Blog-list Malaysia |
- Andaikata yang Merogol Amah itu Anwar Ibrahim..
- Melayu pun kena tutup aurat
- Islam Tak Larang Senamrobik Di Masjid - TGNA
- Piala AFF Suzuki Cuba Dipolitikkan
- Fitnah Salahudin Ayub - Blogger Umno Mohon Maaf
- MAIS Yang Terlebih Sudu Dari Kuah Dan Meroyan Tak Bertempat.
- Ketuanan India Cabar Ketuanan Melayu
| Andaikata yang Merogol Amah itu Anwar Ibrahim.. Posted: 01 Jan 2011 12:15 AM PST Andaikata yang didakwa merogol amah itu bukanlah seorang Menteri dari Barisan Nasional tetapi ianya adalah Anwar Ibrahim, pasti kita akan menyaksikan Anwar Ibrahim akan diheret kemuka pengadilan dengan sepantas kilat, tak kiralah walau dimana beliau berada samada didalam Malaysia atau di Turki. Necsaya akan merengkoklah Anwar dalam penjara dalam kadar segera.. mungkinkah akan lebam kedua-dua belah matanya pula.. Maka akan riuh-rendahlah media-media tunggangan UMNO memainkan isu ini selama 7 hari 7 malam jika mengizinkan akan dimainkan isu ini sehingga PRU13 nanti.. Gegak gempitalah seluruh blog yang menyokong UMNO/BN memainkan isu ini. Akan diketawakan mereka penyokong PKR yang bermati-matian menyokong Anwar.. ditertawakan akan kebodohan mereka kerana terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim. (Anda nampak nama yg tertera pada line hitam di atas?..gambar berdasarkan dokumen kes menteri rogol amah di SINI...kes ini bukan hanya bersandarkan kpd pendedahan Wikileaks semata2, tetapi dahulunya telah dikaitkan menteri Malaysia oleh badan NGO Indonesia, 'Migrant Care'.) Najib nescaya akan berkata "Lihatlah bagaimana bijaknya Anwar menipu rakyat jelata, berpura-pura seperti insan yang baik, padahal diri terpalit penuh noda. Hentikanlah menyokong PKR sokonglah UMNO yang dibarisi pemimpin yang bersih." Nazri mungkin berkata " Terbukti Anwar memang hipokrit" Andaikata Anwar yang dituduh merogol itu, Saiful pasti akan turut gembira, gembira kerana kononnya bukan dia saja yang menjadi mangsa malah ada lagi manusia yang turut menjadi mangsa kerakusan nafsu Anwar yang menggila tanpa mengenal jantina. Tapi itu andaikata Anwar yang dituduh merogol amah bukannya Menteri dari Barisan Nasional punya kerja.. Oleh: onemalasiaonline.blogspot.com |
| Posted: 31 Dec 2010 08:29 PM PST Beliau menyatakan demikian ekoran isu yang ditimbulkan media mutakhir ini berhubung senamrobik yang dilakukan masyarakat bukan Melayu di kawasan berkenaan. "Usahkan di dalam kawasan masjid, di dalam masjid pun tidak apa, termasuklah juga pembelajaran dan persoalan perlantikan ketua negara dan ketua perang serta urusan sakit demam. Semuanya dilaksanakan dalam masjid seperti yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. "Namun dari segi aurat, mestilah dijaga. Usahkan orang Cina, orang Melayu sendiri mesti menutup aurat. Tinggal lagi hendaklah ditegur orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna itu," katanya kepada media pada kuliah mingguan di sini, hari ini. Mengulas komitmen sesetengah masyarakat Cina terhadap rumah ibadah, beliau berkata walau pun kaum Cina, Orang Asli atau warga Afrika yang hitam, namun apabila mereka itu muslim dan muttaqin, maka adalah layak dilantik menjadi imam sembahyang. "Ini kerana hina atau tidaknya manusia itu bukan terletak kepada tubuhnya tetapi adalah terletak kepada taqwanya. "Walau pun dia hamba, tetapi apabila dia diangkat menjadi ketua (termasuk imam sembahyang) maka mesti diikuti. "Oleh demikian, di Kelantan sendiri, saya sudah membina masjid di Rantau Panjang. Saya meminta orang Cina menjadi imam sembahyang dan saya menjadi makmum pada bulan Ramadhan yang lalu," katanya. |
| Islam Tak Larang Senamrobik Di Masjid - TGNA Posted: 31 Dec 2010 08:24 PM PST Menteri Besar Kelantan itu berkata tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam. "Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalam rumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini hari ini. Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor dengan memakai baju ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu, yang disifatkan tidak menghormati rumah suci itu, yang dilaporkan di muka depan Utusan Malaysia, semalam. Nik Abdul Aziz berkata, soal anggota Parlimen itu berpakaian tidak sopan atau tidak menutup aurat, adalah perkara kedua yang perlu diperbetulkan. |
| Piala AFF Suzuki Cuba Dipolitikkan Posted: 31 Dec 2010 04:16 AM PST Apa komen Jurulatih Kebangsaan di dalam hal ini? Baca berita ini: Jakarta, 30 Dis – Jurulatih Malaysia, Rajagopal membantah arahan pihak-pihak tertentu yang ingin mengadakan sambutan kejayaan Piala AFF Suzuki di Tenang, Johor. Beliau juga mengancam tidak akan teragak-agak untuk meletakkan jawatan seandainya anak-anak buahnya dipolitikkan. Jelas, Jurulatih Kebangsaan itu tidak berminat untuk mempolitikkan kariernya dan `menjual' maruah Pasukan Kebangsaan yang dibimbingnya. Sekiranya masih ada yang berminat, mereka itu adalah perosak mutu bolasepak negara yang sebenarnya. Cukuplah kenyataan Nazri Aziz sebelum perlawanan Akhir Pertama di antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Bukit Jalil yang lalu di mana beliau menyeru sesiapa yang menyanjung konsep 1 Malaysia agar hadir beramai-ramai ke stadium. Maka, beliau perasan atau syok sendiri bahawa yang hadir lebih kurang 90 ribu ke stadium malam itu kesemuanya menyanjung konsep 1 Malaysia. Biarkan beliau perasan sedemikian, janji Pasukan Malaysia cemerlang malam tersebut. Syabas, Pasukan Kebangsaan Malaysia, Tahniah Rajagopal dan semua pemain./wfauzdin.blogspot.com |
| Fitnah Salahudin Ayub - Blogger Umno Mohon Maaf Posted: 31 Dec 2010 04:03 AM PST PAS bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Negara yang akan memantau laporan media baru yang tidak tepat. "Cuma PAS mengharapkan supaya pihak polis bertindak sama rata dan sama adil kepada semua yang terlibat, jika melaporkan berita fitnah," ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Tambahnya, jangan media baru yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat sahaja diambil tindakan. Menurutnya, ada satu laporan fitnah oleh blogger Umno terhadap Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang mengatakan beliau ada skandal dengan perempuan. Jelasnya, Salahudin telah bersemuka dengan pemfitnah itu di parlimen baru-baru ini ketika beliau menghadiri perjumpaan blogger Umno di parlimen. "Pemfitnah ini terus mengaku memang beliau yang memfitnah dan memohon maaf. "Inilah rupa manusia yang sanggup fitnah untuk mencari sesuap nasi walaupun dibayar dengan api neraka," ujarnya dalam satu kenyataan. Justeru, tegasnya PAS mengharapkan polis mesti bertindak secara profesional untuk memurnikan demokrasi. Katanya, kepentingan negara mesti didahulukan daripada kepentingan Umno BN. "Muliakan martabat polis yang sudah tercalar akibat terlalu ikut telunjuk pemimpin BN sebelum institusi ini dipandang hina," katanya. - hrkh Berkaitan - PANAS - Ini Dia Bukti Din Puduraya Balun Bini Orang |
| MAIS Yang Terlebih Sudu Dari Kuah Dan Meroyan Tak Bertempat. Posted: 31 Dec 2010 03:37 AM PST Tiada masalah dengan pakaian MP Serdang, kata ketua masjid Pengurusan Masjid Taman Cheras Jaya berpendapat pihaknya tidak melihat adanya sebarang masalah dengan pakaian Ahli Parlimen Serdang yang menyertai program senamrobik di pekarangan rumah ibadat itu meskipun pemimpin-pemimpin Umno menyifatkan tindakan itu telah mencemari kesucian Islam. "Kami tidak ada apa-apa masalah sama sekali dengan pakaian YB Teo," kata pengerusi jawatankuasa Masjid Taman Cheras Jaya Azman Idris kepada The Malaysian Insider hari ini. Dalam kenyataan yang dilihat menolak kritikan disiarkan akhbar Umno yang dibawa sejak semalam, Azman menjelaskan, menutup aurat terpakai kepada umat Islam sahaja. "Menutup aurat terpakai hanya kepada Muslim. Jadi, isu menutup aurat tidak terpakai kepada YB Yeo," kata beliau. Malah kata beliau, pihaknya hanya mengadakan aktiviti itu di tempat letak kereta, bukannya dalam masjid sebagaimana dijadikan isu semata-mata. "Saya tidak melihat ada apa-apa masalah dalam isu ini," tambah beliau sambil menjelaskan, sesetengah wanita Islam yang menghadiri karvinal Maal Hijrah pada 12 Disember lalu juga tidak menutup aurat. Program itu diadakan sempena karnival tersebut. "Ada yang mengenakan jeans yang ketat. Tetapi kami tiada masalah," katanya lagi. "Kami ada meletakkan papan tanda mengatakan sila menutup aurat. Tetapi, kami tidak menguatkuasakan kerana ia tanggungjawab individu terbabit. Kami hanya boleh menggalakkan (mereka berbuat demikian)," kata beliau. Dalam pada itu, laporan Bernama memetik Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Islam tidak melarang sebarang kegiatan termasuk senamrobik dilakukan dalam kawasan masjid asalkan kegiatan itu tidak bercanggah dengan syariat Islam. Menteri Besar Kelantan itu berkata, tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam. "Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalam rumah ibadat orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik," katanya. Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pula dikatakan mahu memanggil nazir Masjid Taman Cheras Jaya untuk menjelaskan kehadiran Teo dan menyertai senamrobik di pekarangan masjid itu. Timbalan Setiausaha Mais Abdul Halem Hapiz Salihin dipetik Utusan Malaysia berkata, pihaknya juga akan menyiasat mengapa tindakan wakil rakyat daripada DAP itu tidak ditegur oleh pihak pengurusan masjid. Laporan akhbar itu semalam mendakwa Teo masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, yang terletak di Balakong, dengan mengenakan pakaian ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid. Menurut Teo dalam blognya di www.wretch.cc/blog/teonieching, acara tersebut adalah program pertama Karnival Maal Hijrah anjuran masjid berkenaan. "Apabila saya mendapat jemputan daripada masjid, saya akan pergi," kata Teo. |
| Ketuanan India Cabar Ketuanan Melayu Posted: 31 Dec 2010 02:04 AM PST NGO ancam protes jika 'Interlok' terus jadi teks Sebuah pertubuhan India mengancam untuk mematahkan rancangan BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang sekiranya kerajaan tidak mengambil tindakan berhubung satu novel untuk pelajar SPM yang dipertikai. Buku karangan sasterawan negara Datuk Abdullah Hussain itu didakwa memberikan gambaran yang salah ke atas masyarakat Indian, terutama ke atas sistem kasta dan penggunaan istilah "pariah". Tidak puas hati dengan perkembangan itu, kumpulan berkenaan merancang untuk melancarkan satu protes di Putrajaya dan di Johor Bahru. Ia juga bercadang untuk meletakkan calon bebas dalam pilihan raya kecil DUN Tenang yang akan diadakan pada akhir bulan depan. Ketua penerangan Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) AP Raja Retinam berkata buku tersebut menentang semangat 1Malaysia dan perlu ditarik balik dari pasaran. Letak calon bebas di Tenang "Kerajaan dan Kementerian Pelajaran nampaknya tegas dalam mengekalkan buku itu sebagai sebahagian daripada buku teks sastera untuk Sijil Pelajaran Malaysia. "(PRIMA) kesa kerana buku itu memberikan gambaran tidak betul terhadap masyarakat India, terutama ke atas sistem kasta dan perkataan 'pariah' yang digunakan "Kita telah mengemukakan perkara ini dengan MIC di mana menteri (sumber manusia Datuk S Subramaniam berjanji untuk membangkitkan perkara ini di kabinet. "Bagaimanapun, jika kabinet dan menteri pelajara Tan Sri Muhyiddin Yassin bertegas untuk tidak menilai semula isu buku Interlok ini, kita akan turun ke jalan bulan depan. "Kita juga akan letak calon bebas di Tenang," katanya lagi. Retinam bersama presiden baru pertubuhan itu Dr V Suppiah tiba di pejabat Malaysiakini semalam untuk menyuarakan keresahan masyarakat India berhubung penggunaan buku itu sebagai teks pelajaran. Suppiah berkata, gambaran terhadap masyarakat India dalam buku itu tidak relevan dan BN tidak harus terlalu angkuh sehingga menenggelamkan suara komuniti itu. |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan