Sabtu, 1 Januari 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pembantu Rumah Tipu Umur Baru Berusia 16 Tahun, Terselamat Dari Tali Gantung

Posted: 01 Jan 2011 01:30 AM PST

Seorang pembantu rumah Indonesia, Nurhayati, yang dituduh membunuh anak majikannya di Singapura beberapa bulan lalu, ternyata baru berusia 16 tahun atau di bawah umur untuk diambil bekerja.

Dalam isi tuntutan tercantum usia sebenarnya Nurhayati, yang dikemukakan ke mahkamah pada Jumaat lalu. Usia beliau yang hanya bernama tunggal 'Nurhayati' itu awalnya disebutkan 24 tahun. Demikian seperti diberitakan The Straits Times, Jumat (24/12/2010).

Minggu lalu, pihak Kedutaan Besar Republik Indonesia sudah mengunjungi keluarga Nurhayati di Indramayu, Jawa Barat.

Dari situ terdedah usia Nurhayati yang sebenarnya adalah 16 tahun. Selain keterangan keluarga, data dari dokumen sekolah memperkuat usia pembantu rumah itu.

Nurhayati dituduh membunuh anak majikannya yang baru berusia 12 tahun, Linda Lee Yee Lin pada 24 November lalu. Linda, yang memiliki masalah keterbelakangan mental itu, ditemukan tewas jatuh dari lantai 4 rumahnya di Block 573 Hougang Street 51.

Dalam Kanun Prosedur Undang-undang Singapura, siapa saja yang berusia di bawah 18 tahun, tidak boleh dikenakan hukuman mati pasal pembunuhan.

Sebaliknya, Nurhayati boleh ditahan sampai ada keputusan dari pihak terkait.

Artinya, siapa saja yang berusia di bawah 18 tahun yang disyaki melakukan pembunuhan, tidak dapat dikenai hukuman mandatori. Namun dia akan ditahan hingga ke satu waktu yang tidak dapat ditentukan.

Nurhayati, yang masih dalam pemeriksaan kejiwaan, akan dihadapkan kembali ke pengadilan pada 31 Desember mendatang.

Nurhayati dikatakan telah menipu umurnya supaya dapat diterima bekerja di Singapura.

Menyayatkan Hati - Budak Terbunuh Dilanggar Dua Motosikal

Posted: 01 Jan 2011 12:18 AM PST

Tak sabar nak sekolah'

JEMPOL: "Dia begitu bersemangat dan beritahu tidak sabar untuk mula bersekolah dan berulang kali mencuba pakaian sekolah baru yang dibeli, selain mengemas beg sekolahnya," kata Norlida Khalid, 39, mengenai anaknya, Siti Nurzulaihah Mohd Zaidi, 6, yang maut apabila dirempuh dua motosikal dalam kemalangan di Kilometer 3, Jalan Bahau-Juasseh di sini, malam kelmarin.

Insiden menyayat hati berkenaan sekali gus memusnahkan impian dan harapan kanak-kanak itu yang sepatutnya dijadualkan mendaftar di sebuah sekolah rendah di daerah ini, semalam.

Menceritakan detik tragis kira-kira jam 11.15 malam itu, Norlida berkata, dia yang menunggang Honda EX5 bersama anaknya itu mahu pulang ke rumah mereka di Kampung Kuala Jempol di sini.

"Kami berdua dan seorang rakan saya yang menunggang motosikal berasingan ketika itu baru selesai menjamu selera di restoran berdekatan untuk memenuhi keinginan Nurzulaihah yang beria-ia mengajak keluar makan bihun sup.

"Sewaktu perjalanan pulang, saya tersentak apabila sebuah motosikal tidak berlampu ditunggang laju dari arah belakang tiba-tiba mencelah di antara motosikal kami hingga berlaku pergeseran dengan motosikal saya.

"Pergeseran itu menyebabkan kami terjatuh di atas jalan dan penglihatan saya turut menjadi kabur. Tidak lama kemudian, rakan memberitahu Nurzulaihah yang ketika itu berdiri untuk mencari saya sambil menangis turut dirempuh sebuah motosikal lain hingga tercampak agak jauh," katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Felda Pasoh 1, di sini, semalam. Menurut ibu kepada lima anak itu, dia yang patah kaki kiri menggagahkan diri pergi ke arah anaknya yang terbaring di tengah jalan lalu memangku kepala sambil memanggil namanya, namun tiada sahutan dan tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Gambar: SEBAK...Norlida yang cedera di kaki hiba terkenang arwah anaknya.

"Pada waktu itu terdetik kuat mengatakan Nurzulaihah sudah meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya," katanya yang gagal menahan sebak.

Harian Metro difahamkan kanak-kanak malang itu tercampak hampir 10 meter akibat rempuhan kedua berkenaan dan maut di tempat kejadian akibat cedera di kepala, badan dan kaki.

Katanya, dia dan lima anaknya menetap sementara di Felda Pasoh 1 untuk menemani serta menjaga ibunya yang kurang sihat selepas kematian bapanya, Khalid Ujang, 70-an, kira-kira tiga minggu lalu.

"Namun semalam (kelmarin), anak saya itu bersungguh-sungguh mengajak saya pulang ke rumah kami kerana tidak mahu terlewat untuk mendaftarkan diri di sekolah pada hari ini (semalam)," katanya.

Menurutnya, pada hari kejadian, anak keempat daripada lima beradik yang lebih banyak tersenyum dilihat turut amat berselera untuk makan berbanding biasa.

"Dia yang agak sukar menghabiskan makanan, makan tiga pinggan nasi sebelum disusuli beberapa keping roti potong. Sebelum kejadian, dia turut memakan bihun sup dan minuman sehingga habis," katanya.

Katanya, lebih menyedihkan Nurzulaihah sempat memberitahu mahu pergi mengikut arwah datuknya, namun tiada siapa mengambil perhatian apa yang dicakapkannya itu.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Zaidi Mohamad, 39, berkata dia ketika itu tiada di rumah kerana bekerja sebagai pemandu kren di Kuala lumpur.

"Kejadian ini sememangnya mengejutkan kami sekeluarga, namun saya tetap reda dengan ketentuan Allah swt yang ternyata lebih menyayanginya," katanya.

Selain Nurzulaihah, pasangan berkenaan mempunyai empat anak lain iaitu Mohd Rafzanani, 16; Mohd Hafizuddin, 14; Nurhidayatul Husna, 11, dan Siti Nurabihah, 2.

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Pasoh 1, petang semalam.

Sementara itu, jurucakap polis berkata siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan itu membabitkan tiga motosikal lain. -hm

MOTOSIKAL Yamaha RXZ yang merempuh motosikal dibonceng Siti Nurzulaihah bersama ibunya di Jalan Bahau-Juasseh, Negeri Sembilan kelmarin. -kosmo



Buang Bayi Cara Terhormat?

Posted: 31 Dec 2010 10:38 PM PST

Seremban, 31 Dis - Qurratnaini Amni Jamaludin, 20, sedang menunggu rakannya di Stesen KL Sentral bila tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.

Gambar: Inilah bayi yang ditinggalkan oleh seorang wanita kepada Qurattnaini di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur semalam -kosmo

Beliau lantas menoleh dan terlihat seorang wanita Melayu dalam lingkungan 20-an mendukung bayi lelaki dipercayai baru berusia seminggu.

Wanita bertudung serta berseluar jean dan berbaju warna hijau lumut itu meminta beliau menjaga bayinya seketika kerana katanya dia hendak ke tandas.

Qurratnaini menunggu seketika untuk wanita itu mengambil semula bayinya.

"Kemudian, saya tunggu, dan tunggu... hingga kira-kira dua jam!, namun wanita itu tidak juga muncul.

"Saya mula panik, curiga dan bimbang... Saya hubungi ibu bapa saya di Rantau (Negeri Sembilan).

"Mereka datang dengan kereta untuk mengambil saya dan membawa bayi itu ke Seremban," katanya kepada Bernama di sini.

Qurratnaini berkata, atas nasihat ibu bapanya, bayi seberat 3.5 kilogram dan berkulit sawo matang itu diserah kepada Hospital Tuanku Ja'afar di sini, sebelum mereka membuat laporan polis.

Sebelum itu, Qurratnaini, pelajar jurusan kejururawatan bersama seorang rakannya menaiki komuter dari stesen keretapi Seremban pada kira-kira pukul 9.15 pagi untuk ke KL Sentral.

Mereka tiba di stesen itu di Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 10 pagi. -- BERNAMA

Pelajar IPTA Dicekup Buat Kerja Dalam Kereta Waja

Posted: 31 Dec 2010 08:56 PM PST

JHEAIPP cekup pasangan lakukan 'aksi ringan-ringan'

GEORGETOWN: Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, ditahan bersama teman lelakinya kerana berkelakuan kurang sopan di tempat awam di Pantai Jerejak di sini, tengah malam semalam. Illustrasi hiasan.

Pasangan yang berusia 20 tahun itu ditahan oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam Ops Sayang 2010, kira-kira jam 12 tengah malam.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, berkata ketika pemeriksaan dilakukan, pelajar itu berada di tempat duduk penumpang di bahagian depan, manakala pasangannya di tempat duduk pemandu Proton Waja yang bercermin gelap.

Katanya, selepas penguat kuasa memperkenalkan diri dan mengarahkan pasangan itu keluar untuk dibuat pemeriksaan, pelajar wanita berkenaan didapati tidak memakai baju dalam.

"Apabila soal siasat dilakukan, pelajar itu memberitahu dia membuka baju ketika bermadu kasih bersama pasangannya. Malah, zip seluar dan tali pinggang teman lelaki pelajar itu cuba dibetulkan ketika pemeriksaan," katanya.

Khairul Azman berkata, ketika soal siasat dilakukan, pasangan itu mendakwa mereka tidak melakukan apa-apa dan hanya sekadar melakukan aksi 'ringan-ringan' di dalam kereta.

Pasangan itu diberikan notis supaya menghadirkan diri ke pejabat JHEAIPP untuk diambil keterangan diri untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996. -bh

Peragut Dibelasah Dengan Kayu Golf

Posted: 31 Dec 2010 08:12 PM PST

Nekad guru tumpaskan penjenayah

Gambar ihsan pembaca Kosmo! Haslinda Mohd. Noor DUA peragut terbaring lesu selepas dibelasah oleh sekumpulan penduduk di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam

KEPALA BATAS - Dua lelaki menyesal tak sudah apabila bukan sahaja gagal melarikan beg tangan yang diragut malah mereka cedera teruk dibelasah dengan batang golf oleh sekumpulan 20 penduduk dalam satu kejadian di Taman Bertam Putra di sini semalam.

Kejadian pukul 8.30 pagi itu berlaku apabila suspek berusia 18 dan 23 tahun tersebut cuba melarikan beg tangan milik seorang guru, Azzahida Othman, 35.

Difahamkan, sebelum kejadian, guru tersebut hendak menghantar anak lelakinya, Ikhmal Farhat Norhisham, 6, untuk mendaftar ke Sekolah Kebangsaan Bertam dengan menaiki sebuah kereta Perodua Kelisa.

Sebaik keluar dari pagar rumah, mangsa telah didatangi suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha dan berpura-pura menanyakan arah jalan.

Sumber memberitahu, suspek kemudian telah memecahkan cermin penumpang hadapan kereta guru itu lalu mengacukan sebilah pisau pada leher anaknya.

Katanya, suspek kemudian merampas beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk belakang.

"Geram dengan tindakan lelaki itu, guru wanita berkenaan kemudian nekad mengundurkan keretanya sebelum melanggar motosikal suspek menyebabkan mereka terjatuh. -kosmo

Pak Lah Halalkan Rogol, UMNO Halalkan Zina?

Posted: 31 Dec 2010 07:03 PM PST

PHalalkan Rogol, UMNO Halalkan Zina? Oleh: Malaysialeaks

TINDAKAN Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi (Tun) bersubahat menyembunyikan kes 376 Kanun Keseksaan yang dilakukan oleh Menteri Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, (Februari 2006 sehingga 15 Februari 2008) Datuk Seri Utama Rais Yatim pada 2007 merupakan tindakan tidak bermaruah Perdana Menteri ketika itu.

Selain kes Datuk Rais Yatim, Pak Lah juga menyembunyikan kes perzinaan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan membenar beliau bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 telah menandatangani watikah perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis sekalipun tanpa persetujuan Raja Perlis.

Ketika itu, Pak Lah meresetui perzinaan antara Shahidan dengan seorang gadis sehingga gadis tersebut mengandung dan Shahidan memaksa gadis berkenaan menggugurkan kandungan.

Murut fakta kes, mangsa telah bertemu Pak Lah bersama Doktor yang menggugurkan kandungannya dan beberapa VIP yang mengetahui Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah enggan mendengar aduan mereka kerana begitu sayang kepada Shahidan.

Perkara ini bukan rahsia lagi kerana semua jemaah menteri tahu Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah mempertahankan Shahidan atas sebab yang tidak diketahui.

Walaupun selepas 10 Adun telah menulis surat rasmi kepada Pak Lah untuk menolak kepimpinan dan perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis, namun Pak Lah mengganggap sepuluh adun berkenaan memfitnah Shahidan.

Bahagian Penerangan UMNO Perlis telah menghubungi Bernama Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Shahidan akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di Istana Raja Perlis di Kuala Lumpur ketika itu.

Menurut satu sumber, Hashim Suboh yang memainkan peranan sebagai jurucakap media Shahidan dan mengetuai pakatan untuk menjatuhkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Mohd Radzi bagi membolehkan Shahidan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dan enggan mendengar nasihat dan pandangan menteri kanan seperti Radzi.

Ketika itu, Shahidan telah mengarahkan Hashim memungut nama para pemberita dan wartawan yang membantu beliau dalam kempen pilihanraya umum ke 12 lalu dengan menjanjikan Pakej Umrah secara percuma.

Mereka ini mengatakan bahawa Tuanku Raja Perlis lembut hati dan akan tetap melantik Shahidan sebagai Menteri Besar.

Menurut maklumat daripada sumber terdekat dengan Istana bahawa pada hari tersebut sahaja, Shahidan telah berulang alik sebanyak tiga kali dari Kuala Lumpur ke Perlis untuk mengejar Raja Perlis agar merestui perlantikannya sebagai Menteri Besar.

Namun, Baginda Raja Perlis masih enggan menandatangani Watikah Perlantikan Shahihan atas sebab kebejatan moral walaupun Pak Lah telah memberi watikah sendiri kepada Shahidan dan meminta Shahidan berundur.

Selain skandal seks berkenaan, Shahidan turut terpalit dengan pelbagai skandal kerana disifatkan ramai pemimpin Perlis sebagai 'Beraja Di Mata dan Bersultan Di Hati.'

Tanpa mempedulikan Skandal Seks Shahidan, UMNO Malaysia pula menghalalkan perlakuan zina dengan melantik Shahidan sebagai Timbalan Badan Perhubungan UMNO Perlis pada 27 Disember 2010.

Selain kebejatan moral pemimpin UMNO Semenanjung, Pak Lah turut melindungi Skandal Seks pemimpin UMNO Sabah dan berkenan memilih mereka sebagai calon yang bertanding pada pilihanraya umum Mac 2008.

Adun Lahad Datu, Datu Nasrun Datu Mansur (Datuk) terpalit juga dengan Seksyen 376 Kanun Keseksaan dengan isteri orang yang juga bekas pekerja di syarikat guamannya.

Walaupun Nasrun telah membayar sejumlah RM500,000 kepada suami mangsa dan mangsa telah menarik balik laporan polis, namun kes berkenaan telah ditutup begitu sahaja, termasuk Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga ramai penduduk Lahad Datu beranggapan bahawa 'Rogol' bukanlah kes jenayah kerana boleh ditutup sekalipun semua bukti telah terdedah.

Seorang lagi Adun yang mengalami kebejatan moral yang dipilih bertanding mewakili UMNO ialah Adun Tempasuk, Datuk Haji Musbah Jamli yang mempunyai Skandal Seks dengan pembantu rumah dan adik iparnya serta mempunyai kes dengan BPR, namun Pak Lah telah memilih beliau mewakili Tempasuk.

Manakala seorang lagi Adun yang pernah menjadi banduan di Indonesia, Datuk Haji Harman Mohammad yang dibenarkan bertanding di DUN Sulabayan, Sabah sekalipun beliau tidak layak kerana baru setahun dibebaskan daripada penjara Indonesia (atas ehsan UMNO) sedangkan Anwar terpaksa menunggu selama lima tahun sebelum boleh aktif dalam politik. -sabahkini.net

Coli Laser Julia Perez Untuk Ganggu Malaysia Dirampas

Posted: 31 Dec 2010 05:58 PM PST

Selebriti dakwa coli laser untuk ganggu pemain M'sia 'dirampas'

JAKARTA: Penyanyi dangdut, Julia Perez atau Jupe, sebelum ini dilaporkan bersungguh-sungguh mahu memakai coli laser bertujuan mengganggu tumpuan pemain Malaysia pada perlawanan akhir kedua Piala Suzuki Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF), Rabu lalu.

Bagaimanapun, apabila perlawanan itu berlangsung, Jupe tidak kelihatan di Stadium Gelora Bung Karno. Alasannya, coli lasernya 'ditahan'.

'Saya memang mahu pakai coli laser itu. Lebih-lebih lagi selepas berbelanja berjuta-juta rupiah untuk mendapatkannya. Tetapi coli itu ditahan dan dirampas,' kata Jupe ketika dihubungi wartawan kelmarin.

Selebriti kontroversi itu bagaimanapun enggan memberitahu pihak yang menahan coli berkenaan.

'Saya tidak mahu memberitahu. Yang pentingnya, ia ditahan. Tambahan pula, pihak berkuasa sudah memberi amaran supaya tidak membawa laser ke stadium,' katanya.

Kerana coli lasernya ditahan, Jupe mengambil keputusan tidak ke stadium.

'Saya tidak ke GBK. Saya kini berada di Medan kerana ada urusan. Jika saya berada di stadium, sudah tentu kamera akan mencari saya, seperti Luna Maya dan Manohara,' kata Jupe.

Jupe pertama kali menyatakan hasratnya memakai coli laser sebagai membalas dendam setelah percaya kononnya pasukan Indonesia kalah dalam perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur Ahad lalu kerana penyokong Malaysia menggunakan laser bagi mengganggu tumpuan pemain negara itu.

Sementara itu, Luna Maya yang turut menyaksikan perlawanan pada Rabu lalu dicaci sekumpulan penyokong Indonesia.

'Dasar bintang porno! Kenapa dia datang,' ejek seorang penyokong pasukan Garuda, lapor wartawan.

Luna Maya, yang terlibat dalam skandal video lucah dengan bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril 'Ariel' Irham, yang datang dengan beberapa rakannya, bagaimanapun menolak untuk diwawancara dan tidak mempedulikan ejekan itu. -- Agensi.




Maizawati, Janda Akhil Hayy Patah Tangan Dalam Kemalangan

Posted: 31 Dec 2010 04:08 PM PST

Ipoh: "Sejurus kemalangan, Maizawati tidak sedarkan diri dan saya bimbangkan keselamatan kandungannya serta anak-anak tiri.

"Pada masa itu, saya berdoa semoga zuriat kami tidak mengalami masalah. Namun, sebaik doktor memaklumkan kandungan itu selamat, saya orang paling gembira," kata Mohd Yassin Ben@Abdul Rahim, 23, suami Maizawati Zainal, 35, selepas kereta yang dipandu isterinya itu bertembung sebuah kereta lain, Selasa lalu.

Menurutnya, ketiga-tiga anak tirinya ketika itu tidur di tempat duduk belakang dan dia sempat menahan mereka daripada terhentak pada kerusi depan sejurus rempuhan.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi di Jalan Sultan Azlan Shah di sini berdekatan Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah itu, Proton Gen.2 dipandu Maizawati merempuh sebuah kereta lain yang tiba-tiba membuat pusingan U.

Berikutan itu, Maizawati patah tangan kiri dan cedera ringan kedua-dua kaki serta bengkak di kepala manakala suaminya serta tiga anak cedera ringan.

Ketika kejadian, Maizawati, bekas isteri penceramah bebas, Akhil Hayy memandu kereta yang dinaiki bersama Mohd Yassin serta tiga anak, Siti Nur Maisarah, 13, Muhamad Shakir Hidayahtullah, 9 dan Muhamad Syafrin Hidayahtullah, 3.

Sementara itu, Maizawati ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam, berkata: "Doktor yang merawat saya mulanya tidak mengetahui saya hamil kerana kandungan tidak begitu kelihatan biarpun mencecah lima bulan. "Namun, sebaik dimaklumkan, doktor mengesahkan uri mengalami pendarahan kecil selepas ujian imbasan dilakukan.

"Ketika itu, suami orang yang paling gelabah kerana kandungan ini zuriat pertama saya bersamanya. Bagaimanapun, doktor mengesahkan kandungan tidak mengalami masalah dan doktor kini masih melakukan pemantauan," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian dia bersama keluarga dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Utama, Bercham selepas menghantar rakan suami di Stesen Bas Medan Gopeng yang mahu menaiki bas ke Singapura.

Katanya, dia bersyukur kerana doktor mengesahkan kandungannya selamat biarpun berlaku hentakan kuat di perutnya.

"Saya paling bimbangkan kandungan ini. Suami paling gelisah sejurus kemalangan, tetapi kini lega kerana kandungan disahkan selamat.

"Saya baru selesai menjalani pembedahan di tangan petang tadi (semalam) selain terpaksa menerima beberapa jahitan di kedua-dua kaki," katanya Katanya, dia terkejut sebaik dimaklumkan uri mengalami pendarahan kecil, namun selepas diperiksa, doktor pakar sakit puan mengesahkan kandungannya tidak menghadapi masalah, sekali gus membuatkannya kembali ceria.

"Menurut doktor, pendarahan kecil itu tidak menjejaskan kandungan, tetapi jika pendarahan terus berlaku, mungkin memberi kesan kepada kandungan," katanya.

Menurutnya, Akhil Hayy sudah dimaklumkan kemalangan itu dan beberapa ahli keluarga bekas suami juga menziarahinya di hospital selepas kemalangan itu.

Nama Maizawati mula mendapat perhatian media apabila membuat pendedahan terbuka menerusi program televisyen mengenai masalah rumah tangga yang dibina bersama Akhil, 40, Mei tahun lalu.

Pasangan itu bercerai pada 15 Julai tahun sama selepas Akhil melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

Selepas setahun bercerai, Maizawati kembali mendirikan rumah tangga kali ketiga bersama Mohd Yassin pada 9 Ogos lalu dan kini menunggu cahaya mata pertama bersama pemuda kelahiran Kota Kinabalu itu. -hm

MAIZAWATI ditemani Mohd. Yassin selepas menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh semalam. -kosmo


[Bergambar] 2010 Melabuhkan Tirainya

Posted: 31 Dec 2010 03:09 PM PST

Tirai 2010 dilabuh: Akhirnya ada yang boleh diraikan bersama

Ketika hari-hari terakhir 2010, WikiLeaks, Buku Jingga Pakatan Rakyat (PR) dan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi dilihat seolah- olah sebagai isu penutup 2010 yang hangat diperdebatkan oleh Barisan Nasional (BN) dan PR.

Semenjak Pilihan Raya Umum ke 12, politik negara ini tidak pernah berhenti bergelora dengan serangan demi serangan antara kedua- dua belah pihak samada BN mahupun PR. Keadaan ini berlarutan hinggalah tatkala 2009 melabuhkan tirai dan fajar 2010 menjelang tiba.

Bagaimanapun, dalam kekalutan politik, masih ada yang wajar diraikan bersama oleh kedua-dua pihak bertelagah di penghujungnya apabila wira-wirawati sukan menghadiahkan sesuatu yang membanggakan negara.

Antaranya Datuk Lee Chong Wei dalam sukan badminton, Datuk Nicole Ann David (squash), pasukan hoki negara dan terkini skuad kebangsaan bola sepak.

Ketika 2010 mula menjengah, isu penghujung 2009 kehilangan dua enjin pesawat pemintas TUDM, F-5E masih lagi panas dan mendapat tempat di media-media utama ketika itu.

Kenaikan harga runcit gula

Disamping itu, kedatangan tahun baru 2010 turut 'diraikan' serentak dengan pengumuman kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.

Isu yang turut mendapat liputan meluas oleh media-media tahun ini ialah isu penggunaan kalimah Allah oleh Herald Catholic dan masyarakat Kristian negara ini.

Isu hangat ini menambah buruk keadaan lagi apabila wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab membakar beberapa rumah ibadat di seluruh negara.

Isu lain menyentuh soal agama yang turut berputar ligat sepanjang tahun 2010 ialah antaranya isu peguam syariah di kalangan bukan Muslim, Syiah di Malaysia dan kes mengajar agama tanpa tauliah yang dihadapi bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Selain itu baru-baru ini arahan pejabat perdana menteri supaya membuang elemen keagamaan daripada satu majlis sambutan Krismas yang dihadirinya di kediaman ketua biskop gereja Katolik Kuala Lumpur juga telah menimbulkan bantahan beberapa pihak.

Dalam isu berkaitan keagamaan, ia dihangatkan lagi apabila Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menjadi mangsa permainan politik pihak tertentu setelah menghadiri majlis berbuka puasa di sebuah surau di Kajang.

Sentimen perkauman

Sementara itu dalam isu membabitkan sentimen perkauman, sehingga 3 Februari sekurang-kurangnya 12 laporan polis telah dibuat gara-gara keceluparan pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar berhubung ucapan beliau dalam seminar 1Malaysia di Melaka yang berbau perkauman.

Isu pasir di Selangor antara isu yang mendapat perhatian khususnya media arus perdana. Rentetan isu yang semakin panas ini, pada 20 Januari, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di bawah Ketua Pesuruhjayanya yang baru, Datuk Abu Kassim Mohammed telah menahan sekurang-kurangnya 38 orang termasuk 24 kakitangan kerajaan dan dua pembantu politik di seluruh negara.

Perdebatan isu Ketuanan Melayu Umno dan Ketuanan Rakyat PR juga merupakan isu yang terus menjadi 'buah pukulan' baik dari pihak BN mahupun PR di sepanjang tahun 2010 ini.

Kes liwat 2 yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim turut mendapat liputan meluas dalam dan luar negara. Kes ini turut telah menarik perhatian ahli parlimen dan anggota senat negara luar.

Royalti minyak Kelantan

Tuntutan royalti minyak oleh Kerajaan Negeri Kelantan juga mendapat tempat oleh pengamal media sepanjang 2010. Dalam isu tersebut, pemimpin senior Umno, Tengku Razaleigh Hamzah memilih untuk menyebelahi Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS.

Perjalanan Inkues kematian Teoh Beng Hock yang menambah burukkan lagi wibawa SPRM dan Kerajaan Malaysia juga mendapat menjadi tumpuan masyarakat pada tahun ini.

Turut mencuri perhatian, apabila fenomena lompat parti oleh ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR masih gagal dibendung oleh pemimpin parti itu sekaligus mencemarkan imej parti itu dan secara tidak langsung memberi kredit kepada BN.

Selain Zulkifli Noordin yang dipecat oleh PKR, Ahli Parlimen dan Adun PKR lain ialah Datuk Salehuddin Hashim, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, Mohsin Fadzli Samsuri, Mohammad Fairus Khairuddin, Tan Tee Beng dan Wee Choo Keong.

Menteri Besar yang disingkirkan pula, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari yang mengesahkan penyingkiran beliau mungkin akan mengakibatkan situasi monarki mutlak di Malaysia.

Karier politik Chua

Menambahkan kehangatan tahun 2010, apabila Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dilihat telah mencapai penghujung karier politiknya berjaya membuat 'come back' dengan bergaya apabila memenangi jawatan presiden MCA.

Chua telah berjaya menewaskan bekas presiden Datuk Seri Ong Ka Ting dan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dengan majoriti 68 undi pada pemilihan MCA pada 28 Mac lalu.

Umum melihat senario politik 2010 kembali memihak kepada BN apabila pada 25 April, calon Barisan Nasional P Kamalanathan berjaya menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi.

BN yang mula tampak selesa setelah memenangi PRK Hulu Selangor, menerima tamparan apabila kerusi Parlimen Sibu berjaya dirampas oleh calon DAP, Wong Ho Leng yang menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew dan calon bebas Narawi Haron dalam PRK parlimen itu pada 16 Mei lalu.

Bagaimanapun BN menemui semula sentuhan untuk menyekat kemaraan PR apabila memenangi dua kerusi dalam dua PRK yang diadakan serentak 4 Oktober lalu di Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Di Galas, calon BN Abdul Aziz Yusoff mengalahkan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dengan majoriti 1,190 manakala Datin Linda Tsen bagi kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah mengalahkan Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR Ansari Abdullah dengan majoriti 6,359 undi.

Sepertimana kelaziman dalam pilihan raya yang di adakan dalam negara ini, kontroversi yang melibatkan dakwaan rasuah politik, ketelusan dan undi pos masih bermain-main dalam setiap PRK yang dijalankan ini.

Pemilihan pimpinan PKR

Pemilihan Pimpinan PKR antara isu yang mendapat liputan meluas dari media perdana dan juga alternatif. Pemilihan tersebut pada awalnya menjadi kebanggaan parti itu kerana merupakan satu-satu parti politik yang memberikan hak memilih pemimpin kepada ahli akar umbi.

Bagaimanapun kebanggaan tersebut bertukar menjadi bencana kepada PKR apabila didakwa banyak penyelewengan telah berlaku bermula daripada proses pencalonan lagi.

Akibat merasa tertipu, calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim telah bertindak keluar parti dan kini menyertai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) sebelum ditukar menjadi Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dengan jawatan Presiden parti itu.

Walaupun musim pemilihan PKR telah lama berakhir, namun kemelut berhubung aduan-aduan yang diterima parti sehingga kini masih gagal diselesaikan oleh pemimpin-pemimpin PKR.

Turut menerima sasaran kritikan sepanjang 2010 ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berikutan penglibatan aktifnya yang dianggap membazirkan wang negara dan menganggu urusan pentadbiran kerajaan.

'Sudah jatuh ditimpa tangga'

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo pula, antara personaliti yang boleh dianggap sudah jatuh ditimpa tangga apabila ditahan atas dakwaan rasuah yang melibatkan kediamannya yang bernilai jutaan ringgit.

Pada 16 Disember, empat wakil rakyat pembangkang digantung enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan gara-gara mengaitkan APCO, 1Israel dan 1Malaysia. Mereka yang dikenakan tindakan penggantungan itu ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim (PKR), Karpal Singh (DAP), S.Sivarasa (PKR) dan Azmin Ali (PKR).

Pendedahan WikiLeaks menghangatkan lagi suhu politik hujung tahun dalam negara ini apabila beberapa komunikasi sulit pemimpin dunia terdedah untuk tatapan umum.

Antara isu yang terjebak ialah kes tuduhan liwat Anwar Ibrahim, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan yang paling mengejutkan ialah dakwaan terhadap seorang menteri yang merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007 tetapi tiada tindakan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi.

Menteri 'perogol'

Walaupun sehingga hari ini belum ada mana-mana media menyebut dengan jelas nama menteri terbabit, umum telah mengetahui indentiti menteri berkenaan melalui klu yang banyak di paparkan di media-media alternatif.

Ketika 2010 hampir melabuhkan tirainya, PR telah sempat menembak peluru terakhirnya apabila mengumumkan rancangan 100 hari pemerintahan PR dalam buku jingga yang dilancarkannya.

Sedikit sebanyak tindakkan PR ini dianggap mampu membuatkan pemimpin BN berada di dalam keadaan yang merimaskan dan memeningkan kepala.

Pertikaian antara kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir oleh PR dengan kerajaan pusat juga masih tidak berpenghujung apabila kerajaan pusat didakwa tidak menghormati semangat federalisme.

Terbaru, kontroversi perlantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang telah mendapat bantahan Kerajaan Negeri Selangor mula berlegar-legar di penghujung 2010.

Kos sara hidup meningkat

Isu sepanjang 2010 yang tentunya mendapat perhatian rakyat negara ini ialah siri kenaikan harga barangan keperluan sepanjang 2010 yang semakin meningkatkan kos sara hidup rakyat negara ini dan menyebabkan tekanan hidup yang semakin memuncak.

Akhirnya dalam tekanan keperluan hidup dan pertarungan politik yang tiada kesudahan antara BN dan PR, tiba-tiba anak-anak buah K Rajagopal telah menghadiahkan sesuatu yang wajar diraikan bersama oleh semua rakyat negara ini.

Kelmarin, skuad bola sepak negara membolehkan rakyat negara ini menutup tirai 2010 dengan perasaan bangga dan tersenyum apabila anak-anak muda ini berjaya membawa pulang kejuaraan Piala AFF Suzuki setelah menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2.

Malahan pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyarankan dua pemimpin utama parti bertelagah BN, Perdana Menteri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bersatu untuk menyambut kepulangan wira-wira muda negara itu petang semalam.

Menurut pemimpin pertubuhan itu, Badrul Hisham Shaharin, SAMM sendiri akan menggerakkan anggotanya untuk menyertai sambutan kepulangan skuad bola sepak negara itu.

Memetik blog Anwar Ibrahim pula, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada skuad bola sepak negara itu sambil berkata kejayaan tersebut semuga membuahkan sesuatu yang lebih positif untuk tahun 2011.

Berita gembira ini turut disusuli oleh pengumumkan Najib yang mengisytiharkan hari ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena menyambut kegemilangan sukan bola sepak negara. -FMT

2010 - DUNIA DALAM GAMBAR

Ledakan di lokasi pengeboran lepas pantai meyyebabkan tumpahan minyak sampai ke Teluk Mexiko, dan aliran minyak baru berjaya dihentikan pada September atau lima bulan setelah peristiwa terjadi.

Banjir di Pakistan menyebabkan sekitar 1.600 orang terkorban dan sejumlah desa tenggelam. Lebih dari 20 juta orang terkena kesan banjir dan enam juta orang perlukan bantuan kemanusiaan.

Kekacauan terjadi ketika ribuan orang mengadakan protes di Athena dan kota lainnya di Yunani dalam demonstrasi hari buruh antarabangsa.

Sekitar 90 orang terbunuh dalam 10 hari menyusul kekacauan antara pasukan tentara dengan pemprotes anti pemerintah di Bangkok Thailand.

Nelson Mandela : "Piala Dunia 2010 bukan hanya sekedar pertandingan, tetapi merupakan simbol kekuatan sepakbola untuk membawa jutaan orang didunia tanpa mempedulikan perbedaan bahasa, warna kulit, agama dan politik"

Lebih dari dua bulan 33 orang penambang Chile terjebak di lokasi tambang di San Jose, dan akhrinya berhasil diselamatkan. Usaha penyelamatan menjadi sorotan dunia antarabangsa.

Menteri Pertahanan AS Robert Gates mengatakan akan menarik keluar pasukan AS dari Afghanistan mulai Julai akan datang. Tetapi Komandan pasukan Nato di Afghanistan akan meminta Presiden Obama menundanya.

Dalam suatu perbarisan tentera yang mengundang media antarabangsa, pemimpin Korea Utara Kim Jong-il muncul bersama anaknya Kim Jong-un yang diharapkan untuk menjadi pemimpin masa depan Korea Utara.

Para pemimpin negara di dunia dan pemerhati HAM menyambut pembebasan tokoh pro demokrasi Burma Aung San Suu Kyi dari tahanan rumah di Rangoon yang telah dijalaninya sekitar dua dekad.

Sekitar 350 orang terkorban dan ribuan orang terluka karena bersesakan dalam festival air yang digelar di Phnom Penh di Kamboja.



Lakukan Hubungan Seks Dalam Tandas OKU

Posted: 31 Dec 2010 06:49 AM PST

Pemuda Dikenakan Hukuman Penjara Kerana Hubungan Seks Dengan 2 Remaja Bawah Umur, 15 & 12

Kok dipenjara 15 bulan bermula dari Jan 4, 2011. -- PHOTO: WONG KWAI CHOW

Singapura - Seorang pemuda yang mengadakan hubungan seks dengan dua gadis bawah umur beberapa tahun lalu dikenakan hukuman penjara 15 bulan.

Namun pemuda berkenaan Aaron Kok Chun Cheong, 23, akan hanya menjalani hukuman pada hari Selasa, Jan 4, 2011, kerana beliau ingin merayakan Tahun Baru bersama keluarganya.

Kok, yang kini sedang menjalani latihan di National Institute of Education (NIE), sedang menjalani khidmat negara pada waktu kesalahan itu dilakukan pada 2007 dan 2008.

Mahkamah diberitahu bahawa beliau mengenali gadis-gadis itu melalui ruang sembang chatting di internet pada 2006.

Beliau telah mengadakan hubungan seks dengan pelajar 15 tahun di dalam sebuah tandas untuk Orang Kurang Upaya (OKU) di Pasaraya West Mall pada April 20, 2008, sehari sekembalinya dari latihan khidmat negara di Taiwan.

Sebelumnya pada September 2007, beliau telah mengundang seorang lagi remaja, waktu itu berumur 12, ke rumah flatnya di mana beliau mengadakan hubungan seks di dalam bilik tidurnya.

Kejadian tersebut timbul apabila remaja berkenaan didapati hamil dan dimasukkan ke wad hospital pada 2008. Remaja berkenaan, menggugurkan kandungannya, dan telah memberitahu polis beliau telah menjalinkan hubungan seks dengan berbelas orang lelaki.

Walau bagaimanapun hasil ujian tidak menujukkan Kok sebagai bapa biologi kepada janin berkenaan.

Tiga pertuduhan lain telah diambilkira sewaktu hukuman dijatuhkan.

Peguambela Amolat Singh menyatakan Kok - mempunyai rekod baik di politeknik dan juga semasa menjalani khidmat negara - dan kini Kok perlu membayar sejumlah S$50,000 hingga S$60,000 kepada NIE kerana telah melanggar perjanjian.

Waspada Membeli Beehoon

Posted: 31 Dec 2010 05:50 AM PST

Orangramai diminta waspada tatkala membeli beehoon terutama yang diimpot dari negara China.

Ini ekoran dari laporan bahawa sejumlah besar beehoon yang dihasilkan dari negara tersebut diperbuat dari bijiran yang rosak dan mengandungi bahan tambahan "carcinogenic" yang boleh menyebabkan cancer dijual berleluasa di selatan China, demikian berita dari AFP hari ini.

Terdapat hampir 50 kilang di bandar Dongguan di selatan China berhampiran Hong Kong mengeluarkan kira-kira 500,000kg beehoon tercemar setiap hari yang menggunakan bijiran yang rosak dan hapak, Beijing Youth Daily dipetik.

Pengeluar yang tertekan dengan kenaikan kos telah merendamkan untuk memutihkan beras yang rosak menggunakan kimia tambahan seperti sulphur dioxide dan lain-lain bahan yang boleh menyebabkan cancer untuk menghasilakan setengah kg bijiran ditukarkan menjadi tiga paun beehoon, tambahnya.

Beras yang bermutu rendah yang biasanya diuntukkan makanan binatang sebelum kenaikan harga barang-barang meningkat secara mendadak di China pada separuh tahun kedua 2010, lapor akhbar tersebut, yang menemuramah para pemborong..

Beehoon, sering digoreng dan dihidangkan bersama perencah daging dan sayuran merupakan makanan kegemaran di selatan China.

Beberapa minggu lepas, beberapa siri insiden yang melibatkan pengambilan beehoon tercemar telah dilaporkan di dalam media menjelang sambutan Tahun Baru dan Tahun Baru China - ketika pembelian makanan dan arak biasanya meningkat.

Muslimah Amerika Kian Menyerlah

Posted: 31 Dec 2010 03:54 AM PST

Muslimah Amerika kian menyerlah, menurut laporan sejumlah media negara kuasa besar itu.

Antara mereka ialah Cik Soumaya Khalifa. Selepas peristiwa serangan pengganas ke atas Amerika pada 11 September 2001, beliau telah terlebih dulu menubuhkan Biro Pembicara Islam di Atlanta.

Beliau mendapat tahu bahawa Bakers Club memerlukan seorang penceramah. Meskipun beliau kurang arif mengenai kumpulan ini, beliau menggagahi diri jua.

Rupa-rupanya kumpulan yang dimaksudkan ialah Bickerers Club (kelab bertengkar) iaitu para anggotanya suka berdebat. Islam adalah topik mereka dan tempat mereka ialah sebuah kedai.

Cik Soumaya tertawa mendapat pelawaan dan telah menampilkan ceramah yang amat menarik.

Lahir di Mesir dan dibesarkan di Texas, beliau berjilbab. Beliau memang khuatir penampilan dan gagasannya sukar diterima. Ternyata, kelab itu mengubah kebencian menjadi simpati.

Beliau merupakan sekian banyak Muslimah yang terpelajar dan berjuang mengatasi salah faham masyarakat terhadap Islam di Amerika.

Cik Najah Bazzy, seorang jururawat kelahiran Amerika dan pendiri beberapa lembaga amal di Michigan, berkata: 'Saya keturunan Arab, tapi sangat menyukai Amerika, dan ya, saya memang Islam.'

Muslimah Amerika cuba memecahkan tanggapan serong atau stereotaip bahawa mereka tertindas dan mundur.

Pencarian mereka untuk memecahkan stereotaip, ulas harian The Washington Times. Muslimah Amerika, hujah media Amerika, lebih terpelajar daripada saudara mereka di Eropah Barat. Menurut tinjauan Gallup pada Mac 2009, Muslimah Amerika lebih merdeka.

'Muslim yang datang ke Amerika Utara sering mencari versi egalitarian Islam,' kata Dr Ebrahim Moosa, seorang profesor Pengajian Islam di Universiti Duke. 'Itu kekuatan Muslimah Amerika berbanding di Eropah Barat.'

Cik Soumaya berijazah universiti dalam bidang kimia dan sumber daya manusia. Namun, hidupnya sering berdepan dengan cercaan.

Beliau cuba bersikap tenang. Lamakelamaan, kepintarannya diakui dan dianggap antara pembicara berwibawa.

Muslimah terkenal Amerika ialah Cik Ingrid Mattson. Dengan busana indah dan jilbab warna-warni, beliau berdiri antara ulama yang berkumpul di Washington pada September untuk cuba meredakan kemarahan atas gagasan pembangunan pusat Islam tidak jauh dari bekas tapak menara kembar Pusat Dagangan Dunia, New York, yang ranap oleh serangan 9/11.

Cik Mattson, 47 tahun, yang mengajar di Seminari Hartford di Connecticut, menjadi wanita pertama memimpin Persatuan Islam Amerika Utara (ISNA), badan Muslim terbesar di benua tersebut.

Cik Tayyibah Taylor berasal dari Caribbean dan tiba di Atlanta serta kemudian memeluk Islam. Beliau menubuhkan majalah Azizah mengenai gaya hidup Muslimah. Edarannya kini 45,000 naskhah.

'Saya tidak melihat Islam sebagai mengambil kebebasanku sebagai seorang wanita,' kata Cik Taylor, mualaf yang khusus terbang ke Jeddah dan tinggal selama beberapa tahun di sana demi belajar Al-Quran. 'Sebaliknya, Islam benar-benar membuka dunia bagiku.'

Terdapat sekitar tujuh juta Muslim di Amerika Syarikat. Di Atlanta saja, terdapat 80,000 Muslim yang mula berakar pada 1950-an, ketika sekelompok kecil aktivis Nation of Islam yang kebanyakannya dianggotai lelaki kulit hitam, bertemu di gedung kotor untuk merancang dakwah. Kini 40 masjid berdiri di kota ini dengan Muslimahnya yang kian berperanan. -- NYT.

Tiada ulasan: