disoal-sisat - selagi kebenaran tidak diberikan kepada keluarga Teoh, maka Najib tidak boleh mengelakkan diri dari tanggungjawabnya sebagai pimpinan tertinggi dalam jentera negara.

GAMBAR MENARIK MALAM MINGGU

Posted: 22 Jan 2011 11:28 AM PST

[image[36].png]

Tiada ulasan: