Ahad, 16 Januari 2011

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


Anwar: PAS Lebih Hebat Perjuang Melayu dan Islam Berbanding Umno

Posted: 15 Jan 2011 05:00 PM PST

Ditulis oleh Radzi Razak
15/01/2011


KEMAMAN 15 JAN : PAS adalah parti yang lebih baik dalam membela nasib rakyat Melayu kerana UMNO hanya memperjuangkan kepentingan pemimpin tertentu serta kroni mereka, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu mendedahkan UMNO terpaksa mengkitar semula retorik ketuanan Melayu untuk menarik sokongan pengundi Melayu bagi menangkis sokongan rakyat yang semakin mantap, khususnya di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

"PAS lebih konsisten dalam hal Melayu (berbanding UMNO) kerana bila PAS membicarakan hal ini, melibatkan kepentingan masyarakat Melayu dan juga kepentingan Islam di negara ini.Rakyat tidak harus terpedaya dengan dakyah baru (UMNO) ini.," dalam membawa isu ketuanan Melayu, kata Anwar dalam Pidato Khas selepas Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat! PAS ganti UMNO di Kampung Geliga Kecil di sini hari ini.

Himpunan Kebangkitan Rakyat hari ini mengumpulkan hampir 10 ribu rakyat dari seluruh pelusuk Terengganu dan negeri lain memberi sokongan dalam proses memulakan gelombang rakyat bagi menumpaskan UMNO BN dalam pilihan raya akan datang. Anwar berkata UMNO melalui media kawalannya sering bertindak menyebarkan dakyah kononnya kedudukan orang Melayu akan terjejas jika Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.

Beliau berkata taktik itu adalah cubaan terdesak sebuah parti untuk terus berpaut kepada kuasa walau dengan apa cara sekali pun. "Yang mahu kita tonjolkan ialah orang Melayu. Ramai daripada mereka miskin dan susah. Kita bukan untuk kayakan segelintir kroni.Tapi bila UMNO terdesak, mereka akan guna semula isu Melayu ini," kata Anwar.

Anwar mengingatkan rakyat Terengganu agar bersedia untuk melakukan perubahan setelah menilai kedudukan mereka di bawah pemerintahan UMNO. "Negara kita baik dari segi politiknya, rumit. UMNO tiada pilihan lain selain merujuk semula pada ketuanan Melayu."/TVnews

TAHNIAH PAS - KERAJAAN PR SELANGOR SEMAKIN POSITIF

Posted: 15 Jan 2011 07:35 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH dan syabas kita ucapkan kepada YB Dr Hassan Ali selaku Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Exco Agama Selangor. Ucapan ini saya ucapkan kepada beliau kerana beliau telah melaksanakan tugas dan amanahnya sebagai orang Islam, pemimpin PAS serta Exco yang bertanggungjawab menasihati Kerajaan Negeri Selangor terutamanya di dalam isu yang melibatkan Islam.

Meskipun kita sedar bahawa Kerajaan Negeri Selangor ditadbir oleh PR iaitu dari PKR, namun PAS sebagai salah satu sekutu PR mestilah turut memainkan peranannya. Di dalam isu di mana Majlis Perbandaran Subang Jaya telah menguatkuasakan larangan umat Islam bekerja di tempat menjual minuman keras ianya telah mendapat sokongan kuat dari PAS Selangor. Walaupun larangan tersebut ditarik balik oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Ronnie Liu namun bagi saya isu tersebut belum berakhir.

Apa yang penting, PAS telah pun berperanan di Selangor. Ini bukti jelas bahawa PAS tidak membelakangkan dasar parti tersebut. Kita yakin, apa yang diminta oleh PAS dan kita semua akhirnya akan terlaksana walaupun mengambil sedikit masa. Buktinya, terbaru MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah meminta agar diadakan tabung khas dan jawatankuasa khas bagi mencari dana atau alternatif agar semua pekerja Islam yang masih bekerja di kedai penjualan arak di Selangor dapat ditugaskan ke tempat lain yang halal bagi mereka.

Ini satu pendekatan positif daripada tidak melakukan apa jua sepertimana kerajaan Umno/Bn memerintah. Pendekatan dakwah juga terus berjalan agar setiap umat Islam disedarkan tentang pencarian rezeki secara halal. Amat baik sekali jika semua negeri di bawah PR melakukan seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Kita yakin, jika perbincangan dan dialog terus dilakukan di antara PAS dan Kerajaan Negeri maka apa yang terbaik akan dapat dihasilkan. Peraturan larangan bekerja di kedai penjualan arak mahupun judi kepada orang Islam sebenarnya tidak merugikan sesiapa. Justeru itu, sewajarnya Kerajaan Negeri Selangor menerima peraturan ini. Tahniah buat PAS Selangor./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: