Ahad, 16 Januari 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


[Nideo] PRK Tenang : Ucapan sulong dari Calon PAS

Posted: 16 Jan 2011 03:00 PM PST

Terkini! PR telah memilih Normala Sudirman dari PAS untuk bertanding mewakili parti dalam pilihan raya kecil DUN Tenang

Posted: 16 Jan 2011 02:00 PM PST

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs740.ash1/163292_495191212838_177809712838_6021794_556168_n.jpg

PR telah memilih Normala Sudirman dari PAS untuk bertanding mewakili parti dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.Normala merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.

TAKBIR!!!! LAWAN PELAKON LUCAH LABIS HABIS-HABISAN!

The Star didakwa cuba bakar sentimen bukan Melayu – N.Surendran

Posted: 16 Jan 2011 07:45 AM PST

SHAH ALAM 16 Jan – Beberapa hari selepas seorang ahli MCA mempertikaikan laungan azan di sebuah masjid di Kuala Lumpur yang mencetuskan tunjuk perasaan umat Islam, akhbar milik parti itu, The Star memperlekehkan Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Dalam lidah pengarangnya, akhbar itu mendakwa undang-undang itu jika dilaksanakan adalah langkah ke belakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan.

Dalam cubaan terdesak untuk membakar sentimen bukan Melayu, akhbar itu menuduh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor kononnya mahu menubuhkan sebuah pemerintahan Islam di negeri itu.

Naib Presiden Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN), N. Surendran menyifatkan laporan Star itu sebagai melampau dan cubaan terdesak untuk meraih sokongan bagi MCA.

The Star mendakwa pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah membuka ruang kepada penubuhan Negara Islam di Selangor, dan bakal menghasilkan gelombang pengislaman dinegeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain.

Akhbar itu turut menyifatkan larangan orang Islam bekerja di premis menjual arak seperti yang termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah sebagai tidak masuk akal dan harus di tolak oleh semua pihak.

Dalam cubaan untuk memutarbeitkan undang-undang syariah itu, Star mendakwa larangan itu juga harus meliputi pasar raya, kedai kosmetik, makmal dan hospital.

Bahkan menurut The Star, pemandu lori dan van yang mengangkut arak, pramugari dan pegawai kastam juga bakal menerima kesannya.

The Star mengulas tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang melarang penganut beragama Islam bekerja di premis-premis yang menjual penjualan arak, baru-baru ini.

"Untuk Star mengatakan semata-mata isu kecil ini mengatakan Pakatan Rakyat (Pakatan) tidak matang dan tidak boleh memerintah adalah pendirian yang ekstrem oleh The Star. Kita tak terkejut lah, kerana The Star ini dilihat berpihak kepada parti BN," katanya.

Langkah MPSJ itu ditarik balik buat sementara setelah kerajaan negeri memutuskan sebuah dana untuk membantu pekerja Islam yang terbabit akan ditubuhkan terlebih dahulu.

Esok Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan bermesyuarat dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memastikan sebarang pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah dilaksanakan secara teratur dan tidak menjejaskan mana-mana pihak selain menegakkan syiar Islam di kalangan umatnya.

Surendren tidak menolak akhbar The Star memutarbelitkan Enakmen Jenayah Syariah Selangor untuk menarik sokongan masyarakat bukan Islam kepada Barisan Nasional khususnya dalam menghadapi pilihanraya kecil Tenang akhir bulan ini.

"Saya rasa isu ini isu kecil yang dibesarkan. Ada kemungkinan ia untuk memancing undilah," katanya.

Isu Azan: Jangan jadi seperti Singapura – kata Mufti Selangor

Posted: 16 Jan 2011 07:30 AM PST

SHAH ALAM, 16 Jan – Desakan naib presiden MCA, Gan Ping Sieu supaya kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengkaji dan mengawal selia penggunaan pembesar suara di masjid mahupun surau adalah mirip taktik yang diguna pakai di Singapura bagi membendung Islam, kata Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid

Katanya, cadangan pemimpin MCA itu seolah-olah cubaan untuk menjadikan Malaysia seperti Singapura yang melarang laungan azan didengar dari luar lingkungan kawasan rumah ibadat termasuk masjid.

"Ini adalah satu agenda luar, kalaulah Singapura berjaya menahan ataupun memperlahankan azan di surau, jadi mereka nak supaya Malaysia macam seperti itu juga.

"Islam agama rasmi di Malaysia, tidak mungkin kita hendak ikut agama jiran… saya cukup tidak suka perkara ni," katanya.

Cadangan Ping Siue itu dibuat pada hari sama akhbar The Star yang juga di miliki MCA, menyiarkan lidah pengarang, membidas kerajaan negeri Selangor kerana mahu melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah yang melarang orang Islam bekerja dipremis menjual arak.

The Star menyifatkan langkah itu sebagai cubaan untuk menerapkan undang-undang Islam di Selangor dalam cubaan terdesak untuk meraih sokongan bukan Melayu untuk MCA di bawah presiden barunya, Chua Soi Lek.

Portal The Malaysian Insider hari ini melaporkan, Ping Siue sebagai berkata, kemelut laungan azan di Masjid AlIkhlasiah Kampong Kerinchi harus diambil bagi mengawal selia penggunaan pembesar suara di semua rumah ibadat demi mengelak perselisihan faham di kalangan masyarakat di negara ini.

Menurut Tamyes, soal laungan azan harus dilihat dari sudut keperluan agama Islam sendiri dan keperluan pemerintah Islam mempertahankan keperluannya.

"Ini (laungan azan) adalah satu syiar Islam yang menjadi tanggungjawab kepada umat Islam, khasnya pemerintah yang beragama Islam mempertahankan perkara ini.

"Ia sebenarnya syiar Islam yang begitu sensitif kalau sekiranya diperlahankan," kata beliau.

Ping Sieu adalah pemimpin MCA pertama mempersoalkan keperluan memperlahankan laungan azan dan penggunaan suara pembesar di rumah ibadat termasuk masjid dan surau.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan isu laungan azan Masjid Al-Ikhlasiah aduan seorang ahli MCA, sebagai 'mainan politik' pihak tertentu untuk melaga-lagakan orang Islam dan orang bukan Islam.

Ketua Imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu. Namun Jamil menafikan pihaknya mengeluarkan arahan seumpama itu walaupun mengesahkan pihaknya menerima aduan daripada ahli MCA berkenaan.

Kelmarin, kira-kira 100 orang berhimpun di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah mengadakan tunjuk perasaan selepas solat Jumaat mendesak ahli MCA berkenaan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA.

Susulan bantahan itu, ahli MCA berkenaan yang tinggal di Pantai Hill Park iaitu kira-kira satu kilometer dari Masjid Al-Ikhlasiah dilaporkan akan berpindah dari kawasan itu.

Kerajaan Selangor bakal perkenal konsep baru pemilikan rumah

Posted: 16 Jan 2011 07:12 AM PST

SHAH ALAM 16 Jan - Kerajaan Negeri Selangor akan memperkenalkan satu konsep baru mengenai pemilikan rumah yang selari dalam Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) untuk menyelesaikan masalah polisi pemilikan dan pembinaan rumah di Negeri Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan keperluan perancangan sebegini perlu bagi memastikan penduduk Selangor dapat memiliki rumah mengikut kemampuan mereka.

Khalid membayangkan konsep Pakatan Rakyat (Pakatan) adalah berbeza dengan konsep biasa yang diamalkan sebelum ini, di mana segmentasi masyarakat terjadi ekoran tiada kawalan penuh mengenai pemilikan dan pembelian rumah oleh individu.

"Itu konsep kita, bukan sekat-sekat, perlu ada mobiliti kepada penduduk untuk berpindah ke tempat lain. Kalau tidak kita akan segmenkan masyarakat. Pada kita masyarakat makin lama akan makin maju sebab itu.

"Kita akan bentangkan nanti sebab itu kita katakan 'merakyatkan ekonomi' itu konsep yang besar," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika sidang media sempena Program Menaik Taraf Kehidupan Rakyat Petaling Jaya bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Haniza Talha dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Selatan Hee Loy San.

Program naik taraf ini dijalankan bagi membantu penduduk di pangsapuri di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya dapat dicantikkan dan dibaiki sekaligus meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Sebelum ini, kerajaan Negeri telah mencuba satu polisi dalam satu projek syarikat pemaju TPPT Sdn. Bhd. di mana pembinaan rumah mampu milik untuk menggantikan rumah kos rendah. dengan keluasan 700 kaki persegi dengan harga tidak lebih dari RM65,000.

Menurut Khalid, hal ini memberi lebih kebebasan kepada pemilik untuk memiliki rumah.

Bagaimanapun Khalid menyatakan kerajaan negeri telah mempunyai pengkalan data dan rekod pemilikan rumah bagi mengelak individu membeli sewenang-wenangnya.

"Kami tidak selektif dalam hal ini… tidak semestinya orang kaya akan membelinya. Boleh jadi pembeli daripada golongan berpendapatan rendah, tapi taraf keluarga dah bertambah baik atau anak dia sudah berjaya, dia berkongsi untuk beli rumah tersebut.

"Kita akan kaji semuanya, akhirnya akan ada rumah yang cukup untuk semua orang," katanya lagi.

Menurut Khalid lagi, perbincangan dan kajian masih dilakukan sebelum polisi yang efektif dan menyeluruh dapat dikeluarkan.

"Masalahnya yang utama ialah projek terbengkalai. Kalau tandantangani polisi pun tak selesai sebab pemaju lari. Sebab itu kita kata Selangor akan tengok secara pragmatik untuk selesaikan masalah," katanya.

Enakmen Jenayah Syariah perlu dilaksanakan secara bijaksana

Posted: 16 Jan 2011 06:00 AM PST

SHAH ALAM, 16 Jan – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid akan berbincang dengan semua Datuk Bandar dan Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari seluruh Selangor bagi memastikan pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah melarang umat Islam bekerja di premis menjual arak dilakukan secara kemas dan tanpa menjejaskan mana-mana pihak.

Menurut Khalid, perbincangan esok di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bakal memperkenalkan penyelesaian yang mengambil kira kepentingan pihak pemilik lesen premis, sensitiviti masyarakat Islam serta pekerja yang terlibat dalam perkara ini.

MB serta Adun Taman Medan dan Datuk Bandar Petaling Jaya, turut sama mengecat dinding pangsapuri

"Walaupun kita menjalankan dasar menjaga masyarakat Islam, kita takkan bebankan masyarakat bukan Islam, kita kena fikirkan, kalau dapat beratus pekerja dalam industri yang terpaksa mencari kerja lain, itu juga tanggungjawab kita untuk beri masa supaya ia dapat dilakukan dengan baik.

Kita akan adakan satu tempat, yang mana keputusan itu akan dibuat secara bersama dan saya akan mengetuai kumpulan tersebut supaya dapat diaturkan dengan lebih baik," kata Menteri Besar.

Datuk Bandar Petaling Jaya menyampaikan cenderahati kepada Menteri Besar

Khalid berkata demikian pada Majlis Penyerahan Cat kepada kawasan Taman Medan sempena Program Menaik Taraf Kualiti Hidup Rakyat di Petaling Jaya, anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini hari ini.

Khalid berkata, Exco Perumahaan dan Kerajaan Tempatan Ronnie Liu dan Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Datuk Hassan Ali mempunyai peranan masing-masing berhubung enakmen jenayah syariah.

Menurut beliau kedua-dua mereka melaksanakan kerja menurut portfolio Exco masing-masing bagi menyelesaikan masalah.

"Semua pihak hendaklah selesaikan masalah. Boleh jadi YB Ronnie nak selesaikan masalah yang dihadapi pemilik lesen, Datuk Hassan Ali nak selesaikan masalah masyarakat islam yang terjebak dalam kerja ini. Dua-dua nak selesaikan masalah sama, jadi Menteri Besar akan cantumkan kedua masalah dan selesaikan bersama-sama."

Ucapan oleh Lim Guan Eng dalam Majlis Tertutup Bengkel Pilihan raya Kebangsaan DAP di Kuala Lumpur pada hari Ahad, 16hb Januari 2011

Posted: 16 Jan 2011 05:30 AM PST

Ucapan oleh Lim Guan Eng dalam Majlis Tertutup Bengkel Pilihan raya Kebangsaan DAP di Kuala Lumpur pada hari Ahad, 16hb Januari 2011:

Hampir RM2 juta untuk mewujudkan setiap pekerjaan baru menunjukkan ketirisan (leakages) ekonomi dalam bentuk amalan rasuah dan penyelewengan kewangan yang hanya boleh diatasi dengan kemenangan PR dalam pilihan raya besar akan datang

Kerajaan BN telah mengumumkan 19 lagi projek permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion, RM36 bilion pendapatan negara kasar dan mewujudkan 35,000 pekerjaan baharu untuk menjadikan Malaysian sebagai negara berpendapatan tinggi. Dengan kata lain RM 67 bilion diperlukan untuk mewujudkan 35,000 pekerjaan baru ataupun hampir RM2 juta untuk setiap satu pekerjaan baru.

Adakah RM2 juta diperlukan untuk wujudkan satu pekerjaan baru? Ia memang satu rekod. Jumlah besar RM2 juta untuk setiap satu pekerjaan baru menunjukkan ketirisan ekonomi dalam bentuk amalan rasuah dan penyelewengan kewangan yang hanya boleh diatasi dengan kemenangan PR dalam pilihanraya besar akan datang. Jelas yang akan bengkerapkan Negara bukanlah Program 100 Hari PR tetapi amalan rasuah dalam BN.

Sebaliknya Program 100 Hari PR akan selamatkan negara dengan pulihkan ekonomi negara. Jangan lupa bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Idris Jala sendiri yang telahpun menyatakan bahawa Malaysia mungkin bengkerap pada 2019.

BN mungkin lupa dengan projek mega ini tidak ada kena-mengena dengan masalah rakyat biasa yang berpendapatan rendah. Malaysia mengalami Gini coefficient ataupun ketidakadilan perbezaan pendapatan di antara yang kaya dan miskin yang paling tinggi di Asia Tenggara. Kumpulan termiskin golongan bawah 40% penduduk hanya memiliki 14.3% pendapatan negara sedangkan golongan atas 20% memiliki 50% pendapatan Negara. Dengan kata lain lebih 10 juta rakyat Malaysia dalam golongan bawah 40% penduduk menerima purata pendapatan RM1,500 sebulan.

Golongan ini yang akan dibantu oleh Program 100 Hari PR yang di antara lain manambahkan insentif kepada anggota kerajaan tertentu, bantu peneroka FELDA, wang penghargaan warga emas RM1,000 setiap tahun, wifi percuma untuk semua pekan di seluruh Malaysia, menghapuskan tol lebuhraya dan juga mengurangkan harga minyak untuk orang miskin.

PR bukan cakap sesuka hati kerana telahpun dilaksanakan di negeri di bawah pemerintahan PR. Sungguhpun banyak program telah dijalankan oleh kerajaan negeri yang di bawah PR, tidak ada satu negeri pun yang bengkerap. Sebaliknya ia lebih kukuh seperti Pulau Pinang yang telah dipuji dua tahun berturut-turut oleh Lapuran Ketua Audit Negara 2008 dan 2009. Malah Pulau Pinang dianggap sebagai mempunyai prestasi terbaik di negara pada 2009.

Dengan lebihan bajet paling besar dalam sejarah Pulau Pinang sebanyak RM 88 juta pada 2008 dan RM 77 juta pada 2009, pelbagai program dijalankan di antaranya:

*

Membasmi miskin tegar dengan memastikan setiap keluarga mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM500 sebulan
*

Peruntukan pendidikan tahunan kepada sekolah agama rakyat, sekolah mubaligh, sekolah cina dan tamil sebanyak RM 11.3 juta pada 2010
*

Rebat air RM100 setiap keluarga sederhana rendah dan bawah sebanyak RM 17 juta pada 2008-9
*

Program penghargaan warga emas sebanyak RM20 juta setahun dengan pembayaran RM100 setiap tahun kepada yang lebih 60 thaun dan wang pengurusan jenazah RM1,000 kepada waris. Program ini akan diperluaskan kepada OKU dan ibu tunggal tahun ini.

Semua program pro-rakyat tidak pernah dilaksanakan zaman BN memerintah selama 51 tahun tetapi dapat dibuat dalam 3 tahun PR memerintah. Wang penjimatan daripada urustadbir CAT dan program anti-rasuah yang dipuji oleh Transparency International membolehkan "dividen" anti-rasuah dalam bentuk program di atas dibayar dan dilaksanakan.

Ketirisan ekoran penyelewengan kewangan dan amalan rasuah setahun melibatkan sekurang-kurangnya RM 28 bilion setiap tahun dalam kerajaan Perseketuan. Bila ketirisan dihapuskan banyak program menfaatkan rakyat boleh dibuat seperti wifi percuma dan penghapusan tol. Oleh itu banyak program 100 hari PR seperti membayar RM1,000 setiap tahun kepada warga emas melebihi 60 tahun boleh dilaksanakan. Dengan 2.1 juta warga emas, pembayaran RM1,000 setahun hanya melibatkan RM2.1 bilion setahun yang tak sampai 10% RM 28 bilion. Ada baki lagi. Inilah yang harus dikongsi bersama dengan rakyat di bawah dasar ekonomi berjiwa rakyat PR.

*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

Ketua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman calon Pas Dun Tenang

Posted: 16 Jan 2011 05:15 AM PST



Semoga Allah Bersama Pejuang Agama

Pertemuan Blogger Dengan Kerajaan Pas Kelantan

Posted: 16 Jan 2011 05:00 AM PST

Bersama Rosem dan YB Kelantan di malam Blogger 15.2.2011 di Grand Season KL


PERTEMUAN BLOGGER DENGAN KERAJAAN PAS KELANTAN

Saya hampir-hampir hendak menjerit ketika melihat Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan tergagah-gagah, terketar-ketar dengan tenaga lemahnya menaiki pentas di Dewan Ballroom Hotel Grand Season Kuala Lumpur pada Sabtu malam, 15.Feb 2011 yang lalu.

Mahu saya mengutuk pihak penaja yang mengadakan dialog dengan blogger kerana menjemput Tuan Guru malam itu kerana melihat kedaifannya, lemah tenaganya memaksa Tuan Guru datang. Sedangkan siangnya beliau di Terengganu dan datang ke KL untuk dialog bersama blogger, naik kereta selama 4 jam.

Kenapa tak naik saja kapal terbang?

Tapi hasrat mahu mengutuk beberapa Exco Kelantan, terutama YB Dr. Mohamed Fadzli Dato' Hassan, selaku meneraju utama malam itu, kebetulan beliaulah yang memeluk dan beramah mesra sangat dengan saya sebelum acara, apa lagi YB Zainuddin ADUN Limbong yang awal-awal lagi menyambut, tidak jadi dan perasaan saya bertukar serta merta apabila mendengar ucaputama Tuan Guru.

'Itulah Tuan Guru,' bisik saya kepada Supian dan Marzuki Sharif yang menemani saya malam itu.

Saya cuba bandingkan YB yang bertaraf menteri, exco kerajaan BN, pasti tidak akan melakukan hal seperti itu. Setidak-tidaknya sebuah bilik eksklusif bertaraf ***** disediakan untuk berehat sebelum majlis.

Kemudian apabila mendengar ucaputama mengapa setua itu pun beliau masih tidak meletak jawatan atau berhenti, saya sangat teruja walaupun itu sudah berkali-kali beliau berucap.

Pertemuan bloger malam itu, walaupun negeri-negeri lain juga mengadakannya, bagi saya ia satu peluang untuk melihat apa yang selama ini terlindung dan tidak terdedah sewaktu Pas Kelantan memerintah.

Saya hadir atas tiket blogger yang mahu mencemuh kepimpinan Pas Kelantan kerana nada memperjuangkan syariat Islam berbeza dari tahun-tahun 60an, 70an, 80an, 90an dan apa lagi setelah bersama DAP, PKR. Hudud tidak pernah saya dengar sekarang.

Ternyata kepimpinan ulama negeri Kelantan bijak dengan maqasid syariyahnya, pendekatan hikmahnya. Saya terkedu apabila 'adinda' YB Exco Takiyuddin menjelaskan satu persatu.

"Kalau tak mampu menanggung beras seguni, jangan tinggal semuanya. Bawa sekadar mampu," jelas Tuan Guru.

Saya teringat beberapa komen dalam blog saya beberapa kawan yang tidak bersetuju dan menuduh Pas sudah dicucuk hidung, sudah menggadai maruah Islam kepada DAP. Malam itu jika mereka sempat bersama, persoalan dan cemuhan ini akan menolong mereka mengerti sedikit sebanyak.

"Kalau Umno baik dengan MCA, dengan MIC, tolak Islam tak apa. Tapi kenapa Pas baik dengan DAP dan Pas tak tinggal Islam, tak boleh kita terima?" tanya Tuan Guru.

Ini pertanyaan fanatik tapi jika kita mahu menjawab dengan jujur, sangat besar ertinya.

Atas nama pentadbiran Islam, Kelantan boleh berbangga dari segi hutang, dari segi rasuah, dari segi ketelusan, dari segi amanah, dari segi kejujuran jika dibanding dengan pentadbiran negeri lain. Semua ini digarispandu oleh Islam dan hidup di dalam roh Islam dan diamal oleh tubuh-tubuh berjiwa Islam.

Lebih 200 blogger malam itu, saya dapati ia merupakan angkatan yang sering mengintai kelemahan kerajaan Pas Kelantan untuk dikritik dan ditegur. Mereka nampaknya sedia membantu jika ia mempunyai satu garis panduan yang jelas.

"Sepatutnya penulis-penulis juga patut mengadakan satu dialog dengan kepimpinan Tuan Guru, seperti malam ini," kata kartunis Rosem.

Saya setuju. Mungkin YB Husam Musa atau YB Fadzli boleh pertimbangkan. Penulis yang dimaksudkan, bukan wartawan dan bukan siding pengarang akhbar atau tebloit tetapi penulis bebas.

http://aziziabdullah.blogspot.com/2011/01/pertemuan-blogger-dengan-kerajaan-pas.html

Guan Eng: Projek ETP punca ketirisan, bukannya dasar Pakatan

Posted: 16 Jan 2011 04:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Pakatan Rakyat mendakwa pentadbiran Najib sekali lagi membuktikan kerajaan pusat bakal merekodkan ketirisan besar ekoran pengumuman 19 lagi projek permulaan (EPP) Program Transformasi Ekonomi (ETP) — yang menurut kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal menjana pelaburan hampir RM67 bilion dan 35,000 pekerjaan baru.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ia terbukti apabila kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memerlukan RM67 bilion untuk mewujudkan hanya 35,000 pekerjaan baru ataupun hampir RM2 juta untuk setiap satu pekerjaan baru.

"Adakah RM2 juta diperlukan untuk wujudkan satu pekerjaan baru? Ia memang satu rekod," kata Lim lagi.

"Jumlah besar RM2 juta untuk setiap satu pekerjaan baru menunjukkan ketirisan ekonomi dalam bentuk amalan rasuah dan penyelewengan kewangan yang hanya boleh diatasi dengan kemenangan Pakatan dalam pilihan raya besar akan datang," kata beliau.

Pada 11 Januari lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan 19 lagi EPP di bawah ETP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion, RM36 bilion pendapatan kasar negara dan mewujudkan 35,000 pekerjaan baru.

Sebelum itu sebanyak 18 EPP telah diumumkan sejak ETP dilancarkan pada 25 Oktober 2010.

Kesemua projek 19 EPP dan pembangunan itu akan dilaksanakan di bawah 10 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), yang diterajui oleh empat EPP di bawah NKEA minyak, gas dan tenaga.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata adalah jelas tindakan itu akan memufliskan negara, bukannya Program 100 Hari Pakatan.

"Sebaliknya Program 100 Hari Pakatan akan selamatkan negara dengan pulihkan ekonomi negara.

"Jangan lupa bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala sendiri yang telah pun menyatakan bahawa Malaysia mungkin bankrap pada 2019," kata Lim ketika berucap pada Majlis Tertutup Bengkel Pilihan Raya Kebangsaan DAP di sini hari ini.

Program 100 Hari Pakatan diumumkan menerusi Buku Jingga pada konvensyennya bulan lalu.

Kata Lim, BN mungkin lupa dengan projek mega ini tidak ada kena-mengena dengan masalah rakyat biasa yang berpendapatan rendah.

Lim menambah Malaysia mengalami ketidakadilan perbezaan pendapatan antara kaya dan miskin yang paling tinggi di Asia Tenggara.

"Kumpulan termiskin golongan bawah 40 peratus penduduk hanya memiliki 14.3 peratus pendapatan negara sedangkan golongan atas 20 peratus memiliki 50 peratus pendapatan negara.

"Dengan kata lain lebih 10 juta rakyat Malaysia dalam golongan bawah 40 peratus penduduk menerima purata pendapatan RM1,500 sebulan," katanya.

Justeru kata beliau, golongan ini yang akan dibantu menerusi Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang di antara lain manambah insentif kepada anggota kerajaan tertentu, bantu peneroka Felda, wang penghargaan warga emas RM1,000 setiap tahun, khidmat wifi percuma untuk semua pekan di seluruh Malaysia, menghapuskan tol lebuh raya dan juga mengurangkan harga minyak untuk orang miskin.

Kata Lim, Pakatan bukan cakap sesuka hati kerana ia telah pun dilaksanakan di negeri-negeri di bawah pemerintahan perikatan tiga parti itu.

Sungguhpun banyak program telah dijalankan oleh kerajaan negeri yang di bawah Pakatan, tidak ada satu negeri pun yang bangkrap, katanya.

"Sebaliknya ia lebih kukuh seperti Pulau Pinang yang telah dipuji dua tahun berturut-turut oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009. Malah Pulau Pinang dianggap sebagai mempunyai prestasi terbaik di negara pada 2009," katanya.

Lim menjelaskan, ketirisan ekoran penyelewengan kewangan dan amalan rasuah setahun melibatkan sekurang-kurangnya RM28 bilion setiap tahun dalam kerajaan persekutuan.

"Bila ketirisan dihapuskan banyak program memanfaatkan rakyat boleh dibuat seperti wifi percuma dan menghapuskan tol.

"Oleh itu banyak Program 100 Hari Pakatan seperti membayar RM1,000 setiap tahun kepada warga emas melebihi 60 tahun boleh dilaksanakan," katanya.

Beliau berpendapat dengan 2.1 juta warga emas, pembayaran RM1,000 setahun hanya melibatkan RM2.1 bilion setahun yang tidak sampai 10 peratus RM28 bilion.

"Ada baki lagi. Inilah yang harus dikongsi bersama dengan rakyat di bawah dasar ekonomi berjiwa rakyat Pakatan," katanya lagi.

Debat: Sahut cabaran kami, Pemuda PKR gesa Khairy

Posted: 16 Jan 2011 04:00 AM PST

Oleh Shazwan Mustafa Kamal


PETALING JAYA, 16 Jan — Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Pemuda Umno memberikan respons kepada cabaran mereka agar berdebat berhubung Program 100 Hari Pakatan Rakyat.

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, surat jemputan cabaran telah pun dihantar ke pejabat Pemuda Umno pada 12 Januari lalu - sehari sebelum pergerakan itu mencabar Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengadakan debat dengan ketua mereka Khairy Jamaluddin.

"Tetapi belum ada respons daripada Pemuda Umno untuk berbahas mengenai pelan pembaharuan Pakatan.

"Kami hendak menjelaskan dasar-dasar kami, apa yang kami lakukan bukan untuk kemegahan peribadi ia antara Pemuda Umno dan PKR, tiada yang lain," kata Shamsul Iskandar hari ini.

Cabaran debat daripada kedua-dua Pemuda PKR dan Umno mendapat perhatian selepas Anwar mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berdebat dengan beliau berhubung dasar-dasar Pakatan Rakyat.

Anwar membuat cabaran itu selepas Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional, membidas Program 100 Hari Pakatan Rakyat sebagai langkah yang akan memufliskan negara.

Bagaimanapun Najib mengetepikan cabaran Anwar itu dengan berkata, beliau tidak nampak apa-apa hasil daripada debat yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang.

Perdana Menteri berkata yang penting ialah penilaian daripada rakyat dan biar rakyat yang menentukannya.

Khairy menawarkan dirinya untuk berdebat dengan Anwar.

Malah Najib berkata, jika ada orang lain yang mahu berdebat dengan Anwar seperti Ketua Pemuda Umno, itu terserah kepada masing-masing dan beliau tidak akan menghalangnya.

Shamsul Iskandar berkata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah ditawarkan oleh parti untuk berdebat dengan Khairy berhubung perkara tersebut.

"Isu debat adalah perkara serius . . . jika Pemuda Umno tidak memberikan jawapan, Angkatan Muda PKR akan menganggap ia sebagai petanda bahawa Pemuda Umno tidak bersedia untuk berdebat dengan kami (mengenai dasar-dasar kami)," kata Shamsul Iskandar.

Dalam pada itu mengenai isu novel Interlok, kata beliau, pihaknya akan menghantar satu rombongan untuk bertemu dengan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain untuk membincangkan pertikaian yang tercetus sejak sebulan lalu.

Timbalannya Khairul Anuar berkata, pengkritik novel itu perlu membawa keseluruhan novel sebelum "menyerang" novel tersebut.

"Saya menggesa setiap pihak supaya membaca Interlok terlebih dahulu sebelum memberikan komen. Jangan keluarkan komen berdasarkan apa yang orang lain kata," kata Khairul.

[Bergambar] Oh Malaysia. Mencuri Haram, Minum Arak Halal

Posted: 16 Jan 2011 03:30 AM PST


Adun BN cuba politikkan isu jejantas

Posted: 16 Jan 2011 02:30 AM PST

(MPP) Zon 18 yang bermesyuarat 14 Januari lalu, melahirkan rasa kesal akan kenyataan Johan dalam akhbar Utusan Malaysia

SEMENYIH, 16 Jan – Mesyuarat Majlis Perundingan Penduduk (MPP) Zon 18 yang bermesyuarat pada 14 Januari lalu melahirkan rasa kesal akan kenyataan Datuk Johan Abdul Aziz yang diulas dalam akhbar Utusan Malaysia mengenai isu jejantas Semenyih.

Johan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semenyih daripada Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), S.Arutchelvan mendakwa, Johan telah terpesong dalam isu tersebut yang sepatutnya membawa kebaikan kepada penduduk.

"Johan berkata, jejantas itu tidak dibina kerana isu iklan kubur Cina dekat kawasan masjid, sedangkan MPP berpendapat, alasan itu langsung tidak boleh diterima pakai kerana isu dibincang adalah isu keselamatan kanak-kanak dan orang awam.

"Mereka mempersoalkan yang mana lebih penting, iklan atau nyawa?" kata Arutchelvan dalam kenyataan medianya semalam.

Pada 8 Januari lalu, Johan mendakwa, punca Jabatan Kerja Raya (JKR) masih tidak memberi kelulusan pembinaan jambatan oleh pihak swasta itu adalah kerana ia ditaja syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengkebumian kaum Cina tetapi meletakkan syarat, iaitu iklan mengenai syarikat itu dibenarkan dipasang pada jejantas berkenaan selama 25 tahun.

Dalam kenyataan yang dilaporkan di Utusan Malaysia itu, Johan mendakwa hal ini tidak wajar kerana jejantas itu berdekatan dengan kawasan masjid.

Arutchelvan yang juga Pengerusi MPP Zon 18 berkata, sepanjang mesyauarat di MPKj, pihak JKR tidak pernah menimbulkan isu tentang kandungan iklan jejantas tetapi hanya mengenai isu tempoh masa pengiklanan yang perlu diberi.

"Mungkin Johan tidak nampak ada satu iklan besar mengenai Taman Peringatan Nirvana di jalan hadapan Masjid Semenyih dan sehingga kini tidak ada pihak yang menimbulkan hal tersebut," katanya.

PKR Youth claims sent debate challenge first

Posted: 16 Jan 2011 02:00 AM PST

By Shazwan Mustafa Kamal

PETALING JAYA, Jan 16 — PKR Youth today demanded that its Umno counterpart respond to challenge to debate on Pakatan Rakyat (PR)'s proposed 100-day reforms.

PKR Youth Chief Shamsul Iskandar Md Akin said an official letter for the debate challenge had been sent to the Umno Youth office on January 12, a day before Umno wing challenged Datuk Seri Anwar Ibrahim to a similar debate with Khairy Jamaluddin.

"We have already sent the letter on January 12 to the Pemuda Umno office... but so far there has been no response from Umno Youth to debate on Pakatan's reform plans.

"We want to explain our policies, what we are doing is not for personal glory... essentially it's between Umno Youth and PKR Youth, no one else," said Shamsul today.

Challenges for debates have been hurled from both sides of the political divide, after Anwar dared Prime Minister Datuk Seri Najib Razak last week to debate PR's electoral promises.

Anwar made the challenge after the prime minister scoffed at PR's 100-day programme, deriding it as "too good to be true" and claiming that they would bankrupt the country.

Najib has dodged the challenge by saying that voters did not need such an exercise to decide which coalition should be in power.

Khairy later rushed to Najib's defence, and had called on Anwar to hold a debate with him instead of the prime minister, claiming that the opposition leader "is not up to Datuk Seri Najib Razak's level."

Today, Shamsul said PKR's strategy chief, Rafizi Ramli, had been selected to debate Khairy on the matter.

"The debate issue is a serious one... if Umno Youth does not answer, PKR Youth will consider it a sign that there is no one within Umno Youth prepared to debate with us (on our policies)," Shamsul added.

Separately, the PKR Youth chief said that the wing will be sending a team to see Abdullah Hussein, the author of the novel "Interlok" to discuss the issues concerning the book.

"Interlok" made headlines in recent days after it was deemed by the Indian community to be racially offensive. It had earlier been selected as a reading text for SPM-level Bahasa Malaysia literature.

Today, PKR deputy Youth chief Khairul Anuar said that critics should read the novel in its entirety before "attacking" its contents.

"I urge everyone... please read Interlok first before passing comments... do no base your comments on what other people have said about the book," said Khairul.

Mustapa: BN sasar Kelantan bukan kerana kuasa

Posted: 16 Jan 2011 01:30 AM PST

Mustapa mendakwa PAS sudah gagal mentadbiri Kelantan selama 20 tahun. — gambar fail
KOTA BARU, 16 Jan — Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata hasrat Barisan Nasional (BN) untuk merampas pentadbiran negeri itu daripada PAS bukan semata-mata kerana kuasa tetapi untuk membawa perubahan daripada segi pembangunan di negeri itu.

Beliau berkata banyak perkara yang hendak dilakukan BN untuk faedah rakyat, yang gagal dilakukan oleh PAS sepanjang mentadbir negeri itu selama 20 tahun.

Antaranya menyelesaikan masalah banjir kilat, sistem perparitan, kebajikan rakyat, peluang pekerjaan, infrastruktur untuk pembangunan ekonomi dan kemudahan lain, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Jabatan Pelajaran Kelantan, di sini hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata hasrat BN untuk menawan semula Kelantan tidak harus dilihat sebagai suatu perebutan kuasa untuk memerintah tetapi suatu tindakan untuk memenuhi kehendak rakyat yang mahukan perubahan setelah sekian lama berada di bawah pentadbiran pembangkang.

"Kita mahu mengambil alih teraju pemerintahan negeri ini memandangkan rakyat mahukan perubahan melalui petunjuk-petunjuk yang dilahirkan menerusi sokongan mereka dalam pilihan raya kecil dan program-program anjuran BN dan Umno di negeri ini," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempersoalkan kenapa BN perlu mengambil alih Kelantan sedangkan PAS adalah parti yang layak memerintah negeri ini kerana melaksanakan pemerintahan Islam.

Sebelum ini, Mustapa berkata BN dijangka akan dapat merampas 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang memandangkan mood yang ditunjukkan oleh rakyat negeri itu lebih kepada BN berikutan kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 4 November tahun lepas.

Mustapa juga berkata hakikatnya BN telah lama membawa pembangunan kepada negara mengikut ajaran Islam.

"Nik Aziz memang terkenal dengan sifatnya yang mengaku semua tahu tentang Islam dan tidak menghormati pemimpin parti politik lain, yang kurang hebat daripadanya dari segi agama," katanya. — Bernama

Karpal nasihat peguam Ummi Hafilda teliti undang-undang

Posted: 16 Jan 2011 01:00 AM PST

GEORGE TOWN, 16 Jan – Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menggesa peguam yang mewakili Ummi Hafilda Ali agar terlebih dahulu mehamami dan meneliti peruntukan undang-undang sebelum memfailkan saman terhadapnya.

Katanya, ini kerana berdasarkan peruntukan undang-undang, seseorang yang ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab sebenarnya diberi tempoh tidak lebih dari enam tahun.

"Apabila sesuatu kes itu telah melampui enam tahun…hadnya enam tahun dan mahkamah boleh menolak tanpa mendengarnya…dan dalam kes Ummi Hafilda ini, dia hendak menyaman perkara yang telah berlaku selama lebih 13 tahun lepas dan saya nasihatkan peguamnya supaya memahami dan meneliti undang-undang dengan baik," kata peguam kanan itu kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Karpal Singh serta PAS.
Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.

Saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.

Wan Azizah dan PAS masing-masing disaman berjumlah RM100 juta.

Karpal berkata, pada 1997, memang beliau ada membuat desakan agar kerajaan menyiasat dan mengambil mengambil tindakan terhadap Anwar atas dakwaan kononnya terbabit dengan kegiatan salahlaku seks terhadap Azizan.

"Ketika itu, Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad, Peguam Negara Tan Sri Mohktar Abdullah dan Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor kesemuanya menolak desakan saya malahan menyatakan bahawa ia adalah tidak benar dan bermotif politik," katanya.
Beliau berkata, hanya selepas dipecat pada 1998, Anwar dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan kes liwat melibatkan Azizan dan beliau kemudiannya membantu Anwar setelah diminta oleh bekas timbalan perdana menteri itu.

Katanya, pada 2004 Anwar kemudiannya didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan kes liwat itu setelah Mahkamah Persekutuan mendapati keterangan Azizan tidak boleh diterima.

"Jadi, tiada sebarang asas dakwaan kononnya saya telah melanggar kepercayaan Ummi Hafilda mahupun melanggar sebarang etika seorang peguam," katanya.

Karpal juga menyelar desakan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mahukan Peguam Negara mengeluarkan sapina terhadap beliau sebagai saksi kes liwat kedua Anwar yang melibatkan pembantu peribadinya Mohamad Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, kes kedua Anwar yang melibatkan Saiful Bukhari pada 2008 itu tidak berkaitan langsung dengan kenyataannya pada 1997 kerana kes melibatkan Azizan itu telah selesai.

Beliau menyifatkan pihak yang membuat desakan itu sebagai tidak mempunyai asas dan tidak faham undang-undang.

-Bernama

Forum Janji 100 Hari Pakatan Rakyat (PR)

Posted: 16 Jan 2011 12:30 AM PST

Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan suatu forum Janji 100 Hari PR pada hari selasa 18hb Januari 2011 bermula jam 9 malam di Chinese Assembly Hall, Kuala Lumpur. Forum ini bertujuan untuk membahaskan pro dan kontranya cadangan PR selepas 100 hari memerintah. Bagi mendapat pandangan yang seimbang daripada semua pihak Dewan Pemuda PAS, telah dan sedang berusaha untuk menjemput parti-parti komponan Barisan Nasional(BN), NGO dan ahli akademik. Walaubagaimana pun setakat ini belum ada sebarang jawapan daripada mereka. Antara pimpinan parti politik dan NGO yang telah dihubungi samaada melalui surat, email, talipon, sms atau orang perantaraan adalah :

YB Saifuddin Bin Abdullah – Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

YB Khairy Jamaluddin – Ketua Pemuda UMNO

YB Nurjazlan Bin Mohammad – Ahli Parlimen Pulai

Dr Zubir Bin Harun – Naib Presiden Perkasa

Senator Datuk Akbar Ali - Bekas timbalan ketua pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia.

En Mohd Yusof Bin Abd Rahman – Bendahari Agong FOMCA

Senator Datuk Akhbar Ali - Bekas Tim Ketua Pengarah Jab Perangkaan Malaysia

Wakil Parti Gerakan

Setakat ini YB Saifuddin Bin Abdullah dan Wakil Parti Gerakkan sahaja yang telah memaklumkan keuzurannya. Dewan Pemuda PAS Pusat cukup optimis bahawa mereka akan membuat pengesahan kehadiran dalam waktu terdekat ini khususnya YB Khairy Jamaluddin. Insya Allah. Kehadiran mereka atau wakilnya sangat penting bagi membangunkan minda rakyat setara dengan negara-negara maju yang menjadikan pidato, debat dan forum sebagai medan menguji kekuatan, kesungguhan dan kemampuan memerintah negara pada masa hadapan.

Setakat ini ahli panel forum adalah terdiri daripada YB Dr Dzulkifli Bin Ahmad Wakil PAS, YB Tony Pua Wakil DAP dan Sdr Rafizi Ramli Wakil PKR. Modeator forum adalah Sdr. Mazli Bin Noor seorang ahli perniagaan. Semua pihak dijemput hadir .

Suhaizan Bin Kaiat

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Pusat
0197285174

Perdana Menteri Wanita: Kenapa Isteri PM Tak Boleh?

Posted: 16 Jan 2011 12:00 AM PST

PEMBAHAS "Bawal" dalam perbincangan mengenai tajuk ""Hantu" PRU Ke-13 Bagi BN dan PR." antara lain, berkata: "komen la sikit pasal lawatan bini PM ke Timur Tengah. Ini lawatan rasmi Dato', siap ada perjumpaan ngan Timbalan Menteri kat sana.

Dah takde ke menteri kat Malaysia ni atau Jawatan sebagai bini PM adalah jawatan kerajaan."

Terima kasih Sdr Bawal. Sebenarnya beberapa orang pembahas lain juga turut membangkitnya hal ini dan isu-isu lain yang melibatkan kegiatan dan tindak-tanduk isteri Perdana Menteri.

Seperti yang telah tegaskan berulang kali, dalam sistem kita tidak ada satu jawatan yang dipanggil "First Lady" atau Wanita Pertama. Kalaupun ada seorang yang boleh diberikan jolokan "First Lady" atau Wanita Pertama, orang itu adalah Seri Paduka Raja Permaisuri Agung kerana "First Gentleman" atau Lelaki Pertama dalam sistem kita adalah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Hak Guna Duit Negara

Mengenai bolehkah duit negara digunakan membiayai lawatan dan kegiatan isteri Perdana Menteri, saya ingin merujuk Sdr Bawal dan para pembaca sekalian kepada laporan New Straits Times pada 12.11.2010 yang berbunyi:

"NO permanent or contractual staff are provided for Datin Seri Rosmah Mansor, wife of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.


In a written reply to Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib said officers from his office sometimes helped his wife in carrying out her official duties.


However, the Members of Parliament (Remuneration) Act 1980 states that the prime minister's wife is entitled to claim food, lodging and winter apparel allowances when she accompanies her husband on his official duties overseas."

(Tidak ada pegawai tetap atau kontrak diperuntukkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib berkata pegawai dari pejabatnya kadang kala membantu isterinya menjalankan tugas rasminya.

Bagaimanapun, Akta Ahli Parlimen (Gajian) 1980 mengatakan isteri Perdana Menteri berhak membuat tuntutan elaun makan, penginapan dan pakaian musim sejuk apabila mengiringi suaminya dalam tugas rasmi di luar negara.")

Terpulanglah kepada pembahas dan pembaca membuat interpretasi dan mencari kesimpulan mengenai lawatan Rosmah ke Asia Barat tanpa diiringi oleh Perdana Menteri.

Cadangan Rosmah Masuk Politik

Dalam bahas blog ini, ada beberapa pembahas mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan bertanding pilihan raya umum akan datang. Bagi saya, cadangan sebegini bukan jenaka tetapi boleh dilihat sebagai sesuatu yang serius dan berkemungkinan berlaku.

Malah seorang bekas menteri kanan yang diketahui cucup akrab dengan Mohd Najib dan Rosmah berkata isteri Perdana Menteri itu berpengaruh dan berpotensi memanfaatkan kedudukan istimewanya untuk satu peranan yang lebih besar.

Kita boleh bincang dan bahas hal ini, tatapi saya minta tolong berhati-hati dan bersopan santun. Saya tidak akan menyiarkan ulasan yang berunsur fitnah dan hasutan yang boleh membawa padah.

Soalnya kenapa tidak Rosmah? Buat permulaan, beliau sudah pun mempunyai profil yang cukup tinggi dan mempunyai kedudukan de fakto dalam sistem pemerintahan negara memalui Projek Permata Negara untuk kanak-kanak pintar yang mendapat peruntukan langsung dari Perbendaharaan sebanyak RM111 juta dalam belanjawan 2011 dan RM100 juta pada 2010. Beliau juga memperoleh dan menikmati liputan berita yang cukup rapi dan meluas daripada media massa arus perdana.

Kenapa tidak? Bukankah sudah wujud gandingan suami-isteri dalam landskap politik Malaysia iaitu Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail? Malahan, gandingan bapa-emak dan anak pun sudah ada – Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Selain itu wujud dinasti politik lain seperti gandingan Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng, Karpal Singh dengan Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo. Malah Mohd Najib, Anwar, Hishammuddin Hussein, Mukhriz Mahathir dan ramai lagi adalah pewaris dinasti politik.

Jadi kenapa tidak Rosmah? Kalau Rosmah tidak ada peranan yang berkesan dan definitif, masakan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, membuat pertemuan khas dengan beliau dalam rangka lawatannya ke Malaysia pada tahun 2009 dan secara terbuka mengiktiraf kesepakatan Rosmah-Mohd Najib?

Jadi apa salahnya atau memeranjatkan sangat jikalau Rosmah bertanding pilihan raya dan akhirnya menjadi pengganti suaminya?

Gandingan Ahli Keluarga Perkara Biasa


Hal ini berlaku bukan sahaja di Singapura di mana Lee Hsien Loong menjejaki bapanya menjadi Pardana Menteri, malah ia juga berlaku di banyak negara di dunia.

Contohnya di India di mana Indira Gandhi menjejaki bapanya Jawaharlal Nehru, menjadi Perdana Menteri. Indira digantikan pula oleh anaknya Rajiv Gandhi. Indira dan Rajiv kedua-duanya mati dibunuh. Kini isteri Gandi, Sonia seorang keturunan Itali menjadi Presiden parti pemerintah, Indian National Congress dan anak mereka, Rahul adalah Ahli Parlimen dan diuar-uarkan sebagai bakal Perdana Menteri.

Di Sri Lanka, Chandrika Bandaranaike Kumaratunga yang menjadi Presiden dari 1994 hingga 2005 adalah anak kepada dua Perdana Menteri -- bapanya S.W.R.D Bandaranaike dan ibunya Sirimavo Bandaranaike.

Di Filipina, apabila calon Presiden Benigno "Ninoy" Aquino dibubuh, isterinya, Corazon Aquino bertanding dan menang. Kini anak mereka, Benigno Aquino III, menyandang jawatan itu. Presiden Gloria Macapagal-Arroyo pula adalah anak Presiden Diosdado Macapagal.

Sheikh Hasina Wazed, Perdana Menteri Bangladesh sekarang adalah anak sulung Sheikh Mujibur Rahman, pengasas dan Presiden pertama negara itu manakala Begum Khaleda Zia, bekas Perdana Menteri, adalah janda Presiden Ziaur Rahman yang dibubuh.

Di Pakistan, Allahyarhamah Benazir Bhutto menduduki kerusi yang pernah diisi bapanya, Zulfikar Ali Bhutto sebagai Perdana. Zulfikar mati di tali gantung, Benazir mati dalam pengeboman bunuh diri.

Di Argentina, Presiden Néstor Carlos Kirchner digantikan oleh isterinya Cristina Fernandez de Kirchner. Eva "Evita" Peron hampir menjadi Naib Presiden Argentina di samping suaminya kalau tidak kerana mati batuk kering.

Kini, isteri Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, Ibu Kristiani Herawati diuar-uarkan akan bertanding jawatan Presiden apabila tempoh perkhidmatan suaminya tamat.

Tidak Mustahil Rosmah Jadi PM

Kesimpulannya, adalah tidak mustahil Rosmah Mansor atau mana-mana wanita selebriti bertanding pilihan raya dan, jika dikehendaki oleh majoriti pembesar parti mereka, dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Saya rasa pembangkang pun akan pening kepala kalau Rosmah bertanding. Hubungan beliau yang akrab dengan bintang-bintang Bollywood, boleh digunakan untuk menarik puluhan ribu hadirin ke ceramah-ceramah pilihan rayanya.

Yang perlu hanya membawa bintang-bintang filem Bollywood dalam kempen beliau. Selain itu, beliau juga seorang penyanyi yang bagus yang tentunya boleh memikat hati pengundi Melayu yang rata-rata gilakan Bollywood dan sukakan hiburan.

Kalau negara Islam yang lebih besar dan konservatif seperti Pakistan dan Bangladesh boleh menerima Perdana Menteri dan Presiden wanita, pastinya Malaysia yang lebih progresif tidak akan menolak kepemimpinan wanita.

Hatta Pas pun sedang hebat mempromosikan penyertaan wanita dalam hierarkinya manakala PKR sudah pun dipimpin oleh wanita. Wallahualam.

http://kadirjasin.blogspot.com/2011/01/perdana-menteri-wanita-kenapa-isteri-pm.html

Gembleng blogger Pakatan hadapi PRU 13

Posted: 15 Jan 2011 11:30 PM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Jan: Tidak ada satu perkara yang paling diharapkan daripada dunia blogger Pakatan Rakyat melainkan untuk melihat BN dan Umno disungkurkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang dan PRU 13 akan datang.

Justeru, Drs Khalil Idham Lim mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dengan kejayaan kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan Majlis Mesra Menteri Besar Kelantan Bersama Blogger Pakatan yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi.

"Sebenarnya saya adalah antara orang yang sentiasa menunggu program seumpama ini bagi memastikan orang seperti kami yang duduk di hadapan komputer di mana sahaja kami berada dihargai bukan dengan kalimat yang tinggi menggunung namun sanggup dipanggil untuk bertatap muka dan diberikan sedikit makanan pengalas perut walaupun setahun sekali, itu rasa sudah memadai," ujarnya yang mengendalikan blog Cina Islam.

Sebab itu, beliau pernah mengeluarkan pandangan menyokong saudara blogger Milosuam bahawa blogger Pakatan Rakyat semacam tidak digembleng tenaga mereka secara terancang dan bersepadu untuk menghadapi gelombang blogger Umno yang nampak terancang dan dirancang.

"Sebenarnya bagi saya dunia seorang blogger tidak lepas dari sifat keikhlasan dan kejujuran semasa mengeluarkan berita, apa matlamat sebenar pemberitaan dan seperti yang dikatakan oleh Tuan Guru Datuk Nik abdul Aziz Nik Mat malam tadi ada dosa dan pahala dan ada kaitan dengan syurga dan neraka serta ditanya kelak di akhirat dengan apa yang ditulis dalam blog masing-masing," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Kerana itu, baginya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak sentuhan kerajaan negeri Kelantan dalam pertemuan malam tadi sangat bernilai bagi seorang blogger dan mereka bukan mahukan sanjungan, pujian dan upah.

Katanya, keiklasan mereka datang pada malam tadi dengan biaya poket sendiri dengan meninggalkan kerja masing-masing menuju ibu negara demi memenuhi jemputan dari Kerajaan Negeri Kelantan.

Tambahnya, tanpa disedari di sana ramai yang hadir boleh membuat tuntutan perjalanan dan sebagainya, namum para blogger sudah melupakan itu demi penghargaan yang lebih besar dari nilai wang ringgit.

Menurutnya, yang penting hak dan tanggungjawab yang dilakukan oleh masing-masing mengikut kedudukan.

"Bila ada pengumuman mengenai program tersebut saya cepat-cepat mendaftar diri untuk hadir dan mengosongkan jadual yang lain yang diatur lebih awal.

"Apabila saya menerima jawapan dari email Tarmizi Mat Jam yang mendaftar kehadiran, saya rasa sangat berbangga dan tidak sabar untuk hadir bersama dan memastikan berada di Kuala Lumpur malam tadi walaupun saya sepatutunya sudah di China untuk urusan perniagaan," katanya.

Masa berjalan dengan cepat sekali, kerana itu beliau menyarankan perkara yang sama dilakukan oleh kerajaan negeri yang lain di bawah Pakatan Rakyat seperti Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang mestilah melakukan program seumpama dilakukan Kelantan malam tadi.

Walaupun cuma datang tanpa makan dan minum, beliau yang juga Adun Titi Serong akan berusaha untuk hadir sekiranya mereka menganjurkan dalam masa terdekat.

"Kalaulah saya di luar negara dan sibuk dengan jadual yang diatur lebih awal, saya akan susun kembali untuk pastikan dapat hadir bersama.

"Selain bertemu pimpinan kerajaan negeri Kelantan, saya juga merasakan keseronokan bertemu dengan rakan-rakan media dan blogger sempena pertemuan malam tadi," ujarnya.

Baginya, ternyata ia menjadi medan untuk merapatkan silaturrahim sesama blogger dan dengan pimpinan.

"Kamilah yang sedang mempertahankan Kerajaan Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dengan pemberitaan di dalam dunia blogger.

"Oleh itu berilah sedikit kredit kepada kami sebagaimana yang dilakukan oleh Kelantan malam tadi," ujarnya lagi.

Nik Aziz mujaddid abad ini - Dr Dzulkefli

Posted: 15 Jan 2011 11:15 PM PST

Harakahdaily

SHAH ALAM, 16 Jan: "Saya yakin, selepas Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tiada nanti, umat Islam akan menggelarkan dia mujaddid abad ini," kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad.

Dr Dzulkefli berkata demikian dalam program forum 'Bedah Buku Tokoh-tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah' yang diadakan di Masjid Saujana Utama dekat sini malam semalam.

Penulis buku itu, Saari Sungib yang juga Adun Hulu Klang turut serta di samping moderatornya adalah Zulkifli Sulong, Ketua Editor Harakahdaily.

Nik Aziz adalah penulis pandangan sisi untuk buku ini.

Bagi Dr Dzulkefli, kehebatan yang ditunjukkan Nik Aziz adalah berjaya menyesuaikan tuntutan Islam dengan tuntutan semasa iaitu dalam konteks hubungan antara Islam dan orang bukan Islam.

"Mungkin orang tidak sedar sekarang tetapi saya yakin selepas dia (Nik Aziz) tiada nanti baru orang akan sedar Tok Guru sebenarnya mujaddin abad ini," kata beliau.

Sementara itu, di majlis bersama bloggers yang dibuat di sebuah hotel dekat ibu negara, Nik Aziz terus memperingatkan betapa Islam telah tertinggal dalam mengendalikan satu perkara iaitu orang bukan Islam.

"Di Kelantan, kita bina pondok, bina sekolah tetapi orang Cina yang tinggal di sebelah masjid Muhammadi Kota Bharu terus tidak Islam sejak lebih 20 tahun dahulu hingga kini.

"Apa tidaknya, anak-anak mereka hendak bermain di kawasan tanah lapang di masjid pun kita larang, kita kata haram. Padahal Rasulullah dahulu, orang kafir ini kencing dalam masjid pun dia tidak halau mereka," katanya.

Menurut Nik Aziz, beliau telah mengambil pendekatan berbeza.

"Hatta dalam majlis kenduri kahwin anak bungsu saya baru-baru ini, saya jemput 40 sami untuk sama-sama meraikan majlis itu. Apa orang nak kata," kata beliau di majlis itu.

Bagi Dr Dzulkifli, Tuan Guru Nik Aziz terkenal kerana kesungguhan beliau untuk meluaskan sayap Islan ini kepada orang bukan Islam dalam konteks sekarang.

Kalau dahulu, dakwah Islam ini disebarkan kepada orang luar dari kawasan Islam melalui dakwah dan juga peperangan, tetapi orang Islam sekarang seolah-olah meminggirkan orang bukan Islam.

Antaranya dengan cara menghalang mereka memasuki masjid dan majlis orang Islam.

"Dalam dunia moden ini, Tok Guru Nik Aziz antara tokoh yang membuat pendekatan untuk merapati orang bukan Islam ini," kata Dr Dzulkefli.

Dasar Islam: Jika tak boleh bawa seguni ambil secupak, kata Nik Aziz

Posted: 15 Jan 2011 11:00 PM PST

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan PAS semakin lembut dalam dasar Islam sejak kebelakangan ini seolah-olah ia sudah mula takut dan tunduk kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS kekal berpegang kepada pendiriannya, malah dasar parti itu juga sudah mula diterima oleh DAP.

Kata Nik Aziz, perkembangan itu sudah mula kelihatan sejak kebelakangan ini termasuk ketika Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Kedua di Pulau Pinang bulan lalu.

Kata Nik Aziz, DAP pernah meminta PAS menggugurkan dasar Islam lebih dua dekad yang lalu tetapi sudah mula memahami dan menerima pendirian parti itu.

"Ketika APU (Angkatan Perpaduan Ummah) dulu, DAP minta kita gugurkan (dasar) Islam, kami kata kalau gugur bukan lagi parti PAS, dan mereka kata mereka mahu keluar, mereka buat sungguh (keluar) tetapi mereka datang balik, kita tidak berubah pendirian.

"Tetapi pada konvensyen Pakatan (di Pulau Pinang) DAP sudah berubah, mereka terima (pendirian dasar PAS)... Karpal Singh sudah tidak kata langkah mayat saya (Karpal)," kata Nik Aziz secara berseloroh menjawab soalan pada Majlis Ramah Mesra dan Dialog bersama Menteri Besar di sini malam tadi.

Seorang peserta mengemukakan soalan bahawa dia mula khuatir kononnya PAS sudah tidak lagi lantang dalam memperjuangkan dasar Islam berbanding masa lalu dan sama ada perubahan itu ada kaitan dengan pengaruh atau desakan rakan-rakan komponen dalam Pakatan Rakyat.

Nik Aziz juga menggambarkan pendekatan PAS ialah bertindak "langkah demi langkah" dalam mentadbir negeri Kelantan walaupun kesemua yang dirancang dan dihasratkannya tidak tercapai khususnya berkaitan dengan pelaksanaan hukum hudud.

Malah Nik Aziz juga menjelaskan, pihaknya menggunakan pendekatan "sederhana" sedemikian bagi mengelakkan kemungkinan tindakan darurat yang pernah dikenakan ke atas Kelantan lebih tiga dekad lalu.

Pada November 1977, Parlimen meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

Malah ketika itu juga PAS berada dalam Barisan Nasional (BN).

"Kalau kita tidak boleh buat sekali gus, mengapa tidak kita guna cara sedikit demi sedikit, kalau tidak boleh buat hudud, kita dah cuba, mengapa kita hendak kehilangan kuasa mentadbir, macam tindakan Mageran dulu.

"Kalau kita tidak boleh ambil beras seguni, mengapa kita hendak tinggalkan satu guni, lebih baik kita ambil sikit sikit, secupak secupak bawa balik ke rumah," kata Nik Aziz merujuk kepada pentadbirannya selepas PAS memenangi Kelantan pada pilihan raya umum 1990.

Sejak itu PAS menguasai Kelantan dan beliau bertindak sebagai menteri besar.

PAS bersama PKR dan DAP menjalin kerjasama di bawah perikatan Pakatan Rakyat dan menguasai empat negeri sekarang.

Kata Nik Aziz, kerajaan pimpinannya tidak melaksanakan hukum hudud kerana bimbang ia akan memberi kesan negatif kepada pentadbiran negeri.

Bagaiamanapun Menteri Besar Kelantan itu bekata walaupun tidak melaksanakan hukum hudud, namun kerajaan negeri Kelantan berjaya menyatukan keseluruhan rakyat berbilang kaum di Kelantan.

"Dulu Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) datang ke Kelantan, beliau beri amaran kepada PAS kalau laksanakan hudud kerajaan persekutuan akan ambil tindakan.

"Kalau berkenaan dengan hudud kalau Kelantan kena serangan kerajaan persekutuan tak cerdik.

"Kita tak laksanakan hudud tapi sekarang kita bersatu Melayu, Cina dan India di Kelantan," katanya lagi.

Beliau juga berkata, orang bukan Melayu di Kelantan tidak lagi takut akan Islam kerana pentadbiran berjaya menerangkan maksud Islam yang sebenar.

"Kita tiada beza antara Melayu, Cina dan India, kita juga ada buat masjid yang macam tokong di Rantau Panjang.

"Kita tidak ikut masjid dari Mekah tapi kita ikut masjid dari Cina kerana tak mahu bezakan kemelayuan dan kecinaan.

"Dulu Umno kata kalau PAS memerintah lu punya barang kena potonglah (disunatkan)... takut Cina. Sekarang tidak, banyak perkara yang kita dah buat di Kelantan," kata Nik Aziz.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Takiyuddin Hassan berkata hukum hudud adalah satu Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) di Kelantan.

"Kandungannya (hukum hudud) berteraskan undang-undang hudud yang berlandaskan Islam ia termasuk hukum bunuh bagi penzina dan sebagainya.

"Memang enakmen ini sudah jadi undang-undang dan belum dimansuhkan, undang-undang masih jadi undang-undang dan tak dibatalkan tapi juga tak dilaksanakan," katanya.

Selain Kelantan, Terengganu juga melaksanakan hukum hudud ketika PAS memerintah Terengganu pada 1999 sebelum tewas kepada BN pada 2004.

PAS selama ini mahu melaksanakan negara Islam termasuk hukum hudud yang menjadi duri dalam daging bagi Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP.

Bagaimanapun kedua-dua PAS dan DAP kini sudah terbuka untuk berbincang isu yang dianggap sensitif itu.

Husam: Putrajaya mahu celah kes royalti minyak, didengar 27 Jan

Posted: 15 Jan 2011 10:45 PM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Putrajaya telah memfailkan permohonan mahu campur tangan dengan dibenarkan menjadi defendan kedua dalam kes royalti minyak dibawa kerajaan negeri Kelantan Ogos lalu.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata permohonan itu akan didengar pada 27 Januari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan itu menambah, pentadbiran Najib seolah-olah mahu "membantu" Petronas agar tidak "keseorangan" menghadapi kes itu.

"Kita tidak akan berdiam diri, permohonan ini akan didengar pada 27 Januari ini... kerajaan pusat mahu mencelah untuk dijadikan defendan kedua," kata beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan.

"Kita hanya namakan Petronas sebagai defendan tunggal yang mana Petronas telah menandatangani kontrak tapi kemudian pecah kontrak.

"Kerajaan pusat rasa Petronas keseorangan dalam kes ini dan telah pohon (untuk) mencelah. Betul-betul nampak mahu beri pertolongan kepada Petronas," kata beliau ketika bercakap pada Majlis Ramah Mesra dan Dialog bersama Menteri Besar Bersama Blogger di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan sebahagian Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Pada 30 Ogos lalu, kerajaan negeri Kelantan memulakan tindakan perundangan dengan memfailkan saman terhadap Petronas mendakwa syarikat petroleum nasional itu tidak membayar royalti yang dianggarkan RM800 juta setahun sejak 2005.

Menurut kerajaan negeri Kelantan, tindakan Petronas itu bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada, tetapi juga mendakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kes difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kerajaan Kelantan mengambil keputusan muktamad pada 25 Ogos lalu untuk mengemukakan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu — di sempadan Thailand-Kelantan.

Sebelum ini, Husam berkata dalam kes saman itu kerajaan negeri tidak menetapkan jumlah tuntutan yang dibuat dan terserah kepada mahkamah untuk menentukannya.

Writ saman itu dikemukakan atas nama Petronas dan bukannya kerajaan Malaysia.

[Gambar] TG Nik Aziz Bersama TG Haji Hadi Di Seminar PAS Ganti Umno

Posted: 15 Jan 2011 10:15 PM PST

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs036.snc6/166617_494658827838_177809712838_6011794_7492955_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs055.snc6/168578_494659147838_177809712838_6011796_5959187_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs744.ash1/163638_494658542838_177809712838_6011792_5538327_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs079.snc6/168953_494658212838_177809712838_6011790_2834889_n.jpg

Sekitar Majlis TGNA bersama Bloggers [15/1/2010]

Posted: 15 Jan 2011 04:00 PM PST

Kuala Lumpur-Malam tadi telah berlangsungnya Majlis Ramah Mesra dan Dialog antara Tuan Guru Nik Aziz bersama blogger Pakatan Rakyat di Hotel Grand Season.

Majlis yang bermula sekitar jam 9 malam itu mendapat sambutan di luar jangkaan di mana lebih kurang 200 orang peserta telah hadir. Majlis gilang gemilang yang diadakan di bawah Kerajaan Negeri Kelantan itu turut di hadiri beberapa pimpinan negeri Kelantan dan pimpinan PAS Pusat.

Inisiatif kerajaan negeri Kelantan bagi menjayakan program bersama blogger itu di lihat suatu perkara yang amat dititik beratkan dan ia juga sebagai bukti bahawa peranan blogger di dalam arus media baru hari ini begitu penting dalam menyebar luaskan lagi maklumat memandangkan akhir-akhir ini terlalu banyak maklumat palsu dan fitnah yang di lakukan oleh segelintir blogger yang tidak faham peranan mereka.

Justeru itu Majlis Ramah Mesra yang di adakan ini antaranya bertujuan bagi memberi penekanan kepada blogger-blogger khususnya blogger Pakatan Rakyat tentang tatatusila dan adab-adab menyampaikan maklumat secara tepat dan telus melalui dialog antara pimpinan kerajaan negeri Kelantan dan PAS Pusat di dalam lontaran persoalan dan pandangan daripada blogger yang hadir.

Majlis tamat sekitar jam 11.30 malam di akhiri dengan sesi bergambar.






































Pictures by http://wwwaizatlegendz.blogspot.com [15/1/2010]

Tiada ulasan: