DUNIACACAMARBA |
- Surat "Amaran" Perkasa di DUN Tenang?
- Calon PAS di Tenang
- Tragis&Sadis: Kanak-kanak 4 Tahun Dirogol 3 Lelaki
- "The Great Escape"
- Siapa Peguam Wakili Si "Dara" Tua Ini? Sekolah Undang-undang Mana Dia Belajar?
- [Wajib Baca-Kemas Kini] FLOM Division: Siapa "First Lady", Layakkah Rosmah Mempunyai Staf?
- Sanggup Bayar RM1000 untuk Bergambar dengan Artis Bogel?
Surat "Amaran" Perkasa di DUN Tenang? Posted: 16 Jan 2011 03:00 PM PST | ||||
Posted: 16 Jan 2011 09:17 AM PST Saya petik;
| ||||
Tragis&Sadis: Kanak-kanak 4 Tahun Dirogol 3 Lelaki Posted: 16 Jan 2011 05:35 AM PST Emirates24/7 melaporkan bahawa seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun dipercayai diperkosa oleh tiga lelaki dewasa di dalam sebuah bas sekolah sebelum menghantarnya pulang. Mangsa merupakan penumpang terakhir bas tersebut. Kejadian yang berlaku di Dubai ini berjaya diselesaikan apabila pemandu bas, pekerja, dan penyelia syarikat bas tersebut mengaku terhadap jenayah yang tidak beperikemanusiaan itu seperti yang dilaporkan oleh akhbar Al Khaleej. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Dubai, Brigidier Khalil Ebrahim Al Mansouri menjelaskan bahawa kejadian ini berlaku kira-kira dua bulan lalu, namun keluarga mangsa tidak membuat laporan polis. Menurut bapa mangsa. "Kejadian itu amat mengejutkan saya dan ibunya mengesyaki dari awal lagi bahawa anak kami diserang secara seksual." Si ibu kemudiannya membawa mangsa ke klinik untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan bahawa kanak-kanak itu telah diperkosa. Kesemua suspek adalah warganegara India berusia 26, 37, dan 44 tahun. Mangsa juga dilaporkan berketurunan India. Dubai dan Malaysia jauh. Anda perlu menghabiskan masa berjam-jam di dalam kapal terbang sebelum sampai ke Dubai. Namun, anda harus ingat apa-apa yang berlaku di Dubai itu boleh berlaku di Malaysia kerana jenayah tidak mengenal negara, bangsa, dan usia. Jadi, berhati-hatilah agar anak-anak anda tidak menjadi mangsa kerakusan syaitan bertopengkan manusia./www.duniacacamarba.blogspot.com * Gambar hanya sekadar hiasan. * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||||
Posted: 16 Jan 2011 04:20 AM PST
Pemandu lori ini terselamat apabila lorinya yang tergantung pada ketinggian 200 kaki di sebuah jambatan kerana sebiji tayarnya yang pancit. Menurut sumber internet, kejadian yang berlaku kira-kira setahun lalu dipercayai berlaku di China, namun tidak dinyatakan lokasi kejadian. Lori ini dipercayai terbabas sebelum "entah bagaimana melompat" dan tersangkut pada besi konkrit dinding jambatan. Namun, lori itu tidak mungkin tersangkut jika tidak kerana sebiji daripada tayar lori itu pancit. Kemalangan ini dianggap oleh pengguna internet sebagai "The Great Escape" kerana nyawa pemandu itu sudah tentu melayang jika lori tersebut terbabas ke dalam gaung setinggi 200 kaki. Anggota penyelamat yang tiba di tempat kejadian berjaya menarik keluar pemandu. Tidak dinyatakan sama ada lori itu berjaya dialihkan atau dibiarkan jatuh ke dalam gaung./www.duniacacamarba.blogspot.com * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||||
Siapa Peguam Wakili Si "Dara" Tua Ini? Sekolah Undang-undang Mana Dia Belajar? Posted: 16 Jan 2011 02:54 AM PST Saya petik:
P/s: Suruhlah Zul Nordin aka Firaun Besar wakili anak "dara" tua ini! Biar sama-sama lingkup! | ||||
[Wajib Baca-Kemas Kini] FLOM Division: Siapa "First Lady", Layakkah Rosmah Mempunyai Staf? Posted: 15 Jan 2011 10:00 PM PST Blog Edyesdotcom sebelum ini mendedahkan FLOM Division yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Persoalannya, FLOM ialah akronim kepada apa? Adakah FLOM itu ringkasan kepada "First Lady of Malaysia"? Jika itulah maksudnya maka banyak pihak yang mempertikaikan hal ini. Bukan sahaja kelayakan Rosmah sebagai "First Lady", malah kelayakan Rosmah untuk mempunyai bahagian/division dan juga kakitangan yang mengurusnya. Sebenarnya isu "First Lady" sudah disentuh sebelum ini. Banyak pihak yang telah memberikan pendapat. Blog DUNIACACAMARBA pun ada mengulas isu ini beberapa kali. Saya ulas sekali lagi. Siapakah yang layak digelar "First Lady". Pak Kadir dalam kirimannya dahulu ada mengulas isu ini. Kata beliau:
Pakar Perlembagaan negara, Prof Dr Aziz Bari pula menyatakan bahawa Rosmah hanyalah bergelar isteri PM bukannya bergelar "Wanita Pertama" yang sepatutnya diberi kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong seperti yang dinyatakan di bawah ini:
Zuraidah Kamaruddin, PKR, sebelum ini pernah menggesa Rosmah Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana merujuk dirinya sebagai "Wanita Pertama" atau "First Lady" yang baginya merupakan suatu tindakan yang dianggap menderhaka. Katanya:
Biarpun banyak pihak yang berpendapat bahawa Permaisuri Agong yang sebenarnya layak digelar "First Lady", namun Najib dalam suatu kenyataan bertulis kepada Tian Chua berpendapat sebaliknya. Kata Najib:
Berdasarkan penjelasan Najib di atas, beliau beranggapan bahawa Permaisuri Agong yang mengikut pendapat ramai layak diberi gelaran "Wanita Pertama" adalah lebih tinggi daripada "Wanita Pertama". Justeru, jawapan yang dikemukakan kepada Tian Chua itu secara langsung menunjukkan Najib mengesahkan bahawa isterinya, Rosmah Mansor sebagai "First Lady" atau "Wanita Pertama" Malaysia.
Siapa yang betul, Najib atau pendapat ramai? Persoalan tentang siapa "First Lady" sudah terjawab. Terpulang kepada anda, sama ada mahu menerima pendapat ramai atau pendapat Najib 1Malaysia. Persoalan seterusnya, layakkah Rosmah Mansor mempunyai bahagian dan kakitangan? Hari ini Pak Kadir sekali lagi menyentuh tentang Rosmah Mansor. Saya petik tulisan beliau:
Berdasarkan penjelasan/pengakuan Najib di atas, beliau menyatakan bahawa pegawai dari pejabatnya kadangkala ditugaskan untuk membantu isterinya Rosmah melaksanakan tugas-tugas rasmi. Hal ini bermaksud Rosmah tidak mempunyai staf tetap untuk membantunya apatah lagi bahagian/division. Adakah Najib juga memberitahu bahawa isterinya itu tidak layak mempunyai staf sendiri? Jika begitu, apa fungsi FLOM Division sedangkan jawapan Najib di atas jelas bertentangan dengan FLOM Division yang jelas diperuntukkan staf yang mengikut hirarki jawatan. Berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Gajian) 1980 menyatakan isteri PM layak menerima elaun makan, penginapan, dan pakaian sejuk KETIKA mengiringi suaminya. Layakkah isteri PM menerima elaun dan sebagainya apabila pergi ke luar negara TANPA suami di sisinya. Apatah ada laporan yang mendakwa Rosmah ke Dubai menginap di hotel paling mahal yang kosnya mencecah RM100 ribu semalam. Wang siapa yang telah digunakan untuk membayar kos setinggi itu? Bukankah hal ini jelas membuktikan penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat oleh Najib?
Saya mahu menulis setakat ini sahaja. Selebihnya terpulanglah kepada anda untuk menilainya. Komen lebih-lebih pun Najib tetap juga mempertahankan isterinya. Contoh jelas tentang isu "First Lady", biarpun orang ramai termasuk pakar Perlembagaan menegaskan bahawa gelaran itu hanya untuk Permaisuri Agong, namun demi "cinta" kepada Rosmah, Najib mencari kewajaran untuk melayakkan isterinya digelar "First Lady". Kini, sudah timbul cakap-cakap yang menyindir Rosmah yang kerap keluar negara seperti layaknnya digelar Menteri atau PM. Malah, tindak tanduknya juga dipersoal apabila kadangkala melebihi fungsi suaminya sebagai PM. Sindiran ini bukan sahaja datang dari mulut penyokong PR, tetapi menjadi buah mulut orang UMCO sendiri. /www.duniacacamarba.blogspot.com * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||||
Sanggup Bayar RM1000 untuk Bergambar dengan Artis Bogel? Posted: 15 Jan 2011 06:45 PM PST AsiaOne melaporkan seniman bogel T. Venkanna berasal dari Hyderabad India mengadakan pertunjukkan seni Art Stage Singapore di Marina Bay Sands Convention Centre. Pengunjung yang menghadiri pameran ini boleh memegang tangannya (bukan yang "tut"), berbual atau bergambar dengannya dengan kadar bayaran $250 (lebih RM1000). Pertunjukkan yang dilabelkan oleh Venkanna sebagai suatu seni ini telah menarik ribuan pengunjung. Yang menariknya, Shin Min Daily melaporkan bahawa 70 peratus daripada pengunjung yang mengambil gambar dengannya ialah kaum wanita. Menurut Venkanna, sebahagian besar daripada pengunjung tidak berani merenung matanya, malu, dan tidak banyak bercakap dengannya. Namun, mereka melayannya dengan hormat dan tidak mengganggu atau menyoal niat artistiknya. Pameran seni ini berakhir pada hari ini, 16 Januari. * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan