Ahad, 23 Januari 2011

GoMalaysian

GoMalaysian


(LIVE) Sidang Khas DUN Selangor : Kembalikan Kuasa Perlantikan Kepada Sultan Dan MB Selangor

Posted: 23 Jan 2011 05:45 PM PST



Sidang Khas DUN Selangor pada 24 Januari akan membincangkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.


Mesyuarat Dewan Negeri Selangor 24 Januari 2011

Menurut Peraturan 10(3), Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor

Tarikh : 24 Januari 2010 (Isnin)

Masa : 10 pagi



Berita Berkaitan:

Harakahdaily

SUK: Sidang khas Dun Selangor 24 Jan

SHAH ALAM, 11 Jan: Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor akan bersidang pada 24 Januari ini untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Dalam kenyataan pejabat speaker Dun Selangor hari ini, Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan setiausaha DUN supaya memaklumkan perkara itu kepada semua Adun Selangor.

Sidang tersebut diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Menurut kenyataan itu yang dilapor Malaysiakini, speaker memanggil mesyuarat tersebut selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh Dun ditangguhkan.

"Urusan perkara mesyuarat dan kertas-kertas mesyuarat berkenaan akan diedarkan kepada Ahli Dewan kemudian selepas ianya ditetapkan oleh menteri besar," tambah kenyataan itu.

Semalam, Khalid dilaporkan berkata, kerajaan negeri sudah melantik pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Datuk Abdul Aziz Bari, dan peguam Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Ia membabitkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.

http://www.harakahdaily.net/

(LIVE) Sidang Khas DUN Selangor Esok (24 Januari 2011)

Posted: 23 Jan 2011 06:44 AM PST


Sidang Khas DUN Selangor pada 24 Januari akan membincangkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.


Mesyuarat Dewan Negeri Selangor 24 Januari 2011

Menurut Peraturan 10(3), Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor

Tarikh : 24 Januari 2010 (Isnin)

Masa : 10 pagi

Siaran Langsung di www.tvselangor.com dan Portal Multimedia (Pengguna Rangkaian SUK) atau GoMalaysian.Blogspot.Com


Siapa derhaka?

Esok jom kita tengok sidang khas DUN Selangor yang akan membincangkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.

GoMalaysian.Blogspot.Com juga akan menyediakan siaran langsung dari DUN Selangor seperti yang tertera di sebelah kanan blog.

Sebarkan berita ini...

Sekian Terima Kasih


Berita Berkaitan:

Harakahdaily

SUK: Sidang khas Dun Selangor 24 Jan

SHAH ALAM, 11 Jan: Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor akan bersidang pada 24 Januari ini untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Dalam kenyataan pejabat speaker Dun Selangor hari ini, Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan setiausaha DUN supaya memaklumkan perkara itu kepada semua Adun Selangor.

Sidang tersebut diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Menurut kenyataan itu yang dilapor Malaysiakini, speaker memanggil mesyuarat tersebut selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh Dun ditangguhkan.

"Urusan perkara mesyuarat dan kertas-kertas mesyuarat berkenaan akan diedarkan kepada Ahli Dewan kemudian selepas ianya ditetapkan oleh menteri besar," tambah kenyataan itu.

Semalam, Khalid dilaporkan berkata, kerajaan negeri sudah melantik pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Datuk Abdul Aziz Bari, dan peguam Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Ia membabitkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.

http://www.harakahdaily.net/

Lagi Projek Mega Di Pulau Langkawi

Posted: 23 Jan 2011 12:10 AM PST


Kerajaan sentiasa berkata subsidi akan menyebabkan Malaysia mengalami muflis, tetapi bagaimana pula dengan projek-projek mega yang dilancarkan oleh kerajaan?



Bernama

Menara setinggi 135m bakal jadi mercu tanda baru Langkawi

LANGKAWI, 22 Jan — Sebuah menara setinggi 135 meter dengan dua ciri istimewa, iaitu menara peninjau dan sebuah restoran, yang dianggar menelan kos lebih RM10 juta akan dibina sebagai mercu tanda baru pulau peranginan ini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau yakin pembinaan menara yang dirancang sejak lebih 20 tahun itu bakal menjadi tarikan baru pelancongan.

"Saya diberi penghormatan menamakan menara itu, tapi belum dapat nama yang sesuai sehingga kini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pecah tanah di tapak pembinaan menara itu di Pantai Kuah hari ini.

Beliau berkata menara itu akan membolehkan lebih 50 pengunjung berada di tingkat atas pada satu-satu masa, dan pelancong dapat melihat pemandangan indah di sekelilingnya, termasuk ketika matahari terbenam.

Selain itu, pengunjung boleh menikmati makanan di sebuah restoran yang akan ditempatkan di menara tersebut.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri menyokong pembinaan menara tersebut.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

"Kita memberi kemudahan kepada syarikat yang hendak membangunkan menara itu," katanya ketika ditemui pada majlis pecah tanah itu.

Pengerusi Eksekutif Syarikat Blackrock Datuk Abu Hassan Mohamed sebagai pemaju projek itu berkata, tanah seluas 11.33 hektar di pesisir pantai berhampiran Kuah akan ditebus guna pada bulan depan.

Beliau berkata projek pembinaan menara itu akan bermula Mac ini dan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.

Katanya, sebuah pusat sehenti pelancongan dan gerai makanan yang menghidangkan juadah tempatan akan turut dibina di kawasan menara sebagai tarikan.

Selain itu, kawasan nelayan di situ akan dibangunkan untuk manfaat bersama.

(Video) Ceramah Anwar Ibrahim Di DUN Tenang

Posted: 22 Jan 2011 07:40 PM PST



Ceramah Anwar Ibrahim di Pilihan Raya Kecil Tenang mengenai isu APCO dan sebagainya.


[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Tiada ulasan: