Isnin, 3 Januari 2011

KRAI Utara

KRAI Utara


Oh! Bongkar: Inilah Dia Wajah Pegawai Kanan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang Yang Ditangkap Khalwat Di Kuantan Pada 25 Nov Lalu

Posted: 03 Jan 2011 04:12 AM PST

Sebelum ini kami pernah mendedahkan perihal kes seorang pegawai kanan Malis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang ditangkap khalwat bersama pasangannya yang juga kakitangan terbabit di bilik 416, Grand Continental Hotel Kuantan pada 25 November lalu. Susulan pendedahan tersebut, ramai yang terkeut dan tidak…READ MORE

Oh artis, Cikgu Fathi Marah,mengamuk orang tegur anak dia lucah!

Posted: 02 Jan 2011 06:33 PM PST

OH! Tak patut…tak patut, memang tak patut. Ada ke patut! Seorang ibu yang amat amat perlu bagi seorang anak mendapat teguran yang baik mengamuk dan HOT! Sakan bila orang ramai menegur kelakuan lucah dan tidak bermoral anak dia di satu majlis, ala..nak marah apanya mak cik oiii, dah ko punya anak buat tak senonoh…kat khalayak awam, takkan la manusia2 yang baik budi cam kami tak leh tegur perangai jelik dan membangkit syahwat lelaki anak kau yg putih gebu tu! Ekeke

Korang jangan tak tau pulak! Bukan setakat kita…yang kecik2 ni je yang tegur perangai xsenonoh dan mempunyai rangsangan seksual tu, bapak menteri penerangan yang tengah HOT! Dengan GOSSIP! Merogol tu pun ada menegur jugak!....kau jangan laa, menteri tu jenis kurang sabar tu! Nafsu lebihhh kahhhh3 kalau betul lah dia yang rogol robengah?

Kalau nak tau aku sembang ko baca sendirik!

ISU artis `berkemban' di dalam Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini menjadi hangat dibincangkan di media. Teguran juga telah dibuat oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi YB Dato Seri Utama Rais Yatim. Akhbar Sinar melaporkan kisah artis tersebut dan mendapatkan komen dari ibu artis berkenaan yang juga seorang seni terkenal.

Bekas pengajar AF, Cikgu Fatimah (Fathi) adalah ibu kepada artis yang `berkemban' pada malam anugerah tersebut. Apabila ditanya oleh wartawan berkaitan kritikan dan teguran orang ramai termasuk dari Menteri darihal kelakuan lucah dan tidak bermoral anaknya itu, Cikgu Fathi seakan seperti mengamuk dan marah. Beliau mahu isu tersebut dihentikan kerana beliau menganggap itu sebagai isu remeh temeh.

Bagaimana seorang ibu boleh mengamuk dan marah apabila ada orang lain prihatin akan kelakuan anaknya yang terang-terang `bertelanjang' dikhalayak ramai? Sepatutnya beliau bersyukur kerana masih ada orang yang sudi menegur anaknya sekiranya beliau sebagai seorang ibu gagal membentuk keperibadian dan moral anak gadisnya itu. Malangnya, beliau masih ego dan lebih suka cerita anaknya mendapat anugerah daripada mendengar teguran terhadap perangai buruk anaknya itu.

Jika inilah perangai seorang ibu, wajarkah beliau menjadi pendidik dan dipilih sebagai tenaga pengajar di dalam AF di masa-masa akan datang? Inikah contoh dan teladan yang ingin dibawa oleh beliau kepada anak muda yang mencintai seni?

Stesyen TV dan juga pihak penganjur juga patut dipersalahkan di dalam hal ini. Pihak berkenaan seolah-olah mempersendakan Menteri yang hadir di malam tersebut dengan mempamirkan artis `bertelanjang' ini. Sewajarnya YB DSU Rais Yatim memanggil pegawai yang bertanggungjawab untuk memberikan alasan mengapa perkara seperti ini boleh berlaku.

Masalahnya, benarkah teguran YB DSU Rais Yatim itu adalah serius atau sekadar `tegur-tegur ayam'? Jika serius, tindakan tegas mestilah diambil./wfauzdin.blogspot.com

Ini entOh Artis: (Gossip) Si Ibu cantekkk tutup, si anak alahai berkemban je...ish!i aku semasa memula isu itu kuar ha3

Oh! Di Kota London Pelajar Mabuk Di Kritik, Kalau Kat Malaysia?

Posted: 02 Jan 2011 10:41 AM PST




BEBERAPA pelajar duduk dekat meja yang mengandungi baldi berisi muntah di sebuah bar di Imperial College, London pada Rabu lalu.



LONDON - Sekumpulan pelajar perubatan Imperial College, London minum minuman keras sehingga muntah di sebuah bar di pusat pengajian tinggi berprestij itu, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Beberapa baldi diletakkan untuk pelajar itu muntah pada malam Rabu lalu yang diiktiraf sebagai hari untuk pasukan yang bergiat dalam sukan.
Sejumlah pelajar yang aktif bersukan menghadiri majlis itu.
Sebahagian pelajar yang muntah kembali meminum minuman keras.
Namun, gelagat pelajar itu dikritik oleh akhbar Mail Online kerana ia menjejaskan imej pusat pengajian tersebut yang amat terkenal di dunia kerana kualiti pendidikannya.
Seorang jurucakap Imperial College menyatakan pelajar-pelajar yang muntah itu menunjukkan mereka mungkin tidak sihat.
"Pihak Imperial College tidak mengalakkan atau membenarkan (pelajar) meminum minuman keras secara berlebihan. Semua pelajar baru diberitahu mengenai bahaya minum minuman keras semasa mereka menyertai majlis itu," kata jurucakap tersebut. - Agensi

Oh! Ustaz jangan guna agama untuk isi perut aja....

Posted: 02 Jan 2011 09:47 AM PST

di salin dari mkini:


Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan golongan agama supaya tidak "menyempitkan Islam dalam batasan yang terhad", dengan melupakan 'kerakusan' sesetengah golongan atasan, seperti dalam isu kenaikan harga barang.

"Jangan hanya ceramah agama di media elektronik dan cetak sekadar menekan orang bawahan semata, tetapi melupai 'kerakusan' sesetengah golongan atasan. 

"Ceramah (disampai) dalam isu yang remeh temeh tetapi membiarkan rakyat hidup dalam (suasana) keadilan sosial yang tidak seimbang. 

"Para penceramah jangan sekadar 'guna agama untuk cari makan', tetapi hendaklah agama berfungsi dalam menegakkan hak dan keadilan," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, ulama muda yang terkenal dengan kelantangannya itu turut mengingatkan golongan peniaga supaya beretika dalam perniagaan. 

"Kerakusan peniagaan akan merosakkan merosakkan negara dalam jangka masa panjang dan akhirnya tiada pihak yang dapat hidup senang. Bagi yang muslim, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dalam urusan perniagaan mereka," katanya sambil menyeru media massa turut aktif menentang kenaikan harga barang.

Mengulas peranan rakyat pula, Dr Mohd Asri berkata, jika golongan itu tidak memprotes dari awal, tahun baru ini bakal menyaksikan kenaikan harga barang yang membimbangkan. 

"Kesannya akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini."

Beliau juga menekannya beberapa perkara dalam kenyataannya itu, antaranya:

  • Jika kerajaan tidak mengambil langkah yang berkesan dalam mengawal kenaikan harga barang, bererti slogan 1Malaysia: "Rakyat didahulukan" bermaksud rakyat didahulukan menanggung beban hidup, sedangkan pembesar negara dan istana terus kemewahan.
  • Rakyat juga mesti menjadi pengundi yang bijak dan bersedia menghukum pihak yang membiarkan kenaikan harga barang dan 'mengumpulkan' kekayaan negeri atau negara dalam kalangan mereka sahaja.
  • Rakyat mesti menjadi pembeli yang bijak memilih kedai atau pasaraya.

Tiada ulasan: