Khamis, 27 Januari 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


UMNO Lebih Teruk Dari Lee Kuan Yew - TGNA

Posted: 27 Jan 2011 12:36 AM PST

Nik Aziz: Melayu tolak Islam lebih teruk banding Kuan Yew

KOTA BARU, 27 Jan — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilapor menyifatkan orang Melayu di Malaysia yang menolak Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme lebih teruk daripada menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew.

Beliau berkata ini kerana Lee hanya meminta umat Islam di republik itu tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam berbanding segelintir orang Melayu di negara ini yang membuang sama sekali Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme.

"Orang Melayu sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.

"Beliau cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan, lebih teruk daripada Lee Kuan Yew," katanya di sini semalam.

Dipetik Utusan Malaysia hari ini, Nik Aziz mengulas gesaan Lee supaya umat Islam di republik berkenaan tidak terlalu berpegang pada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara tersebut.

Pandangan itu terkandung dalam buku terbaru tulisannya "Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going".

Sejak awal minggu ini kenyataan Lee itu diselar oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang menyifatkannya sebagai satu pandangan primitif.

Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr Mohd. Roslan Mohd Noor berkata, kenyataan tersebut memperlihatkan bekas perdana menteri Singapura itu mempunyai sifat Islamofobia dan cuba mengajar orang Islam tentang agama mereka.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasarudin Hassan pula menyifatkan pandangan Lee bahawa Islam menjadi penghalang kepada integrasi dan pembangunan di Singapura tidak ubah seperti musuh yang melihat Islam dengan api dendam serta permusuhan berpanjangan.

Dalam laporan itu, Nik Aziz juga dikatakan mencabar Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya turut mempersoalkan pemakaian serban di kalangan masyarakat Sikh dan tidak hanya mempermain-mainkan larangan bersalam antara wanita Islam dengan lelaki bukan muhrim.

Menurutnya, Islam menetapkan lima perkara yang wajib dijaga antaranya larangan bersalam antara lelaki dan wanita bukan muhrim kerana ia boleh mengundang kepada perlakuan negatif lain termasuk zina akibat daripada pergaulan bebas.

"Kenapa dia mempermainkan jabat tangan (bersalam) orang Islam.

"Cuba dia sentuh soal serban orang Sikh, tengok orang Sikh jawab macam mana. Kalau tak berani, jangan cakap benda-benda macam ini," katanya. -TMI

Ulasan GB

Allahu Akbar!

Lagi Kes Buang Bayi, Kali Ini Di Tempat Letak Kereta Hospital Seremban

Posted: 26 Jan 2011 10:51 PM PST

Seremban: Seorang bayi perempuan berusia dua hari ditemui berhampiran tempat letak kereta Hospital Tuanku Jaafar, di sini malam Selasa.

Gambar: Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan melawat bayi perempuan berusia dua hari yang ditinggalkan berhampiran tempat letak kereta Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) di Wad Rawatan Khas HTJ di sini, hari ini.

Bayi perempuan yang lengkap berpakaian dan dibalut dengan kain batik itu ditemui seorang anggota tentera pada pukul 8.15 malam.

Turut diletakkan bersama bayi yang masih mempunyai tali pusat itu ialah senaskah Surah Yasin, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya bayi itu berketurunan Melayu.

"Bayi seberat 2.3 kilogram itu kini ditempatkan di Wad Rawatan Khas Hospital Tuanku Jaafar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Peneroka FELDA Senayan Berjaya Peroleh Afidavit Harga Pengambilan Tanah

Posted: 26 Jan 2011 09:58 PM PST

Peneroka Felda Sendayan peroleh afidavit harga pengambilan tanah

Afidavit tersebut mengandungi butiran latar belakang tanah milik peneroka Felda Sendayan dan nilainya sebelum diambil oleh kerajaan Negeri Sembilan secara paksa.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini menerima rayuan permohonan afidavit 16 peneroka Felda Sendayan, Negeri Sembilan untuk dikemukakan dalam perbicaraan penuh berkaitan kes tuntutan pampasan pengambilan tanah mereka di Mahkamah Tinggi Seremban.

Afidavit tersebut mengandungi butiran latar belakang tanah milik peneroka Felda Sendayan dan nilainya sebelum diambil oleh kerajaan Negeri Sembilan secara paksa dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 untuk tujuan pembangunan.

Panel Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Nihrumala M K Pillay dan Datuk Ramly Ali dalam penghakimannya berkata mana-mana pemohon (peneroka) mempunyai hak untuk memasukkan keterangan dan bukti sendiri dalam kes mereka.

"Ini negara demokrasi. Tiada sesiapa yang boleh menghalang pemohon untuk memasukkan butiran keterangan dan bukti dalam permohonan kes mereka sendiri," kata Suriyadi.

Sehubungan itu hakim memerintahkan responden, Pentadbiran Tanah Seremban yang diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan Datuk Ishak Suhaimi membayar kepada mahkamah kos pengurusan sebanyak RM20,000.

Rayuan terbabit dikemukakan setelah Mahkamah Tinggi Seremban pada 3 November tahun lalu menolak permohonan afidavit tersebut yang difailkan dalam kes menuntut bayaran pampasan seluas kira-kira 9 ekar tanah bagi setiap peneroka dengan kadar minimum RM3 kaki persegi.

"Kita mahu kemukakan bukti bahawa harga asal tanah mereka adalah RM3 bagi setiap kaki persegi dan bukannya lebih rendah daripada apa yang ditawarkan kerajaan negeri sekarang," kata peguam yang mewakili peneroka, Faiz Fadzil ketika ditemui pemberita diluar mahkamah.

Katanya, peneroka kini peluang berpeluang besar memenangi kes di Mahkamah Tinggi Seremban memandangkan afidavit tersebut penting bagi mereka untuk kemukakan tuntutan bayaran yang lebih tinggi berbanding harga yang ditawarkan kerajaan negeri, iaitu antara RM1.70 sen sehingga RM1.90 bagi setiap kaki persegi.

"Afidavit ini nanti akan difailkan dalam pengurusan kes yang ditetapkan di Mahkamah Tinggi Seremban 7 Februari depan," katanya.

Salah seorang peneroka, Daud Idris berkata, Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) pada tahun 1996 mahu mengambil setiap sembilan ekar tanah – tujuh ekar tanaman getah dan dua ekar kelapa sawit - untuk projek industri aeroangkasa dengan jumlah nilai kira-kira RM1.2juta, namun dibantah.

Sepuluh tahun kemudian, Menteri Besar Incorporated (MBI) mengambil alih pengurusan tanah daripada PKNNS dan menukar cadangan mahu membangunkan tanah terbabit kepada projek perumahan dan perindustrian.

"MBI menawarkan kami pampasan dengan harga yang sama seperti yang ditawarkan PKNNS dulu, tapi dengan bentuk sebuah banglo bernilai kira-kira RM200,000, dua ekar tanah perindustrian bernilai RM200,000 setiap ekar), serta wang tunai RM400,000 tetapi kami tetap tolak kerana mendapati wujud unsur penipuan dalam pampasan itu," katanya.

Disebabkan keengganan sekumpulan peneroka itu, Daud berkata kerajaan negeri akhirnya menggunakan APT 1960 memaksa mereka menjual tanah mereka dengan harga yang lebih rendah seperti yang pernah ditawarkan dulu dan dipaksa menerima deposit pampasan sebanyak 10 peratus.

"Disebabkan kemelut ini, ada antara kami yang kehilangan pekerjaan sejak 10 tahun lalu," kata Daud.

Sementara itu, Faiz berkata walaupun kerajaan mempunyai hak menggunakan APT 1960 mengambil tanah peneroka, tetapi tiada peruntukan dalam akta terbabit yang memberi kuasa mandatori kepada kerajaan negeri menentukan harga pampasan tetap bagi setiap tanah yang diambil.

"Harga tanah mereka sebenarnya boleh mencecah sehingga RM5.76 kaki persegi mengikut pasaran swasta. Jadi tidak adil bagi peneroka ini jika mereka terima harga yang ditawarkan kerajaan negeri sekarang," katanya. FMT

Peralat Pelajar Tahfiz Untuk Cari Dana

Posted: 26 Jan 2011 09:10 PM PST

Port Dickson – Setelah sekian lama bebas mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja miskin serta yatim piatu seramai 83 orang supaya melakukan jualan amal hingga lewat malam setiap hari, sebuah pusat tahfiz di sini diserbu pihak berkuasa kelmarin.

Serbuan ke atas pusat yang terletak di Ambang Kota, Lukut itu dibuat selepas orang ramai mengadu tidak tahan lagi melihat pelajar terbabit dipaksa menjual peralatan ibadah, buku, minyak angin dan kismis tanpa sebarang upah.

Ketika pengusaha pusat tahfiz itu lena tidur, kanak-kanak terbabit terpaksa tidur beralaskan lantai simen setelah kepenatan 'bekerja' atas alasan ia adalah sebahagian kurikulum keusahawanan pusat tahfiz tersebut.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berkata, siasatan mendapati kanak-kanak tersebut dibawa dengan kenderaan ke beberapa lokasi sekitar Port Dickson, Seremban, Nilai dan lain-lain tempat untuk menjual barangan tanpa sebarang upah.-kosmo


Kedai peralat pelajar tahfiz jual barang diserbu

PORT DICKSON: Sebuah premis perniagaan dipercayai menggunakan kanak-kanak untuk menjual pelbagai barangan di sekitar negeri ini dan Melaka diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu membabitkan pelbagai jabatan di Lukut, pagi semalam.

Ketika serbuan, terdapat kira-kira 80 kanak-kanak berusia antara 10 hingga 15 tahun berada di premis lot kedai yang turut menempatkan pejabat operasi perniagaan.

Harian Metro difahamkan, kanak-kanak berkenaan pelajar sebuah pusat tahfiz di Kedah dan berada di situ untuk beberapa hari bagi menjalankan perniagaan.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada orang ramai mengenai kanak-kanak terbabit yang mengutip derma dan menjual barangan.

"Kanak-kanak terbabit mengutip derma dan menjual barangan sekitar bandar ini, Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban dan Nilai di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus).

"Berikutan itu, pihak kami memeriksa premis terbabit dan tiga kakitangan di situ ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Lukut untuk membantu siasatan," katanya.

Katanya, serbuan itu turut disertai polis, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan.

MPPD dalam satu kenyataan menyatakan lima saman dikeluarkan terhadap pengurusan premis itu, iaitu kesalahan melakukan binaan tanpa kelulusan, berniaga tanpa lesen dan menggunakan premis perniagaan sebagai stor.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Pusat Rawatan Cinta Negeri Sembilan/Melaka, Badrin Mispami berkata, penjualan barangan oleh pelajar pusat tahfiz itu sebahagian daripada aktiviti kokurikulum bertujuan menjadikan mereka ahli perniagaan berjaya pada masa depan.

"Pusat itu hanya dijadikan transit apabila pelajar menjual barangan sekitar negeri ini antara dua hingga tiga hari," katanya. -hm


Ulasan GB

Walau apa pun alasan, akaun pusat tahfiz berkenaan perlu disemak supaya diketahui kemana dan untuk apa dana itu dibelanjakan.

Kedua, adalah tidak wajar mana-mana pihak menggunakan alasan "aktiviti kokurikum" sebagai helah untuk mengutip keuntungan dengan memperalatkan anak yatim dan miskin berjaja di khalayak ramai apatah lagi hampir keseluruhannya adalah anak perempuan.

Ketiga, perkara paling gila yang dilakukan ialah memaksa pelajar-pelajar perempuan ini supaya melakukan jualan amal hingga lewat malam setiap hari.


Undi Cikgu Mala Untuk Eratkan Islam Dan Bukan Islam - TGNA

Posted: 26 Jan 2011 08:13 PM PST

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pengundi di kawasan DUN Tenang perlu memilih calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman bagi mengeratkan perpaduan antara orang Islam dan bukan Islam negara ini.

Menteri Besar Kelantan itu dalam ceramahnya malam tadi berkata kerajaan pimpinan PAS di negeri itu telah melakukan pelbagai kaedah untuk merapatkan jurang antara orang Islam dan orang bukan Islam.

"Bila ada pilihan raya kita perlu pilih (calon), tapi sekarang tidak tahu pilih, sekarang kita ada calon PAS.

"Undi calon Cikgu Mala (Normala), senang sahaja... tiada apa.

"Di Kelantan ada orang kata kalau undi PAS, kita akan potong kamu punya. Ini saya panas hati, kita satu bangsa... berasal dari seorang bapa iaitu (Nabi) Adam kemudian lahir pelbagai bangsa," katanya di hadapan kira-kira 200 penduduk sekitar bandar Labis.

Walaupun kurang sihat, Nik Aziz meneruskan ceramahnya dengan mengatakan kerajaan negeri Kelantan tidak pernah membezakan antara orang Islam dan bukan Islam.

"Sebagai orang Islam semua tahu di Kelantan kita buat macam-macam untuk satukan rakyat, kita buat masjid di Rantau Panjang tapi bentuk seperti di China dengan tujuan untuk meredakan antara orang Melayu dan orang Cina.

"Tahun lalu kita buat Ekspo Cheng Ho, dia orang Cina tapi Muslim yang datang (ke Melaka) untuk redakan perasaan orang Melayu dengan orang Cina dan orang Cina dengan orang Melayu," katanya.

Kedatangan Nik Aziz di Bilik Gerakan DAP di sini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Sebaik sahaja tokoh veteran itu keluar dari kenderaan dinaiki, beliau disambut meriah.

Terlebih dahulu Normala yang turut memberikan ceramah berkata sudah tiba masa pengundi di DUN Tenang membuat perubahan besar selepas 53 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah.

"Sudah tiba masa kita buat perubahan selepas 53 tahun merdeka, kita harus memiliki jiwa yang bersih daripada penjajahan.

"Buatlah satu perubahan dan keazaman demi masa depan, saya percaya pengundi bijak membuat pilihan, pilihlah seorang wakil rakyat yang boleh membawa suara di (sidang) DUN Johor.

"Saya merayu kepada pengundi untuk buat satu perubahan dan keazaman dalam memilih wakil rakyat," katanya.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran, dengan majoriti 2,492 undi.

Ia pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008 dan yang pertama sejak 1989 -TMI

Perbezaan Calon PAS Dan Calon BN

Posted: 26 Jan 2011 07:11 PM PST

Azahar ada kes mahkamah, Cikgu Mala cemerlang

LABIS, 27 Jan: Para pengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang perlu membuat pilihan bijak untuk memilih wakil mereka yang cemerlang dan berintegriti ke Dun Johor pada 30 Januari ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini kerana calon BN, Mohd Azahar Ibrahim mempunyai kes di mahkamah akibat kecuaiannya melelong tanah seorang lelaki semasa menjawat Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat.

Ini, katanya berbeza dengan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Cikgu Mala yang diiktiraf guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Cikgu Mala pernah menerima Anugerah Guru Aktif sempena Sambutan Hari Guru Daerah Segamat.

Cikgu Mala turut menerima Anugerah Khas sempena Perbahasan Ala Parlimen pada Perayaan Hari Guru.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berhubung kenyataan Azahar bahawa kes melelong tanah berkenaan telah selesai.

Pada siang media semalam, Salahuddin mempersoalkan bagaimanakah calon Umno itu dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasanya mengendalikan isu pelelongan hartanah Mansor Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno (Azahar), (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang RM1.5 juta.

Soalnya lagi, bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana Mohd Ali ke atas keempat-empat defendan tersebut, Azahar telah dijadikan sebagai defendan pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009.

Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan tiga yang lain pada 7 Februari nanti.

Hakikatnya, kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno BN sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa itu masih berterusan di mahkamah.

Bagi Mahfuz, saman itu membuktikan bahawa mahkamah sebelum ini memutuskan perbuatan Azahar bersalah melelong tanah berkenaan dan tindakannya itu adalah tidak sah.

Sehubungan itu, beliau menyeru para pengundi supaya mencontohi apa yang dilakukan oleh para pengundi pada PRK Permatang Pasir pada 25 Ogos 2009 lalu yang menolak calon BN kerana terlibat dengan pecah amanah dan menyokong calon PAS, Ustaz Saleh Man.

Mengulas kenyataan Azahar yang disifatkan sebagai suatu pembohongan kerana menyatakan kes melelong tanah telah selesai, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, berbohong atau tidak, rakyat dan pengundi akan menentukan sendiri oleh keputusan mahkamah itu.

Katanya, tanah itu telah dikembalikan kepada Mansor dan sememangnya dia berhutang dengan bank kerana jika tidak berbuat demikian, tiada isu atas gadaian.

"Persoalannya ialah Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat ini telah menganiaya beliau dengan kerja yang cuai dan tidak kompeten," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Beliau menambah, kini bagi menyelamatkan diri, Azhar terpaksa menipu sehingga memburukkan reputasi rakyat yang tenang, Mansor dan PAS.

Baginya, tidak pelik sekiranya calon BN itu akan terus berbohong berhubung isu melelong tanah berkenaan.

Justeru, katanya bagaimana calon BN itu yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhtiddin Yassin untuk menyelesaikan masalah tanah rakyat di Dun Tenang jika dipilih sebagai wakil rakyat sedangkan Azahar pernah bertindak cuai dalam kes tanah semasa menjadi Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat sehingga dibawa ke mahkamah. -harakahdaily

Ulasan GB

Dua-dua bekas kakitangan awam. Tetapi satu latarbelakangnya bertompok hitam siap dengan kes mahkamah (pun belum selesai) sementara yang satu lagi bercahaya kilauan dengan anugerah kecemerlangan.

Penduduk Tenang, bukalah mata!

4 Adik Beradik Didera Dan Dipaksa Bermalam Di Hutan

Posted: 26 Jan 2011 05:00 PM PST

Setiu: Gara-gara kakak sulung gagal memberikan wang gaji hasil kerja sambilan di kedai makan kepada bapanya, empat beradik iaitu tiga perempuan berusia lapan, 10 dan 14 tahun serta seorang lelaki berusia tujuh tahun terpaksa bermalam dalam hutan ketika hujan lebat berhampiran Kampung Guntung dekat sini, selepas dihalau bapa mereka yang panas baran, awal pagi semalam.

Selain itu, kakak sulung berusia 14 tahun yang sudah tidak bersekolah mendakwa turut diterajang lelaki berusia 59 tahun itu sebelum tiga lagi adiknya dihalau keluar dari rumah mereka di Kampung Saujana di sini, kira-kira jam 1 pagi.

Lebih memeranjatkan, penderitaan empat beradik yang terpaksa berlapar sepanjang malam dalam kesejukan itu membongkar kejadian lebih tragis kerana mereka sebenarnya sering didera lelaki terbabit apabila disepak, diterajang, ditumbuk, dihentak dengan hulu parang serta dicucuh puntung rokok.

Kesan kecederaan semua mangsa terbongkar selepas mereka dibawa ke Hospital Setiu (HS) di sini, untuk rawatan lanjut.

Sejarah hitam empat beradik itu berakhir apabila diselamatkan orang ramai yang menemui mereka di sebuah wakaf di Kampung Guntung, selepas dihalau lelaki berkenaan yang 'naik hantu' gara-gara kakak sulung gagal memberikan wang diminta.

Lelaki terbabit juga dikatakan berang dengan tindakan seorang daripada anaknya menghantar SMS kepada ibu mereka yang melarikan diri dari rumah sejak September tahun lalu.

Harian Metro difahamkan, walaupun ibu kanak-kanak berkenaan meninggalkan mereka, dia masih berhubung melalui telefon dan sejak ketiadaannya, kehidupan empat beradik itu tidak terurus.

Semua kanak-kanak berkenaan ditemui seorang penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan hutan itu untuk menghantar anaknya ke sekolah yang kemudian memaklumkannya kepada penduduk kampung.

DI SINI...bangsal yang dijadikan tempat tidur empat beradik selepas dihalau bapa mereka.

Mereka kemudian menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Setiu yang kemudian memaklumkan jabatan itu tidak mempunyai kuasa sebelum mereka menghubungi Balai Polis Permaisuri.

Berikutan itu, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan menyelamatkan kanak-kanak berkenaan yang kelihatan amat letih dan lesu sebelum menghantar mereka ke HS untuk pemeriksaan kesihatan dan kini dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Ketika dirawat, detik hitam empat beradik terbabit terungkai apabila mereka didapati mempunyai kesan lebam dan luka lama dipercayai akibat didera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu dan berkata, semua kanak-kanak itu kini ditempatkan di HSNZ selepas dirujuk dari HS.

"Laporan polis itu dibuat orang ramai yang terserempak dengan kumpulan kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak bermaya dan letih sebelum menghubungi polis meminta bantuan.

"Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi dimaklumkan dan membawa semua mangsa ke hospital untuk rawatan sebelum didapati mengalami kecederaan disyaki akibat didera," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Susulan aduan itu, beliau berkata, kira-kira jam 7.15 malam semalam, polis menahan bapa kanak-kanak terbabit dan perintah reman terhadapnya akan dipohon bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31, Akta Kanak-Kanak 2001," katanya. -hm


4 Tengku dakwa didera

EMPAT beradik yang mendakwa menjadi mangsa dera, dari kiri Tengku Siti Nor Asy'adah, Tengku Khatijah, Tengku Siti Noras'syakirren dan Tengku Mohd. Al-Moqarobin di IPD Setiu semalam.

SETIU - Empat beradik terpaksa lari dari rumah selepas mendakwa sering didera bapa kandung sendiri dalam kejadian di Kampung Beris Tok Ku di sini semalam.

Difahamkan Tengku Khatijah Tengku Mamat, 14, Tengku Siti Noras'syakirren, 10, Tengku Mohd. Al-Moqarobin, 7, dan Tengku Siti Nor Asy'adah, 8, meninggalkan rumah mereka kira-kira pukul 1 pagi sebelum berjalan kaki sejauh lapan kilometer menuju ke Kampung Guntong Luar dekat sini.

Bagaimanapun, empat adik beradik malang itu ditemui dalam keadaan keletihan dan basah kuyup di sebuah wakaf di tepi jalan oleh seorang pesara tentera berusia 44 tahun kira-kira pukul 7 pagi.

Menurut Tengku Khatijah, mereka terpaksa melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan dengan sikap panas baran bapa mereka yang berusia 58 tahun itu.

"Kami tak sanggup lagi hidup bersama bapa kerana perangai bapa tidak seperti orang lain. Lebih baik kami lari dari rumah daripada terus terseksa," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini semalam. -kosmo


Calon UMNO BN Berdusta. Kes Mahkamahnya Belum Selesai!

Posted: 26 Jan 2011 04:25 PM PST

Bohong: PAS desak calon BN tarik diri

LABIS, 26 Jan: PAS mendesak calon BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim supaya menarik diri kerana berbohong mengenai isu melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjadi Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat.

Pengarah PRK Dun Tenang, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa isu tersebut masih belum selesai walaupun Azahar menafikannya.

"Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian pada sidang media di Pusat Media PAS PRK Tenang, di sini, sebentar tadi.

Pemimpin PAS yang turut hadir pada sidang media itu ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Bendahari, Dr Mohd Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Anuar Tahir, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad di samping Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS menambah, isu tersebut bukannya serangan peribadi terhadap Azahar sebaliknya rakyat perlu menilai untuk memilih wakil rakyat yang berintegriti.

Katanya, integriti perlu menjadi perkara serius yang mesti dipertanggungjawabkan kepada mana-mana individu untuk menjadi calon dalam pilihan raya.

Berikut kenyataan penuh beliau.


Sepertimana yang pihak media ketahui semalam kami telah membangkitkan tentang isu integriti dan kompetensi calon Umno untuk menjadi wakil rakyat bagi DUN Tenang dalam keadaan beliau tidak telus dan mempunyai rekod buruk menyalahguna kuasa beliau sebagai mantan Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat untuk melelong tanah Encik Mansor Bin Mohamad dengan secara tidak sah pada 1/12/2003 dengan harga RM 70,000.



(Gambar: Dokumen saman Mansor terhadap Pentadbir Tanah Daerah Segamat. Azhar adalah ADO yang bertanggungjawab terhadap kes kecuaian (negligent) ini. Mansor telah menang dalam kes ini)

Kami ingin menambah bahawa hartanah Encik Mansor Bin Mohamad yang dilelong secara tidak sah oleh calon Umno di atas kapasitinya sebagai Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat adalah berukuran lebih kurang 8 ekar maka kami percaya rakyat dapat menilai kemunasabahan hartanah seluas 8 ekar tersebut hanya dijual pada harga RM70,000 sahaja.

Dalam reaksinya kepada kenyataan akhbar kami semalam, calon Umno antara lain menyatakan isu yang kami bangkitkan tersebut sudah selesai (lihat Malaysiakini 25 Januari 2011)

Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri.

Bagi menyangkal kenyataan calon Umno bahawa isu yang kami bangkitkan semalam telah selesai kami terangkan maklumat-maklumat berikut dengan para pengundi di DUN Tenang seperti berikut.

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa beliau mengendalikan isu pelelongan hartanah Encik Mansor bin Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana binti Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno, (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang 1.5 juta.

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas keempat-empat Defendan tersebut, calon Umno telah dijadikan sebagai Defendan Pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009.

Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan 3 yang lain pada 7hb Februari 2011 ( 7/2/2011 ).

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan calon Umno sendiri diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dalam kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno tersebut.

Fakta-fakta di atas menujukkan sekali lagi bahawa calon Umno tidak bersikap telus bukan sahaja kepada rakyat di DUN Tenang sebaliknya kepada partai Umno dan BN itu sendiri.


(Gambar: Dokumen saman yang difailkan Norhana binti Mohd Ali terhadap Azhar secara langsung)

Hakikatnya fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa ini masih berterusan di Mahkamah.

Mengapakah calon Umno dalam keadaan berhadapan dengan fakta-fakta yang kami nyatakan di atas masih enggan bersikap telus dan terus terang kepada para pengundi di DUN Tenang dengan mengakui bahawa isu kecuaian dan kelalaian beliau dalam melelong hartanah rakyat yang lemah masih belum selesai di Mahkamah dan belum selesai?

Berdepan dengan fakta-fakta yang kami sajikan di atas kami percaya satu-satunya jalan keluar bagi calon Umno untuk membersihkan namanya, jika beliau masih ada saki baki integriti dan harga diri, adalah dengan menarik diri sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Dun Tenang. Bagaimanakah calon yang terpalit dengan isu penyalahgunaan kuasa sebagai penjawat awam dan kini berdepan dengan isu tuntutan RM1.5 juta dari Puan Norhana binti Mohd Ali masih mempunyai kredibiliti untuk mewakili rakyat di DUN Tenang?

Bagaimanakah calon Umno masih kekal dalam penafian untuk terus menjadi calon Umno dan mewakili rakyat di DUN Tenang sedangkan kerana angkara dan tindakan beliau, beliau telah mendedahkan Kerajaan Negeri Johor kepada satu risiko yang tinggi iaitu terdapat kemungkinan besar Kerajaan Negeri Johor akan diperintahkan oleh Mahkamah untuk membayar gantirugi berjumlah RM1.5 juta. Jika itu yang berlaku bukankah wang rakyat Negeri Johor terpaksa digunakan sekali lagi untuk membayar gantirugi gantirugi RM1.5 juta tersebut?

YB Salahuddin Ayub,
Pengarah PRK N05 Tenang
merangkap Naib Presiden PAS.



PAS terus gali masa silam calon BN

Serangan PAS terhadap calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Tenang berterusan dengan "mendedahkan" lebih banyak "kesalahan" masa lalunya ketika menjadi penolong pegawai daerah (ADO).

Semalam PAS mendakwa Mohd Azahar Ibrahim berlaku cuai sehingga mengakibatkan sebidang tanah dilelong, dan hari ini, parti itu mendedahkan pula dokumen mahkamah untuk menunjukkan calon Umno itu juga disaman oleh pembeli tanah tersebut.

PAS mendakwa tanah milik seorang ahli perniagaan, Mansor Mohamad dilelong pada 2003. Mansor membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi Muar yang mengembalikan tanah itu kepadanya, bersama kos pada 2008.

Dan hari ini, naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Norhana Mohd Ali yang membeli tanah seluas 3.24 hektar itu pada harga RM70,000 juga telah menyaman Mohd Azahar.

Dengan menamakan Mohd Azahar sebagai defendan pertama dalam saman sivil yang difailkan pada 2009, Norhana - yang telah membersihkan tanah tersebut sejak 2003 dan mengusahakan tanaman kelapa sawit - menuntut RM1.5 juta bagi kerosakan dan kerugian total.

Menurut Salahuddin, Norhana juga menamakan pegawai tanah daerah Segamat, pejabat tanah daerah Segamat dan kerajaan Johor sebagai defenden.

Bagaimanapun, semalam, Mohd Azahar menyangkal tuduhan itu sebagai atu 'manipulasi' dan 'provokasi', serta menegaskan bahawa kes itu telah diselesaikan di mahkamah.

Dalam satu sidang akhbar di pusat operasi PAS di bandar Labis Tengah, Salahuddin - yang juga ahli parlimen Kubang Kerian - mengecam Mohd Azhar kerana mengatakan isu itu telah selesai.

Katanya, bagaimana Mohd Azhar boleh mengatakan ia telah selesai sedangkan mahkamah menetapkan kes tersebut didengar pada 7 Februari 2011.

Ini, katanya, jelas menunjukkan bahawa calon BN itu tidak telus - bukan sahaja kepada penduduk Tenang, tetapi juga kepada Umno dan BN. -mk


Calon PRK Labis Meredah Banjir

Posted: 26 Jan 2011 03:18 PM PST

Hujan yang turun sejak semalam menyebabkan dua daerah iaitu Kluang dan Segamat, menyebabkan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, semalam.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Johor, Mohamad Yusri Hashim, berkata sehingga lewat petang semalam, 27 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Balai Raya Kampung Lembah Bakti, Labis, selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air sehingga paras lutut dan pinggang.

"Daripada 27 keluarga, dua keluarga adalah dari Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah Lama (15), Kampung Kangkar Chaah (enam) dan Kampung Orang Asli Selai (empat)," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad Yusri berkata seramai 124 mangsa di kawasan Air Panas, Labis, turut dipindahkan ke Sekolah Agama Air Panas apabila rumah mereka dinaiki air.

Banjir di Kampung Orang Asli Selai menyebabkan kawasan itu sehingga kini terputus hubungan manakala bah di Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah dan Kampung Kangkar Chaah dilaporkan semakin surut, katanya.

Di Kluang, sebanyak 19 rumah melibatkan Kampung Muhibbah dan Kampung Chamek dekat Paloh, dinaiki air.

Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan di daerah itu dibuka setakat ini.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya. — Bernama






Suruhanja Diraja Siasatan Teoh Beng Hock Perlu Siasat Sebab Kematian Teoh Juga

Posted: 26 Jan 2011 09:00 AM PST

Kes Beng Hock: Hakim Mahkamah Persekutuan ketuai suruhanjaya siasatan

Suruhanjaya yang ditubuhkan berhubung kematian setiausaha politik Teoh Beng Hock pertengahan 2009 — yang diperluaskan peranan dan terma operasi — akan dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen (gambar).

Suruhanjaya itu akan menyiasat sama ada atau tidak terdapat apa-apa "ketidakwajaran dalam perjalanan pemeriksaan" Teoh dalam proses siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan Perintah-Perintah Tetap dan amalannya dan untuk mengesyorkan apa-apa tindakan yang sesuai.

Selain itu, jika perlu suruhanjaya tersebut juga akan menyiasat kematian Teoh dan hal keadaan yang menyelubungi dan membawa kepada kematiannya.

Perkara tersebut merupakan aspek tambahan berbanding terma yang disyorkan sebelum ini.

Difahamkan ini kali pertama seorang hakim yang sedang berkhidmat dilantik mengetuai sebuah suruhanjaya siasatan.

Suruhanjaya itu dikehendaki menyelesaikan siasatannya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tauliah pelantikan dikeluarkan dan laporannya akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

"Saya ingin maklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah pun berkenan dengan cadangan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950," kata beliau.

Selain Foong, turut akan menganggotai ialah bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Selventhiranathan Thiagarajah, Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Bhupinder Singh, dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom.

Selain itu, turut menganggotai ialah Datuk Saripuddin Kasim iaitu Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, yang bertindak sebagai setiausaha suruhanjaya ini.

"Tiga pegawai kerajaan juga dilantik sebagai pegawai pengendali suruhanjaya ini," kata Najib dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Mereka ialah Amarjeet Singh Serjit Singh iaitu Timbalan Ketua Bahagian Guaman I serta Awang Armadajaya Awang Mahmud dan Kwan Li Sa.

Awang Armadajaya dan Kwan merupakan timbalan pendakwa raya.

Najib mengumumkan penubuhan suruhanjaya siasatan sehari selepas inkues kematian Teoh berakhir dengan keputusan terbuka.

Ketika itu Najib memberitahu suruhanjaya tersebut akan meneliti prosedur siasatan SPRM.

Bagaimanapun pelbagai pihak termasuk Majlis Peguam dan Suhakam menggesa agar Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja yang boleh menyiasat punca kematian Teoh tanpa hanya mengehadkan kepada skop meneliti prosedur siasatan SPRM.

Najib berkata kerajaan akan meneruskan keputusan dibuat 17 Julai 2009 untuk mewujudkan suruhanjaya diraja, dengan terma-terma khusus, bagi mengkaji kaedah soal siasat yang diguna pakai SPRM dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap mendiang Teoh.

Suruhanjaya itu diwujudkan di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 akan menyiasat perjalanan dan pengurusan SPRM serta di mana sesuai, menyiasat kelakuan mana-mana pegawai SPRM.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi pada 6 Januari lalu bagi semakan terhadap keputusan terbuka dalam inkues kematian Teoh.

Koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan kematian setiausaha politik Exco Selangor itu pada 2009 bukan disebabkan bunuh diri ataupun homisid.

Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha'ani Abdullah juga menyokong gesaan agar suruhanjaya diraja diberikan kuasa meluas.

Ulasan GB

Penubuhan Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock tidak mempunyai apa-apa jika skopnya dipersempitkan dengan tidak menyiasat sebab-sebab kematian Teoh.

Justeru itu, terma tambahan "jika perlu suruhanjaya tersebut juga akan menyiasat kematian Teoh dan hal keadaan yang menyelubungi dan membawa kepada kematiannya" dialu-alukan, tetapi sepatutnya perkataan jika perlu itu ditiadakan samasekali.

Jika sebab-sebab kematian Teoh tidak disiasat, Suruhanjaya tersebut tidak diperlukan. Buang wang rakyat dan buang masa sepertimana inkues!

Refuting Chua Soi Lek's Blasphemy

Posted: 26 Jan 2011 07:47 AM PST

In response to MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek's remarks "What's so great' about knowing Muslim values?", we would like to list here several greatest quotes from the world's greatest people in many fields.

As the President of the Malaysian Chinese Association, one of the three major political parties in the ruling Barisan Nasional coalition of the Federal Malaysian Government, its a shameful such ignorance of what can be considered as belittling the faith of the majority of citizens here in this country.



Napolean Bonaparte as Quoted in Christian Cherfils, 'Bonaparte et Islam,' Pedone Ed., Paris, France, 1914, pp. 105, 125.
Original References: "Correspondance de Napoléon Ier Tome V pièce n° 4287 du 17/07/1799; profession de foi, voir aussi pièce n° 3148. Also, Journal inédit de Ste Hélène, de 1815 à 1818" du Gal Baron Gourgaud -2 tomes- Ed. Flammarion.

"Moses has revealed the existence of God to his nation. Jesus Christ to the Roman world, Muhammad to the old continent...

"Arabia was idolatrous when, six centuries after Jesus, Muhammad introduced the worship of the God of Abraham, of Ishmael, of Moses, and Jesus.... Muhammad declared that there was none but one God who had no father, no son and that the trinity imported the idea of idolatry...

"I hope the time is not far off when I shall be able to unite all the wise and educated men of all the countries and establish a uniform regime based on the principles of Qur'an which alone are true and which alone can lead men to happiness."

[Note: Some Muslim historians have suggested that Asad bin Al Furat, the commander of Muslim forces in Sicily [see 827 CE in Muslim History], is the progenitor of Napoleon Bonaparte (1769-1821). Asad's descendants were known as 'Banu Furat'; for other such names see 1031 CE. One of Napoleon's brother-in-law was Joachim Murat.]

Sir George Bernard Shaw in 'The Genuine Islam,' Vol. 1, No. 8, 1936.

"If any religion had the chance of ruling over England, nay Europe within the next hundred years, it could be Islam."

"I have always held the religion of Muhammad in high estimation because of its wonderful vitality. It is the only religion which appears to me to possess that assimilating capacity to the changing phase of existence which can make itself appeal to every age. I have studied him - the wonderful man and in my opinion far from being an anti-Christ, he must be called the Savior of Humanity."

"I believe that if a man like him were to assume the dictatorship of the modern world he would succeed in solving its problems in a way that would bring it the much needed peace and happiness: I have prophesied about the faith of Muhammad that it would be acceptable to the Europe of tomorrow as it is beginning to be acceptable to the Europe of today."

Bertrand Russel in 'History of Western Philosophy,' London, 1948, p. 419.

"Our use of phrase 'The Dark ages' to cover the period from 699 to 1,000 marks our undue concentration on Western Europe...
"From India to Spain, the brilliant civilization of Islam flourished. What was lost to christendom at this time was not lost to civilization, but quite the contrary...

"To us it seems that West-European civilization is civilization, but this is a narrow view."

H.G. Wells

"The Islamic teachings have left great traditions for equitable and gentle dealings and behavior, and inspire people with nobility and tolerance. These are human teachings of the highest order and at the same time practicable. These teachings brought into existence a society in which hard-heartedness and collective oppression and injustice were the least as compared with all other societies preceding it....Islam is replete with gentleness, courtesy, and fraternity."

Edward Montet, 'La Propagande Chretienne et ses Adversaries Musulmans,' Paris 1890. (Also in T.W. Arnold in 'The Preaching of Islam,' London 1913.)

"Islam is a religion that is essentially rationalistic in the widest sense of this term considered etymologically and historically.... the teachings of the Prophet, the Qur'an has invariably kept its place as the fundamental starting point, and the dogma of unity of God has always been proclaimed therein with a grandeur a majesty, an invariable purity and with a note of sure conviction, which it is hard to find surpassed outside the pale of Islam.... A creed so precise, so stripped of all theological complexities and consequently so accessible to the ordinary understanding might be expected to possess and does indeed possess a marvelous power of winning its way into the consciences of men."

Thomas Carlyle in 'Heroes, Hero Worship, and the Heroic in History,' Lecture 2, Friday, 8th May 1840.

"As there is no danger of our becoming, any of us, Mahometans (i.e. Muslim), I mean to say all the good of him I justly can...
"When Pococke inquired of Grotius, where the proof was of that story of the pigeon, trained to pick peas from Mahomet's (Muhammad's) ear, and pass for an angel dictating to him? Grotius answered that there was no proof!...

"A poor, hard-toiling, ill-provided man; careless of what vulgar men toil for. Not a bad man, I should say; Something better in him than hunger of any sort, -- or these wild arab men, fighting and jostling three-and-twenty years at his hand, in close contact with him always, would not revered him so!... They called him prophet you say? Why he stood there face to face with them; bare, not enshrined in any mystry; visibly clouting his own cloak, cobbling his own shoes; fighting, counselling, ordering in the midst of them: they must have seen what kind of man he was, let him be called what you like! No emperor with his tiaras was obeyed as this man in a cloak of his own clouting. During three-and-twenty years of rough actual trial. I find something of a veritable Hero necessary for that, of itself...

"These Arabs, the man Mahomet, and that one century, - is it not as if a spark had fallen, one spark, on a world of what proves explosive powder, blazes heaven-high from Delhi to Granada! I said, the Great man was always as lightning out of Heaven; the rest of men waited for him like fuel, and then they too would flame..."

Simon Ockley in 'History of the Saracens'.

"A rugged, strife-torn and mountaineering people...were suddenly turned into an indomitable Arab force, which achieved a series of splendid victories unparalleled in the history of nations, for in the short space of ninety years that mighty range of Saracenic conquest embraced a wider extent of territory than Rome had mastered in the course of eight hundred."

Phillip Hitti in 'Short History of the Arabs.'

"During all the first part of the Middle Ages, no other people made as important a contribution to human progress as did the Arabs, if we take this term to mean all those whose mother-tongue was Arabic, and not merely those living in the Arabian peninsula. For centuries, Arabic was the language of learning, culture and intellectual progress for the whole of the civilized world with the exception of the Far East. From the IXth to the XIIth century there were more philosophical, medical, historical, religiuos, astronomical and geographical works written in Arabic than in any other human tongue."

Carra de Vaux in 'The Philosophers of Islam,' Paris, 1921.

"Finally how can one forget that at the same time the Mogul Empire of India (1526-1857 C.E.) was giving the world the Taj Mahal (completed in 1648 C.E.) the architectural beauty of which has never been surpassed, and the 'Akbar Nameh' of Abul Fazl: "That extraordinary work full of life ideas and learning where every aspect of life is examined listed and classified, and where progress continually dazzles the eye, is a document of which Oriental civilization may justly be proud.... Those poets those philosophers knew how to deal with the world or matter. They observe, classify, calculate and experiment. All the ideas that occur to them are tested against facts. They express them with eloquence but they also support them with statistics."...the principles of tolerance, justice and humanity which prevailed during the long reign of Akbar."

Marcel Clerget in 'La Turquie, Passe et Present,' Paris, 1938.

"Many proofs of high cultural level of the Ottoman Empire during the reign of Suleiman the Magnificent are to be found in the development of science and law; in the flowering of literary works in Arabic, Persian and Turkish; in the contemporary monuments in Istanbul, Bursa, and Edirne; in the boom in luxury industries; in the sumptuous life of the court and high dignitaries, and last but not least in its religious tolerance. All the various influences - notably Turkish, Byzantine and Italian mingle together and help to make this the most brilliant epoch of the Ottomans."

Thomas Arnold in 'The Call to Islam.'

"We have never heard about any attempt to compel Non-Muslim parties to adopt Islam or about any organized persecution aiming at exterminating Christianity. If the Caliphs had chosen one of these plans, they would have wiped out Christianity as easily as what happened to Islam during the reign of Ferdinand and Isabella in Spain; by the same method which Louis XIV followed to make Protestantism a creed whose followers were to be sentenced to death; or with the same ease of keeping the Jews away from Britain for a period of three hundred fifty years."

In his speech in Cairo, U.S. President Barack Obama made the following statement:

As a student of history, I also know civilization's debt to Islam. It was Islam – at places like Al-Azhar University – that carried the light of learning through so many centuries, paving the way for Europe's Renaissance and Enlightenment. It was innovation in Muslim communities that developed the order of algebra; our magnetic compass and tools of navigation; our mastery of pens and printing; our understanding of how disease spreads and how it can be healed. Islamic culture has given us majestic arches and soaring spires; timeless poetry and cherished music; elegant calligraphy and places of peaceful contemplation. And throughout history, Islam has demonstrated through words and deeds the possibilities of religious tolerance and racial equality.


There are many more. But I hope the above quotes suffice to open his mind and shut his bloody mouth from babbling things he do not know.

Even before this, Chua has made several remarks which is considered blasphemy. Chua once accused DAP – which is MCA's main rival for the Chinese vote – of being willing to sacrifice the community for the sake of power by agreeing with PAS to implement hudud.

But in his haste to score political points, Chua denigrated Islam by suggesting that hudud was something that Chinese should reject at all costs.

"It is an eye opener to all citizens in this country that PAS would never never give up on its Islamic agenda. So it is wrong to say why not we try to vote for them. It is wrong because it concerns the welfare of the rakyat," Chua was quoted as saying.

The main point is why does Chua Soi Lek want to talk about hudud when he hasn't taken the trouble to understand what it is about?

We wish to strongly warn him not to politicize hudud because it is part of Islamic law. He don't have to agree or to accept but don't turn it into something evil just to scare the Chinese voters away from DAP.



Pengundi India dan Cina Sokong PAS

Posted: 26 Jan 2011 06:30 AM PST


Barisan pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) dan ahlinya yang turun padang ke Tenang melihat masyarakat Cina dan India begitu postif terhadap Calon PAS, Normala Sudirman.

Richard Wong, Timbalan Ketua DHPP Perak berkata, mesej ke arah perubahan perlu disampaikan kepada pengundi-pengundi di Tenang.

"Perubahan itu penting bagi menjaga kebajikan dan hak generasi akan datang. Sekiranya mereka mengundi BN, hasilnya tidak sama seperti generasi muda yang terbela di negeri di bawah pimpinan PR" .

Beliau yang turut turun berkempen pagi tadi menyeru pengundi melayu yang masih mempercayai BN agar melakukan perubahan dengan mengenali agama sendiri.

"Jika orang Cina dan India sokong perjuangan PAS, kenapa orang melayu masih takut?

"Bila ada perubahan, akan ada harapan baru," ujarnya.



DHPP juga katanya menyelar tindakan kerajaan terhadap kebajikan peneroka felda yang berhadapan masalah sekiranya harga komoditi kelapa sawit jatuh.

"Apakah nasib peneroka, adakah dibantu?" soalnya.

Nasib generasi kedua felda terhadap isu tanah, pendidikan dan peluang pekerjaan juga turut dipertikaikan DHPP.

Tambahnya, tiada konsep permilikan perkauman di dalam Islam, kerana Islam tidak dimiliki oleh sesuatu kaum. -n05tenang

Hudud Tidak Dikenakan Jika Mencuri Disebabkan Kemiskinan

Posted: 26 Jan 2011 06:01 AM PST

PAS Tukar Agenda, Hudud Bukan Lagi Fokus Utama - Mustaffa

LABIS: PAS menegaskan hukum hudud dan isu negara Islam bukan agenda utama dalam dasar bersamaan Pakatan Rakyat sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negara ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali berkata, sekiranya parti itu mendapat kuasa mutlak untuk memerintah negara hukum hudud tidak akan dilaksanakan sehingga rakyat di Malaysia benar-benar dapat menikmati keadilan ekonomi dan peluang pekerjaan yang secukupnya.

"Hudud bukan agenda bersama Pakatan Rakyat, mana-mana negara nak laksanakan hukum hudud kena ikut prasyarat... kalau tidak, tidak boleh (laksanakan).

"Antara prasyarat adalah keadilan ekonomi, gaji minumum, kalau mencuri sebab miskin tidak boleh laksanakan (hukum hudud), pemerintah yang perlu dipersalahkan.

"Hudud tak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat, kalau PAS mempunyai kuasa mutlak... dapat dua pertiga majoriti dalam Parlimen perkara pertama yang akan dilakukan PAS bukan hudud," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu negara Islam yang dibangkitkan dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang kali ini.

Beliau mengulas dakwaan sekiranya pengundi di Tenang memberi sokongan kepada PAS maka DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.

Mengulas lanjut, Mustaffa yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu mendakwa perkara itu sengaja ditimbulkan bagi menimbulkan rasa benci pengundi Cina dan India terhadap PAS.

"Ini politik perkauman, sebab pihak lawan kata DAP akan turut serta apa yang akan PAS akan buat iaitu hudud, terus terang saya cakap Islam adalah dasar PAS dan tidak berganjak sejak dulu.

"Islam adalah dasar PAS, ia mesti diterima oleh semua baik PAS atau Umno... tapi kalau Umno nak guna separuh separuh ikut dialah," katanya.

Justeru, beliau meminta supaya semua pihak menghentikan politik perkauman ketika berkempen kerana ia boleh memberikan suasana yang kurang senang dalam masyarakat berbilang kaum.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala Sudirman, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat BN, pada 17 Disember lepas.

Ia pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008 dan yang pertama sejak 1989. Hari pengundian akan diadakan pada 30 Januari ini.

AWAS: Harga Minyak Naik Jika BN Menang Di Tenang

Posted: 26 Jan 2011 05:04 AM PST

PRK Tenang penentu harga minyak RON95

Dua hari sebelum hari pengundian PRK Galas dan Batu Sapi, iaitu pada 2 November 2010, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen perliter, kepada RM2.15. Menaikkan harga barang menjadi sesuatu yang pantang sebelum pilihan raya.

Ironinya, keputusan pilihan raya memperlihatkan bahawa bukan sahaja pengundi tidak rasa tersinggung, malah BN memperolehi undi majoriti yang lebih banyak di kedua-dua kawasan, sebahagian besarnya mungkin disebabkan faktor tempatan. Ia memberi lampu hijau kepada kerajaan BN untuk mendakwa bahawa rakyat merestui keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

Selepas satu bulan, kerajaan BN yang mendapat galakan daripada rakyat menaikkan harga RON97 sebanyak 15 sen lagi, kemudian melanjutkan kenaikan harga kepada RON95, diesel, gas dan gula. Pada 5 Januari 2011, harga minyak RON97 dinaikkan kepada RM2.40, bersamaan kenaikan 30 sen perliter dalam tempoh dua bulan, atau kadar kenaikan 14%.

Maka, PRK Tenang bakal membawa dua kesan utama. Pertama, tarikh pilihan raya umum. Kedua, perubahan harga barang. Struktur pengundi Tenang mengikut kaum adalah Melayu (sedikit lebih kurang daripada 50%), Cina (38%), India dan lain-lain (12%), tidak jauh daripada nisbah populasi pengundi peringkat negara.

Jadi, meskipun Johor merupakan kubu BN, dan secara umumnya menganggap UMNO bakal menang dalam PRK Tenang, tetapi kedua-dua BN dan PRK masih berhempas pulas - kerana melihat ia sebagai pertarungan awal sebelum PRU ke-13. Seandainya BN menang, maka ia akan terus mendesak selangkah ke depan. Sebaliknya, jikalau BN menang tipis, maka PR akan mendakwa sentimen tsunami politik 8 Mac 2008 belum menyurut.

Kemenangan besar BN akan mengundang kenaikan harga

Sudah tentunya tarikh PRU bakal memberi kesan kepada perubahan harga barang. Jikalau langkah PRU semakin hampir, maka harga barang akan melonjak hanya selepas pilihan raya. Sebaliknya, jikalau PRU tidak diadakan segera, maka harga barang mungkin dinaikkan dahulu supaya perbelanjaan kerajaan dijimatkan, sementara rakyat menyesuaikan diri dengan kadar kenaikan tersebut.

Untuk menyimpulkan kesannya terhadap tarikh PRU dan harga barang, PRK Tenang mungkin mempunyai tiga kesudahan.

Pertama, BN menang besar, malah melebihi sokongan pada tahun 2004. Ia mungkin memberangsangkan BN untuk mengadakan PRU sebelum Jun tahun ini (mungkin serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak). Jadi, kenaikan harga lantaran pengurangan subsidi mungkin berlaku selepas pertengahan tahun ini.

Kedua, BN memperolehi keputusan yang lebih baik daripada 8 Mac 2008, namun gagal mengembalikan sokongan yang diperolehi pada PRU tahun 2004. Jadi, BN tidak berani untuk mengadakan PRU dengan segera. Dalam keadaan ini, kenaikan harga barang mungkin berlaku secara berperingkat. Kerajaan mengurangkan defisit, sementara rakyat menyesuaikan diri dengan keadaan - untuk mengurangkan impak inflasi terhadap BN dalam pilihan raya.

Ketiga, BN menang tipis atau kecundang. Bukan sahaja PRU terpaksa ditunda untuk menunggu keadaan ekonomi pulih, malah "subsidy rationalization" akan diperlahankan langkahnya.

Selepas krisis Greek, adalah menjadi sesuatu yang "wajib" untuk kerajaan mengurangkan subsidi di negara merata dunia. Bezanya, pendekatan dan pakej pengurangan subsidi. Langkah pertama kerajaan Ireland, Britain dan Sepanyol mengurangkan subsidi adalah pengurangkan gaji menteri kabinet dan pegawai kanan, untuk menunjukkan "berat sama dipikul". Lebih penting, jikalau langkah pengurangan subsidi atau perbelanjaan kebajikan itu membebankan golongan bawah, maka kerajaan harus mengemukakan pakej untuk meringankannya.

Jikalau BN tewas atau terkejut dengan keputusan PRK Tenang, maka agak mustahil untuk harga minyak RON 97 dinaikkan dalam tempoh enam ini, malah subsidi kepada barangan kawalan yang lain juga tidak akan dikurangkan segera. Sekurang-kurangnya kerajaan akan merasai bahang tekanan, dan perlu menawarkan sesuatu sebaliknya, misalnya penurunan harga pengangkutan awam sebagai pampasan kepada rakyat. Malah, pengurangan gaji menteri, pegawai kanan kerajaan, elaun pelancongan dan sebagainya, mungkin perlu dimasukkan sebagai agenda.

Jadi, mampukah 14,592 orang pengundi di kawasan Tenang membantu rakyat di seluruh negara untuk menghalang kenaikan harga barang? -MR

*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview. Disedut, terjemah dan disunting dari teks asal.

UMNO BN Terkejut Beruk Ditentang Hebat Di Tenang

Posted: 26 Jan 2011 03:17 AM PST

Umno BN tak jangka dapat tentangan hebat

LABIS, 26 Jan: Umno BN tidak pernah menjangka akan mendapat tentangan hebat pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Ekoran itu, katanya Umno BN menggunakan isu yang remeh-temeh bagi menarik sokongan pengundi.

Menurutnya, berdasarkan tinjauan yang dibuat, tentangan yang dihadapi oleh Umno BN pada PRK Tenang adalah di luar jangkaan.

Ini, ujarnya kerana Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP telah menunjukkan kerjasama yang erat menyebabkan Umno BN menggunakan politik perkauman dan kebencian semasa berkempen.

"Apabila pergi ke kawasan Cina, mereka kata DAP ikut telunjuk PAS, bika pergi ke kawasan Melayu, mereka kata PAS jadi tunggangan DAP," ujarnya pada sidang media di Pusat Media PAS PRK Tenang di sini, pagi ini.

Tambahnya lagi, pemimpin Umno BN menggunakan politik kebencian itu di dalam kempen mereka sama ada secara senyap atau terbuka.

Justeru, beliau menyeru pemimpin Umno BN supaya menghentikan daripada terus menggunakan politik kebencian pada kempen PRK Tenang.

Mengenai isu pelaksanaan hukum hudud sebagaimana yang ditimbulkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, beliau berkata ia menjadi keliru kerana tidak mendapat penjelasan yang sebenarnya mengenai undang-undang jenayah Islam.

Jelasnya, mana-mana negara yang mahu melaksanakan undang-undang tersebut mesti mempunyai prasyarat, antaranya wujud keadilan ekonomi.

Justeru, beliau menegaskan bahawa PAS tidak berganjak dengan dasarnya adalah Islam tetapi masalah hukum hudud bukanlah agenda Pakatan Rakyat. -harakahdaily


Tenang: Kebangkitan PAS Johor
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com

Hanya beberapa hari saja lagi hari penentu pilihan raya kecil Dun Tenang, Labis, Johor, semua pihak berdebar menanti hari pengundian Ahad itu, 30 Januari ini.

Bandar Labis seolah-olah dikejutkan dari tidurnya dengan menerima kedatangan beribu-ribu orang luar untuk menyaksikan pilihan raya tersebut.

Ketika menikmati makan tengah hari bersama teman-teman dari PAS Kelana Jaya di sebuah restoran, saya merasa terharu dengan kemajuan PAS Johor yang kelihatannya semakin pesat.

Nyatalah calon PAS, Cikgu Normala Sudirman menjadi elemen penting kepada kebangkitan PAS Johor ini dengan tidak menafikan sama sekali jasa dan pengorbanan pimpinan dan pendukung PAS lain di negeri itu sejak dulu hingga kini.

Jasa dan pengorbanan tokoh PAS Johor selama ini, antaranya Dr. Sanusi Daeng Mariok, Dr. Mahfuz Muhamad, Almarhum Tuan Haji Ismail, Ahmad Anang, Ustaz Abdullah Husein, Khairul Faizi, Aminudin Ayub, Dr. Muhamad Taslim, Dr. Haji Sheikh Ibrahim, Aminul Huda, Mazlan Aliman, Suhaizan Kaiat dan ramai lagi yang tidak dapat disebutkan semuanya.

Dahulu PAS Johor terpinggir, miskin, dipandang 'sebelah mata' saja oleh kebanyakan orang di Johor, banyak kali bertanding dan ramai hilang wang pertaruhan. Tetapi kini PAS Johor berdiri dengan gagah, sudah diterima oleh ramai rakyat di Johor, tidak lagi hilang wang pertaruhan, bahkan mampu memenangi dua Dun – Maharani dan Sungai Abung – dalam PRU Ke-12 yang lalu.

Sebagai anak kelahiran Pontian, Johor, saya dapat memahami pahit getir pendukung PAS negeri Johor untuk mengembangkan parti itu di tengah-tengah keangkuhan Umno yang selama ini menganggap Johor adalah Umno dan Umno adalah Johor.

Kini PAS Johor dengan dua Dun dimenanginya – Dun Sungai Abong dan Maharani – sedang bangkit dan menyerlahkan namanya di peringkat nasional. Pemilihan terhadap Normala sebagai calon untuk bertanding di Dun tersebut memberikan kelebihan kepada PAS/Umno dan memberikan erti yang cukup besar kepada perjuangan parti itu di negeri yang kononnya selama ini dianggap sebagai kubu kuat Umno.

Pada hal kenyataan yang ada tidak begitu. Di tengah-tengah kepesatan perkembangan PAS Johor ini, saya terkenang bagaimana tungkus lumus pendukung PAS Johor mula menggeragkannya secara aktif di tahun 1978 di Batu Pahat.

Dapat dibayangkan bagaimana pahit getir PAS Johor waktu itu di mana ceramahnya tidak mendapat sambutan, hanya beberapa puluh orang saja yang mendengarnya, sementara ramai orang Johor mencebikkan bibir ketika siapa saja yang menyebutkan nama PAS.

Polis pula waktu itu mematikan pembesar suara jika ada pemimpin Umno berceramah berdekatan. Namun PAS Johor terus bangun hingga kini bahkan semakin gagah.

Pada hari penamaan calon Sabtu lalu, saya ada terdengar perbualan beberapa orang dalam loghat Kedah di sebuah restoran. Mereka
kagum dengan kebangkitan PAS Johor. Mereka berkata, PAS Johor tidak lagi terpencil seperti yang kita dengar, bahkan sudah semakin ramai orang Johor menerima PAS.

Sementara itu bantuan petugas PAS/Pakatan Rakyat dari luar Johor sudah demikian ramai tiba, di mana muslimat PAS Johor mengerahkan seluruh tenaga ahlinya memimpin kempen ini dan mengiringi setiap pergerakan calon PAS itu.

Di beberapa tempat di kawasan pengundi Cina, kelihatan petugas DAP mengiringi Cikgu Normala berkempen dan oleh kerana suasana Tahun Baru Cina sudah sangat terasa di Dun Tenang ini, kunjungan Normala disambut hangat oleh orang Cina dengan suasana Tahun Baru.

Normala tidak kekok berdepan dengan situasi begini kerana beliau sudah biasa bergaul dengan orang ramai, bahkan ada sesetengah ibu bapa yang anak mereka pernah menjadi murid Normala telah memberikan sambutan hangat terhdapat kedatangan calon ini bersama rombongannya.

Di kawasan pengundi Melayu, muslimat PAS Johor juga di depan dengan dibantu oleh petugas PAS dari seluruh negara. Gerak kerja kempen calon PAS ini berjalan lancar.

Nampaknya PAS tidak bimbang dengan isu Normala tidak bersalaman dengan lelaki seperti yang dibangkitkan oleh pemimpin MCA, kerana isu ini dan isu negara Islam dilihat tidak berkesan.

Bahkan isu bersalaman ini memukul pemimpin Umno/BN sendiri kerana selama ini tidak meneranghkan peraturan dan adab Islam kepada rakan mereka dari MCA walaupun sudah bergabung lebih setengah abad.

Ramai yang bertanya mana pergi tokoh dan menteri agama di dalam Umno selama ini yang membisu seribu bahasa, membiarkan pemimpin MCA menghina hukum Islam.

Sementara itu, sekiranya ada anggapan bahawa golongan generasi lama masih menyokong Umno/BN maka anggapan itu mungkin separuh benar. Ini kerana ramai juga orang veteran dalam perbualan mereka, termasuk di pekarangan masjid dan surau terang-terang menyatakan sokongan kepada PAS dan calonnya.

"Normala ini guru, pendidik, dia bijak, akhlaknya baik. Calon macam seperti ini patut kita sokong," kata seorang warga emas ketika berbual dengan kawannya di pekarangan sebuah masjid di kawasan Melayu di Labis ketika menuju ke keretanya selepas menunaikan solat Zohor.

Antara isu yang mendominasi dan kelihatan berkesan dalam kempen calon PAS/Pakatan Rakyat ini ialah isu kenaikan harga barang di samping isu lain seperti gejala sosial, penagihan dadah oleh remaja Melayu dan sebagainya.

Boleh dirumuskan di sini bahawa antara hikmah pilihan raya kecil Dun Tenang ini ialah menyerlahnya PAS Johor dengan perkembangannya yang sangat pesat, berjaya mengenengahkan calon terbaik dari muslimat Johor dan memperlihatkan kesepaduan gerak kerja seluruh petugas Pakatan Rakyat.

Ternyata PAS negeri Johor begitu harum namanya. -harakahdaily


Polis Dikenakan Waran Tangkap Tak Hadir Mahkamah

Posted: 26 Jan 2011 02:31 AM PST

Waran tangkap ke atas polis tak hadir mahkamah

Waran tangkap dikeluarkan hari ini ke atas seorang anggota polis yang tidak hadir di mahkamah majistret di Petaling Jaya kerana membuat laporan palsu ke atas ahli perniagaan, Chia Buang Hing.

Chia (gambar), 38, sebelum ini memfailkan laporan polis mendakwa dia dibelasah ketika berada dalam tahanan polis.

Katanya, pada jam sekitar 10 pagi tadi, beliau dimaklumkan oleh pengawai penyiasat yang hanya dikenali sebagai ASP Nasuha, bahawa anggota polis berkenaan sepatutnya didakwa.

"Nasuha beritahu saya, supaya saya boleh dapatkan peguam saya Lim Lip Eng untuk hadir di mahkamah," katanya.

"Namun, apabila saya sampai, Nasuha memberitahu saya tertuduh sudah larikan diri dan polis tidak tahu di mana dia berada. Isteri anggota polis itu beritahu Nasuha, dia juga tidak tahu di mana suaminya dan dia mungkin di Kelantan."

Lim berkata: "Malangnya, tertuduh tidak hadir dan mereka tidak tahu dia di mana. Nasuha maklumkan kepada Chia bahawa anggota polis itu adalah orang yang menggari Chia, dan juga yang pertama memukulnya.

Tidak tahu di mana

"Ini tidak sepatutnya berlaku kerana dia pegawai yang tinggal di kuarters polis - tetapi mereka tidak tahu dia dimana."

Peguam itu, sebelum ini mengadu kepada majistret bahawa dirinya dan anak guamnya, Chia tidak memaklumkan sama ada lima anggota polis yang dikatakan memukul Chia sudah didakwa ataupun tidak.

Sehubungan itu, Lim berkata Nasuha memaklumkan Chia berhubung perkara itu hari ini.

Chia juga melahirkan kebimbangan keselamatan dirinya dan keluarganya dan kini semakin risau kerana anggota polis yang menahannya dulu itu kini tidak dapat dikesan.

"Saya kini ketakutan kerana tertuduh sudah terlepas. Bagaimana jika dia memburu saya?" soalnya.

Chia juga mengulangi dakwaannya yang dia ditahan reman, tangkap, belasah dan sebahagian besar wangnya diambil oleh anggota polis yang menahannya kerana memandu dengan cukai jalan yang tamat tempohnya. -mk

Nurul Terlepas Hukuman Gantung

Posted: 26 Jan 2011 01:30 AM PST

George Town – Seorang bekas pekerja kilang dibebaskan daripada tuduhan membunuh bayi yang baru dilahirkannya dengan cara mengepamnya ke dalam lubang tandas tempat kerja.

NURUL SYUHADA dicium oleh bapanya, Shamsudin selepas dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi George Town semalam.

Nurul Syuhada Shamsudin, 21, yang berasal dari Parit Buntar, Perak dibicarakan atas tuduhan membunuh bayinya dalam tandas wanita di sebuah kilang di Bayan Lepas, di sini antara pukul 3.30 dan 7 pagi, 30 Disember 2009.

Hakim Datuk Zamani A. Rahim pada penghakimannya berkata, tiada bukti yang menunjukkan bayi tersebut hidup semasa dilahirkan dan kes pihak pendakwaan dilemahkan selepas sebab sebenar kematian tidak dapat dipastikan.

Beliau menambah, keterangan Pakar Patologi Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat bayi itu menyatakan terdapat kemungkinan bayi itu hidup semasa dilahirkan.

"Bagaimanapun, dalam pemeriksaan balas, beliau mengakui terdapat kemungkinan bayi itu boleh meninggal dunia sebelum bukaan rahim ibunya penuh akibat sebab semula jadi seperti kekurangan oksigen," katanya.

Beliau juga berkata, tiada bukti yang menunjukkan unsur lemas.

Oleh itu, Zamani berkata, mahkamah perlu membuat kesimpulan yang memihak kepada Nurul Syuhada.

Nurul Syuhada dilihat menangis semasa gari di tangannya ditanggalkan oleh seorang anggota polis wanita dan megucapkan terima kasih kepada hakim.

Sebaik sahaja prosiding mahkamah selesai, ibu bapanya, Shamsudin Yahya, 50, dan Misbah Rabudin, 44, yang berada di galeri awam mahkamah meluru ke arah kandang tertuduh.

Kesemua mereka dilihat menangis.

Shamsudin turut memeluk peguam E. Gnasegaran yang mewakili anaknya sebelum membawa Nurul Syuhada keluar dari mahkamah. -mstar

Tiada ulasan: