MiLo SuaM |
Isu azan, imam masjid atau menteri yang menipu? Posted: 15 Jan 2011 01:03 PM PST Masih lagi dengan isu aduan yang dibuat oleh seorang peguam bukan Islam agar suara azan di sebuah masjid kira-kira 1 Kilometer dari rumahnya diperlahankan kerana disifatkan mengganggu tidurnya di waktu pagi. Peguam yang mengaku ahli MCA seumur hidup di dalam surat aduannya itu telah mencetuskan ketegangan sehingga membawa kepada demonstrasi pada hari Jumaat lalu di hadapan masjid berkenaan. Sebelum ini di dalam laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini, ketua imam masjid tersebut Mahadi Abdullah mendakwa terpaksa memperlahankan laungan azan pada setiap kali masuk waktu solat, malah hanya menggunakan pembesar suara di dalam masjid semasa khutbah Jumaat berikutan arahan dari pihak atasan [Malaysiakini]. Namun begitu di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jabatan Perdana menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan isu azan ini sekadar mainan politik pihak tertentu untuk melaga-lagakan umat islam dan orang bukan Islam. Malah beliau mendakwa pihaknya (pihak atasan) tiada mengeluarkan arahan untuk memperlahankan laungan azan di masjid tersebut [Malaysian Insider]. Apa yang menjadi persoalan di sini, terdapat percanggahan antara dua kenyataan imam masjid dan kenyataan menteri di jabatan Perdana menteri. Seorang kata dapat arahan dari pihak atasan untuk memperlahankan azan (imam), manakala seorang lagi mengatakan tiada arahan (Jamil Khir). Adakah imam masjid sengaja menipu orang ramai ataupun Jamil Khir yang menipu? Seorang ahli politik yang mempunyai kepentingan di dalam menjaga nama baik Barisan Nasional, manakala seorang lagi imam masjid yang sering kali berulang alik ke masjid setiap hari di waktu pagi dan petang yang tentunya harus dipandang sebagai orang yang beriman sesuai dengan hadis Rasulullah, "Apabila kamu melihat seseorang pergi dan pulang dari masjid, saksikanlah bahawa dia adalah beriman" (Hadith Riwayat At Tirmidzi dan Ibnu Majah) ReJaM© "Bila terdapat dua kenyataan yang bercanggah seperti ini, salah seorang adalah penipu!" |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan