Rabu, 5 Januari 2011

KRAI Utara

KRAI Utara


Awas! Lambang salib di baju sekolah

Posted: 05 Jan 2011 02:40 AM PST

kalau korang, si mak bapak pegi membeli baju sila awas dengan perkara ni...salib pada baju kurung anak sekolah korang,
kalau sekali pandang memang tak nampak! kena perati betul2
ni lambang dia! korang tengok betul2 dia kalau xnampak jugak pakai kaca mata....

Oh! Lelaki Paling Gemuk Didunia

Posted: 05 Jan 2011 02:13 AM PST

MASON hanya terbaring ketika berat badannya mencecah 444 kilogram.
LONDON: Lelaki paling gemuk di dunia, Paul Mason memberitahu kekecewaan ditinggalkan kekasih mendorong nafsu makannya menjadi-jadi hinggakan berat badannya mencecah 444 kilogram. Mason, 50, tidak berhenti makan 24 jam sehari semata-mata untuk memulihkan hatinya yang terluka. Menjelang 2009 keadaan tubuhnya menjadi terlalu gemuk sehinggakan dia tidak dapat berjalan. Akhbar ketika itu mendedahkan bagaimana dia memerlukan pembedahan bagi mengurangkan makanan yang diambil jika dia mahu terus hidup. Sejak itu Mason yang berasal dari Ipswich sudah mengurangkan lebih 190 kilogram dan melepaskan gelaran Lelaki Paling Gemuk di Dunia dipegangnya. Dia juga berharap akan menemui cinta baru. Mason mendedahkan dia menghadiri makan malam dengan seorang wanita istimewa pada Hari Tinju. Namun, dia mengakui: "Makanan adalah dadah saya. Ia memerlukan usaha untuk memperoleh saiz sekarang ini. Saya tidak pernah makan begini ketika muda. Saya kurus dan aktif ketika itu." "Amalan makan tanpa henti 24 jam sehari disebabkan oleh sesuatu perkara yang berlaku ketika saya berusia 20-an. Anda boleh kata yang saya makan untuk menyembuhkan hati saya yang terluka. "Saya bertemu seorang wanita pada usia 21 tahun dan dia membuatkan hidup saya cukup sempurna. "Dia berbeza dengan wanita lain yang saya temui sebelum itu. Dia berusia 39 tahun dan lebih tua daripada saya. Saya masih berasa sedih untuk menceritakan apa yang berlaku. "Saya memanggilnya Char. Saya menyukainya dan berfikir akan meneruskan hidup ini bersamanya. "Dia mempunyai kediaman sendiri dan saya membantunya untuk menghias rumahnya. Kemudian, secara tiba-tiba dia memutuskan hubungan kami. "Kejadian itu berlaku pada 1986 ketika saya berusia 26 tahun. Dia bertemu dengan lelaki lain dan kemudian terus bertunang." - Agensi

Oh!artis: Salena Gomez Terima Ancaman Bunuh Daripada Peminat Justin

Posted: 05 Jan 2011 12:44 AM PST

AKTERS Salena Gomez dikatakan telah diserang oleh peminat fanatik penyanyi popular Justin Bieber setelah dia dikatakan mempunyai hubungan bersama penyanyi cilik itu.

Gambar mesra yang dikatakan palsu dan tersebar di Internet telah mencetus kemarahan dengan pelbagai e-mel dan twitter berbaur ancaman.

Salah seorang pengguna Twiiter menulis di akaun milik Salena bahawa dia akan membunuh pelakon itu, ada juga yang ingin membunuh diri apabila melihat gambar aksi cium antara Salena dan Bieber yang tersebar dalam bentuk "super impose."

Manakala seorang lagi pengguna Twitter yang memanggil Salena sebagai "pedofilea" hanya kerana wanita itu dua tahun lebih muda dari Bieber.-mstar

Oh! Pelbagai Jawatan Kosong Terkini

Posted: 04 Jan 2011 11:57 PM PST

1. AKAUNTAN GRED W41 2. PEKERJA AWAM GRED R1 MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN Tarikh Tutup Permohonan: 17 Januari 2011
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now
(07 Januari 2011) Jawatan Kosong Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Posted: 04 Jan 2011 05:43 AM PST
Sejajar dengan tanggungjawab sebagai pemangkin kepada kecemerlangan industri perfileman Malaysia, FINAS berusaha melaksanakan pelbagai transformasi untuk melangkah ke Persada Dunia. Bagi memenuhi matlamat tersebut, FINAS menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan berminat dalam bidang perfileman serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf tetap seperti berikut: 1. PENYUNTING VIDEO (EDITOR) 2. OPERATOR FILM SCANNER 3. ANIMATOR 4. PENGGRED WARNA (COLOUR GRADER) 5. EKSEKUTIF PEMASARAN

Oh! Talkin Untuk Umno Perlis - amaran untuk najib razak

Posted: 04 Jan 2011 11:14 PM PST

KANGAR - Satu majlis talkin untuk UMNO Perlis akan diadakan dalam masa terdekat bagi memberi amaran kepada pucuk kepimpinan UMNO Pusat bahawa parti itu kini berada dalam keadaan tenat dan hampir terkubur.
Bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, pelaksanaan majlis itu bagaimanapun bergantung kepada tindak balas pucuk pimpinan UMNO Pusat sama ada berani melakukan perubahan dalam menyelesaikan krisis kepimpinan parti di negeri itu ataupun tidak. Menurutnya, majlis itu sepatutnya diadakan pada malam Sabtu lalu di Denai Larian, Pengkalan Asam di sini oleh beberapa pemimpin veteran UMNO Perlis yang tidak berpuas hati dengan keputusan mengekalkan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. "Bagaimanapun, hasrat itu terpaksa ditangguhkan setelah saya berbincang dengan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 30 Disember lalu dan beliau bersetuju untuk menyampaikan luahan hati kami kepada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat. "Kami sepakat untuk memberi peluang kepada Najib menggunakan kebijaksanaannya menyelesaikan krisis kepimpinan parti di negeri ini dan sekiranya beliau gagal, satu majlis talkin akan diadakan dalam masa terdekat," katanya. Hashim turut mempersoalkan tindakan UMNO Pusat tidak mengekalkan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai Timbalan Pengerusi UMNO negeri, sebaliknya mengekalkan jawatan Dr Md Isa kerana mendakwa prestasi Zahidi dilihat jauh lebih baik daripada Md Isa. "Adakah kepimpinan UMNO Pusat melihat Zahidi sebelum ini bermasalah sehinggakan jawatan beliau tidak dikekalkan? "Konflik kepimpinan UMNO di Perlis bukan sahaja melibatkan dua pemimpin UMNO sahaja, sebaliknya membabitkan ramai lagi ahli lain dan saya menyifatkan tindakan menjadikan Zahidi sebagai 'kambing hitam' tidak wajar," katanya. Hashim turut menyuarakan harapan agar jawatan kepimpinan tertinggi UMNO negeri diserahkan kepada Najib sendiri bagi menyelesaikan masalah kepimpinan yang berlarutan sejak tiga tahun dahulu. "Lebih baik serah jawatan pengerusi UMNO negeri kepada Najib kerana isu pokok pertikaian kebanyakan pemimpin akar umbi parti adalah pengekalan jawatan Dr Md Isa yang dianggap tidak sesuai. "Satu penyelesaian lebih baik perlu dibuat pucuk pimpinan UMNO demi memastikan UMNO Perlis terus kukuh dan mengekalkan sokongan rakyat pada masa hadapan," katanya.

UPSR:Felda Kemahang 1 terbaik di Malaysia

Posted: 04 Jan 2011 11:00 PM PST

KEMAHANG DUA - Felda Wilayah Gua Musang muncul sebagai Felda terbaik seluruh negara bagi pencapaian cemerlang murid dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu. Pengurus Besar Felda Wilayah Gua Musang, Norzuki Mustafa berkata, kecemerlangan dicapai menerusi program pendidikan antaranya Skim Tuisyen Felda (STF) melibatkan sepuluh sekolah rendah di Felda dan tiga sekolah rendah iaitu sebuah di Kemahang sementara dua di Gua Musang. Menurutnya, setiap sekolah mempunyai mempunyai satu kelas STF. "Sementara itu, tiga sekolah pula mengikuti program menerusi Pusat Pendidikan Sains iaitu di Chiku dan Kemahang. "Sekolah di Kemahang Satu telah mencatat kejayaan cemerlang apabila 23 muridnya memperoleh 23 keputusan 5A," katanya. Norzuki berkata, pada keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan baru-baru ini, seramai 24 pelajar memperoleh keputusan 6A dan ke atas. Menurutnya, pencapaian itu merupakan antara terbaik dalam sejarah pendidikan di Felda.- SH

Oh Artis Dedah Tinggal Serumah, Abby Mahu Norman & Memey Sedar

Posted: 04 Jan 2011 05:06 PM PST

PETALING JAYA: Pelakon Abby Abadi mahu memberi kesedaran kepada bekas suaminya Norman Hakim dan Memey Suhaiza dengan mendedahkan perbualan telefon di antara dia dengan wanita itu menerusi status Facebook miliknya, Isnin lalu.

Abby berkata, dia berbuat demikian bukan bertujuan untuk menimbulkan sengketa tetapi sekadar mahu Memey sedar dan rasa bersalah dengan perbuatan dan sikapnya itu.

"Setiap kali saya telefon bekas suami saya atas urusan anak-anak mesti dia yang akan jawab telefon (milik Norman Hakim) dan beri macam-macam alasan yang menunjukkan Norman ketika itu berada bersamanya. Dia seperti mahu mencabar saya. Baca Kasus ini selengkapnya

Oh! Bohsia Tiga Beradik Di Pekan Tambun Ipoh...

Posted: 04 Jan 2011 09:50 AM PST

Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang amat memalukan. Kerana ingin melepaskan gian ketagihan dadah, sibapa tunggal sanggup membiarkan rakannya bersekedudukan dengan anak perempuannya seperti suami isteri.
Kerana ingin dirinya ditanggung dengan bekalan dadah setiap hari oleh rakan baiknya, sibapa sanggup membiarkan rakannya melepaskan hawa nafsu keatas anak perempuannya yang juga seorang penagih 'Ais' ataupun dipanggil 'Batu' dikalangan penagih.
Baru-baru ini salah seorang anak perempuannya telah melahirkan anak luar nikah dan sibapa tanpa merasa malu memberitahu rakan-rakannya yang beliau telah mendapat title 'Datuk' sedangkan beliau tiada bermenantu.
Sibapa sanggup memperdagangkan batang tubuh anak perempuannya semata-mata kerana rakannya menanggung bekalan dadah kepada beliau dan juga kepada anak perempuannya setiap hari. Dimanakah perginya JKKK Kg. Melayu Rizab dalam menangani kes ini.
Ini bukan melibatkan soal moral, tetapi ianya melibatkan fardu kifayah yang mana dosa itu ditanggung oleh seluruh penduduk kampung tersebut. Jika ianya hanya melibatkan dosa sibapa dan keluarganya sahaja, lantaklah mereka nak lepas gian dan bersekedudukan sampai mati.
Kemana pergi ketua kampung yang mungkin juga pengerusi JKKK kampung tersebut? Adakah sedang mengira elaun RM 800 dan memperbanyakkan mesyuarat setiap bulan kerana setiap kali mesyuarat dapat lagi elaun RM 50 sehari.
Adalah amat malang bagi penduduk Kg. Melayu Rizab yang setiap saat terpaksa menanggung dosa perbuatan keluarga tersebut dalam keadaan ketua kampung sendiri mengetahui akan aktiviti keluarga tersebut. Inilah sikap yang ditanamkan oleh Umno kepada ahli-ahlinya iaitu tiada halal tiada haram dan yang ada ialah HALAM sahaja.
Apa yang membimbangkan ialah pelakuan seorang lagi anak perempuannya yang masih lagi bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Tambun tetapi sudah menunjukkan tanda-tanda akan mengikuti jejak kakak-kakaknya. Ini kerana bagi anaknya yang masih bersekolah rendah perbuatan kakak-kakaknya tidak salah kerana sibapa tidak menengah dan JKKK pula mengHALAMkan.
Kes ini cukup mudah diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana ketua kampung tersebut memang mengetahuinya tetapi hanya memejamkan mata dan memekakkan telinga mungkin kerana elaun dari RM 450 telah dinaikkan kepada RM 800.
Inilah sikap Umno yang akan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal demi menjaga periuk nasi. Kerana itulah kita tidak hairan jika perbuatan terkutuk ini tidak diambil tindakkan kerana yang duduk kat atas sana pun lebih kurang perangainya malah lebih hebar lagi.
Diharap pihak yang berwajib tidak membiarkan perbuatan ini berterusan dengan berjumpa ketua kampung tersebut kerana beliau lebih mengetahui daripada saya. Saya juga mengharapkan agar Guru Besar dan PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Tambun memainkan peranan kerana budak-budak itu bukannya tahu hukum hakam.
Bagi pandangan budak yang belum mengerti, jika sibapa tidak menengah perbuatan kakak-kakaknya, ini bermakna apa yang dilakukan oleh kakaknya tidak salah dari segi hukum dan undang-undang. Dengan ini saya menyarankan agar Guru Besar dan PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Tambun melakukan apa yang patut dilakukan demi menyelamatkan pemikiran anak-anak yang masih belum mengerti itu.

Tiada ulasan: