labun KulupSakah... |
| part 2: jangan pandang kiri - siri tegak bulu kening Posted: 26 Jan 2011 08:51 AM PST ..sesekali 'perempuan' itu melempar batu-batu kecil ke arah kami sambil ketawa. kalau siang tadi aku bertekad akan mengambil kesempatan melihat bagaimana rupa hantu, malam ini aku gagal. aku cuma mendengar dan aku fikir lebih baik aku tak melihatnya. rumah long peah jika bulan terang memang nampak seram. seisi kampung maklum akan hal itu. pokok kundang di belakang rumah yang tinggi jika malam bulan terang akan kelihatan seperti bentuk kepala monyet yang mengangakan mulut hendak menelan rumah tersebut. kami menuju ke beranda. sruuppp!!... aku hanya terdengar bunyi sesuatu yang merangkak berlari di sebalik pokok puding. "bajang tadi tu..botak macam toyol." mat korea berbisik sambil menguit telunjuknya ke lenganku. aku tak berapa mahir jenis-jenis hantu malah perkataan bajang pun dah lama aku tak dengar. mujur aku tak nampak. perempuan tadi entah ke mana menghilang. tengkuk aku rasa sejuk seperti ditiup seseorang. aku rasa yang lain pun seperti aku juga. kami masuk ke dalam rumah. lampu suluh kutan makin malap dan tiba-tiba terpadam. kutan mengetuk-ngetuk. "celaka! bateri baru ni.." dengan bantuan pemetik api, lias menyalakan lilin. ...... "ok, kita mula.." kata yut. aku hairan kenapa kaki ekor harus buat kerja2 ini padahal bukan kena pun. "minggu lepas nyaris kena, miss satu mata je" kata lias siang tadi. ...... pelita bersumbu kapas darah orang mati kemalangan dinyalakan. aku tak mahu tulis mentera yang diratibkan tapi aku dan mat korea tak beratib dan tak pula baca ayat quran untuk kacau kerja sial ni seperti yang pernah kami lakukan. kami nak tengok sejauh mana akan terjadi. setakat ini aku rasa aku dah hampir demam dan sedikit kesal menyertai. ....... angin kuat tiba-tiba menerpa daun tingkap. kami terkejut. lias meletak jari telunjuk ke bibir. ya! aku dapat dengar jelas suara lelaki mengerang kesakitan datang dari arah dapur yang gelap..semakin jelas dan semakin hampir.. (waktu menaip ni aku terasa sesuatu, stop dulu) |
| You are subscribed to email updates from KulupSakah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan