Khamis, 6 Januari 2011

JEBAT_BERANI

JEBAT_BERANI


MINYAK NAIK BIKIN RAKYAT NAIK MINYAK : NAIKKAN HARGA MINYAK UNTUK BELA RAKYAT ATAU KORPORAT!!!

Posted: 05 Jan 2011 08:24 AM PST


KUALA LUMPUR, 5 Jan: Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak RON 97 sebanyak 10 sen bermula tengah malam tadi dilihat untuk membela korporat dengan membiarkan rakyat hidup semakin melarat.

Sehubungan itu, PAS merakamkan perasaan sedih yang menimpa kepada rakyat Malaysia kerana terpaksa membayar kos hidup yang mahal dengan kenaikan harga minyak RON 97 sebanyak sepuluh sen menjadikan sekarang harga RM2.40 sen seliter bermula tengah malam 4 Januari 2011.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, sebelum pilihan raya kecil (PRK) Galas, minyak RON 97 naik 15 sen, selepas BN menang pilihanraya kecil RON 95 pula naik 5 sen.

Katanya, senario yang sama juga akan berlaku sebelum dan selepas PRK Tenang pada 30 Januari 2011 jika BN menang.

Menurutnyas, menjadi kelaziman biasa, ketika minyak naik kerajaan memberi alasan untuk mengurangkan subsidi petrol untuk 27 juta rakyat sebanyak RM11 bilion, tetapi untuk penjana bebas (IPP) milik kroni tidak dikurangkan subsidi sebanyak RM19 bilion.

Rakyat Malaysia, ujarnya tidak dengar sepatah perkataan daripada pemimpin yang kononnya rakyat didahulukan akan menarik balik subsidi untuk IPP.

"Apa yang kita kedengaran ialah subsidi untuk rakyat ditarik setiap bulan dengan kenaikan harga minyak," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, kerajaan yang ada tidak pernah memikirkan penderitaan dan keperitan rakyat sehingga berkerut dahi membayar yuran sekolah anak di awal pengajian.

Baginya, belum sempat bernafas, datang pula berita kenaikan harga minyak RON 97.

"Layaklah singkatan BN, ialah barang naik, bila naik baru naik, berapa naik, banyak naik dan BN - Bala Nanti," ujarnya.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : LEPAS NAIK,NAIK LAGI,DAH NAIK,NAIK SEKALI LAGI...TAKPA-TAKPA....LEPAS NIE RAKYAT PULAK NAIK MINYAK..MASA TUE BARU TAHU TUNGGI RENDAH LANGIT....

BENG HOCK MATI BUNUH DIRI ATAU MATI DIBUNUH???!!!

Posted: 05 Jan 2011 07:56 AM PST



SHAH ALAM, 5 Jan: Pakatan Rakyat mendesak Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan segera bagi mendapatkan keadilan bagi pihak Teoh Beng Hock yang ditemui mati pada 16 Julai 2009.

Desakan ini ekoran Mahkamah Koroner hari ini tidak dapat memutuskan sama ada Beng Hock membunuh diri atau dibunuh.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Yaakob Sapari menganggap keputusan Koroner Azmil Muntapha Abas sebagai satu drama.

"Kita harap rakyat buka mata bahawa kematian pegawai khas kepada exco ini satu perkara serius.

"Kita menuntut supaya kes ini dibawa ke Suruhanjaya Diraja untuk kita meneliti kes ini. Siasatan awam dan keputusan hari ini satu drama sahaja," kata beliau yang juga Adun Kota Anggerik.

Adun Pandamaran, Ronie Liu pula berkata, Malaysia memerlukan mahkamah rakyat memandangkan mahkamah yang ada ketika ini tidak dapat membuat keputusan secara adil.

"Kita perlukan mahkamah rakyat dan mahkamah tuhan kerana mahkamah yang ada hari ini tidak dapat membantu lagi," katanya.

Sementara itu, bekas majikan Beng Hock, Ean Yong Hian Wah yang merupakan Adun Sri Kembangan melahirkan kesedihan di atas keputusan tersebut dan turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja.

"Saya berasa sedih dengan keputusan hari ini kerana koroner sudah mengesahkan beberapa bukti tapi katanya masih tidak cukup.

"Inilah masanya Perdana Menteri membuat kenyataan adakah beliau akan tubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk siasat kes ini sebab tidak ada satu jawapan yang konkrit," katanya.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang turut hadir mendengar keputusan hari ini pula berkata, adalah sesuatu yang sangat malang apabila persoalan selama 18 bulan siasatan tidak dapat dirungkai hari ini.

"AMK dan Pakatan Rakyat kesal kerana persoalan tidak terungkai dalam tempoh 18 bulan siasatan sedangkan kita ada pasukan peguam.

"Rakyat tak tahu siapa sebenarnya yang bertanggungjawab terhadap kematian ini dan keputusan ini tidak dapat memberikan keadilan kepada keluarga Beng Hock.

"Saya tegaskan sudah sampai masanya SPRM mengambil sikap yang lebih bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan siasatan terhadap mana-mana suspek dalam kes rasuah ini," katanya.

Pengerusi Persatuan Pegawai-pegawai Khas Wakil Rakyat Selangor, Abdul Razak Ismail pula mendakwa keputusan itu menggambarkan tidak ada perlindungan terhadap pegawai-pegawai khas exco yang disoal siasat atas dakwaan tertentu.

"Open verdict ini menunjukkan tidak ada perlindungan terhadap pegawai-pegawai khas Exco Pakatan Rakyat dan ini menidakkan hak kami.

"Tak mungkin Beng Hock mati begitu sahaja. Oleh itu beliau perlukan pembelaan yang sewajarnya," katanya.

Terdahulu, Koroner Azmil Muntapha Abas yang membacakan keputusan kes kematian Teoh Beng Hock hari ini tidak dapat memutuskan samaada mendiang dibunuh atau membunuh diri, justeru mengumumkan kes tersebut "open Verdict".

Keputusan terbuka itu bermaksud keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekodkan keputusan.

Berikutan itu, Azmil memutuskan kematian Teoh bukan kerana bunuh diri.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : ADUHAI..PENING BETUL KEPALA HAMBA MEMIKIRKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH KORONER YANG GAGAL MERUMUSKAN DENGAN JELAS DAN TEPAT PUNCA KEMATIAN BENG HOCK SAMAADA DIBUNUH ATAU MEMBUNUH DIRI....DAH BERMACAM BUKTI DIKEMUKAKAN..DAH BERKALI BEDAH SIASAT DILAKUKAN..DAH BERPULUH SAKSI DIPANGGIL...TAPI AKHIRNYA MAHKAMAH MEMBUTA KEPUTUSAN 'OPEN VERDICT'...MASUK AKAL KE??

ATAU ADA PIHAK YANG CUBA DILINDUNGI??APAKAH KEPUTUSAN MAHKAMAH KORONER INI TURUT DIPENGARUHI PIHAK TERTENTU YANG CUBA 'MENYELAMATKAN' PIHAK BERTANGGUNGJAWAB??KEBANYAKKAN MASYARAKAT TIDAK BOLEH MENERIMA KEPUTUSAN INI...IANYA TIDAK DAPAT MENJAWAB PERSOALAN SEBENAR AKAN KEMATIAN BENG HOCK.....

SEBALIKNYA KEPUTUSAN MAHKAMAH KORONER INI TELAH MEMBUATKAN RAKYAT BERASA SANGSI DENGAN SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA...PEMBELAAN DIATAS KEMATIAN BENG HOCK YANG DIHARAPKAN RAKYAT TIDAK KESAMPAIAN..DAN APA YANG LEBIH MERALATKAN IALAH MAHKAMAH GAGAL MENDAPATKAN SATU KEPUTUSAN SAMAADA BENG HOCK MATI DIBUNUH ATAU MATI MEMBUNUH DIRI....

RAIS NAFI ROGOL AMAH INDON....SEBENARNYA DIE YANG KENA ROGOL!!!

Posted: 05 Jan 2011 07:40 AM PST

(Deyyy..bukan aku rogol la...aku yang kena rogol adalah....hahaha)


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik."

"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan dakwaan salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek,
berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya.

Rais berkata, perkara berkenaan adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang.

Tambah ahli parlimen Jelebu itu, laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lalu susulan pendedahan blogger itu adalah bukti bahawa dakwaan tersebut bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan.

"Dakwaan pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil Wikileaks." katanya.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : BETUL KE TAK ROGOL...ATAU AWAK YANG KENAL ROGOL??...KALAU TAK BETUL NAPER TAK SAMAN??..ATAU TAKUT KALAU SAMAN NANTI MAKA BUKTI-BUKTI YANG AWAK ROGOL AMAH TUE AKAN TERDEDAH??...KAT MALAYSIA NIE SENANG JERK KALAU NAK TUNJUKKAN YANG KITA TAK BERSALAH...SAMAN JERK ORANG YANG DEDAH CERITA NIE MAKANYA ORANG PUN TAHU LA YANG KITA TAK BERSALAH....

TAPI KALAU NAK SAMAN PUN TAKUT MAKANYA SENDIRI MAU INGAT LA...DAH PASTI RAKYAT AKAN MENGATAKAN CERITA INI BENAR.....KATA ORANG KALAU TAKDE ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG....KALAU BENAR DIRI DIFITNAH BUKTIKAN PADA MASYARAKAT BAHAWA DIRI ITU BENAR-BENAR DIFITNAH...JANGAN MAIN CAKAP MULUT SAHAJA......HAHAHA MENGELABAH JUGA YE PAK MENTERI NIE...BARU DIE TAUUUU..JANGAN INGAT NAK SEDAP JERK..AKIBATNYA TAK BERANI NAK TANGGUNG...HAHAHAHAHAHAHA

KHUSRIN : ANGKAT SUMPAH HANYA SELEPAS SIDANG DUN TERGEMPAR

Posted: 05 Jan 2011 07:11 AM PST



Majlis angkat sumpah simpan rahsia Datuk Mohd Khusrin Munawi selaku Setiausaha Kerajaan Negeri hanya akan diadakan selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor selesai.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata surat memohon sidang itu diadakan telah dihantar kepada Speaker DUN Teng Chang Khim hari ini.

"Sidang itu bertujuan meminda undang-undang tubuh untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif negeri, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang, kepada Sultan dan Menteri Besar.

"Kita dapati enakmen yang ada sekarang tidak memberikan kuasa jelas kepada Tuanku Sultan dan seterusnya Menteri Besar dalam atur cara pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan juga Penasihat Undang-undang," katanya pada sidang media, di Shah Alam hari ini.

Pelantikan Mohd Khusrin diumum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada 27 Disember lepas dan berkuatkuasa pada 1 Jan lalu. Beliau dijadual mengangkat sumpah taat setiap kepada Sultan Selangor esok.

Bagaimanapun mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor hanya boleh mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Menteri Besar.

Mengulas lanjut mengenai cadangan pindaan itu, Abdul Khalid berkata pembentangan akan dibantu Penasihat Undang-undang Negeri Datin Paduka Zauyah Be T.Loth Khan, peguam Datuk Param Cumaraswamy dan pensyarah undang-undang Prof Datuk Abdul Aziz Bari.

Cadangan pindaan juga akan dipersembah kepada Sultan Selangor, katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan kerajaan negeri gagal mendapat majoriti dua pertiga bagi meluluskan pindaan itu, Abdul Khalid berkata: "Kita tunggu dan lihat."

DUN Selangor terdiri daripada 56 kerusi yang mana 14 daripadanya milik Parti Keadilan Rakyat, 13 diwakili DAP, lapan wakil PAS, seorang wakil Bebas dan 20 diwakili Barisan Nasional.

Pelantikan Mohd Khusrin menjadi isu kerana Abdul Khalid mendakwa pemilihan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu dibuat tanpa mendapatkan pandangan beliau selaku Menteri Besar.

Sumber : Bernama

JEBAT_BERANI : KALAU UM-NO/BE-END MERASAKAN MEREKA TELAH MENANG,IANYA TERLALU AWAL UNTUK MEREKA MERAIKAN KEMENANGAN TERSEBUT..INI KERANA TAN SRI KHALID IBRAHIM BUKAN MUDAH UNTUK MENYERAH KALAH BEGITU SAHAJA....KITA NANTIKAN 'KEJUTAN' DARI PAKATAN RAKYAT PULA BUAT PUAK-PUAK UM-NO/BE-END...

KHUSRIN : HIDUNG TAK MANCUNG...PIPI TERSORONG SORONG

Posted: 05 Jan 2011 05:42 AM PST

(Khusrin muka tak malu cuba 'menyeludup masuk' ke dalam pentadbiran Selangor)

KERAJAAN Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat, dengan jelas mengambil sikap menolak pelantikan Dato' Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Khusrin ditolak kerana, sejak menjadi Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, beliau memang sengaja mencari pasal untuk menyusahkan PAS, KeADILan dan DAP, dengan pelbagai alasan.

Alasan yang sering disebut-sebut beliau, khususnya dalam soal agama di Selangor, ialah inilah 'titah tuanku' (titah Sultan Selangor). Terlalu banyak larangan yang beliau nyatakan, sama ada secara kenyataan atau bertulis.

Sama ada betul atau tidak ianya titah Sultan, memang susah hendak disahkan. Sama ada ia rasional atau tidak, itu Khusrin tidak peduli asalkan 'hasrat beliau' tercapai.

Sebagai rekod untuk memudahkan pemahaman pembaca Khusrin sebelum ini adalah bekas Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar, Tan Sri Mohamad Mohd Taib.

Jika latar belakang sudah menjadi SU Sulit MB dari Umno, dan berdasarkan banyak tindakannya dalam Jais menindas PAS khususnya, bermakna, Khusrin adalah spesies Umno tegar.

Sebab itu Khusrin tidak peduli soal Kerajaan Pakatan Rakyat tidak menerimanya sebagai SUK, kerana tuannya adalah Kerajaan Pusat Umno-BN.

Justeru pelantikannya ke jawatan SUK, tidak dapat ditolak, ianya adalah bermotifkan, bertujuan politik untuk kepentingan Umno-BN.

Maka Pakatan Rakyat yang ditunjangi tiga parti PAS, KeADILan dan DAP, tidak ada pilihan lain. Mereka mesti bekerjasama sepenuhnya bagi menyekat balaci Umno ini dalam kerajaan.

Berdasarkan 'track record', Khusrin bukan sahaja menjadi alat, malah menjadi 'key player' Umno-BN untuk merosakkan imej Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat.

Soal beliau lompat jawatan dari gred Jusa C, terus naik ke Jusa A dengan mengetepikan penjawat gred Jusa B, biar pegawai kerajaan sendiri menilai ketidakadilan yang dilakukan.

Jelas, kenaikan pangkat secara mendadak Khusrin, dibuat semata-mata untuk kepentingan politik Umno-BN.

Amalan ini bukan baru, dalam soal institusi kehakiman misalnya, banyak hakim-hakim junior dinaiktaraf secara mendadak, akibat kedangkalan politik pemimpin Umno-BN.

Justeru, dalam soal Khusrin ini, biarpun beratus kali beliau menafikan menjadi alat Umno-BN, tetapi jelas pada tindakannya semasa menjadi Pengarah Jais, semuanya dibuat mengikut kehendak politik Umno.

Namun, beberapa persoalan besar sudah terungkai selepas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadap Sultan Selangor.

Di mana Sultan dilaporkan bertitah, bahawa baginda tidak ada kuasa menerima atau menolak pelantikan seseorang ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, kerana kuasa baginda sudah dicabut dalam pindaan Perlembagaan 1993.

Seolah-olahnya ia berbentuk keluhan Sultan, betapa di dalam negeri di bawah naungannya, kuasa baginda terbatas. Keterbatasan itu wujud, akibat kerakusan pemimpin Umno-BN juga.

Oleh itu kenyataan awal Dato' Munir Bani sebelum ini, bahawa Sultan sudah memperkenankan pelantikan Khusrin, ternyata tidak berasas sama sekali.

Ianya mengundang persepsi dan menguatkan hujah bahawa, wujudnya tangan-tangan ghaib dalang Umno-BN, yang membuat onar, semata-mata untuk mensabotaj Pakatan Rakyat.

Persoalan besar yang tercetus berikutan pertemuan MB dengan Sultan ialah, hari ini rakyat Selangor baru tahu, betapa rakusnya ketamakan kuasa Umno-BN, sehingga habis kuasa Sultan dicabut.

Sehingga dalam isu pelantikan SUK ini, berdasarkan pindaan Perlembagaan 1993, bermakna Sultan harus menerima siapa sahaja yang dilantik. Dalam ertikata lain, Sultan terpaksa akur dengan telunjuk Umno.

Hebatnya kuasa Umno sehingga mengatasi kuasa Sultan! Ini baru dalam satu perkara, entah berapa banyak lagi yang rakyat tidak ketahui, betapa besarnya kuasa Umno-BN.

Rakyat sebenarnya tidak sedar, dengan Pindaan Perlembagaan 1993, kuasa sebenar, ada kepada Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Besar.

Terma yang digunakan dari sudut perundangan agak lunak. Iaitu, Yang di-Pertuan Agong atau Sultan hendaklah bertindak 'di atas nasihat' PM atau MB. Walhal, hakikat sebenarnya dari sudut Perlembagaan, sama ada Yang di-Pertuan Agong atau Sultan berkenaan atau tidak, ianya tetap akan menjadi peraturan dan ketetapan.

Semua ini berlaku kerana kehendak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Presiden Umno ketika itu, melalui ketetapan Perhimpunan Agung Umno tahun 1993, seterusnya dibawa ke Parlimen.

Oleh kerana itu tiada sebab orang-orang Umno hendak 'memekik melolong' dengan pekikan 'Daulat Tuanku', sedangkan pemimpin mereka, parti mereka yang mereka sokong, mencabut habis kekebalan Raja-Raja Melayu.

Tiada sebab untuk media talibarut Umno-BN untuk menuduh pemimpin Pakatan Rakyat tidak menghormati Raja, sedangkan mereka juga yang 'menelanjangkan kehormatan' Raja-Raja Melayu.

Tidak ada sebab juga pada waktu ini, Umno dan media talibarut, memberikan sepenuh sokongan kepada Khusrin, kononnya mendapat perkenan Raja, kononnya begitu marah terhadap golongan yang tidak menghormati Raja.

Malah mereka sering memainkan agenda ketuanan Melayu, agenda kedaulatan Raja, juga mereka kononnya parti yang mendaulatkan agama Islam di Malaysia.

Umno-BN merosakkan ketuanan Melayu dengan pelbagai dasar rasuah, kronisme dan nepotisme selama lebih 50 tahun, sehingga bilangan kependudukan Melayu menyusut, membiarkan ramai Melayu miskin. Kini mahu mendakwa mereka juara mempertahan hak istimewa Melayu?

Mereka sebenarnya yang 'menelanjangkan' kuasa Raja-Raja Melayu, kini cuba bermain wayang bahawa merekalah 'hulubalang' yang mempertahankan Raja.

Umno-BN sebenarnya yang menghalang perkembangan Islam dalam negara, menempelak dan menghina peraturan Islam di Kelantan dan Terengganu (semasa PAS memerintah), mempergunakan orang seperti Khusrin untuk menyekat pemimpin PAS menyampaikan kuliah di surau dan masjid. Kini mereka hendak mendakwa mereka mempertahankan kesucian Islam?

Si bodoh mana hendak percaya lawak semacam ini? Si bodoh mana yang hendak mempercayai kesucian dan keikhlasan pemimpin Umno dalam soal masa depan orang Melayu, soal kedaulatan Raja dan pemartaban agama Islam?

Ingat pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, jika semua keikhlasan ini wujud dalam hati pemimpin Umno, sudah lama PAS dibubar, tidak perlu wujud PAS.

Berbalik kepada soal krisis di Selangor. Pakatan Rakyat mahu Umno-BN berkompromi dalam isu pelantikan SUK. Jangan lantik Khusrin, biar satu panel pemilihan dibuat secara bebas. Tetapi nampaknya Umno-BN berkeras.

Oleh kerana itu Pakatan Rakyat tiada pilihan lain selain meminda Perlembagaan Negeri. Usaha Pakatan Rakyat untuk memanggil sidang khas untuk mengembalikan kuasa pelantikan SUK kepada Sultan dan MB harus disokong semua rakyat.

Pindaan tersebut sudah tentunya akan memerlukan sokongan dua pertiga dari anggota Dewan Undangan Negeri Selangor.

Oleh kerana Pakatan Rakyat tidak mempunyai dua pertiga daripada 56 kerusi Dun Selangor, maka usaha pindaan ini harus mendapat sokongan Adun Umno-BN jika hendak diluluskan.

Maka sekarang ini, rakyat Selangor ternanti-nanti, apakah Adun Umno-BN akan menyokong usaha mengembalikan kuasa Sultan Selangor.

Dalam hal ini Umno-BN Selangor sendiri yang akan tersepit, jika mereka menentang pindaan, bermakna mereka menghina Sultan, jika mereka menyokong, ia bertentangan dengan kehendak Umno-BN Pusat.

Jelas, keengganan Umno-BN menghormati kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim, mempertahankan Khusrin dan keengganan mereka berkompromi, merupakan suatu 'back-fire' kepada mereka.

Jangan sesiapa pedulikan Khusrin di pejabat SUK, dia memang jenis 'muka tebal'. Biar dia macam 'cacing kepanasan', biar dia macam 'kupang tembaga', biarpun dia terus tersengih macam 'kerang busuk', Khusrin tidak harus ada tempat dalam kerajaan negeri.

Sumber : Mohd Rashidi Hassan rashidi@harakahdaily.net

JEBAT_BERANI : JELAS SEKALI DALAM MEMENUHI KEHENDAK DAN KEPENTINGAN POLITIK MEREKA,UM-NO/BE-END SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA SAHAJA..TINDAKAN MELANTIK KHUSRIN INI SANGAT JELAS BERMOTIFKAN POLITIK..

TETAPI MEREKA SEBALIKNYA MENUDUH KERAJAAN SELANGOR PIMPINAN TAN SRI KHALID IBRAHIM PULA YANG TERLEBIH BERPOLITIK DALAM ISU PELANTIKAN KHUSRIN INI...TETAPI RAKYAT SELANGOR BUKANNYA BODOH HINGGA TIDAK MAMPU MENILAI SIAPAKAH SEBENARNYA YANG TERLEBIH 'BERPOLITIK'...

KITA SEMUA SEDIA MAKLUM BAHAWA UM-NO BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MERAMPAS SEMULA SELANGOR DARI PAKATAN RAKYAT..KEHILANGAN SELANGOR KEPADA PAKATAN RAKYAT PADA PILIHANRAYA UMUM KE 12 BENAR-BENAR MEMBERI TAMPARAN KEPADA UM-NO/BE-END...

OLEH YANG DEMIKIAN MEREKA BERUSAHA UNTUK MERAMPAS SEMULA SELANGOR DENGAN APA CARA SEKALIPUN..TAK CUKUP DENGAN PELBAGAI TOMAHAN YANG DILEMPARKAN TERHADAP KEPIMPINAN TAN SRI KHALID IBRAHIM MEREKA CUBA PULA 'MENYELUDUP' MASUK KHUSRIN DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN SELANGOR...

DAN KHUSRIN YANG 'TAK TAHU MALU' INI SANGGUP MENEBALKAN MUKA WALAUPUN MENYEDARI DIRINYA TAK DITERIMA DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN SELANGOR DEMI MEREALISASIKAN MATLAMAT 'BOS' BELIAU...APAKAH YANG DILAKUKAN OLEH KHUSRIN INI BERBALOI??HANYA DIE YANG TAHU...

Tiada ulasan: