Ahad, 23 Januari 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PKR Tenang: Anak-anak Cina Menjerit Nama "Cikgu Mala"..!!

Posted: 23 Jan 2011 12:36 AM PST

Labis - "Cikgu mari!" jerit beberapa orang anak berbangsa Tionghwa sebaik sahaja melihat kehadiran calon PAS itu di Pekan Labis. Mereka yang sedang bersedia untuk memasuki kelas tuisyen, tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Cikgu Normala.

Cikgu Normala memulakan hari pertama kempen di pekan Labis dengan mengunjungi kedai-kedai sambil mengedarkan kad Tahun Baru Cina dan limau kepada peniaga di situ.

Beliau turut diiringi oleh empat Ahli Parlimen dan Adun Pakatan Pakatan Rakyat yang berbangsa Cina.

Kehadiran Tian Chua, Hee Loy Sian, William Leong, William Leong dan Gan Pei Nei itu lambang sokongan padu rakan-rakan Pakatan Rakyat kepada PAS dalam pilihanraya kecil Dun Tenang ini.

Perjalanan kempen turut dimeriahkan dengan lagu mandarin 'Bu Sien Tau' yang digubah liriknya, sesuai dengan suasana pilihanraya.

"Pilihanraya kecil sudah tiba di Tenang. Menyambut pilihanraya kecil, mengundi Pakatan Rakyat," lagu mereka berulang kali. - n05tenang

Hina Islam, Allah Terus Bayar Tunai Kepada Muhyiddin

Posted: 22 Jan 2011 11:29 PM PST

Prima: Muhyiddin penipu, pendusta, pengkhianat...

Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) melabelkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran sebagai seorang penipu, pendusta dan pengkhianat kerana membuat kenyataan bahawa kementerian telah mencapai persetujuan dengan masyarakat India berhubung penggunaan buku teks kontroversial, novel Interlok.

Sebaliknya, kata ketua penerangan persekutuan itu, AP Raja Retinam, beberapa perwakilan India yang menghadiri mesyuarat pada Selasa lalu secara teranagn menuntut buku itu ditarik balik.

"Muyhiddin adalah penipu, pendusta dan pengkhianat. Semua anggota delegasi MIC membantah kata-kata Muyhiddin dengan sekeras-kerasnya.

"Semua delegasi MIC menuntut supaya buku itu ditarik balik. Sama sekali tidak setuju menerima dengan pemindaan," katanya dalam satu SMS kepada Malaysiakini, hari ini.

Sebelum ini, PRIMA memberi amaran bahawa mereka akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Tenang jika kerajaan gagal menangani isu tersebut tetapi tidak berbuat demikian hari ini.

Sehubungan itu, Raja Retinam menggesa pengundi India supaya menyokong calon PAS.

Beliau juga mahu MIC, yang juga menghantar perwakilan pada mesyuarat Selasa lalu mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat berhubung kenyataan Muhyidin dan mengeluarkan kenyatan rasmi parti tersebut.

Muhyiddin semalam dilaporkan berkata mesyuarat Selasa lalu yang dipengerusikan oleh timbalannya, Datuk Puad Zarkashi telah mencapai konsensus dengan beberapa persetujuan bagi mengakhiri perbalahan mengenai Interlok.

Ini termasuk memuatkan nota khaki tambahan, glosari dan garis panduan pengajaran.

Muhyiddin dilaporkan berkata novel berkenaan membincangkan perpaduan dan intergrasi di kalangan penduduk pelbagai kaum dan selaras dengan konsep 1Malaysia. -mk

Ulasan GB

Sebelum ini, Muhyiddin menyokong kenyataan Chua Soi Lek yang menghina Negara Islam dan hukum Islam.

Sekujur itu Allah datangkan PRIMA untuk memberikan anugerah hebat kepada Muhyiddin: Pingat 3P (Penipu, Pendusta dan Pengkhianat)

Kutuk dan cacilah lagi hukum & negara Islam ...

Jurutera Selamat Dari Lemas Kereta Terhumban Ke Sungai

Posted: 22 Jan 2011 10:40 PM PST

Kuching: Seorang jurutera yang bekerja di Saratok, Sarawak bernasib baik kerana masih hidup ketika keretanya terjatuh ke sungai sekitar pukul 11.00 malam kelmarin semasa memandu pulang ke Muara Tebas.

Jurutera yang berusia 26 terkejut mendapati keretanya beralih dari jalan bertar kemudian ke jalan kerikil di sepanjang Jalan Bako.

Jurutera itu mengatakan tidak ada sebarang tanda jalan diperbaiki, dan keretanya hilang kawalan, terus menjunam ke sungai.

Penduduk setempat bergegas keluar untuk membantu jurutera yang berjaya menendang membuka kaca tepi kereta. Beliau dihantar ke Hospital Besar Sarawak.

Keretanya rosak teruk dengan beberapa bahagian berserakan di seluruh tempat.

Penduduk desa juga membantu dia beliau mengumpulkan dokumen dan barangan dari kereta.

Jurutera itu menderita luka-luka di kaki kirinya akibat kemalangan tersebut. -sarawakupdate





Pelancong Rungut Malaysia Penuh Sampah

Posted: 22 Jan 2011 09:31 PM PST

Pelancong merungut Malaysia tak bersih

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen, terkejut apabila Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, menghantar sistem pesanan ringkas (SMS), mengatakan pelancong asing merungut terhadap tahap kebersihan di negara ini. Gambar fail

Ng berkata perkara itu terjadi apabila ada pelancong asing dari London memberitahu baginda bahawa kebersihan Malaysia masih belum memuaskan.

"Saya ada menerima SMS daripada baginda Sultan Pahang yang berada di London beberapa hari lalu, memberitahu ada pelancong negara berkenaan merungut dan memberitahu baginda mengenai tahap kebersihan negara.

"Saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan baginda terhadap perkara ini dan mengakui tahap kebersihan khususnya di tempat awam memang masih belum memuaskan," katanya.

Beliau memberitahu pemberita selepas majlis pelancaran 1Malaysia Indah, 1Malaysia Bersih, di Kampung Pulai, dekat sini, petang kelmarin. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab Aziz Yusoff.

Ng yang juga Naib Presiden MCA berkata, kementeriannya sentiasa komited dalam memastikan tahap kebersihan negara sentiasa memuaskan melalui penganjuran beberapa kempen.

Katanya, pengenalan kempen 1Malaysia Indah, 1Malaysia Bersih, banyak memberi pengajaran kepada rakyat dalam menjaga keber-sihan persekitaran dan kini sudah menunjukkan peningkatan dalam menjaga kebersihan di negara ini.
"Negara mempunyai banyak tempat menarik dengan flora faunanya yang masih belum terjejas walaupun sudah berlaku pembangunan pesat di Malaysia dan ini masih mampu pelancong asing ke sini.

"Namun, apa yang kita bimbangkan ialah usaha memastikan tahap kebersihan sentiasa dipertingkatkan bukan saja kebersihan persekitaran, malah ia juga termasuk keceriaan tandas awam," katanya.

Beliau berharap rakyat negara ini akan lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan dengan tidak hanya meletakkan tugasan ini di bahu kerajaan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) saja.

"Rakyat Malaysia harus menanam sikap ingin melihat negara sentiasa bersih dan mereka boleh merealisasikannya dengan mengutip sampah serta membuangnya ke dalam tong sampah," katanya. -BM

Kes Bunuh - Tiga Remaja Mati Ditikam

Posted: 22 Jan 2011 08:31 PM PST

Masjid Tanah: Tiga remaja lelaki mati dengan kesan tikaman di seluruh badan, dipercayai akibat senjata tajam, selepas diserang sekumpulan lelaki ketika menunggang motosikal, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam di Kampung Solok Binjai, Pengkalan Balak, di sini, Lan Ee Shen, 20, dan Chong Say Keong, 17, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh badan, manakala Tai Chi Yok, 18, mati dalam perjalanan ke Hospital Kem Terendak.

Ketiga-ketiga mangsa berasal dari Taman Paya Mengkuang, di sini.

Seorang saksi dikenali sebagai Hamzah Mohd, 46, berkata dia terdengar orang menjerit sebelum berlari ke luar pagar rumahnya untuk meninjau apa yang berlaku.

Dia mendakwa melihat seorang remaja cuba mengejar sebuah motosikal menuju ke arah Masjid Tanah tetapi gagal sebelum mangsa dilihat berpatah semula ke pintu pagarnya.

Katanya, dia tidak menyangka berlaku pembunuhan di depan rumahnya tetapi mengambil keputusan melihat lebih dekat kerana tidak sedap hati selepas melihat beberapa kenderaan berhenti di bahu jalan.

"Saya pergi ke pagar depan apabila melihat penduduk kampung keluar dan terkejut mendapati remaja lelaki tadi terbaring dalam keadaan menggelupur serta berlumuran darah di jalan.

"Pada masa itu, saya tidak sedar ada dua mayat remaja lain dalam longkang sebelum ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tiba untuk membuat pemeriksaan lanjut sementara menunggu ketibaan polis," katanya.

Sementara itu, seorang wanita berusia 40-an yang enggan dikenali berkata, dia yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Sungai Baru dengan memandu kereta terserempak sekumpulan lelaki bergaduh ketika lalu di situ.

"Mulanya saya sangka berlaku kemalangan maut selepas nampak dua lelaki terbaring dalam longkang di bahu jalan dalam keadaan bertindih dan badan mereka berlumuran darah, tetapi peliknya tiada kesan kemalangan.

"Tiba-tiba muncul sekumpulan remaja dari arah semak di kanan jalan. Mereka mengejar seorang lelaki sambil mengangkat tangan seperti hendak menghayun sesuatu sebelum lelaki yang dikejar itu rebah di depan pagar rumah seorang penduduk," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye pada sidang media berkata, semua mangsa dipercayai dibunuh selepas terbabit dalam pergaduhan dengan sekumpulan remaja lelaki, di mana dua mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mati dalam perjalanan ke Hospital Kem Terendak.

Menurutnya, sebelum itu polis menerima laporan orang awam kira-kira jam 10.45 malam memaklumkan berlaku kemalangan maut, tetapi anggota polis menemui dua mangsa dengan kesan tikaman dan kelar pada badan sebaik tiba di lokasi kejadian.

"Lan dan Chong dipercayai mati dalam keadaan bertindih di dalam longkang di bahu jalan menghala ke bulatan Pengkalan Balak, manakala seorang lagi mangsa dibawa bapanya menggunakan ambulans tetapi disahkan mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Kem Terendak.

"Siasatan awal polis mendapati berlaku pergaduhan antara semua mangsa dengan satu kumpulan lain, menyebabkan mereka melarikan diri sebelum dikejar dan dibunuh dengan senjata tajam.

"Pemeriksaan ke atas mangsa juga menemui beberapa kesan tikaman di seluruh badan, namun polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian sama ada ia membabitkan pergaduhan kumpulan, dendam atau gangsterisme," katanya.

Chuah berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dan orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi Asisten Superintendan Mohd Zulkifli Yusuf di talian 016-6308222 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5564153.

Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. -hm

Gambar ehsan Bernama






PRK Tenang: Pemfitnah Cikgu Mala Pasti Terima Balasannya

Posted: 22 Jan 2011 07:22 PM PST

PRK Tenang: Fitnah 'Zina' Tidak Berasas - Normala

LABIS: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman menegaskan bahawa dakwaan zina yang dilemparkan terhadapnya adalah tidak berasas sama sekali.

"Bukan satu perkara yang menghairankan kerana isu fitnah dan provokosi merupakan perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana PRK.

"Serangan peribadi ini sengaja dilakukan untuk melemahkan parti lawan sedangkan hakikatnya mereka membangkitkan isu yang tidak berasas dan tidak berlaku sama sekali," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Markas PAS pada Sabtu.

Normala berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang dibuat di laman sosial Facebook yang menuduh beliau mempunyai skandal sebelum berkahwin dengan suaminya, Maarof Abdul Mutalib.

Penulis yang dikenali sebagai 'Suara Dari Bumi' mendakwa bekas guru itu meninggalkan bekas suami pertamanya kerana mengejar harta dan kebendaan.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan penulis blog itu, Normala yang juga Ketua Muslimat PAS kawasan Labis berkata perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya dan beliau percaya Allah akan memberinya perlindungan daripada fitnah tersebut.

"Perkara ini tidak akan melemahkan semangat saya kerana percaya dengan perlindungan Allah SWT dan semangat juang untuk membawa pembaharuan kepada DUN Tenang," katanya.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata isu fitnah 'zina' itu timbul sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai calon PAS.

"Saya sangat terkejut dengan fitnah tersebut yang digunakan pihak tertentu untuk perang psikologi kalangan pengundi di sini.

"Justeru itu persiapan mental dan fizikal telah dipersiapkan untuk menghadapi segala kemungkinan serta tidak tergugat dengan fitnah tersebut," katanya.

Tegasnya, peribadi dan keterampilannya sebagai calon akan sentiasa dititik beratkan dalam memastikan imejnya sebagai wanita muslimah tidak terjejas.

Normala turut menggesa mereka yang terlibat dalam fitnah segera meminta maaf kepadanya kerana telah membuat tuduhan palsu tanpa bukti kukuh. -mstar

Ulasan GB

Setiap fitnah yang direka-reka akan pasti berbalik kafarahnya kepada si pembikin fitnah kerana demikian janji Allah s.w.t.

Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah seorang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan) kemudian mereka tidak bertaubat maka untuk mereka azab neraka jahanam dan azab yang membakar. - Al-Buruj 10

Ada Ular Kepala Tujuh Di Kangar

Posted: 22 Jan 2011 06:23 PM PST

Kangar, 22 Jan -- ULAR KEPALA TUJUH?

Hasrat tiga pemuda dari Kampung Ngulang dekat sini untuk memancing di sebuah alur berhampiran Ampangan Timah Tasuh, empat hari lepas terbantut selepas terserempak dengan seekor ular dipercayai jenis tedung selar berkepala tujuh.

Dua daripada mereka dikatakan demam selepas terserempak dengan ular berkenaan.

Gambar ini dirakam dengan telefon bimbit oleh seorang pemuda yang kebetulan memberanikan diri dan selepas itu mencetak gambar itu di kedai gambar di sini.

Inilah kebesaran Tuhan supaya manusia berfikir kerana sesuatu kejadian atau benda yang pelik tentu ada hikmah dan pengajarannya. --fotoBERNAMA




Muhyiddin Jadikan Guru Sang Buaya Untuk Diketuk Kepalanya

Posted: 22 Jan 2011 05:24 PM PST

Muhyiddin: Elok bagi guru setia kepada kerajaan

Kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan guru-guru di negara ini tetapi selain kesetiaan kepada negara, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, adalah elok bagi guru juga supaya setia kepada kerajaan.

"Kita tidak akan mempersoalkan. Selain dari setia kepada negara, elok juga kita setia kepada kerajaan.

"Sebab guru merupakan penggerak utama dalam masyarakat, masih dihormati, diberi penilaian yang tinggi. Guru jadi pemimpin dalam masyarakat, maka kita mahukan supaya sikap untuk kebersamaan antara kerajaan dan tenaga yang penting seperti guru selalu ada di situ," katanya kepada Bernama.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, guru sebagai seorang pemimpin perlu sentiasa mempunyai sikap kebersamaan kepada kerajaan supaya dapat menjayakan agenda pembangunan negara terutamanya Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam bidang pendidikan.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran program Bangkit Guru Untuk Negara (B-GUN) peringkat Johor, di Pagoh, hari ini. Hadir sama, Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran.

Markom menimbulkan kontroversi awal bulan ini apabila kegiatannya berkempen untuk BN di Tenang dirakamkan dan disiarkan melalui Youtube.

Dia bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa beliau hanya mahu mengenalpasti kecenderungan politik para guru untuk memastikan mereka "menyokong dasar kerajaan".

Kata Markom, beliau tidak berkempen tetapi berucap kepada kakitangan bawahannya dan tindaklan itu merupakan "hak kami untuk mengenalpasti (parti politik) yang guru kami sokong,".

Tambahnya lagi, jika guru-guru didapati menentang kerajaan, maka mereka akan dihantar mengikuti kursus supaya mereka faham bahawa sebagai kakitangan awam, mereka tida boleh menentang dasar kerajaan.

Markom menjelaskan bahawa sebagai kakitangan awam, mereka merupakan pelaksana dasar kerajaan dan kerana itu, mereka mesti mengikuti apa sahaja dasar yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah.

Katanya, mereka makan gaji dengan kerajaan dan oleh itu, mereka tidak seharusnya menentang kerajaan, tetapi mematuhi apa juga dasarnya.

Akibat tindakannya itu, PAS Johor pada 7 Januari lalu, membuat laporan polis mendakwa Pengarah Pelajaran Johor itu mengajak pengetua dan guru sekolah di sekitar DUN Tenang merayu undi untuk membantu BN dalam pilihan raya kecil hujung bulan ini.

Ulasan GB

Sebenarnya TPM dan Ketua Pengarah Pelajaran Johor adalah dari golongan bermentaliti kuno dan ketinggalan di dalam arus globalisasi.

Tatkala orang sedunia sedang membicarakan "langit terbuka", "k-workers", "globalisasi", "era digital" dan seumpamanya, masih terdapat dari kalangan menteri dan pegawai awam yang masih tersangkut di dahan rasisma dan politik kepartian sempit yang mengharapkan kaum guru menjadi pak dan mak angguk.

Guru-guru selama ini hendak dijadikan buaya-buaya yang diketuk kepalanya supaya sang kancil itu dapat menyeberang sungai untuk menelan buah-buahan di seberang.

Begitulah tamsilnya, guru-guru hendak dijadikan "aset berguna" dan "aset tetap" di dalam pemilihan nanti supaya TPM itu bakal kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO, kalau tak pun untuk bertanding jawatan Presiden dengan menjadikan Ketua Pengarah Pelajaran Negeri sebagai sang jenderal buaya yang akan mengarahkan buaya-buaya lain beratur di belakangnya, bersedia untuk diketuk kepala oleh sang muhyiddin.


Telefon Masih Berdering Selepas Ditelan Buaya

Posted: 22 Jan 2011 04:41 PM PST

Kiev, Ukraine - Seekor buaya berusia 14 tahun, Gena enggan makan sebarang makanan selepas ia menelan satu telefon bimbit milik seorang wanita yang terjatuh ke dalam kurungan haiwan itu di sebuah akuarium di bandar Dnipropetrovsk.

Pada mulanya, para pekerja akuarium itu tidak percaya dakwaan wanita tersebut yang berumur 20-an bahawa telefon bimbitnya ditelan buaya tersebut.

"Namun, apabila telefon itu berbunyi dan bunyinya datang dari dalam perut buaya tersebut, kami mengetahui dia (ibu tersebut) tidak berbohong," kata seorang pekerja di akuarium berkenaan, Alexandra.

Wanita berkenaan terjatuh telefon itu semasa dia mahu merakamkan aksi buaya tersebut sedang membuka mulutnya.

Ekoran tertelan telefon itu, buaya tersebut tidak makan selama empat minggu dan kelihatan murung dan sakit.

Alexandra berkata, kelakuan buaya jantan tersebut berubah selepas ia menelan telefon itu kerana ia kini bergerak amat perlahan dan kurang berenang berbanding sebelum ini.

Ketua doktor haiwan, Oleksandr Shushlenko berkata, jika buaya berkenaan masih enggan memakan sebarang makanan, haiwan itu akan menjalani pemeriksaan sinar X. - AP

Wanita Cuba Serang Taib Mahmud

Posted: 22 Jan 2011 04:00 PM PST

Seorang wanita berusia dalam lingkungan 40 tahun ditahan polis kerana cuba mendekati Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebelum beliau melancarkan program Sejiwa Senada di Padang Majlis Bandaraya Miri di sini hari ini.

Drama itu tercetus kira-kira pukul 11.30 pagi apabila wanita berkenaan, yang berbaju biru dan membawa sekaki payung serta satu beg plastik, menyusup di celah-celah orang ramai untuk menuju ke tempat VIP.

Beberapa pegawai Cawangan Khas yang melihat gelagat wanita itu serta-merta menghalang dan membawanya keluar dari khemah utama di mana majlis pelancaran itu bakal diadakan.

"Ketua Menteri perlu tahu perkara sebenar!, " jerit wanita itu ketika diiring keluar dari tempat berkenaan.

Dia kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Miri sebelum dibebaskan tidak lama kemudian.

Wanita itu dipercayai tidak berpuas hati dengan perkhidmatan sebuah jabatan kerajaan dan ingin mengadu hal berkenaan kepada Taib.

Kejadian itu tidak menjejaskan perjalanan majlis tersebut dan Taib menyampaikan ucapan beliau seperti yang dijadualkan.

Program Sejiwa Senada anjuran kerajaan negeri itu menjadi platform bagi jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan untuk mendampingi orang ramai.
Program yang berakhir esok itu menyediakan 181 gerai untuk memudahkan orang ramai mendapat penerangan tentang peranan jabatan dan agensi kerajaan terbabit, di samping mendengar cadangan dan sungutan mereka dalam usaha kerajaan menambah baik sistem penyampaian kepada rakyat. — BERNAMA

Ibu Mahu Pembunuh Nor Dania Qistina Dikenakan Hukuman Setimpal

Posted: 22 Jan 2011 03:17 PM PST

Johor Bahru - "Selagi tidak dijatuhkan hukuman setimpal selagi itu saya tidak puas hati."

Demikian luahan Nur Aquilla Razali, 27, ibu kepada kanak-kanak, Nor Dania Qistina Norafizan, 3, yang maut akibat didera pada 9 Januari lalu.

Katanya, dia percaya pihak berkuasa dapat melaksanakan hukuman yang sewajarnya terhadap mereka yang menyebabkan kematian anak perempuannya itu.

"Saya yakin undang-undang akan menghukum mereka yang bersalah," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan suami wanita itu, Norafizan Ludin, 30, dan isteri mudanya, Dewi Nadia Alias, 25, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dua tuduhan membunuh dan mendera Nor Dania Qistina.

Kedua-duanya turut dituduh mendera kakak dan adik mangsa, iaitu Nor Dania Batrisha, 5, dan Danish Irsyad, 1.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Nur Dania Qistina disahkan mati akibat didera pada 9 Januari lalu dengan 73 kesan lebam di tubuhnya serta berapa organ dalaman rosak teruk dipercayai dipukul dengan objek keras. -kosmo

Berita sebelum ini


Ibu tiri dusta

JOHOR BAHRU: Tujuh puluh tiga kesan cedera pada seluruh tubuh menjadi petunjuk punca kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun akibat didera dan bukan disebabkan lemas seperti didakwa ibu tirinya.

Nur Dania Qistina Nurafizan yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya yang berusia 25 tahun di Kampung Sungai Tiram di sini, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, pagi kelmarin, selepas dibawa ke hospital oleh bapanya yang memberitahu dia lemas dalam baldi.

Bagaimanapun, hasil bedah siasat dilakukan, pihak hospital mengesyaki punca kematian kanak-kanak itu akibat didera dengan kejam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima polis, tengah hari semalam.

Menurutnya, laporan menunjukkan mangsa mempunyai 73 kesan penderaan fizikal selain lebam di dada.

"Doktor juga mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana mengalami pendarahan dalaman di paru-paru dan menolak dakwaan ibu tiri mangsa yang menyatakan kanak-kanak itu lemas.

"Dalam laporan, bapa mangsa mendakwa menerima panggilan daripada isterinya pada jam 8.30 pagi ketika berada di tempat kerja dan wanita itu menyatakan anak kedua suaminya hasil perkahwinan pertama lelaki itu ditemui tidak sedarkan diri dan lemas di dalam baldi.

"Lelaki terbabit membawa mangsa dari rumah mereka di Kampung Sungai Tiram di sini ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

"Bagaimanapun, lelaki itu menyatakan anaknya tidak dapat diselamatkan dan hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di hospital," katanya ketika dihubungi, semalam.
Roslan berkata, mengikut laporan bedah siasat, dakwaan ibu tiri mangsa bahawa mangsa lemas tidak benar kerana tiada tanda lemas dikenal pasti sebaliknya ada 73 kesan penderaan dan pendarahan dalaman di paru-paru.

Menurutnya, polis sudah menahan ibu tiri terbabit bagi membantu siasatan.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Gambar-Gambar Penamaan Calon N05 Tenang Yang Tercicir

Posted: 22 Jan 2011 02:43 PM PST

Ada lagi beberapa keping gambar menarik walaupun yang belum tersiar semasa GB melaporkan lintas lansung pagi tadi.

Berikut ialah pilihan dari koleksi p11kotaraja. Dari jauh mereka datang untuk mengabadikan kenangan melibatkan diri di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

Firman Allah yang bermaksud: "Bersiap sedialah kamu bagi menghadapi musuh menurut kemampuan kamu dengan segala kekuatan yang dapat kamu sediakan dan daripada pasukan berkuda yang lengkap bersedia bagi menakutkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu." (Al-Anfaal: 60)

















Berita Sebelum

Anda tidak akan jumpa untuk melihatnya lagi:

Lintas Lansung Penamaan Calon PRK N05 Tenang

Yang Gemuk Bakal Tercicir Peluang Jadi Wakil Rakyat

Posted: 22 Jan 2011 07:28 AM PST

Wakil rakyat wajib jalani ujian kesihatan?

KUALA LUMPUR, 22 Jan — Kementerian Kesihatan akan mencadangkan kepada jemaah menteri supaya setiap wakil rakyat di negara ini diwajibkan menjalani ujian kesihatan secara berkala — kemungkinan setiap tahun — dipercayai ekoran kematian sejumlah wakil rakyat yang turut mengakibatkan pilihan raya kecil.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mahu membawa cadangan tersebut untuk pertimbangan Kabinet. Katanya, cadangan itu akan dikemukakan ekoran beberapa siri kematian membabitkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

"Apa yang kita cuba cadangkan ini adalah bersifat pencegahan iaitu bagi mengenal pasti lebih awal tahap kesihatan masing-masing dan jika terhadap masalah, langkah perubatan boleh diambil sebelum keadaan makin parah," kata beliau di Labis — salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri di bahagian itu — Tenang menyaksikan pilihan raya kecil.

Penamaan calon hari ini. Dipetik Utusan Malaysia, Liow berkata, perkara tersebut perlu diberi pertimbangan kerana sehingga sekarang "sudah terlalu banyak kematian membabitkan rakyat rakyat."

Pilihan raya kecil Tenang adalah pilihan ray kecil ke-14 sejak Mac 2008 dan satu lagi membabitkan kerusi Merlimau di Melaka juga akan menyaksikan pilihan raya kecil.

Tarikhnya dijangka akan diputuskan minggu depan. Kini terdapat 222 ahli Parlimen dan 576 Adun. Daripada 15 pilihan raya kecil sejak Mac 2008 termasuk Tenang sekarang dan Merlimau kemungkinan akhir bulan depan, 12 kekosongan adalah disebabkan kematian iaitu kerusi Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Galas, Batu Sapi, Tenang dan yang terbaru Merlimau.

Penyandang kerusi Batu Sapi meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti menyaksikan pilihan raya kecil disebabkan wakil rakyatnya, dari PKR, meletakkan jawatan.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan jumlah pilihan raya kecil sejak Mac 2008 hampir menyamai rekod pilihan raya kecil 1987-1990.

Negara pernah berhadapan dengan 17 pilihan raya kecil - jumlah tertinggi sejak awal 1980-an - yang diadakan sepanjang tempoh selepas pilihan raya umum 1995 dan sebelum pilihan raya umum 1999. -TMI


OBESITI - PUNCA DAN PENCEGAHAN

Obesiti merupakan antara faktor utama penyumbang kepada masalah sakit jantung, tekanan darah tinggi, hiperlipidemia (tinggi kandungan kolesterol dalam darah), kencing manis dan sebagainya.

Obesiti merupakan masalah pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan manusia. Secara umumnya obesiti dikenali oleh masyarakat sebagai masalah kegemukan atau berlebihan berat badan. Setiap kita yang sihat adalah berisiko untuk gemuk jika tiada inisiatif diri untuk menjaga dan mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal.

Bagaimana obesiti bermula?

Obesiti bermula daripada pengambilan tenaga (dari sumber makanan) melebihi keperluan tubuh individu tersebut dalam tempoh masa tertentu, diiringi dengan kurang aktiviti fizikal.

Namun terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada gejala obesiti, iaitu:

a) Genetik – Anak-anak berisiko untuk obes sekiranya ibu bapa mereka begitu.
b) Diet tidak seimbang (tinggi lemak dan gula)
c) Makan secara berlebihan
d) Gaya hidup kurang aktif (kurang atau tiada aktiviti fizikal)
e) Tekanan emosi (menyumbang kepada makan berlebihan)
f) Ubat-ubatan (bergantung kepada kesan sampingan sesetengah ubat, tidak semua jenis ubat-ubatan)

Obesiti boleh dicegah dengan:

a) Mengamalkan pemakanan yang seimbang, sederhana dan pelbagai.Makanlah makanan yang terdiri daripada bijirin (roti, nasi, mee, bihun), buah-buahan, sayur-sayuran, daging/ikan/ayam dan produk tenusu.Makanan yang pelbagai akan menyumbangkan kombinasi nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.Makan mengikut keperluan sahaja (jangan terlebih makan dan berhenti sebelum kenyang).Kurangkan makanan tinggi lemak (bergoreng, bersantan, digalakkan susu rendah lemak).Kurangkan makanan tinggi gula (air manis, kuih-muih, air tin, gula) Apabila kita tahu cara pemakanan yang betul, ini memudahkan kita untuk memasak di rumah atau memilih makanan yang sihat jika makan di luar.

b) Amalkan sarapan pagi setiap hari,untuk memulakan hari yang baik, ceria dan berfikiran cerdas, kita memerlukan tenaga yang mencukupi.Makan makanan yang tinggi serat (fiber), bijirin penuh serta kaya dengan protein (susu) untuk meningkatkan metabolisme kita.Pastikan kita ada waktu untuk bersarapan, ini dapat mengelakkan gejala pengambilan makanan yang berlebihan waktu makan tengah hari kerana lapar.

c) Kekalkan berat badan yang sihat.Ini dapat mencegah risiko untuk mendapat penyakit kronik dan hidup dengan baik. Sebaiknya digalakkan untuk kita membeli penimbang berat dan mengukur berat setiap sekali seminggu atau sekali sebulan untuk mengetahui perkembangan berat badan. Jika diukur setiap hari, ini tidak begitu praktikal kerana pertambahan atau pengurangan berat badan mengmbil masa tertentu untuk berubah.

d) Tingkatkan aktiviti harian. Kita perlu aktif untuk kekalkan fungsi tubuh yang baik, kekal sihat dan ceria.

Soalan yang biasa menjadi perbualan kita: Saya tidak gemuk, jadi saya tidak perlu bersenam. Perlu diketahui, bersenam bukanlah untuk menurunkan berat badan sahaja, tetapi untuk membaiki peredaran darah, menguatkan jantung dan meningkatkan tahap kecergasan kita.

Tips untuk mengurangkan keinginan makan bagi mereka yang obesiti:

a) Makan secara perlahan untuk setiap kunyahan
b) Guna pinggan atau mangkuk yang lebih kecil
c) Mulakan dengan kuantiti yang kecil semasa makan
d) Makan makanan yang lebih tinggi kandungan air dan minum air dahulu sebelum makan (sup sayur, buah-buahan, air kosong)
e) Makan di tempat tertentu sahaja (elakkan di depan tv @ semasa bekerja)
f) Makan pada masa yang tetap
g) Tidak meninggalkan sarapan kerana ini akan menyebabkan pengambilan makanan yang lebih banyak pada masa tengahari
h) Amalkan snek sihat seperti buah-buahan
i) Kurangkan kekerapan makan di luar dan hadkan duit yang dibawa ketika keluar
j) Atasi tekanan/masalah dengan sebaiknya.

Oleh itu, makanlah dengan sihat untuk menikmati hidup yang lebih berkualiti. Bukankah kita tahu mencegah adalah lebih baik daripada merawat! Adakah kita dalam proses mencegah diri daripada segala penyakit kronik dan masalah kesihatan lain? Jika belum, marilah kita mengamalkan pemakanan sihat dan meningkatkan aktiviti fizikal untuk kebahagian diri dan orang sekeliling. - docstoc.com


Ulasan GB

Rakyat tak kira apa parti sekarang ini khuatir apabila ramai wakil rakyat yang meninggal dunia kerana sakit jantung.

Jika SPR membuat keputusan nanti, bukan saja wakil rakyat di negara ini diwajibkan menjalani ujian kesihatan secara berkala tetapi setiap calon wakil rakyat yang hendak bertanding perlu mengemukakan sijil kesihatan semasa menyerahkan borang pencalonan, sudah pasti ramai yang kecundang terutama yang bermasalah dengan berat badan serta yang mempunyai BMI yang tidak normal.

Justeru itu, mulai sekarang mulalah ambil berat tentang masalah berat badan anda.

UMNO Dan MCA Bergilir-gilir Hina Islam, Calon PAS Dukacita

Posted: 22 Jan 2011 06:02 AM PST

Pelakon porno yang menjadi Presiden MCA buat hal lagi. Kalau tidak berapa lama dulu dia melabelkan Islam sebagai korup dan punca kemelaratan serta mempersoalkan kedai-kedai di Kota Bharu ditutup pada Hari Raya Korban, kini dia memperlekehkan cara wanita Islam bersalam dengan orang bukan muhrim dan menakut-nakutkan orang Cina dengan negara Islam tajaan PAS tanpa sedikit pun menyelami makna perkataan "Islam" yang berulang kali disebutnya.

Itulah yang dia dapat ssetelah berkawan rapat dengan UMNO. Beriya-iya benar dia menghentam Islam hingga tidak sedar noda zina yang terpalit pada dirinya. Semua orang yang siuman akan berasa hairan bin ajaib jika orang Cina terpengaruh dengan kata-kata beracun yang keluar dari mulut pelakon porno yang sudah pasti tidak bermoral itu.

Lebih menghairankan lagi adalah kesanggupan MB Johor tumpang sekaki mengutuk Islam. Dia mendakwa negara Islam sebagai satu ancaman yang perlu dibanteras. Lupakah dia bahawa konsep itu hanya akan menjadi kenyataan apabila semua rakyat negara ini tanpa mengira agama dan bangsa benar-benar memahami dan menerimanya? Lupakah UMNO bahawa tiada paksaan dalam Islam?

MCA semakin melampau sekarang ini. UMNO pun dah jadi hampir sama dengan MCA. Sudahlah rakan bukan Islam mereka dibiarkan menghentam Islam, mereka yang mengaku Islam pun hentam Islam tanpa segan silu. Sebelum itu, perasuah Isa Samad membuat pengakuan bahawa dia tidak tahu sangat tentang Islam. Namun, secara tersirat dia mengakui pula kejayaan PAS memahamkan prinsip Islam kepada rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat.

Nampaknya orang Islam dalam UMNO semakin kelam-kabut sejak akhir-akhir ini. Mereka main sesah sahaja tanpa mengira dosa pahala. Sudah tidak takutkah dengan hukuman Allah?

Semua umat Islam di negara ini perlu berhati-hati dan berwaspada dengan golongan ini. Usahlah bersekongkol dengan sikap mereka yang lebih rela mencemarkan kesucian Islam daripada memelihara dan membelanya. Adakah kerana terdesak mereka kehilangan idea untuk berhujah? Adakah kerana kuasa mereka ketepikan agama? Siapa yang mengajar mereka untuk bersikap demikian?

Sebelum terlanjur lebih jauh, beristiqfarlah. Mohonlah keampunan Allah. Kembalilah ke pangkal jalan sebelum diturunkan bala. -bilahrotan


Calon PAS kecewa Soi Lek tak faham Islam, Umno pula gagal bantu MCA

Dalam temu bual tiga jam selepas disahkan sebagai calon, Normala melahirkan kekecewaan kerana kepimpinan MCA masih tidak memahami adat resam diamalkan wanita Islam. – Foto oleh Choo Choy May

LABIS, 22 Jan – Calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.

Merujuk kepada isu tidak bersalam yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Normala meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Menurut Normala, 38, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA yang dipimpin Dr Chua sudah memahami tertib seorang wanita Islam.

"Saya secara peribadi berpendapat bahawa sudah tiba masa pihak lawan (BN) matang setelah 53 tahun kita merdeka... apa yang paling penting adalah dasar-dasar atau komitmen perkhidmatan yang mahu dibawa kepada rakyat khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

"Bukan menyentuh isu peribadi atau serangan peribadi yang saya kira ia satu perkara yang sangat jauh daripada apa yang kita fokus.

"Saya kira perkara yang paling penting adalah setelah 53 tahun merdeka, MCA sepatutnya sudah lama memahami konsep sebagai individu Muslim yang perlu kerana mereka berkawan dengan komponen BN iaitu Umno," kata beliau dalam temu bual ekslusif bersama The Malaysian Insider hari ini.

Exco Dewan Muslimat PAS pusat ini berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Dr Chua mengenai Islam apabila secara sindiran membuat perbandingan cara Normala bersalaman dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang.

"Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.

"Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS,"
kata Dr Chua.

Dalam temu bual ringkas itu, Normala berkata, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP akan membantu memberikan sokongan dan menjelaskan mengapa beliau tidak mahu bersalam dengan lelaki sepanjang kempen pilihan raya kecil yang bermula hari ini.

Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis dan bekas guru sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39.

Normala juga merupakan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS pusat.

"Dari segi strategi, cara dan kaedah untuk saya mendekati masyarakat seperti ini saya kira rakan-rakan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk memberitahu mereka kenapa dan mengapa.

"Apa yang paling penting adalah akhirnya pengundi DUN Tenang akan memahami itu retorik yang tak berasas untuk dibawa, sedangkan permasalahan yang paling besar adalah fokus utama termasuk permasalahan kebajikan, sosioekonomi dan sebagainya.

"Sudah seharusnya saya kira perkara itu tidak perlu timbul buat masa ini," kata beliau.

Normala juga berkata Umno-BN akan sentiasa membuat provokasi untuk memberikan beliau imej yang buruk kepada pengundi di DUN Tenang.

"Apa pun bagi saya Umno-BN tetap akan mencari isu-isu remeh, isu-isu yang sangat berbentuk picisan kerana kalau apa yang kita lihat buat pun dikata tak buat pun akan dikata.

"Yang paling penting adalah konsep kita memahamkan rakan-rakan khususnya Tionghoa dan India untuk memahami bahawa bagaimana sebenarnya apa yang kita bawa sebagai seorang individu Muslim itu.

"Bukankah sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Sepatutnya mereka memahami situasi ini," katanya.

Normala bagaimanapun melahirkan rasa simpati terhadap Dr Chua kerana gagal memahami konsep Islam selepas Umno gagal memahamkan parti komponen BN itu.

"Secara peribadi saya lebih fokus kepada perasaan simpati saya kepada beliau (Dr Chua) kerana tidak memahami, seharusnya setelah lama berkawan dengan komponen BN, menjadi tanggungjawab Umno untuk memahamkan rakan-rakan tentang hak yang sebenar sebagai individu Muslim termasuk soal bersalaman dan sebagainya.

"Umno gagal memahamkan rakan-rakan dalam BN setelah 53 tahun, seharusnya tidak berlaku.


"Kita lihat dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Seharusnya konsep memahami satu-satu kaum atau agama perlu difahami," katanya.

Bekas guru itu juga bersedia untuk menghadapi apa sahaja serangan yang akan dibuat BN sepanjang kempen pilihan raya yang akan berakhir 30 Januari ini.

"Saya bersedia berdepan apa sahaja cabaran, tohmahan dan fitnah yang akan dilakukan pihak lawan kerana itulah realiti setelah 14 kali pilihan raya kecil.

"Kita lihat isu begitu dan mereka tetap gunakan strategi lama yang saya kira ia tak seharusnya berlaku buat masa sekarang bagi pihak lawan buat perubahan untuk memenangi hati rakyat bukan menyuluh kelemahan peribadi begitu.

"Saya yakin kejutan besar akan berlaku dan saya bimbang itu akan menimbulkan kebencian (pengundi) kepada pihak Umno-BN," katanya.

Tambah Normala, Pakatan Rakyat akan memainkan peranan penting dalam membantu orang bukan Islam untuk memahami lebih dekat konsep yang dibawa PAS selama ini.

"Seperti kaum lain, kami orang Islam memahami budaya dan agama Tionghoa dan India.

"Kami menghormati dan memahami, itulah cara mereka dan seharusnya perkara ini sudah lama difahami rakan-rakan BN,"
katanya.

Ketika ditanya mengenai keyakinan untuk memenangi pilihan raya kecil DUN Tenang, Normala berkata, beliau optimis pengundi akan membuat keputusan bijak dalam memilih wakil rakyat baru.

"Saya optimis dan berkeyakinan tinggi pengundi kini telah bijak membuat keputusan untuk menentukan perjuangan masa depan dengan membawa suara dan permasalahan ke Dewan Undangan Negeri dengan memilih wakil rakyat yang berwibawa, prihatin dan empati.

"Pada 30 Januari, saya percaya dan berkeyakinan tinggi pengundi DUN Tenang mampu membuat kejutan dan perubahan besar demi," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008.


Muhyiddin Takutkan Bukan Islam Terhadap Negara Islam Dengan Sokong Kenyataan Soi Lek

Posted: 22 Jan 2011 05:00 AM PST

Negara Islam: Ada baik Cina diingatkan, kata TPM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka.

Sambil menyifatkan isu berkenaan bukan satu perkara baru, Muhyiddin berkata PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya.

"Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada.

"Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang.

Muhyiddin menjawab soalan pemberita sama ada isu negara Islam yang dibangkitkan oleh MCA untuk meraih balik sokongan kaum Cina dalam pilihan raya Tenang yang akan berlangsung pada 30 Januari ini.

Pada pilihan raya itu, akan berlaku pertandingan dua penjuru antara calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS Normala Sudirman.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dalam Pakatan Rakyat, mereka tidak sepakat dan di antara PAS dan DAP "mereka bertembung sehingga mengambil satu sikap berdiam diri dan tidak bercakap" mengenai perkara tersebut.

"Kalau bercakap nanti seluruh dunia tahu, kita akan kalah dan orang tidak akan sokong kita," perli Muhyiddin

"Tapi ia (penubuhan negara Islam) masih ada lagi, PAS tidak tukar perlembagaan macam (Datuk Seri) Dr Chua (Soi Lek) sebutkan, dan Karpal Singh pun kata langkah mayat saya dahulu kalau nak kepada negara Islam," katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin pengundi di Tenang memahami perkara muslihat Pakatan Rakyat dan berkata jentera BN akan turun padang membuat penjelasan kepada pengundi.

"Kita terangkan mana yang hak mana yang betul, yang batil kita tidak ceritakan. Kita membawa risalah yang baik supaya rakyat dapat menilai dan memilih dengan bijaksana," katanya.

Ulasan GB

Begitu ketara kenyataan Muhyiddin Yassin yang menakutkan bukan Islam terhadap "Negara Islam" dengan menyebut tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka.

Sikap yang ditunjukkan Muhyiddin itu jelas seorang munafik di dalam Islam.

Bukan Melayu sepatutnya menyedari bahawa seorang munafik (hipokrit) di dalam Islam itu jauh lebih merbahaya dari negara Islam itu sendiri.


Cuai: Hospital Diarah Bayar RM870,000 Kepada Pasangan Suami Isteri

Posted: 22 Jan 2011 04:10 AM PST

Muar: Mahkamah Tinggi di sini, semalam mengarahkan dua hospital kerajaan membayar sejumlah RM870,000 kepada pasangan Zainab Sam, 45, dan suaminya Rosli Mohd Amin, 53, akibat kes kecuaian perubatan, kira-kira 10 tahun lalu.

Saman itu dikemukakan berikutan kes kecuaian perubatan yang dilakukan Hospital Segamat dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) ketika Zainab melahirkan anaknya, Ahmad Alif Iqmal Rosli, 10, pada 2000.

Pasangan suami isteri itu hadir di mahkamah apabila Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ummi Kalthum Abdul Majid membuat keputusan itu.

Terdahulu, plaintif memfailkan satu writ saman terhadap Hospital Segamat, HPSF dan Kerajaan Malaysia selepas anak yang dilahirkannya menderita lumpuh pada bahagian kiri badan dan kerosakan otak disebabkan kecuaian kakitangan perubatan.

Berdasarkan writ saman pada 12 Ogos 2003 yang dikemukakan peguam G Subramaniam Nair, Zainab yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan, mendapatkan rawatan di Hospital Segamat ketika sedang hamil.

Sebelum melahirkan anak, Zainab meminta pihak hospital melakukan pembedahan secara caesarean berikutan anak dalam kandungannya besar. Namun, permintaannya ditolak kerana Zainab perlu bersalin secara normal berikutan beliau menghidap penyakit kencing manis.

Bagaimanapun, ketika sedang bersalin, Zainab menghadapi komplikasi apabila beliau tidak mampu meneran keluar anaknya. Ini menyebabkan kakitangan perubatan yang bertugas cuba menyelamatkan anaknya dengan cara menarik kepala bayi berkenaan serta menekan perutnya bagi membolehkan bayi itu itu lahir dengan selamat.

Akhirnya, Zainab berjaya melahirkan bayi seberat 5.28 kilogram. Namun, bayi dilahirkan itu mengalami masalah kesukaran bernafas dan memerlukan bantuan oksigen sebelum dikejarkan ke HPSF dengan ambulans.

Dalam perjalanan ke HPSF, bekalan oksigen kehabisan sebelum sempat tiba di hospital. Manakala bekalan oksigen yang ada dalam ambulans pula gagal berfungsi.

Berikutan insiden itu, anaknya terpaksa ditahan di dalam inkubator selama 30 hari dan diberi makan melalui tiub yang dipasang pada mulut.

Zainab dan suaminya bersyukur kerana sekurang-kurangnya beliau berjaya menuntut pembelaan ke atas anaknya yang kini hanya mampu duduk di kerusi roda.

"Saya sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada peguam kami dan adiknya, Visvanathan Nair serta rakan kongsinya, Ebrina Zuber kerana bersama-sama membantu membela nasib anak saya sehingga berjaya," katanya.

Dr Mahfodz Selar Kenyataan Dr. Mahathir Mengenai Calon Wanita PAS

Posted: 22 Jan 2011 03:00 AM PST

Mahfodz sifatkan kenyataan Tun M keterlaluan

SENAI - Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed (gambar) menyifatkan kenyataan yang dibuat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Pas tidak berpegang pada janji kerana meletakkan calon wanita tidak sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini, keterlaluan.

Beliau berkata, Pas tidak pernah mengharamkan untuk meletakkan calon wanita bagi pilihan raya kecil (PRK) atau umum sebaliknya apa yang berlaku sebelum ini atas faktor kesesuaian masa dan keadaan.

"Pas tidak pernah menghalang atau mengharamkan untuk memilih dan meletakkan calon wanita beberapa tahun lalu tetapi jika ada hanya ketika itu kita tangguhkan kerana masih belum bersedia, tidak sesuai mengikut keadaan semasa ketika itu.

"Kenyataan Tun tidak betul kerana jika dilihat sebelum ini, sejak Pas ditubuhkan memang ada wanita menjadi calon Pas.

"Lihat sahaja calon wanita Pas sebelum ini, Khadijah Sidik pernah dicalonkan dan pernah menjadi Ketua Pas Negeri Johor pada awal tahun 1960-an begitu juga dengan Mariah Mahmood (Selangor) dan juga Dr Lo'Lo' Ghazali (Titiwangsa),"
katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Terdahulu Tun Mahathir menyifatkan Pas tidak berpegang pada janji untuk kepentingan politik apabila memilih calon wanita tidak seperti apa yang pernah diutarakan parti itu sebelum ini dan menyatakan Pas tidak boleh dipercayai.

Mahfodz berkata, apa yang diutarakan Tun Mahathir itu menggambarkan ketakutan BN kerana Pas meletakkan calon wanita bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

"Sebelum keluarkan sebarang kenyataan sila rujuk dan lihat latar belakang Pas sebelum ini sama ada pernah atau tiada langsung meletakkan calon wanita atau pernah mengeluarkan kenyataan wanita tidak boleh menjadi calon.

"Pas tidak mungkir janji dan tidak betul juga jika kata Pas tidak beri laluan kepada orang bukan Islam untuk bertanding," katanya.

Katanya, calon Pas bagi DUN Tenang yang dipilih ini, Normala Sudirman, 38, bukanlah calang-calang calon kerana berpengalaman sebagai pendidik.

"Dia ada pengalaman mengajar dan memang dia seorang yang tidak boleh dilawan sebab itu kita mencalonkan dia.

"Kita berharap penamaan calon hari ini berlaku dengan penuh ketenangan tanpa sebarang gangguan," katanya. -SH

[Bergambar & Video] Bertemu Keluarga Setelah 23 Tahun Diculik

Posted: 22 Jan 2011 01:30 AM PST

New York, Mungkin ini yang disebut keajaiban! Kedengarannya seperti kisah di filem saja. Seorang perempuan 23 tahun yang direnggut dari sebuah rumah sakit ketika masih bayi kembali kepada orangtuanya setelah ia curiga tentang perempuan yang membesarkan dirinya.

Carlina White, nama si anak hilang itu, baru berusia 19 hari ketika ia diculik dari Harlem Hospital pada 4 Ogos 1987 oleh seorang perempuan yang menyamar sebagai perawat. Ia kini mulai terbiasa dengan kehidupan barunya. "Saya sangat bahagia, tetapi pada saat yang sama ada perasaan aneh karena segala sesuatunya baru. Ini seperti dilahirkan kembali," katanya sebagaimana dikutip Telegraph.

Seorang pengambil dadah dengan nama asli Pettway telah membesarkan White, kebanyakan masanya di Bridgeport, Connecticut, iaitu sekitar dua jam perjalanan dari New York. Pettway sekarang diperiksa FBI berkaitan dengan kes penculikan tersebut.

White, yang dibesarkan dengan nama Nedra Nance, mengatakan kepada keluarganya bahawa dirinya sering dipukuli ketika masih kanak-kanak. Tatkala remaja, dia mula merasa curiga dengan "ibu"-nya itu, terutama ketika si "ibu" tidak dapat menunjukkan sijil kelahiran apabila dia memerlukannya.

Ketika berlaku pertengkaran, Pettway akhirnya mengaku bahawa dia bukan ibu kandung White. Akan tetapi, dia menceritakan kisah yang bertentangan, termasuk bahawa ibu kandungnya seorang pecandu dadah dan telah meninggal dunia karena AIDS. White, menurut Pettway, telah diserahkan ibunya kepadanya.

"Saya selalu mencari hal-hal yang menjadi persamaan diantara kami, tapi saya tak menemui apa-apa persamaan dengan dia," kata White. Ia menambahkan, dirinya akhirnya menyedari bahawa ia tidak lansung mempunyai kemiripan fizikal dengan Pettway.

Setelah pindah ke Atlanta bersama anaknya yang berusia enam tahun, Disember lalu White menelefon "National Centre for Missing and Exploited Children" (Pusat Untuk Anak Hilang dan Teraniaya) dan mengatakan, "saya merasa sepertinya saya tidak tahu siapa saya."

Para penyelidik, yang rapat dengan kes terpanjang yang belum diselesaikan di daftar mereka, menunjukkan foto-foto White sebelum diculik, kemudian dicocokkan dengan foto-foto diri White ketika masih bayi, yang diambil oleh "keluarga"-nya.

Ibu kandungnya, Joy White, yang tak pernah memindahkan gambar anak perempuannya dari almarinya, dihubungi pada 5 Januari. Joy yang baru berusia 16 tahun ketika anaknya lahir diberi khabar yang membenarkan keyakinannya selama 23 tahun ini bahawa bayinya masih hidup.

Setelah melihat foto anaknya yang telah dewasa, ia menyatakan, "Saya terus tahu itu adalah dia. Saya sedang bekerja ketika itu. Saya menjerit dan menangis, lalu lari ke tingkat bawah."

Satu ujian DNA segera menegaskan bahwa Carlina White adalah anak perempuannya.

Carl Tyson, ayah Carlina, yang telah terpisah dari ibunya beberapa tahun lalu, secara kebetulan telah menghubungi pusat anak-anak hilang untuk memberitahukan alamat terbarunya. Dia menjadi bahagian dari percantuman keluarga itu di Bandar La Guardia, New York, Sabtu lalu.

Joy White mengatakan tentang penculik anaknya, "Saya ingin dia menderita. Saya ingin dia merasakan penderitaan sebagaimana yang saya alami selama 23 tahun."










Tiada ulasan: