Ahad, 30 Januari 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


MB Kedah: Pengundi akan hukum Gobalakrishnan

Posted: 30 Jan 2011 06:40 AM PST

ALOR SETAR, 30 Jan — Tindakan Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedikitpun tidak menjejaskan kekuatan pakatan pembangkang di Kedah, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata tindakan itu telah lama dijangka kerana Gobalakrishnan mungkin mempunyai kepentingannya sendiri kerana terlibat dalam banyak kesalahan di sisi undang-undang sebelum ini.

"Jadi, sebagai wakil rakyat, kalau dia buat sesuatu (keluar parti) mungkin orang akan hukum dia esok," katanya kepada pemberita pada jamuan sempena sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Seri Mentaloon hari ini.

Azizan diminta mengulas tindakan Gobalakrishnan yang meletakkan semua jawatan dalam parti dan keluar PKR serta memilih menjadi wakil rakyat Bebas kerana tidak puas hati dengan kepimpinan parti itu semalam.

"Kita tidak goyah...malah kita jadi lebih kuat... mereka serang kita melalui televisyen pun kita tak terjejas," katanya mengenai dakwaan Pakatan Rakyat semakin goyah. — Bernama

Hsien Loong pertahan umat Islam Singapura

Posted: 30 Jan 2011 06:24 AM PST

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

Hsien Loong berkata pandangannya "tidak sama" dengan apa yang dilontarkan oleh bapanya. — Foto Reuters
KUALA LUMPUR, 30 Jan — Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mempertahankan komuniti Islam republik itu sambil menegaskan, pandangan kerajaan pimpinannya berbeza daripada apa yang dikeluarkan oleh bapa beliau, Lee Kuan Yew dalam buku terbarunya.

Akhbar Singapura The Straits Times melaporkan bahawa Lee Hsien memuji umat Islam atas sumbangan mereka ke arah usaha memantapkan keharmonian pelbagai agama republik itu.

Malah beliau juga menekankan, pandangannya "tidak sama" dengan apa yang dilontarkan oleh bapanya yang juga bekas perdana menteri Singapura.

"Umat Islam adalah komuniti yang dihargai dan dihormati, yang telah memainkan peranan dalam memperkukuhkan keharmonian kita dan kepaduan sosial," kata Hsien Loong kepada pemberita negara itu.

Dalam buku terbarunya Kuan Yew antara lain meminta umat Islam Singapura agar tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara.

Aspek itu mencetuskan rasa tidak senang di kalangan pemimpin Islam dan NGO Melayu di Malaysia sejak awal minggu lalu.

Dalam tulisan terbaru buku berjudul "Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going", Kuan Yew juga berkata, beliau tidak pernah memperlekehkan penggantinya sebagaimana dilakukan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi mendakwa peranan beliau hanyalah memberi nasihat kepada barisan pemimpin yang menggantikannya di republik tersebut.

"Inilah niat saya. Jika perdana menteri yang baru gagal, saya gagal," kata pengasas Singapura ini.

Buku 458 halaman ini diterbitkan oleh Straits Times Press awal tahun dan memuatkan siri temu bual dengan menteri mentor yang diadakan di antara Disember 2008 dan Oktober 2009.

Membandingkan dengan sikap perdana menteri keempat Malaysia, Kuan Yew seterusnya menulis: "Mahathir tidak pernah fikir begitu. Beliau memperlekehkan penggantinya."

Dalam satu temu bual disiarkan oleh Mingguan Malaysia hari ini, Dr Mahathir mengecam tulisan terbaru Kuan Yew dengan mendakwa bagi bekas perdana menteri Singapura itu "agama tidak penting" dan oleh itu beliau tidak hairan dengan pandangan terbarunya.

Malah Dr Mahathir juga berkata, Lee juga seorang pemimpin yang langsung tidak menghormati agama dan sensitiviti orang lain.

"Saya tidak hairan dengan kenyataan itu sebab bagi beliau agama tidak penting. Lebih-lebih lagi agama Islam.

"Bagi dia seperti kata mat salleh 'the end justify the means', jika beliau mahu supaya ada integrasi kaum di Singapura, maka beliau tidak boleh membenarkan Islam menjadi penghalang kepada matlamat itu," kata Dr Mahathir.

Tidak rasmi: BN kekalkan kerusi DUN Tenang

Posted: 30 Jan 2011 04:33 AM PST

LABIS, 30 Jan — Keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang.

Maklumat diperoleh menerusi Twitter menunjukkan calon BN Azhar Ibrahim memperoleh 6,027 undi manakala calon PAS Normala Sudirman mendapat 2,331 undi.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) juga menghantar mesej Twitter bahawa calon BN menang pilihan raya kecil hari ini.

"Tahniah BN berjaya memenangi dan mempertahankan DUN Tenang. Selamat bertugas kepada YB Azhar," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Satu lagi maklumat tidak rasmi menunjukkan BN memperoleh 6,698 undi manakala PAS pula 2,963 yang membawa kepada perbezaan 3,735 undi.

Justeru majoriti dilihat dalam lingkungan 3,700 undi.

Pada pilihan raya umum 2008, calon BN menewaskan PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Live Dari Team Kerabu Bersuara Di Tenang

Posted: 30 Jan 2011 03:37 AM PST

BN MENANG. Keputusan tak rasmi PRK Tenang: BN 6,698, PAS 2,963, maj 3,735, rosak 35 undi. 12 peti, termasuk pos telah dikira.

Tunggu selanjutnya...

Live Dari Tenang, Pondok Polis Hanyut Dibawa Arus

Posted: 30 Jan 2011 01:00 AM PST

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs794.ash1/168466_176932172348827_100000961352105_378025_3481928_n.jpg

pergi mana semua polis?
habis duit berjuta-juta, korang p minum air kat mana?
hanyut beb pondok ni

Anwar: Kami memang sudah jangka Gobala akan keluar PKR

Posted: 30 Jan 2011 12:45 AM PST

Oleh Shazwan Mustafa Kamal


SHAH ALAM, 30 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan N. Gobalakrishnan meninggalkan PKR berkuat kuasa semalam sudah lama dijangkakan sambil menolak ia akan membawa kesan jangka panjang ke atas parti itu.

Gobalakrishnan merupakan ahli Parlimen keenam meninggalkan PKR sejak setahun lalu dengan memberikan alasan beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti khususnya Anwar, yang merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

"Kami sudah lama menjangkakan yang ini, melihat pada trendnya, tidak, tidak ini bukan sesuatu yang mengejutkan," kata Anwar kepada pemberita hari ini.

Anwar mengesahkan bahawa Gobalakrishnan tidak membalas surat tunjuk sebab yang dikeluarkan ke atasnya dan begitu juga tidak memberika surat formal mahu meninggalkan parti.

"Setakat ini apa yang kami ada ialah beliau telah melepaskan jawatan (dalam parti, dibuat menerusi sidang media dan Twitter)," kata Anwar.

Ketika ditanya sama ada Gobalakrishnan ada bercakap dengan beliau baru-baru ini mengenai rungutannya mengenai parti, Anwar berkata:

"Tidak." "Kali terakhir beliau bercakap secara peribadi dengan saya ialah ketika di Parlimen," kata Anwar sebelum memasuki keretanya.

Pada sidang media di Kulim semalam, Ahli Parlimen Padang Serai itu yang mengisytiharkan dirinya keluar dari PKR untuk menjadi wakil rakyat Bebas berkata, beliau sudah "bosan" dengan kepimpinan Anwar dan timbalan presiden Azmin Ali.

Wakil rakyat itu meningkatkan serangan ke atas kedua-dua pemimpin itu akhir tahun lalu, memberi bayangan bakal keluar PKR.

"Saya sudah fed up (bosan) dengan (Penasihat PKR) (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) serta (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali, yang kini telah mengawal 100 peratus pentadbiran PKR," kata Gobalakrishnan, 50.

Dengan keputusannya itu, katanya beliau turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Padang Serai. Bagaimanapun, katanya beliau tidak akan mengeluarkan sebarang surat mengenai perkara itu kepada PKR.

Gobalakrishnan berkata, beliau bersama beberapa orang temannya terdiri daripada peguam, jurutera, doktor dan lain-lain akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dan menjaga kepentingan pengundi di kawasan Parlimen Padang Serai.

Gobalakrishnan berkata pengorbanan dan perjuangan yang dilakukannya selama 12 tahun menjadi anggota parti itu tidak pernah dihargai dan merasa amat kecewa dengan sikap Anwar dan Azmin yang mengambil sikap membisu seribu bahasa terhadap semua komennya termasuk dalam Twitter beliau sejak dua bulan lalu.

Beliau berkata selama ini tindakan Anwar bukan sahaja memperkudakan kaum Melayu dan Cina sahaja dalam mencapaikan cita-citanya tetapi kaum India juga tidak terkecuali.

PAS gesa SPR tangguh pengundian

Posted: 30 Jan 2011 12:06 AM PST

Nazri Abdullah

LABIS, 30 Jan: PAS mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dun Tenang hari ini ekoran kebanyakan kawasan terputus hubungan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, SPR perlu segera membuat keputusan itu ekoran pengundi kini tidak boleh keluar akibat hujan lebat dan banjir.

"Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan banjir.

"Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka," katanya.

Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan Labis kini terkepung oleh banjir dari kedua dua arah jalan masuk Segamat dan Yong Peng.

Manakala di Tenang sendiri, beberapa kawasan kini ditenggelami air dan penduduk sedang giat dipindahkan oleh pihak keselamatan termasuk pasukan tentera dan Pertahanan Awam Malaysia.

Laluan di Tenang Stesen ditutup sejak jam 12 tengahari tadi ekoran paras air tinggi mencapai lebih satu meter.

Jalan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin menuju ke Air Panas turut ditutup.

Ianya sekaligus menghalang pergerakan penduduk yang mahu keluar mengundi.

SPR sebelum ini menjelaskan, proses pengundian tetap akan diteruskan kerana banjir hanya melanda kawasan kediaman penduduk dan bukan tempat mengundi.

Mereka turut menyediakan kenderaan bagi mengangkut pengundi ke tempat mengundi.

Namun menurut Mahfuz, keadaan kini bertambah buruk ekoran hujan lebat masih tidak berhenti, dan beberapa jalan lagi telah dinaiki air.

"SPR perlu tegas dan jangan hanya menjaga kepentingan Umno BN sahaja," katanya.

Sehingga jam 2 petang tadi, SPR memaklumkan 61.17 peratus iaitu 9,025 pengundi.

Live Dari Tenang, Cuaca buruk, peratus keluar mengundi pula tinggi?

Posted: 29 Jan 2011 11:30 PM PST

LABIS: Cuaca buruk dengan hujan lebat sejak pagi tadi dan banjir kecil menenggelami beberapa tempat menjadi petunjuk peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dun Tenang, dijangka rendah.

Namun apa yang meragukan bilangan keluar mengundi sehingga pukul 1.00 tengahari mencatatkan peratusan sebanyak 55.36 peratus, meskipun pengundi dilihat tidak ramai yang keluar menunaikan kewajipan mereka di beberapa tempat akibat hujan lebat.


ha...ha...ha...hantuuuuuuu....lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..........................

Live Dari Tenang, Gambar-gambar Tenang Dilanda Banjir

Posted: 29 Jan 2011 10:22 PM PST

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs014.snc6/166475_176920009016710_100000961352105_377972_6698904_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs752.ash1/164367_176920132350031_100000961352105_377975_5634134_n.jpg

Live Dari Tenang, Pengundi Cina Boikot Chua Sial Lek?

Posted: 29 Jan 2011 08:51 PM PST

Ni berenti pusing-pusing jap, sejuk betul hujan macam ni. Banyak dah jalan kat labis ditenggelami air. Kalau hujan lebat terus menerus mungkin johor banjir macam tahun 2009.

Mengikut maklumat kawan-kawan dari team pakatan, kaum cina majoriti tak ramai yang keluar mengundi lagi. Arahan dah di keluarkan dari pemimpin pakatan supaya team yang di bagi kerja untuk tolong angkut pengundi supaya lebih ramai lagi dibawa.

Kami sempat bertanya la penduduk pasal apa ramai pengundi cini tak keluar, katanya mereka meluat dan benci dengan chua sial lek. Banyak janji yang chua bagi tapi tak ditunaikan kan. Tambah pulak moral pemimpin ni yang dikritik dan dipertikai.

Ayuh teman, ajak la sedara keluar ramai-ramai. Team pengangkutan, kerah lagi ramai supaya penduduk tenang keluar mengundi.

Umno pun tengah gelisah jugak kata seorang penyokongnya. Macam-macam lagi akan terjadi. Umno pun terus bungkus beb.

Live blogging.

Live Dari Tenang, Penyokong Bn Hina Cikgu Mala

Posted: 29 Jan 2011 08:10 PM PST

kami mungkin tak sempat nak habiskan melawat kesemua tempat di labis. Hujan yang turun lebat di sini menyukarkan sedikit perjalanan, tambah pulak ni kali pertama sampi di sini.

Sapa kata tenang ni maju? Haha..anda silap la. Kalau kat galas, hulu kelantan lagi maju dari kat tenang. Padahal sebelum ni pelakon lucah yang jadi yb. Sampai bila la bn nak bodohkan rakyat.

Sambil kami lalu tadi, ramai penyokong umno dok hina cikgu mala, katanya orang yang tak pernah masuk universiti nak pilih jadi calon? Haha..bodoh betul puak umno. Kesian. Patut la pemimpin umno ramai yang bodoh dan kaki rasuah. Kaki betina pun ada haha..

Ayuh keluar ramai ke tempat mengundi, rakyat humbankan puak umno ke liang lahad.

Live blogging.

Live Tenang Hujan Lebat

Posted: 29 Jan 2011 05:37 PM PST

Alhamdulillah team kerabu bersuara sampai kat tenang awal pagi tadi. Ni pun kami tumpang kawan-kawan yang ada berdekatan sini.

Hujan pagi ni turun dengan lebat. Ada sesetengah kawasan banjir tapi tidak la memburukan keadaan kat sini. Orang ramai mula memenuhi tempat pengundian.

SPR jangka kalau hujan lebat macam ni mungkin 50% saja yang keluar. Ayuh kawan-kawan kat tenang, ramai keluar mengundi pada hari ni. Kita humbankan puak umno ke dalam tanah. Takbir.

Live blogging.

GOMO KELATE GOMO

Posted: 29 Jan 2011 04:00 PM PST

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0130/Kosmo/Sukan/su_01.1.jpg


Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

PEMAIN dan pegawai pasukan Kelantan meraikan ke jayaan mereka muncul juara Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

KELANTAN terus mencipta sejarah, kali ini berjaya menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama setelah menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Jaringan penalti Norshahrul Idlan Talaha dan sepakan percuma Badhri Radzi sudah cukup untuk menggagalkan hasrat Selangor meraih kejuaraan sumbangsih itu buat kali ketiga berturut-turut.

Tuah jurulatih baru, Datuk M. Karathu membawa kejayaan kepada Kelantan manakala aksi pemain Selangor kendalian K. Devan tampak lesu dan serba tidak menjadi.

Perlawanan yang dimeriahkan dengan kehadiran 35,000 penonton itu, menyaksikan Kelantan mendahului seawal minit kelapan menerusi sepakan penalti Norshahrul setelah bek kanan Selangor, Razman Roslan menjatuhkan Nurul Azwan Roya.

Tertekan dengan jaringan awal itu, Selangor cuba bangkit dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-31 menerusi tandukan Safee Sali tetapi sekadar menggegar palang gol Kelantan.

Sebaik babak kedua bermula, Selangor memasukkan Fitri Shazwan Raduwan menggantikan Safiq Rahim manakala Kelantan pula memasukkan Khairul Izuan Rosli menggantikan Danial Fadzly Abdullah pada minit ke-58.

Permainan terhenti hampir 10 minit pada minit ke-62 setelah penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman dan mercun ke arah padang.

Begitupun ia tidak menghalang Kelantan untuk mendapatkan gol kedua pada minit ke-83 menerusi sepakan percuma Badhri dari sebelah kiri yang gagal diagak dengan baik penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi.

Jaringan tersebut terus mematikan langkah Selangor meskipun terus menggandakan asakan untuk mencari gol.

Trofi kejuaraan disampaikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diiringi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

"Turun selaku juara Piala Malaysia, tekanan hebat terpaksa dipikul Kelantan. Tapi para pemain telah menunjukkan keyakinan diri yang tinggi.

"Ini merupakan kali pertama Kelantan muncul juara dan saya hadiahkan piala ini buat seluruh penyokong setia Kelantan," kata Karathu.

Devan pula berkata: "Gol awal Kelantan menerusi sepakan penalti telah mematikan rentak permainan kami. "

Pada perlawanan tersebut, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Astro.

KPG Felda Chempelak antara paling rendah di Malaysia

Posted: 29 Jan 2011 03:30 PM PST

Sidiqin Omar

LABIS: Peneroka Felda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang terutama Chempelak Barat antara tanah rancangan yang menerima Kadar Perahan Gred (KPG) paling rendah di negara ini, kata Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said.

"Kadar KPG Felda Chempelak sekitar 16 hingga 17 peratus. Jumlah yang sangat rendah berbanding tanah rancangan lain," katanya kepada Keadilandaily.com selepas membuat tinjauan di Felda Chempelak, hari ini.

Berbanding dengan Felda Chempelak, Zabidie Abas, Setiausaha Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) pula berkata, tanah rancangan kawasannya di Felda Bukit Besar, Kulai menerima KPG sehingga 21 peratus.

"Jauh betul perbezaan KPG antara tempat saya dengan Felda Chempelak iaitu sekitar lima, enam peratus walaupun Felda Chempelak adalah tanah rancangan terawal di Johor," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan peneroka DUN Tenang supaya lebih berani melakukan perubahan, dengan mencontohi keberanian peneroka Felda Bukit Besar yang membuat tuntutan dan desakan melalui kuasa undi.

"Peneroka Felda melalui Anak dan Biro Felda KEADILAN di kawasan kami sejak sekian lama membuat tuntutan kepada pengurusan Felda. Hasilnya, kadar KPG di tempat kami antara paling tinggi di negara ini.

"Jadi, inilah masanya untuk pengundi Felda Chempelak melakukan perubahan. Jika mereka bertindak secara isyarat melalui undi, sudah tentu pengurusan Felda akan memikirkan sesuatu dan membuat tindakan yang menguntungkan peneroka," katanya.

Cina nyanyi 'The moon is my heart' bersama Nizar

Posted: 29 Jan 2011 03:15 PM PST

Harakahdaily

LABIS, 30 Jan: Walaupun hujan lebat namun kira-kira 800 penduduk Cina pekan Labis setia mendengar ceramah yang diberikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat malam tadi.

Yang menariknya, mereka dengan penuh ghairah turut menyanyi bersama Datuk Seri Nizar Jamaludin apabila beliau menyanyikan lagu Cina, "The moon is my heart" (Bulan adalah hatiku).

Walaupun jam sudah menunjukkan waktu 11.30 malam namun mereka masih setia mendengar ucapan demi ucapan dari para pemimpin DAP, PAS dan PKR di pusat operasi DAP di pekan Labis itu.

Di seberang jalan, MCA juga mengadakan majlis ceramah namun hanya kira-kira 30 penonton menyertainya.

Jika suasana sokongan ini boleh diterjemahkan dengan undi esok, nescaya calon Pakatan dari PAS, Cikgu Normala Sudirman akan mendapat majoriti undi Cina esok.

Teresa Kok yang turut berada di situ menyifatkan hujan yang turun ini umpama kerja tuhan membersihkan segala daki rasuah di atas bumi Labis ini.

Selain beliau, turut berada di situ adalah Teng Chan Khim dan Tony Pua.

Selain di kawasan Cina, Pakatan juga mengandakan ceramah di 15 kawasan malam ini walau dalam hujan lebat.

Tiada ulasan: