Khamis, 6 Januari 2011

.

.


Ala Dondang

Posted: 06 Jan 2011 01:49 AM PST

Versi Tambahan
Pertemuan Pemimpin Pas Dengan Agong

YANG berlaku sudah pun berlaku. Yang bersalah sudah pun mengaku. Yang menuduh sudah pun mendapat jawaban yang benar. Yang mengagak sudah pun jelas. Yang siap untuk meneruskan fitnah masih meneruskan hajat. Yang berkenaan juga sudah merasakan semuanya beres, walaupun masih menggeletar.

Yang manulis akan terus menulis dan menganalisa.

Tokguru Nik Aziz telah pun membuat penjelasan seperti mana yang sudah difahami. Tetapi ada pihak lain yang belum berbuat demikian. Presiden Pas, Abdul Hadi Awang tidak membuat apa-apa penjelasan kerana beliau tidak dilihat hadir pada pertemuan berkenaan.

Saya sendiri membuat congakan agak silap, mengira beliau hadir atau tidak. Alasannya kerana dalam period berlakunya pertemuan itu beliau diberitakan berada di luar negara. Tambah kekeliruan bila mana ada mengatakan (menegaskan) beliau hadir, sedangkan pada masa itu beliau dikatakan berada di London.

Yang pastinya timbalannya tidak hadir dan tidak diberi maklum mengenai hal itu. Nasharudin Mat Isa mengetahuinya dari laporan luar, bukan dari sumber parti atau sumnber presiden. Begitu juga dengan Setiausaha Agong, Mustapa Ali kabur sama sekali dengan peristiwa tersebut.

Kalau pertemuan itu amat rahsia, maka kali ini Pas berjaya menyembunyikan pertemuan itu daripada pemimpin atasannya. Kalau Setiausaha Agong tidak tahu, apalah lagi dengan Naib-naib Presiden, makin tidak tahu.

Hari ini saya mendapat maklumat mengatakan dalam pertemuan eksklusif itu turut sama dihadiri Abdul Hadi. Kenyataan akhabr Nik Aziz menjelaskan perkara itu juga membayangkan yang Abdul Hadi ada sama. Tetapi ia menjadi misteri bila mana Abdul Hadi yang hadir bersama Mustapa Ali pada sidang akhbar itu tidak menjelaskan situasi sebenar, hanya mendiamkan diri dan tersenyum dalam diam.

Memang Abdul Hadi berhak untuk tidak menjelaskan aa-apa mengenai hal itu. Apa lagi isi butiran pertemuan berkenaan. Percakapan dengan Najib atau pun Muhyiddin beliau boleh tutup serapatnya. Tetapi beliau perlu dan kena jelaskan bahawa beliau juga hadir. Penjelasan ini bagi mengelakkan yang pertemuan itu satu lawan dua, maksud satu Pas dua Umno.

Kalau beliau tidak menjelaskan yang beliau hadir beliau akan berdosa dengan keadaan!

Tetapi di sini saya nak tegaskan bahawa tidak benar kalau mengatakan Abdul Hadi yang menjadi mediator membawa Nik Aziz ke istana Terangganu. Beliau tidak berkeupayaan dan tidak berani berbuat demikian. Ada pihak lain yang mengaturnya, selain Abdullah Badawi.

Macam mana Abdul Hadi boleh berada sama sedang beliau berada di luar negara? Memang ketika itu Abdul Hadi berada di luar negara, (London). Tetapi beliau dihubungi oleh Nik Aziz memberi tahu yang Agong berhajat untuk berjumpa mereka. Ketika ini Abdul Hadi bergegas pulang dari Syaria. Katanya selepas perjumpaan itu beliau berangkat semula ke luar negara. Di sini boleh difahami yang bawa (maklum) Abdl Hadi ialah Nik Aziz.

Jika ini benar (saya yakin benar) pertemuan yang berlangsung pada malam 24 Dismber itu sangatlah mahal harganya, terutamanya bagi Abdul Hadi. Beliau boleh pulang dari luar negara dan pergi semula ke luar negara semata-mata demi pertemuan itu.

Persoalannya kenapa setelah pulang beliau berangkat semula ke luar negara? Apakah beliau ingin mengelirukan pemerhati politik dan juga bloger yang lapar untuk meratahnya? Rasanya tindakan rajin dan tabah Abdul Hadi ini akan menyebabkan tersimpul persoalan. Menyebabkan tanggapan mengatakan dia cuba melindungi pertemuan itu benar.

Dalam tempoh terdekat Abdul Hadi kena jelaskan walaupun isunya sudah tidak ada. Persoalan dan kekeliruan mesti dihuraikan. Jika beliau tidak berbuat demikian, mungkin dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas minggu depan beliau akan ditanya bertubi-tubi. Apa lagi kalau dalam mesyuarat itu Mursyidul Am Pas tidak hadir, ini menjadikan Abdul Hadi akan berpeluh menghadapi persoalan itu. Biasanya kalau Nik Aziz hadir tidak ramai yang akan cuba kobek (bukan) benda yang hendak ditutupi.

Ahli jawatankuasa seperti, Hanifah Maidin, Kamaruddin Jaafar, atau Zulkefli Ahmad, Dr Hatta Ramli pasti akan bertanya hal ini. Bagaimana Abdul Hadi tidak perlu takut. Beliau boleh menjawab dengan mudah. Beliau boleh helah dengan mengatakan pertemuan itu bersifat peribadi. Atau Abdul Hadi boleh pulangkan paku buah keras mengatakan, pertemuan seperti itu juga berlaku dan dilakukan oleh para pemimpin tertinggi Pas lain. Misalnya pertemuan secara diam dengan Anwar Ibrahim tanpa pengetahuan presiden dan timbalan presiden?

Mustapa Ali yang terkenal sebagai pelindung dan pemberi idea ketika Presiden berdepan dengan media massa rakyat tidak larat untuk menjawabnya. Beliau akan lepaskan sendirian kepada Abdul Hadi. Sebab apa, sebab beliau juga cukup terkilan atas apa yang berlaku kerana beliau tidak dimaklumkan terlebih dahulu. Kealpaan itu menyebabkan Mustapa dan orang lain merasakan Mustapa tidak penting lagi dalam Pas?

Kepada Abdul Hadi diucapkan selamat menjawab dan jangan sampai mendedahkan apakah persetujuan yang dicapai dalam pertemuan yang boleh dikenali Pertemuan di Raja menjelang Krismas itu. [wm.kl.6:00 pm 06/01/11]

Susupan Pagi

Posted: 05 Jan 2011 07:11 PM PST

Kenapa Takut Bila Nik Aziz Jumpa Najib?

BILA Siasah keluaran minggi lepas Bil: 246 melaporkan ada pertemuan berlaku di antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak berserta timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, ramai yang terkejut.

Mulanya ada yang menganggap ia hanya gimik politik Siasah saja untuk menonjolkan semula namanya selepas beberapa minggu tidak keluar. Tidak kurang juga yang terus jadi nanar dan sasar memikirkan peristiwa berkenaan kerana menyakini laporan Siasah itu adalah benar dan sahih.

Laporan Siasah itu terus menjadi teka teki kerana sebelum ini tidak ada riak risik pun mengenai pertemuan itu. Tidak ada mana-mana blog atau portal berita yang menghidu kejadian itu melainkan blog, Merah Tinta yang juga berkebetulan pemiliknya adalah Ketua Pengarang Siasah.

Baca laporan lanjur mengenai hal ini dalam Siasah terbaru. [ttdi kl 11:20 am 06/01/11]

Susupan Malam

Posted: 05 Jan 2011 03:58 AM PST

Rais Pening Kepala,
Jangan Rasmikan Fitnah Di Internet

DAPAT dirasakan betapa panas dan berasapnya kepala Rais Yatim sehari dua ini. Semuanya kerana laporan dalam internet kononnya beliau telah merogol amah. MasyAllah! Walaupun ia bohong dan fintah tetapi ia tetap memanaskan kepala Rais dan juga isterinya Masnah.

Mulanya Menteri jaga tv, radio dan budaya itu cuba hendak ambil sikap mendiamkan diri saja. Tetapi tidak menjadi. Makin menyepi makin menjadi. Jadi akhirnya walaupun sebu terpaksa jnuga muncul membuat penafian.

Katanya tuduhan itu fitnah, jahat dan kejam bertujuan untuk mejantuhkannya. Ada juga orang nak jatuhkan Rais?

Secara peribadi saya tidak percaya dengan apa yang didedahkan itu. Saya meragui badan yang membuat penyelidikan dan interviu dengan mangsa. Ia tidak disertakan dengan bukti dan fakta jelas, hanya menampil seorang perempuan yang dikatakan menjadi mangsa. Mangsa itu boleh diragui. Tuduhan ke atas Rais nhanya ilusi semata-mata.

Saya tidak percaya kes ini samalah dengan dakwaan ke atas kes-kes lain termasuk ke Adun Selising, Saipul Baharin dikatakan berzina atas keretapi dan juga tuduhan liwat ke atas Anwar.
Kemelampauan pendedahannya menjadikan kebenaran tuduhan itu boleh dipertikaikan.

Seperti mana kes ke membabitkan Anwar dan Adun Selising ada motif dan konspirasi maka begitu jugalah apa yang dikatakan kepada Rais itu. Ia adalaha konspirasi untuk memburukkannya. Dalam kes Anwar atau Saipul dan kes-kes lain memang ia dirancang demikian rupa.

Rasa hilang kepercayaan dan confisu ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Jangan mendedahkan sesuatu secara melampau kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti apa yang didedahkan itu. Pendedahan juga sepatutnya berhemah agar ia tidak nampak emosi dan bohong kering.

Mungkin selepas ini ada macam-macam pendedahan dalam internet yang sukar untuk dipercayai. Tetapi kerana ianya sudah jadi semacam habit bloger dan juga kospirator yang menari idea bagaimana hendak menggunakan IT ia akan terus digunakan. Sedikit masa lagi ionternet akan menjadi ruang pembohongan terbesar di dunia ini.

Dalam kes Rais itu mudah saja kalau ia benar. Mangsa perlu tampil buat laporan polis sama ada di Malaysia atau di Indonesia. Apakah ada laporan polis dari mangsa? Kalau pihak lain yang buat itu satu usaha bagi memburukkan menteri berkenaan saja.

Kalau mangsa hanya 0buat pengakuan kepada sebuah badan NGO sukar untuk dipercayai. Apa lagi orang sudah tahu, apa, siapa dan untuk siapa NGO berkenaan berkerja. Pemhobong dalam kes Rais ini NGO berkenaan perlu bertanggungjawab.

Janganlah cuba merasmikan pembohongan menerusi internet. [wm.kl.8:00 pm 05/01/11]

Tiada ulasan: