Selasa, 4 Januari 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Mangsa rogol menteri takut dibom seperti Altantuya

Posted: 03 Jan 2011 05:01 AM PST


Portal Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa NGO Indonesia yang memperjuangkan kes dakwaan rogol oleh seorang menteri kabinet semasa pentadbiran mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata mangsa dan keluarganya merayu agar identiti mereka dirahsiakan.

Ini kerana mereka bimbang impak skandal itu ke atas mereka dan kemungkinan menteri berkenaan yang kini berkhidmat di bawah pentadbiran perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai kesan kepada mereka meskipun berada di Indonesia.

Menurut sepucuk surat yang didakwa ditulis oleh adik perempuan mangsa - yang disiarkan di beberapa blog - dan dihantar ke kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, kejadian rogol itu terus dirahsiakan kerana "menteri berkenaan mempunyai banyak wang dan kenalan di Indonesia."

"Adalah dikhuatiri sesuatu akan berlaku kepada keluarga dan kakak saya seperti yang berlaku dalam kes Altantuya di Malaysia," petik surat yang ditulis pada pertengahan 2007 itu yang merujuk kepada pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.






ReJaM© "Malang betul kena rogol dengan menteri, dah la kena rogol, silap-silap mati kena bom pulak!"

Wikileaks-Iran mampu letupkan Israel dalam masa 12 minit

Posted: 03 Jan 2011 03:49 AM PST

Sebuah laman web yahudi JewishJournal semalam (2 Jan) melaporkan satu lagi kebocoran maklumat oleh Wikileaks bersumberkan kabel diplomatik Amerika Syarikat yang mendedahkan bahawa Iran memiliki lebih 300 peluru berpandu yang mampu sampai ke Israel dalam masa 12 minit sahaja.

Laman yahudi itu juga melaporkan bahawa Hezbullah memiliki lebih 40, 000 roket yang mampu menyerang seluruh Israel.




ReJaM© "Israel laknatullah!"

Khairy Jamaludin mahu bersara dari politik

Posted: 03 Jan 2011 02:30 AM PST



Menantu bekas Perdana Menteri, Khairy Jamaludin yang sering diserang oleh blogger-blogger mesra Barisan Nasional hari ini meluahkan hasratnya untuk bersara dari politik menjelang pilihan raya umum 2011 ini. Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO itu dilihat sangat sukar untuk lebih maju di dalam karier politiknya memandangkan ramai musuh-musuhnya di dalam UMNO sendiri. Ketua Pergerakan Pemuda, namun tiada jawatan menteri, maka elok sangatlah Khairy Jamaludin bersara sahaja, zaman pak mentua sudah berakhir.

SHAH ALAM - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membayangkan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu disuarakan di laman Twitternya berbunyi "Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN (Barisan Nasional) pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik. Tidak sabar."

Kenyataan tersebut mendapat respon hebat daripada para pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada Ahli Parlimen Rembau itu tidak akan mempertahankan kedudukannya kelak.

"Saya ingin 'menarik diri' seperti perumpamaan di United Kingdom. Beberapa perkara mahu saya lakukan sebelum terlambat."

Beliau bagaimanapun tidak menjawab mengenai tempoh 'rehat'nya dari politik.

"Belum tahu (tempoh masa). Tak pasti apa yang akan saya lakukan. Beberapa perkara saya mahu lakukan seperti menyambung pelajaran," katanya.

Khairy sebelum ini pernah menyebut tentang kemungkinan untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Rembau menerusi satu temu bual bersama portal berita pada Julai lalu.

Ketika itu, beliau memperjelaskan kenyataannya pada sehari sebelum, yang mengatakan dia hanya mempertimbangkan kemungkinan tersebut dan belum lagi membuat keputusan berhubung perkara itu.

Khairy memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan undi sebanyak 26,525 mengalahkan Badrul Hisham Shaharin (PKR) sebelum mengumumkan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO



ReJaM© "Selamat jalan Khairy Jamaludin"

Tiada ulasan: