Cendawan MALAYA |
| KALAU SULTAN DIKATAKAN 'NATANG' ITU BIASA AJE Posted: 03 Jan 2011 06:28 AM PST Kali ini isu SUK Selangor semakin hangat dipolitikkan baik dari pihak kerajaan negeri Selangor mahupun puak2 dari parti politik ataupun NGO yg bertunjangkan UMNGOK. Umumnya semua dah dapat agak, laporan polis dah macam satu kemestian bagi puak UMNGOK apabila satu2 isu itu kononnya menyentuh sensitiviti Orang Melayu dan Raja2 Melayu. Hari ini Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis berhubung kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang dianggap menghina Sultan Selangor dalam laman blognya. Pengerusi GAPS, Hamizun Khairuddin berkata, Shuhaimi dalam kenyataannya menerusi laman blog http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember lepas didakwa terang-terangan menentang keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memperkenankan pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru. Tapi umumnya rakyat semua tahu yg Sultan sebenarnya tiada kuasa melantik dan menolak seperti kenyataan di sini. Tapi cerita yg di Terengganu semasa pemilihan MB seperti dalam gambar di atas, ramai penyokong UMNGOK mengamuk hendakkan DERIS sehingga menimbulkan marahnya kepada Sultan/Agong tidak pula mereka membuat laporan polis dan bahasa yg kesat (BINATANG)secara terang2an itu tidak pula dianggap MENGHINA RAJA2 MELAYU. Inilah sebenarnya sikap TALAM DUA MUKA UMNGOK. |
| Isu SUK selangor: Khusrin Munawi seperti 'HidungTak Mancung Pipi Tersorong2' Posted: 03 Jan 2011 01:22 AM PST ![]() Khusrin seolah-olah seperti "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" apabila menerima pelantikan SUK Selangor. Apabila MB Selangor membuat keputusan untuk memboikot majlis angkat sumpah Khusrin dan enggan menerima kehadiran Khusrin dalam majlis kerajaan negeri selepas bertemu dengan Baginda Sultan. Buntut Khusrin sepatutnya sudah mulai panas apabila duduk di kerusi pejabat SUK Selangor. MB Selangor dijangka akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang. Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, di mana baginda bertitah beliau 'tidak mempunyai kuasa' untuk menerima ataupun menolak perlantikan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan, Berita ini juga membuktikan bahawa sudah terang lagi bersuluh bahawa kuasa Baginda Sultan telah dirampas oleh UMCO si "penderhaka sewaktu krisis Perlembagaan pada tahun 1993". Hasil krisis dan pindaan Perlembagaan itu, Baginda Sultan kini TIDAK MEMPUNYAI KUASA untuk menolak atau menerima pelantikan yang dibuat oleh SPA. Bukankah situasi ini menunjukkan bahawa baginda seolah-olah berada dalam era penjajahan British? Jadi, siapa penderhaka, siapa yang menjadikan sultan seolah-olah "boneka", UMCO atau PAKATAN RAKYAT!? catatan p/s dari: blog:duniacacamarba |
| You are subscribed to email updates from Cendawan MALAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan