Isnin, 17 Januari 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Rosmah Mansur sibuk mengalahkan menteri

Posted: 16 Jan 2011 10:26 PM PST



Biasa kita dengar perdana menteri atau menteri-menteri lain melakukan lawatan kerja ke luar negara atas urusan negara. Bukan sesuatu yang pelik kalau menteri melakukan lawatan kerja keluar negara. Tapi jadi pelik bila isteri PM buat kerja yang sepatutnya dilakukan oleh menteri.

Punyalah banyak menteri di dalam kabinet yang sememangnya diberikan jawatan dan diberikan gaji untuk mentadbir Malaysia oleh kerajaan, namun ada pula si penyebok yang masuk campur dalam urusan negara berlagak bagaikan menteri walhal tiada apa-apa jawatan yang disandang.

Dia ingat dia siapa? Apa jawatan Rosmah Mansor isteri Najib ini? Mengapa dia yang menyebok dan sentiasa sibuk mengalahkan menteri? Berapa gaji yang diberikan kerajaan untuk si pendek gemuk ini melakukan tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh menteri? Mungkin kerajaan patut potong gaji menteri berkaitan yang menyerahkan tugasnya kepada Rosmah.

Kalau nak sangat jadi menteri, nak sangat jadi ahli politik, masuklah bertanding Kak mah oi! Bukan menyebok buat kerja-kerja kerajaan berlagak mengalahkan menteri kemudian perabis duit rakyat duduk hotel-hotel mahal di luar negara atas alasan lawatan kerajaan.




ReJaM© "Jabatan Perdana Menteri sudah jadi syarikat perusahaan keluarga Rosmah"

Skandal Ummi Hafilda dan Tan Sri Muhammad Taib

Posted: 16 Jan 2011 01:12 PM PST



Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib atau lebih dikenali sebagai Mike Tyson buat perangai lagi. Naib Presiden UMNO ini pernah menggemparkan dunia sebagai seorang pemimpin Melayu yang handal - bapak rasuah dan kaki betina.

Baru-baru ini satu lagi skandal Mike Tyson terbongkar iaitu beliau mempunyai hubungan sulit bagi tujuan seks dengan Ummi Hafilda.

Pada 23 April 2001 ( Isnin) yang lalu, sekitar jam 9.00 pagi, isteri Tan Sri Muhammad Taib telah menyerang Ummi Hafilda di sebuah restoren di Sri Hartamas. Ummi yang baru selesai 'breakfast' dan sedang membuat pembayaran di kaunter, telah diheret ke dalam kereta dan diserang oleh isteri Tan Sri Muhammad Taib.

Ummi dilapurkan malu dan menangis kerana beliau diheret tangannya, dimaki hamun dan diserang oleh isteri Mike Tyson di hadapan khalayak ramai sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kenderaan. Telefon bimbit Ummi juga dirampas dan dilemparkan sehingga pecah dan berkecai.

Sejurus Ummi keluar dari kenderaan tersebut, muka Ummi didapati mempunyai kesan-kesan calar dan luka berkemungkinan akibat pertengkaran yang berlaku di dalam kenderaan isteri Mike Tyson.

Menurut sumber-sumber yang rapat dengan isteri Tan Sri Muhammad, hubungan suaminya dengan Ummi telah sekian lama dipantau sehinggalah pada 21 April 2001 (Sabtu) yang lalu apabila beliau dapat mengesan percubaan Ummi untuk menghubungi Tan Sri Muhammad Taib melalui telefon. Malangnya, panggilan tersebut telah dijawab oleh isteri Tan Sri Muhammad Taib sendiri dan beliau terus memaki hamun Ummi kerana menceroboh kebahagian rumah tangganya. [Tranungkite]




ReJaM© "Inilah perempuan yang mengaku mahu menyelamatkan Malaysia! kah kah kah..."

Isu azan, PM akan turut permintaan MCA?

Posted: 16 Jan 2011 11:30 AM PST

Naib Presiden MCA bagaikan menangguk di air keruh apabila meminta Perdana Menteri agar mengambil peluang untuk mengawal selia pembesar suara semua rumah ibadat sempena isu azan yang heboh baru-baru ini [Malaysian Insider].




Apakah rasionalnya untuk memperlahankan pembesar suara azan di masjid? Adakah semata-mata kerana aduan seorang peguam anti Islam yang mengaku sebagai ahli seumur hidup MCA ini, maka pembesar suara azan perlu dikawal selia?

ReJaM tidak mahu mengulas tentang pembesar suara dari agama lain, sepanjang ingatan ReJaM yang waras ini (sila betulkan kalau ReJaM silap), belum pernah ada lagi umat Islam yang membantah sebarang upacara dari agama lain kerana mereka sedar bahawa ajaran Islam melarang penganutnya untuk mengganggu agama lain.

Malah laungan azan yang hanya beberapa minit pada setiap kali waktu solat bukankah perlu dilaungkan sekuat mungkin agar dapat didengari oleh lebih ramai orang, sebagai seruan dan peringatan untuk menunaikan kewajipan rukun Islam yang kedua. Tidak wajar rasanya azan yang menjadi syiar Islam dikawal selia lantaran aduan peguam anti Islam ini. Takkanlah hanya kerana seekor nyamuk yang mengganggu telinga kita, maka telinga kita pula yang dipotong, mengapa tidak nyamuk itu sahaja yang ditampar?

Apalah gunanya Islam sebagai agama rasmi di Malaysia? Adakah hanya sekadar nama? Tanpa sebarang kelebihan? Malah sewenang-wenangnya dipersoalkan?

Selepas lebih 30 tahun masjid Al-Ikhlasia melaungkan azan tanpa dipersoalkan, datang seekor tenuk yang kononnya tidak dapat tidur kerana terganggu oleh laungan azan, kini datang lagi seekor tenuk yang lebih besar menangguk di air keruh.

Adakah Perdana Menteri akan menurut cadangan yang diberi oleh seekor tenuk?



ReJaM© "Lebih senang tampar nyamuk daripada potong telinga"

Normala Sudirman diumumkan sebagai calon PAS DUN Tenang

Posted: 16 Jan 2011 07:35 AM PST


Teka teki tentang calon yang bakal mewakili PAS di dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Tenang terjawab apabila PAS meletakkan calon wanita - Normala Sudirman - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Dataran Wayang Pacak di Labis.

Hadir memberi sokongan ialah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung PAS, serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain.

Normala (kanan) merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.

Normala adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini.

Beliau berbuat demikian kerana undang-undang pilihan raya melarang kakitangan kerajaan bertanding dalam pilihan raya.

Keputusan PAS meletak calon wanita di Tenang dilihat sebagai satu langkah untuk mensasarkan sokongan pengundi Cina yang merupakan 39 peratus pemilihan berdaftar di Tenang.

Pemilihan Normala juga akan membantu menyekat persepsi di kalangan bukan Islam yang mellihat PAS sebagai sebuah parti Islam konservatif yang mendiskriminasi terhadap wanita.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Walaupun lebih sedikit daripada separuh pengundi Cina menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dipercayai masih ada ruang untuk meningkatkan lagi sokongan mereka kali ini.

Terdapat kemungkinan Umno juga akan meletakkan calon wanita bertanding di Tenang. Pergerakan itu telah melobi pucuk pimpinan untuk meletakkan ketua Wanita Labis, Haslinda Salleh bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Calon BN akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon.[Malaysiakini]



ReJaM© "Selamat Maju Jaya Cikgu!"

Tiada ulasan: