Khamis, 27 Januari 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


PRK Tenang - Cahaya Kemenangan PAS Kian Teserlah

Posted: 27 Jan 2011 01:30 AM PST

DUN TENANG; 20% pengundi Buat Pusingan ''U" BN Kalah

"PRK DUN Tenang. Situasinya BN/UMNO/APCO Tenang miliknya asalnya mudah 2008 PRU12. Kaum Melayu tidak mudah berubah terutama kawasan "BERFELDA".


Pengundi ketiga kawasan Felda Tenang, Felda Chemplak, Felda Chemplak hanya sekitar 18% hingga 20% mengundi parti pembangkan (PAS). Secara rengkasnya 98.55% dari 4,118 PENGUNDI PANGKAH BARISAN NASINAL @ UMNO/APCO.

PAS @ PAKATAN RAKYAT perlu mendapat undi kaum Felda sebanyak tambahan 10% . Sifirnya sebanyak 25% hingga 28% pengundi Felda pangkah PAS. Jika situasi ini berlaku Di DUN Tenang, PAS boleh menang mudah. Sanggupkah kaum FELDA membuat perubahan?.

Kawasan kampung majoriti kaum Melayu yang serdahana pendapatan atau mungkin berada dalam kepompong yang dirancang"miskin pendapatan" oleh UMNO/APCO hanya pangkah PAS 20% hingga 30%. Seperti Kg. Rendong, Kg. Air Panas, Kg. Sawah Baru. Kesedaran politk dan isu tidak diambil peduli oleh mereka. PAS memerlukan tambahan 15% hingga 20%. Atau 30% pengundi kaum Melayu beralih arah pangkah PAS. Peluang PAS tawan Tenang lagi mudah. Sanggupkah kaum Melayu di kampong tersebut beralih arah?. Sedikit sukar.

Pengundi Ladang Dato' dan ladang Labis Utara majritinya pengundi China dan India. Jika 30% pengundinya pangkah PAS. Peluang PAS cukup baik tawan Tenang. Apabila ditanya secara rawak pengunditetap memberi undi kepada UMNO/APCO @BN. Jawapanmudak kesederan plitk dan isu tidak diambil pedu;i hanya termakan momokkan pemerintah BN/UMNO/MCA.MIC.

Tumpuan yang menjadi teras utama pengundi yang agak baik dan boleh mebuat keptusan yang mengejutkan. Seperti Labis Timur, Labis Tengah, dan Tenang Station. Kaum China mendominasi pengundi. Tahun 2008 70% pangkah BN/UMNO/APCO.

Jka kaum China membuat pusingan "U" di DUN Tenang 15% hngga 20% dari 5,766 orang calun BN memang kalah dan tersungkur mati. Kedua jika berlaku kesedaran politik dan isu bagi generasi muda atau pengundi berumur sehingga 40 tahun terutama kaum Melayu pangkah PAS. Dun Tenang Milik CIKGU MALA.

Hanya perubahan minda dan sikap serta faham politik dan isu bagi kaum sejenis dengan saya yang dikatakan Melayu amat sukar berubah terutama kawasan yang menjadikan UMNO sebagai ugama dan anutannya.

SYABAS CIKGU MALA . ANDA WIRA, PEJUANG, WANITA SOLEHAN, KAMI NOBATKAN CIKGU MALA SERIKANDI ISLAM. ANDALAH PEMIMPIN ISLAM DALAM PAS. BERUNTUNG MUSLIAT PAS MEMILIKI INSAN YANG BERNAMA CIKGU MALA.

Penutup bicara DUN Tenang sekalung restu kepada suami Cikgu Mala, anak-anak , ayah dan ibu Cikgu Mala dan suami serta semua keluaganya memberi sokngan dan dorongan yang tidak berbelah bagimenyahut seruan perjuangan dalam Islam dalam harakah PAS yang penuh ranjau, duri serta difitnah oleh kaum sama dengan kita dan dihina oleh kaum yang lain.

Akhinya kami selagi lagi mengucapkan salam sejahtera kepada semua pemimpin PAS dan penyokong dan petugas PAS dan Pakatan Rakyat mencurah keringat dan menghadapi kepayahan dan kesusahan semasa berkempen.

Untuk sidang TKO dan semua petugas serta TKO bertugas tanpakira waktu dan masa kami ucapkan ribuan terimakseh. Salam sejahtera dari kami. - TKO

Muhyiddin Tewas Dengan 'PARIAH'

Posted: 27 Jan 2011 01:12 AM PST

TPM: Interlok kekal tetapi bahagian sensitif dipinda

Novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India, demikian diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.

"Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini.

Muhyiddin berkata panel itu akan dianggotai pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan dan wakil Dewan Bahasa dan Pustaka serta wakil masyarakat India.

"Saya menjangkakan pindaan ini akan dapat dibuat dalam masa yang terdekat," katanya.

Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah.

Sementara pindaan itu disiapkan, beliau berkata Kementerian Pelajaran akan mengarahkan guru-guru untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dengan menggunakan silibus yang sedia ada untuk tidak menjejaskan pembelajaran murid.

"Saya percaya kita mempunyai masa yang cukup untuk membuat pindaan secara teliti supaya tidak timbul lagi sebarang pertikaian mengenai novel Interlok selepas ini," katanya.

Muhyiddin Dan Noh Omar Dangkal - Faekah

Posted: 26 Jan 2011 08:26 PM PST

Kedua-dua Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Noh Omar didakwa memperlihatkan "kedangkalan ilmu" apabila meminta Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan menteri besar hanya kerana usaha meminda perlembagaan negeri gagal memperoleh undi dua pertiga Isnin lalu.

"Kenyataan yang dilakukan tanpa berpandukan kepada fakta dan undang-undang menampakkan kedangkalan ilmu seseorang.

"Malang sekali ia dikeluarkan oleh seorang yang masing-masing bergelar timbalan perdana menteri dan menteri kanan persekutuan," kata Setiausaha Politik kepada Khalid Faekah Husin dalam satu kenyataan hari ini.


Semalam, Khalid telah menolak keras gesaan Muhyiddin, timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno, agar beliau meletakkan jawatan Menteri Besar Selangor ekoran kegagalan kerajaan negeri meminda perlembagaan negeri.

Noh juga melahirkan pendirian yang sama sebelum ini.

"Beliau (Muhyiddin) tidak baca undang-undang Parlimen," kata Khalid menjawab kenyataan sehari sebelum itu di Brunei bahawa seseorang menteri besar yang gagal mendapat sokongan majoriti dalam sidang Dewan Undangan Negeri patut meletak jawatan.

Mengulas lanjut kenyataan Muhyiddin dan Noh, Faekah menyindir, pelajar undang-undang pun maklum bahawa mengikut perlembagaan hanya satu sebab yang memberi alasan untuk memaksa seorang ketua kerajaan meletakkan jawatan.

Noh juga merupakan timbalan pengerusi Umno Selangor.

"Ini disebut dalam Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan yang mana apabila ketua kerajaan berkenaanhilang sokongan majoriti dalam Dewan. Peruntukan yang sama diulang oleh semua undang-undang tubuh negeri di Malaysia," katanya.

Oleh itu kata Faekah, adalah jelas di Dewan Negeri Selangor pada 24 Januari lalu, Khalid masih mempunyai sokongan majoriti Adun.

Katanya, ia bukan sekadar majoriti mudah atau majoriti biasa walaupun ia bukan majoriti dua pertiga.

"Sokongan yang miliki Tan Sri Khalid Ibrahim ialah 34 daripada 55 ahli Dewan.

"Kita tidak hairan apabila kedua-dua menteri tersebut sanggup merendahkan tahap pengetahuan kerana Umno mahu lari dari isu pokok yang sepatutnya menjadi asas perbincangan," katanya.

Faekah menambah, rakyat jelas melihat bagaimana Umno sanggup lari daripada tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negeri dan Raja-raja Melayu.

"Malu dengan tindakan biadab mereka tersebut lantas cuba memesongkan dan mengalihkan isu sebenar dengan meminta sesuatu yang sememangnya mereka tidak mempunyai hak.

"Pada mereka semuanya adalah politik kampungan sedang kita begitu serius dalam agenda mempertahankan maruah negeri yang mendapat dokongan rakyat," katanya.

Faekah juga berkata kerajaan negeri bersedia menyelesaikan kerenah persekutuan sejak 1993 yang gagal dikesan oleh Umno Selangor sejak sekian lama.

Jelasnya, pindaan perlembagaan yang dicadangkan oleh kerajaan negeri gagal kerana Umno-BN enggan menyokong. Kami bersangka baik yang mereka komited dengan cita-cita mempertahankan kedudukan dan peranan Raja-raja.

"Rupa-rupanya Umno-BN hanya menanam tebu di bibir.

"Mereka hipokrit; bertopengkan (slogan) rakyat didahulukan dan 'Daulat Tuanku', namun membenarkan kedaulatan negeri dirobek persekutuan," katanya.

Bagaimanapun ujar Faekah, meskipun kerajaan negeri gagal meminda perlembagaan, namun masih melihatnya sebagai satu hikmah.

"Rakyat dapat melihat dengan jelas kepura-puraan Umno selama ini.

"Apatah lagi perilaku Ketua Pembangkang Umno pada hari tersebut tidak ubah seperti badut sarkas yang membuat lawak di sepanjang sidang Dewan. Bukan sahaja amat memalukan dengan kehadiran tetamu luar termasuk daripihak istana, lebih menjolok mata lagi ia telah merendahkan martabat institusi Dewan, institusi tertinggi negeri Selangor. Umno akan selamanya terhalang dari segi moral untuk memperkatakan soal mempertahan maruah negeri dan rakyat Selangor apatah lagi kedaulatan Raja-raja Melayu," katanya.

Beliau juga berkata, hakikatnya meskipun Pakatan Rakyat sedih kerana gagal mengembalikan hak negeri dan Sultan, namun Umno jauh "lebih mengecewakan" apabila wakil-wakil rakyat mereka telah menunjukkan mutu pemikiran dan hujahyang sangat rendah.

"Apatah lagi bukan sahaja rakyat Selangor yang melihatnya tetapi seluruh dunia kerana sidang mesyuarat tersebut disiar secara langsung ke seluruh dunia," katanya. - MI

PRK Tenang - Derhaka Jika Emak Umno Anak PAS

Posted: 26 Jan 2011 07:50 PM PST

Satu lagi pegangan dan ajaran songsang umno yang ditarbiahkan kepada bloggers belaan mereka.


Calon Pas Anak Derhaka ?

Ibu kepada Normala Sudirman, calon Pas di Tenang bernama Mumini Yahya. Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, ibu Normala adalah seorang ahli Umno yang masih aktif .


Mungkin ada dikalangan juak-juak Pas akan berkata , dia dah lama sokong Pas cuma Umno yang tak buang namanya. Oh tidak..... kalau ada yang beranggapan begitu ternyata mereka silap. Ibunya masih aktif bersama Umno, buktinya pada tahun 2010 beliau masih lagi datang ke mesyuarat cawangan Umno di tempatnya.

Nama : Mumini Bt Yahya
No keahlian Umno : 01117148
Cawangan : Felcra Sekijang
Bahagian : Sekijang
Negeri : Johor

Mak Umno, anak Pas, apa cerita tu? Biasanya kalau emak Umno, dan anak pula Pas, persengketaan dan perbalahan antara anak dan emak tidak dapat dielakkan. Tambahan pula, Normala Sudirman memang aktif dengan Pas sejak sekian lama.

Blog Pencacai Umno

Bukan PAS, tapi mahkamah sahkan calon BN salah

Posted: 26 Jan 2011 06:25 PM PST

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim hakikatnya telah disahkan bersalah oleh mahkamah kerana melelong tanah secara tidak sah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Melelong tanah secara tidak sah bukan sahaja tidak mengikut prosedur malah adalah satu kesalahan dan oleh sebab itulah Mahkamah Tinggi Muar memerintahkan dikembalikan tanah itu kepada pemiliknya, Mansor Mohamad bersama kos pada 2008.

"Jika tindakan melelong itu sah, mengikut prosedur dan bukan satu kesalahan, mahkamah tidak akan memerintahkan tanah itu dikembalikan," katanya.


Mahfuz menyeru rakyat Tenang menolak Mohd Azahar yang telah disahkan melakukan kesalahan oleh mahkamah dan memilih calon PAS, Normala Sudirman.

"Normala bukan sahaja bersih dari tuduhan penyalahgunaan kuasa seperti yang sedang dihadapi oleh Mohd Azahar malah calon PAS di Tenang itu pernah diiktiraf sebagai guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran," katanya.

Mohd Azahar kini adalah defendan pertama dalam tuntutan saman Norhana Mohd Ali yang telah terpedaya membeli tanah Mansor yang dilelong secara tidak sah itu.

"Akibat penglibatan Mohd Azahar melelong tanah dengan cara yang didapati salah oleh mahkamah itu, kerajaan dan rakyat kini menghadapi risiko menanggung kerugian kira-kira RM1.5 juta," kata Mahfuz.

Norhana menuntut gantirugi berjumlah kira-kira 1.5 juta dan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Norhana ke atas calon BN di Tenang itu dan tiga yang lain pada 7 Februari 2011 ini.

"Dari segi integriti, Mohd Azahar hakikatnya tidak ada integriti kerana beliau sebelum ini mendakwa apa yang dilakukannya mengikut adalah prosedur dan kes lelongan tanah itu telah selesai.

"Kalau mengikut prosedur, mengapa mahkamah mengesahkan kesalahan beliau terlibat dalam lelongan tanah secata tidak sah dan jika selesai, mengapa pula ada tuntutan berkaitan tanah itu yang akan didengari mahkamah pada 7 Februari ini?" Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan.

Kalau sebagai pentadbir tanah pun beliau telah menghadapi tuduhan menyalahgunakan kuasa dan disahkan pula oleh mahkamah melakukan kesalahan, Mahfuz mengingatkan para pengundi di Tenang tentang kemungkinan bahaya lebih buruk yang akan dihadapi oleh rakyat dan kerajaan jika Mohd Azahar mendapat kuasa lebih besar hasil kemenangannya dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Dengan kuasa hanya sebagai pentadbir tanah sahaja Mohd Azahar bukan sahaja telah memburukkan imej kerajaan malah mengakibatkan rakyat dan kerajaan menanggung risiko kerugian kira-kira RM1.5 juta, bayangkan kalau beliau mendapat kuasa lebih besar jika beliau menang pilihan raya kecil Tenang," beliau mengingatkan.

Pinda Akta Cetak: Najib Lebih Dahsyat Berbanding Mahathir

Posted: 26 Jan 2011 05:32 PM PST

Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan melahirkan kebimbangannya dengan tindakan Perdana Menteri yang melancarkan perang habis-habisan ke atas media internet yang mendukung prinsip kebebasan di negara ini.

Katanya, tindakan terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah kabinet Datuk Seri Najib Razak meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) adalah lebih dahsyat berbanding apa yang berlaku di era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada Tv Selangor, Steven Gan berkata, sekatan ke atas media yang melampau itu merupakan satu petanda bahawa Pilihanraya Umum ke 13 semakin hampir sehingga mengakibatkan kerajaan terdesak untuk mengawal informasi yang tersebar melalui ruang maya.


"Rakyat secara umum bukan mengharapkan perdana menteri, Najib untuk melaksanakan kawalan ala-Mahathir terhadap media tetapi kita juga tak boleh berharap ini akan jadi lebih buruk dari zaman Mahathir," katanya.

"Apa yang dia cuba lakukan ialah memastikan media atas talian (online) berada di bawah kawalan sebelum pilihanraya umum, itulah sebabnya dia kini bercakap mengenai pindaan dalam akta cetak, kemungkinan pada Mac depan. Tindakan kementerian yang tergesa-gesa mahu membuat pindaan ini merupakan isyarat jelas pilihanraya umum semakin hampir,"jelas Steven

Semalam KDN mengumumkan untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya termasuk seperti laman web, blog termasuk Facebook.

Ia dilihat sebagai langkah terbaru kerajaan menyekat media alternatif seperti Tv Selangor, Malaysiakini dan banyak lagi portal di negara ini untuk menyebarluaskan maklumat yang bertentangan dengan kepentingan politik mereka.

"Ini sudah tentunya satu tamparan kepada sedikit kebebasan yang kita nikmati sejak 15 tahun dahulu," tambah Steven.

Katanya, tindakan ini juga mungkin satu perangkap dari KDN untuk memudahkan tugas mereka menyekat kemaraan laman web yang bebas mengkritik kerajaan.

Dengan melakukan pindaan ini, ia mungkin memberi laluan untuk permohonan lesen kepada media-media alternatif dan mereka yang tidak berbuat demikian dengan mudah akan dikenakan tindakan perundangan.

"Saya rasa mereka memberi kelonggaran dalam perlesenan sebagai satu kaedah kerajaan mengenakan tekanan politik kepada bukan sahaja Malaysiakini tetapi banyak lagi media atas talian. Ini juga memberi kementerian kuasa untuk mengharamkan mana-mana laman sesawang," katanya.

Steven Gan juga turut senada dengan Presiden NUJ, Hata Wahari yang menyifatkan tindakan kerajaan meminda PPPA sebagai tindakan terkebelakang kerajaan.

"Saya bimbang kedudukan kita dalam kebebasan media akan semakin menurun dan ini akan memberi tamparan hebat kepada pengamal-pengamal media, bagaimana mereka hendak mengamalkan media," kata Hata kepada Tv Selangor.

Tambah beliau, tindakan kerajaan meminda PPPA adalah bertujuan untuk terus mencengkam rakyat untuk mengikut apa juga corak pemerintahannya.

" Bermakna kata-kata Perdana Menteri bahawa era kerajaan tahu semua, tidak dilaksanakan.Maknanya sekarang ini kerajaan terus meletakkan agenda-agendanya sendiri kepada rakyat," jelasnya.

PRK Tenang - Kerana Azhar Kerajaan Johor Disaman RM1.7 Juta

Posted: 26 Jan 2011 04:33 PM PST

Serangan PAS terhadap calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Tenang berterusan dengan "mendedahkan" lebih banyak "kesalahan" masa lalunya ketika menjadi penolong pegawai daerah (ADO).

Semalam PAS mendakwa Mohd Azahar Ibrahim berlaku cuai sehingga mengakibatkan sebidang tanah dilelong, dan hari ini, parti itu mendedahkan pula dokumen mahkamah untuk menunjukkan calon Umno itu juga disaman oleh pembeli tanah tersebut.

PAS mendakwa tanah milik seorang ahli perniagaan, Mansor Mohamad
dilelong pada 2003. Mansor membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi Muar yang mengembalikan tanah itu kepadanya, bersama kos pada 2008.


Dan hari ini, naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Norhana Mohd Ali yang membeli tanah seluas 3.24 hektar itu pada harga RM70,000 juga telah menyaman Mohd Azahar.

Dengan menamakan Mohd Azahar sebagai defendan pertama dalam saman sivil yang difailkan pada 2009, Norhana - yang telah membersihkan tanah tersebut sejak 2003 dan mengusahakan tanaman kelapa sawit - menuntut RM1.5 juta bagi kerosakan dan kerugian total.

Menurut Salahuddin, Norhana juga menamakan pegawai tanah
daerah Segamat, pejabat tanah daerah Segamat dan kerajaan Johor sebagai defenden.

Bagaimanapun, semalam, Mohd Azahar menyangkal tuduhan itu sebagai satu 'manipulasi' dan 'provokasi', serta menegaskan bahawa kes itu telah diselesaikan di mahkamah.

Dalam satu sidang akhbar di pusat operasi PAS di bandar Labis Tengah, Salahuddin - yang juga ahli parlimen Kubang Kerian - mengecam Mohd Azhar kerana mengatakan isu itu telah selesai.

Katanya, bagaimana Mohd Azhar boleh mengatakan ia telah selesai sedangkan mahkamah menetapkan kes tersebut didengar pada 7 Februari 2011.

Ini, katanya, jelas menunjukkan bahawa calon BN itu tidak telus - bukan sahaja kepada penduduk Tenang, tetapi juga kepada Umno dan BN.


PRK Tenang - Azahar ada kes mahkamah, Cikgu Mala cemerlang

Posted: 26 Jan 2011 03:39 PM PST

Para pengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang perlu membuat pilihan bijak untuk memilih wakil mereka yang cemerlang dan berintegriti ke Dun Johor pada 30 Januari ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini kerana calon BN, Mohd Azahar Ibrahim mempunyai kes di mahkamah akibat kecuaiannya melelong tanah seorang lelaki semasa menjawat Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat.

Ini, katanya berbeza dengan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Cikgu Mala yang diiktiraf guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Cikgu Mala pernah menerima Anugerah Guru Aktif sempena Sambutan Hari Guru Daerah Segamat.


Cikgu Mala turut menerima Anugerah Khas sempena Perbahasan Ala Parlimen pada Perayaan Hari Guru.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berhubung kenyataan Azahar bahawa kes melelong tanah berkenaan telah selesai.

Pada siang media semalam, Salahuddin mempersoalkan bagaimanakah calon Umno itu dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasanya mengendalikan isu pelelongan hartanah Mansor Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno (Azahar), (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang RM1.5 juta.

Soalnya lagi, bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana Mohd Ali ke atas keempat-empat defendan tersebut, Azahar telah dijadikan sebagai defendan pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009.

Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan tiga yang lain pada 7 Februari nanti.

Hakikatnya, kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno BN sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa itu masih berterusan di mahkamah.

Bagi Mahfuz, saman itu membuktikan bahawa mahkamah sebelum ini memutuskan perbuatan Azahar bersalah melelong tanah berkenaan dan tindakannya itu adalah tidak sah.

Sehubungan itu, beliau menyeru para pengundi supaya mencontohi apa yang dilakukan oleh para pengundi pada PRK Permatang Pasir pada 25 Ogos 2009 lalu yang menolak calon BN kerana terlibat dengan pecah amanah dan menyokong calon PAS, Ustaz Saleh Man.

Mengulas kenyataan Azahar yang disifatkan sebagai suatu pembohongan kerana menyatakan kes melelong tanah telah selesai, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, berbohong atau tidak, rakyat dan pengundi akan menentukan sendiri oleh keputusan mahkamah itu.

Katanya, tanah itu telah dikembalikan kepada Mansor dan sememangnya dia berhutang dengan bank kerana jika tidak berbuat demikian, tiada isu atas gadaian.

"Persoalannya ialah Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat ini telah menganiaya beliau dengan kerja yang cuai dan tidak kompeten," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Beliau menambah, kini bagi menyelamatkan diri, Azhar terpaksa menipu sehingga memburukkan reputasi rakyat yang tenang, Mansor dan PAS.

Baginya, tidak pelik sekiranya calon BN itu akan terus berbohong berhubung isu melelong tanah berkenaan.

Justeru, katanya bagaimana calon BN itu yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhtiddin Yassin untuk menyelesaikan masalah tanah rakyat di Dun Tenang jika dipilih sebagai wakil rakyat sedangkan Azahar pernah bertindak cuai dalam kes tanah semasa menjadi Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat sehingga dibawa ke mahkamah.

PRK Tenang - Peluang Terbaik Rapatkan Ikatan Islam Dan Bukan Islam

Posted: 26 Jan 2011 03:35 PM PST

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pengundi di kawasan DUN Tenang perlu memilih calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman bagi mengeratkan perpaduan antara orang Islam dan bukan Islam negara ini.

Menteri Besar Kelantan itu dalam ceramahnya malam tadi berkata kerajaan pimpinan PAS di negeri itu telah melakukan pelbagai kaedah untuk merapatkan jurang antara orang Islam dan orang bukan Islam.

"Bila ada pilihan raya kita perlu pilih (calon), tapi sekarang tidak tahu pilih, sekarang kita ada calon PAS.

"Undi calon Cikgu Mala (Normala), senang sahaja... tiada apa.


"Di Kelantan ada orang kata kalau undi PAS, kita akan potong kamu punya. Ini saya panas hati, kita satu bangsa... berasal dari seorang bapa iaitu (Nabi) Adam kemudian lahir pelbagai bangsa," katanya di hadapan kira-kira 200 penduduk sekitar bandar Labis.

Walaupun kurang sihat, Nik Aziz meneruskan ceramahnya dengan mengatakan kerajaan negeri Kelantan tidak pernah membezakan antara orang Islam dan bukan Islam.

"Sebagai orang Islam semua tahu di Kelantan kita buat macam-macam untuk satukan rakyat, kita buat masjid di Rantau Panjang tapi bentuk seperti di China dengan tujuan untuk meredakan antara orang Melayu dan orang Cina.

"Tahun lalu kita buat Ekspo Cheng Ho, dia orang Cina tapi Muslim yang datang (ke Melaka) untuk redakan perasaan orang Melayu dengan orang Cina dan orang Cina dengan orang Melayu," katanya.

Kedatangan Nik Aziz di Bilik Gerakan DAP di sini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Sebaik sahaja tokoh veteran itu keluar dari kenderaan dinaiki, beliau disambut meriah.

Terlebih dahulu Normala yang turut memberikan ceramah berkata sudah tiba masa pengundi di DUN Tenang membuat perubahan besar selepas 53 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah.

"Sudah tiba masa kita buat perubahan selepas 53 tahun merdeka, kita harus memiliki jiwa yang bersih daripada penjajahan.

"Buatlah satu perubahan dan keazaman demi masa depan, saya percaya pengundi bijak membuat pilihan, pilihlah seorang wakil rakyat yang boleh membawa suara di (sidang) DUN Johor.

"Saya merayu kepada pengundi untuk buat satu perubaha dan keazaman dalam memilih wakil rakyat," katanya.

PRK Tenang - Bulan Mewakili Hatiku

Posted: 26 Jan 2011 08:23 AM PST

Beruk Umno Terlepas Dari Kurungan Ganggu Ceramah PR

Posted: 26 Jan 2011 03:12 AM PST

PRK Tenang - Skrip Banjir Umno Kantoi

Posted: 26 Jan 2011 03:00 AM PST


Hujan yang turun dengan lebat di Pekan Labis benar-benar membantutkan kempen BN secara keseluruhannya dimana petugas-petugas parti yang terdiri daripada soldadu2 MCA dan UMNO kini hanya sekadar memenuhkan kedai mamak disekitar pekan Labis.


Rokok dan teh tarik bergelas-gelas gelimpangan diatas meja. No problem, jentera parti yang minum-minum dan makan-makan di kedai mamak sepenuhnya disponsor oleh parti KIMMA. Sudah kaw-tim. Kepada penyokong BN sila ke kedai mamak KIMMA di Labis sekarang, cukup hnaaya memakai baju biru (macam samseng yg ganggu ceramah LGE malam tadi) dan berlambang 1Malaysia, makan minum anda FREE sepenuhnya.Hidup PuKIMMAk !

Read More

Malaysia Negara Rasuah

Posted: 26 Jan 2011 02:34 AM PST

RAKYAT Malaysia boleh melihat dengan jelas betapa Umno-Barisan Nasional begitu takut pengaruh di kubu kuat mereka iaitu di Johor terhakis.

Rakyat yang menjadi pengundi dalam Pilihan Raya Kecil Dun Tenang, Labis bakal menjadi saksi, bagaimanakah caranya Umno-BN hendak mengekalkan kuasa mereka.

Rakyat sudah lihat bagaimana Perdana Menteri yang hampir tidak pernah turun padang menjengah PRK, kini berkunjung lebih awal dengan menabur pelbagai janji.

Janji PM bukannya sedikit. Ia mencecah ribuan juta ringgit, kononnya kerajaan begitu prihatin untuk membantu rakyat, khususnya di kawasan Felda yang memerlukan bantuan. Kononnya hendak membantu rakyat yang kesusahan.


Untuk apa dijanjikan semua peruntukan besar itu sekarang? Mengapa tunggu PRK Tenang baru hendak ditabur segala janji-janji manis Umno-BN sekarang ini?

Bukankah sejak merdeka Umno-BN yang memerintah Johor? Jika masih ramai rakyat yang kesusahan dan miskin, ianya adalah salah kerajaan yang gagal menyempurnakan tugas mereka. Yang gagal itu adalah kerajaan Umno-BN.

Oleh kerana itu, sudah tentu, tidak lain dan tidak bukan, semua janji-janji yang ditabur, hanyalah untuk memancing undi dalam pilihan raya.

Untuk apa Umno-BN mahu merasuah rakyat jika mereka benar-benar sebuah parti yang kuat. Untuk apa Umno-BN terpaksa mengeluarkan peruntukan yang besar jika Johor itu kubu kuat mereka?

Selama ini, rakyat diperdaya dengan momokan Umno-BN, yang mendakwa mereka parti Melayu yang kuat dan mempunyai jutaan ahli serta penyokong.

Hakikat sebenar tidak begitu. Umno-BN bukannya parti yang kuat. Mereka hanya kelihatan kuat kerana didokong oleh media talibarut yang bertugas siang malam menutup kelemahan mereka.

Mereka hanya kelihatan kuat kerana seluruh jentera kerajaan dikerah dan dipergunakan untuk memastikan sokongan rakyat terhadap mereka tidak tergugat.

Oleh itu tiada cara lain untuk Umno-BN mendapat sokongan rakyat, selain dengan merasuah mereka dengan pelbagai projek, kemudahan, ganjaran kewangan dan sebagainya.

Jelasnya rakyat yang menyokong Umno-BN bukan kerana idealisme, bukan kerana perjuangan nasionalisme Melayu yang dibawa Umno, tetapi kerana kepentingan materialisme.

Rakyat yang berfahaman materialistik adalah mereka yang mempunyai fikiran yang amat singkat.

Mereka mengizinkan diri untuk menjadi mangsa kerakusan pemimpin Umno-BN, yang sebenarnya mengunakan wang rakyat untuk merasuahkan rakyat kembali.

Umno mempergunakan ideologi nasionalis untuk memerangkap rakyat yang materialis. Nasionalisme adalah alat Umno-BN untuk mengaburi mata rakyat.

Idealisme nasionalis dalam Umno sudah lama terkubur. Yang tinggal hanyalah perjuangan merebut kuasa, takhta, harta dan wanita semata-mata.

Kita menyeru rakyat Malaysia, khususnya di Tenang, supaya menyedari bahawa gejala rasuah yang melampau akibat ketamakan kuasa Umno-BN akan merosakkan negara.

Kita Pakatan Rakyat mencabar Umno-BN, jika mereka 'anak jantan' mari bertarung di gelanggang terbuka secara gentleman. Jangan main 'curi ayam'.

Pakatan Rakyat menggesa rakyat menolak parti perasuah, menolak gejala rasuah, menolak sebarang unsur rasuah, kerana ianya menghancurkan agama, bangsa dan negara.

Gejala buruk akibat rasuah ini hanya akan terhapus sepenuhnya, apabila kuasa Umno-BN dilenyapkan dari muka bumi Malaysia yang tercinta ini.

Oleh Mohd Rashidi Hasan

Tiada ulasan: