Ahad, 23 Januari 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Anwar cabar Najib debat isu peribadi

Posted: 23 Jan 2011 12:45 AM PST

Sebelum ini Anwar mencabar Najib untuk mengadakan debat terbuka tentang ekonomi apabila Perdana Menteri memperlekeh pelan ekonomi Pakatan Rakyat yang dikatakan akan membankrapkan negara. Apa yang lucu melihat hujah Perdana Menteri korang di sini, ialah, Pelan ekonomi Pakatan Rakyat yang memerlukan modal sebanyak kira-kira RM 19 Billion dikatakan akan membankrapkan negara, tapi pelan ekonomi Najib yang menelan belanja lebih 51 Billion tidak dikira sebagai akan membankrapkan negara.

Tafsiran pelik yang dilakukan oleh Perdana Menteri ini sangat menarik untuk diketahui. Bagaimana boleh jadi begitu? Keluarkan modal RM 19 Billion negara akan bankrap tapi RM 51 Billion tidak pula bankrap. Fakta pelik walaupun merapu ini yang rakyat nak tahu! Apakah pelan yang Najib nak buat sehingga mampu melanggar hukum matematik yang semula jadi?



Tetapi apabila diajak berdebat isu ekonomi, Najib ugut Anwar Ibrahim untuk mendedahkan isu liwat pula malah Najib kata kalau dia dedahkan semua maklumat tentang isu liwat, Anwar akan demam.[Debat Anwar akan demam] Dihantarnya Ummi Hafilda, Khairy Jamaludin, Nazri Aziz untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar.

Apalah nak jadi dengan Perdana Menteri korang ni? Orang ajak debat isu ekonomi, untuk menunjukkan pelan ekonomi siapa yang lebih baik, dia sibuk cerita hal peribadi pula dan mengelak untuk berdebat. Lantaran itu oleh kerana Najib bangkitkan isu peribadi (liwat) maka Anwar sekali lagi mencabar Najib untuk berdebat tentang isu peribadi pula.[Malaysian Insider]

Korang rasa Perdana Menteri korang ni berani ke nak debat isu peribadi dengan Anwar? Kawan ReJaM kata, kalau Najib berani debat dengan Anwar isu peribadi ini, dia minta ReJaM rakam video dia makan mee bandung pedas lalu hidung dan siarkan di Blog MiLo SuaM! Kah kah kah.... nakal betul kawan ReJaM ni kan? hohoho...




ReJaM© "Korang marah tak kalau ReJaM panggil Najib ni Pak Pandir?"

Mana pergi duit negara beratus Billion?

Posted: 23 Jan 2011 12:01 AM PST


Persoalan demi persoalan nampaknya harus dijawab oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak berkenaan isu kewangan negara. Baru-baru ini, pendedahan yang dibuat oleh Global Financial Integrity yang dilaporkan oleh Malaysiakini [Malaysiakini], benar-benar membuatkan ReJaM© terperanjat beruk!

Mana tidaknya, rupa-rupanya aliran wang haram yang keluar dari negara ini meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008.

Aliran wang keluar dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion. Lapan tahun kemudian, jumlah ini bertambah sehingga RM208 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri enggan mengulasnya ketika ditanya Jumaat lalu, tetapi memberitahu Bank Negara akan mengeluarkan kenyataan dengan segera.

Memang tak masuk akal duit sebanyak itu boleh keluar dari Malaysia secara haram tanpa dapat dikesan oleh kerajaan. Kalau duit seposen dua posen, seribu dua ribu yang mengalir keluar secara haram, bolehlah diterima akal bai!

Tapi duit berjumlah ratusan billion boleh keluar secara haram ni apa cerita? Barisan Nasional kata merekalah yang paling pandai memerintah! Merekalah yang paling bijak urus wang negara!

Tapi duit sampai beratus-ratus Billion boleh keluar dari negara secara haram! Perdana Menteri selama ini dok buat apa? Rakyat beri amanah dan kepercayaan untuk jaga harta negara tapi ini jadinya. Tapi media-media pencacai, sibuk dok canang Perdana Menteri sebagai pemimpin bijak!



ReJaM© "Orang kampung yang tak tahu masih ingat Najib pemimpin bijak!"

Gempar! Calon BN DUN Tenang bakal ditelanjangkan!

Posted: 22 Jan 2011 03:40 PM PST


CiLiK© benar-benar dah muak dengan gaya kempen yang dilakukan oleh pencacai-pencacai UMNGOK dan Be End! Tak habis-habis dengan fitnah zina yang direka-reka oleh mereka! Sebaik sahaja calon PAS Cikgu Mala diumumkan sebagai calon sebelum ini, para pencacai UMNGOK melontarkan fitnah kononnya Puan Normala Sudirman pernah melakukan zina sebelum berkahwin dengan Maarof, suaminya kini rujuk link ini [Cikgu Mala difitnah].

Baiklah oleh kerana gerombolan pencacai sibuk memfitnah calon PAS, mereka terlupa bahawa calon BN yang mereka agung-agungkan sebenarnya memiliki rahsia besar! Bermula dari hari ini, MiLo SuaM akan membongkarkan satu persatu rahsia tersebut beserta buktinya sekali. Harap-harap gerombolan pencacai UMNGOK dan Be End bersedia untuk menutup kemaluan calon Be End yang bakal MiLo SuaM bongkarkan!

Pendedahan ini akan membuatkan semua penyokong Be End dan UMNGOK beserta calon Be End tersebut bagai cacing kepanasan. Rahsia-rahsia beserta dokumen ini diperolehi dari sumber yang dipercayai. CiLiK© akan dedahkan semua rahsia ini beserta bukti. Jangan terkejut, kerana calon Be End ini ternyata penipu besar dan boleh dikategorikan sebagai perompak harta rakyat! Malah beliau juga mempunyai kes mahkamah dan terbukti bersalah!

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh MiLo SuaM tak kata! Menentang dengan fakta bukan auta! Nantikan pendedahan demi pendedahan yang akan dibongkarkan!

Sebelum itu, apa yang pembaca perlu ketahui, Calon BN merupakan Penolong Pegawai Daerah Kecil Rengit, Mohd. Azhar Ibrahim, 39, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang pada 30 Januari ini [Utusan].

CiLiK© tertarik dengan satu gambar yang berlegar di ruang facebook berkaitan satu persoalan mengenai calon UMNGOK Barisan Nasional, Datuk Mohd Azahar Ibrahim atau nama glamornya Datuk AI. Rujuk gambar di bawah ini :



Ada persoalan yang timbul. Mengapa Datuk AI ditukarkan dari Segamat ke Rengit? Dalam bahasa yang paling mudah, kenapa dari Daerah Segamat yang besar kepada Daerah kecil di Rengit? Ini bermakna, walaupun jawatan beliau masih ADO di Rengit, namun grade beliau telah turun. Masakan boleh jadi begini. Sekiranya beliau seorang penjawat awam yang perform dalam menjalankan kerja, mustahil beliau akan diturunkan grade. Sepatutnya, dari ADO di Segamat kepada DO Ini baru betul!

Sila lihat sendiri, dan nilaikan bagaimana calon BN ini telah diturunkan pangkat dari ADO daerah yang besar (Segamat) kepada ADO untuk daerah yang kecil (Rengit) sila rujuk link ini [ADO Segamat] dan [ADO Rengit]

Kebetulan CiLiK© ada di DUN Tenang, maka CiLiK© berasakan perlu untuk isu ini disiasat. Sementara menantikan pengumuman calon yang bertanding, CiLiK© cuba menyelongkar isu pertukaran Datuk Ai ini daripada beberapa orang responden yang mengaku diri mereka dari Daerah Segamat.

Menurut responden, kes Datuk Ai ini sebenarnya telah tersebar hangat di kalangan staff Pejabat Daerah Segamat itu sendiri bahkan diketahui oleh kebanyakan warga Segamat. Apa kesnya? Sekitar tahun 2003, Datuk Ai telah menyalahgunakan kuasa ADO beliau untuk melelong sebidang tanah di Mukim Jabi Segamat kepada pembeli tanpa pengetahuan tuan tanah.

Lantaran daripada itu, tuan tanah telah memfailkan kes ini ke mahkamah pada tahun 2004. Benarkah dakwaan ini? Tunggu pendedahan yang seterusnya.

CiLiK© "Di hari penamaan calon, Datuk Ai berazam untuk menyelesaikan isu tanah pengundi di DUN Tenang? Hehe.. Boleh percaya ke Datuk Ai? Nak selesai bagi habis ke tanah orang kampung?"

TPM sokong Chua Soi Lek tentang isu Negara Islam

Posted: 22 Jan 2011 06:33 AM PST

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka.

NONESambil menyifatkan isu berkenaan bukan satu perkara baru, Muhyiddin berkata PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya.

"Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada.

"Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang.

tenang by election nomination day 220110 mohd azahar ibrahim md asri amir normala sudirmanMuhyiddin menjawab soalan pemberita sama ada isu negara Islam yang dibangkitkan oleh MCA untuk meraih balik sokongan kaum Cina dalam pilihan raya Tenang yang akan berlangsung pada 30 Januari ini.

Pada pilihan raya itu, akan berlaku pertandingan dua penjuru antara calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS Normala Sudirman.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dalam Pakatan Rakyat, mereka tidak sepakat dan di antara PAS dan DAP "mereka bertembung sehingga mengambil satu sikap berdiam diri dan tidak bercakap" mengenai perkara tersebut.

tenang by election 220111 chua soi lek"Kalau bercakap nanti seluruh dunia tahu, kita akan kalah dan orang tidak akan sokong kita," perli Muhyiddin

"Tapi ia (penubuhan negara Islam) masih ada lagi, PAS tidak tukar perlembagaan macam (Datuk Seri) Dr Chua (Soi Lek) sebutkan, dan Karpal Singh pun kata langkah mayat saya dahulu kalau nak kepada negara Islam," katanya.

NONEBagaimanapun, beliau yakin pengundi di Tenang memahami perkara muslihat Pakatan Rakyat dan berkata jentera BN akan turun padang membuat penjelasan kepada pengundi.

"Kita terangkan mana yang hak mana yang betul, yang batil kita tidak ceritakan. Kita membawa risalah yang baik supaya rakyat dapat menilai dan memilih dengan bijaksana," katanya.

Sebelum ini MCA mengedarkan risalah untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam di DUN Tenang sila rujuk link ini [MCA takutkan pengundi]






ReJaM©"Ini yang dipanggil pemimpin Lidah Bercabang"

Tiada ulasan: