Ahad, 16 Januari 2011

™ kaasii peecaahhh laaa...®

™ kaasii peecaahhh laaa...®


Biodata Normala Sudirman calon PAS PRK N05 Tenang

Posted: 16 Jan 2011 11:07 AM PST

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman - Calon PR di N05 Tenang

Posted: 16 Jan 2011 10:47 AM PST


Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Belanja RM100,000 satu malam: Najib harus berani tegur LAKINYA- CheguBard

Posted: 16 Jan 2011 05:47 AM PST


Kuala Lumpur: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak diseru supaya menegur tabiat isteri kesayangannya, Datin Seri Rosmah Mansor yang boros dan gemar berbelanja besar.

Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin berkata, kerajaan pimpinan Najib kerap memberi alasan untuk memotong subsidi rakyat disebabkan kos pengurusan ekonomi negara meningkat setiap tahun. Dalam pada masa sama, katanya, Najib merayu rakyat agar mengubah cara hidup dan tidak boros berbelanja.

"Peliknya, Presiden Umno itu kekal membisu apabila pemborosan melibatkan isterinya Rosmah Mansur. Sebab itu, saya melihat Rosmah ini sudah menjadi beban utama kepada seluruh rakyat Malaysia. Najib perlu berani menegur isterinya," katanya kepada Keadilandaily.com.

Badrul berkata demikian mengulas pendedahan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali yang mendakwa Rosmah membelanjakan RM100,000 semalam untuk menginap di hotel Atlantis di Dubai.

Menurutnya lagi, bukti betapa rakyat Malaysia muak dengan perangai Rosmah tidak dapat dibendung apabila mereka menanyakan soalan bertalu-talu mengenai cara Rosmah ketika Perdana membuka segmen #TanyaNajib di laman Twitternya pada 11 Januari lalu.

"Hampir 90 peratus dari soalan yang ditanyakan rakyat dalam Twitter berkaitan perangai Rosmah. Sudah tiba Najib memberanikan diri menegur perangai isteri kesayangannya itu," ujarnya.

Turut dikemukakan oleh rakyat kepada Najib di lama sosial itu berkaitan peningkatan kos sara hidup di negara ini serta kematian tragis wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dikaitan dengan Presiden Umno itu.

Secara sinis, Badrul berkata cara hidup Rosmah yang boros berbelanja hanya boleh diubati sekiranya suaminya itu tidak lagi menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum akan datang.

"Sebab itu, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menilai secara adil kepimpinan Najib ini. Sejak beliau menjadi menteri sehinggalah bergelar PM, dasar Najib lebih kepada perbelanjaan bermewah-mewah tanpa mengambil kira kesengsaraan rakyat. Rakyat menderita tidak mengapa, yang penting Rosmah berbelanja mewah," katanya sinis.


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia'


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan: