Khamis, 13 Januari 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Debat Anwar Najib Mesti Diteruskan

Posted: 13 Jan 2011 03:18 PM PST


KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Khamis sebulat suara bersetuju meneruskan cabaran debat terbuka Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengenai dasar 100 hari jika mereka menang pilihan raya umum akan datang.

Keputusan tersebut diputuskan majlis berkenaan yang bermesyuarat hari ini.
Anwar menegaskan beliau tidak akan menerima cabaran untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

"Khairy hanya cuba untuk menyelamatkan Perdana Menteri.
"Cabarannya adalah kepada Perdana Menteri dan tuduhan yang mengatakan Malaysia akan muflis sekiranya melaksanakan dasar 100 hari PR itu dibuat oleh Perdana Menteri. Kita hanya mahu respons Perdana Menteri," katanya selepas menghadiri mesyuarat bulanan majlis itu di sini pada Khamis.

Pagi tadi, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menghantar surat rasmi mempelawa Anwar berdebat dengannya berhubung dasar 100 hari Pakatan Rakyat memerintah.
Sementara itu, mengenai pilihan raya kecil Tenang, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub tidak menafikan seorang calon wanita tersenarai dalam senarai calon yang akan diputuskan oleh Majlis Syura.
"Kita ada tiga nama calon akhir termasuk seorang wanita," katanya yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS kawasan Tenang.
- mstar.com.my

-ijoks2009-
Saya sangat setuju dengan program debat macamni,dan ianya mesti diadakan secara terbuka,
adakan siaran langsung dlm tv.Biar rakyat dapat melihat sendiri sesuatu isu dalam kacamata pihak kerajaan dan pembangkang  agar dapat pencerahan sebenar,bukan hanya mendengar dari satu pihak sahaja.

satu lagi sepatutnya bukan hanya isu 100 hari,apa saja isu panas patut diadakan debat terbuka antara ketua Negara dengan ketua pembangkang,baru rakyat Malaysia menjadi lebih matang dalam menilai sesuatu isu bukan hanya dilalaikan dengan hiburan semata-mata dan menjadi yes man dalam isu-isu politik negara.

Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: