Rabu, 12 Januari 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Penduduk Cina bantah Azan di Masjid Pantai Dalam

Posted: 11 Jan 2011 08:17 PM PST

Kalau dah namanya bukan Islam, macam biasalah perangainya menolak Islam mungkin juga anti Islam. Mereka ini benci dan anti Islam kerana mereka tak cukup paham tentang Islam. Kalau mereka paham Islam dah lama mereka tukar agama masuk Agama Islam. Di bawah ini bukti salah seorang penyokong tegar MCA yang anti Islam.

Seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA dari Pantai Hill Park tidak berpuas hati dengan berkumandangnya azan di Masjid Al-Khadijah Pantai Dalam. Nama cina MCA tersebut ialah NG KIAN NAM yang beralamat di No. 1-21-4, Phase 2, Pantai Hill Park, Pantai Dalam, 59600 Kuala Lumpur dan boleh dihubungi melalui HP: 012-6973840 dan email: wu_jiannan79@yahoo.com

Beliau telah menulis surat kepada PM Najib, Hishamuddin, Raja Nong Chik, Jamil Khir, Nazri Aziz dan Koh Tsu Koon pada 20 Dis 2010 yang lalu dan telah pun dihantar melalui fax dan email.

Segala butiran telah diberikan, sekiranya anda para pembaca tidak yakin dengan surat ini anda boleh hubungi sendiri butiran yang telah diberikan. Di bawah ini surat yang dimaksudkan. Sila klik untuk membesarkan imej.







Sumber: Payahsungguh
ReJaM© "Apapun Ahli MCA yang anti Islam ini beruntung kerana dia telah diampunkan oleh pejuang ketuanan Melayu demi menjaga nama baik gerombolan"

Pendidikan Seks kanak-kanak sangat penting

Posted: 11 Jan 2011 05:33 PM PST



Sebelum ini sebuah potal berita luar negara telah melaporkan tentang rancangan merapu kerajaan untuk memberikan pendidikan seks kepada kanak-kanak berusia 6 tahun. Sekali imbas mungkin berita ini menimbulkan kemarahan ibu bapa dan orang ramai yang memikirkan akibat yang bakal ditanggung memandangkan sudah begitu banyak kes-kes gejala sosial dan buang bayi saban hari.

Mana tidaknya, kanak-kanak yang belum pandai menahan kencing mahu diajar pendidikan seks. Memang tak masuk akal!

Namun dari satu sudut lain, mungkin rancangan kerajaan ini ada kebaikkannya bagi mengelakkan kejadian lebih buruk seperti pensan dan kegagalan mendapatkan cahaya mata. Apa kebaikkannya? Malas nak tulis panjang-panjang korang baca sendiri keratan akhbar berikut. Jangan menangis pulak, ini cerita betul bukan main-main. Sila klik gambar berikut untuk membaca.




Sumber: ISA
ReJaM© "Ada juga manusia macam Rahman ni kat Malaysia kah kah kah..."

Siapa sokong Pakatan Rakyat aku pecat!

Posted: 11 Jan 2011 04:51 PM PST


Inilah jadinya bila jaguh rasuah dilantik jadi kepala. Punyalah banyak orang lain yang lebih suci, lebih layak dan lebih sesuai dilantik menjadi ketua untuk menguruskan warisan kebanggaan Ketuanan Melayu, si kaki rasuah ini juga yang dilantik. Mungkin inilah calon paling baik untuk menerajui Felda yang boleh dipercayai, kerana calon-calon yang lain mungkin lebih korup dari Isa Samad.

Belum apa-apa dah buat kenyataan merapu, Siapa-siapa pegawai Felda yang menyokong Pakatan Rakyat akan dipecat! Ini negara apa ni? Negara demokrasi milik rakyat atau geran tanah Malaysia ini milik UMNO? Sejak bila pegawai kerajaan diwajibkan untuk sokong UMNO dan Barisan Nasional?

Inilah akibatnya bila orang yang tak layak dilantik jadi ketua. Mungkin ada pembaca yang pelik mengapa agaknya Isa Samad yang sudah terpalit taik dengan isu rasuah ini diberikan layanan istimewa walhal si perasuah ini sepatutnya sudah lama dikuburkan dari sebarang jawatan bersama-sama dengan skandal rasuahnya.

Mengapa? Jawapannya mudah sahaja, Isa Samad inilah hero abang Najib isterinya si kak Ros, kalau korang tak percaya boleh tanya dengan orang negeri sembilan. Lagi elok tanya dengan orang Cina Negeri Sembilan kenapa Najib sentiasa bela dan beri layanan istimewa kepada Isa Samad? Apa yang membuatkan Najib menganggap Isa Samad sebagai heronya?

Nak tahu jawapan? Klik sini Isa Samad Hero Najib




ReJaM© "Mana boleh lawan cakap hero, nanti hero bongkar rahsia satu sen tak guna"

Nazri cabar anwar debat isu APCO

Posted: 11 Jan 2011 02:08 PM PST



Biasanya bila ajak berdebat, apa saja isu, dengan Anwar Ibrahim pemimpin-pemimpin kerajaan akan lari lintang pukang dan mencipta pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripada berdebat dengan Anwar Ibrahim yang petah berkata-kata dan bijak mengeluarkan fakta.

Tengok sahajalah sebelum ini, berbuih-buih (bukan melawak memang keluar buih betul tak percaya boleh tengok video debat tersebut) mulut Shabery Chik nak patahkan hujah Anwar Ibrahim di dalam debat terbuka isu minyak yang disiarkan secara langsung di Televisyen. Akhirnya kerana tidak mampu menangkis hujah Anwar Ibrahim, Shabery Chik memilih untuk menyerang peribadi Anwar Ibrahim dan terpaksa akur dengan kedangkalan hujahnya.

Namun kali ini apabila Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri Najib untuk berdebat, isu ekonomi bagi membuktikan perancangan ekonomi siapa yang lebih baik untuk kesejahteraan rakyat, tiba-tiba hulubalang-hulubalang kerajaan yang dulu menyorok di balik semak, terlompat-lompat untuk mempertahankan Najib.

Apapun ini satu berita baik! Selama ini Anwar Ibrahim sibuk mengajak pemimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk berdebat, sorang pun tak berani tampil. Kali ini Nazri pula yang mengajak Anwar untuk berdebat! Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, pucuk dicita ulam yang tiba, Kita tunggu jawapan balas daripada Anwar Ibrahim berhubung cabaran ini.

Harap perdebatan ini akan diadakan secara terbuka, dan disiarkan di stesen Televisyen arus perdana agar semua rakyat Malaysia dapat melihat sendiri dan mengetahui sendiri siapa itu APCO! Siapa itu Yahudi di sebalik APCO!

Adakah Anwar berbohong? Atau Kerajaan Najib denagan bantuan penasihat Yahudinya yang menyembunyikan fakta sebenar? Kita tunggu dan lihat. Selepas itu harap Najib akan turun pula berdebat dengan Anwar Ibrahim isu ekonomi. Jangan lari pulak!



Sumber: mStar
ReJaM© "Umpan Anwar untuk mengajak pemimpin BN berdebat sudah mengena, harap debat diadakan sebelum PRK Tenang"

Rosmah Mansur jadi bahan jenaka di Twitter PM

Posted: 11 Jan 2011 01:00 PM PST


Twitter Perdana Menteri Najib Tun Razak jadi bahan lawak jenaka pengunjung apabila Najib memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk bertanyakan soalan secara langsung kepadanya semalam.

Banyak gembar-gembur isu, suara kekecewaan, malah tidak kurang juga tulisan yang menggelikan hati yang timbul hari ini di Twitterjaya - nama jolokan untuk komuniti blog mikro Twitter di Malaysia.

Tulisan berkenaan timbul berikutan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membuka ruang selama sejam untuk menerima soalan-soalan ke laman berkenaan bermula jam 4.30 petang ini.

Najib meminta pengguna Twitter mengemukakan soalan itu melalui label (hashtag) #tanyanajib dan akan "mengambil kira" semua soalan yang diajukan.

Selain Twitter, Najib juga membuka ruang sama di laman sosial Facebook beliau.

Berikutan itu, Najib menerima soalan bertalu-talu daripada para pengguna laman sosial berkenaan sehingga beliau melanjutkan masa untuk menerima soalan yang diajukan.

"Memandangkan respon yang menggalakkan, saya memanjangkan masa #tanyanajib hingga ke 6ptg, supaya anda semua boleh mengajukan soalan," kata Najib kepada lebih 57,000 pengikutnya di laman tersebut.

Langkahnya itu juga membolehkan label #tanyanajib muncul dalam senarai sepuluh trend Twitter paling popular.

Populariti itu bagaimanapun masih belum mengatasi rekod tulisan Twitter untuk penjaga gol kebangsaan Fahmi Che Mat yang menjadi tersohor ketika perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 bulan lalu.

Bagaimanapun, ramai di kalangan pengguna Twitter mengambil peluang hari ini untuk menjadikan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai bahan jenaka.

Ada yang menimbulkan isu gaya rambut Rosmah, dan tidak kurang juga yang menimbulkan persoalan berhubung kematian tragis wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Pengguna yang lebih serius pula ada di kalangannya yang menimbulkan isu kos sara hidup, undang-undang yang menindas serta tahap perkhidmatan pengangkutan awam dan pendidikan.

Menurut pejabat perdana menteri, Najib akan menjawab soalan terpilih melalui satu siaran video di laman YouTube.



sumber: Malaysiakini


ReJaM© "Kalau nak tangkap semua pengguna yang melawak di Twitter Najib boleh meletup ISA dan penjara kah kah kah"

Tiada ulasan: