Selasa, 25 Januari 2011

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


PAS ungkit masa silam calon BN

Posted: 25 Jan 2011 09:08 AM PST

"PAS hari ini mendakwa bahawa kecuaian calon BN Mohd Azahar Ibrahim ketika menjadi penolong pegawai daerah Segamat, telah mengakibat tanah seorang penduduk dilelong tanpa pengetahuannya.

Dakwaan tersebut dibuat oleh naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam satu sidang akhbar di Tenang hari ini."

"Bagaimanapun, kata Salahuddin, pada tahun 2008, Mahkamah Tinggi Muar membuat keputusan yang memihak kepada Mansor di mana beliau menamakan pejabat tanah daerah Segamat sebagai defenden.

Beliau mendakwa, kecuaian Azhar itu telah mengakibat nama baik pejabat pentadbir tanah Segamat terjejas dengan teruk."

Dipetik dari sini.

Masuk Tandas bermotif ...? Maaf, gambar tak senonoh ...?

Posted: 24 Jan 2011 06:22 PM PST

Masuk Tandas bermotif ...?
Nak kencing atau nak berak laa ...?
Mana ada masuk tandas bermotif nak solat ...?
Kah, kah kaahhh ... woi ... umno bee ended ...?

Di sini.

Umno derhaka: Dulu, kini dan selamanya

Posted: 24 Jan 2011 05:00 PM PST

"AMPANG, 25 Jan: Seluruh rakyat negeri Selangor dan Malaysia semalam telah menyaksikan satu lagi sejarah penderhakaan pemimpin Umno BN, kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Tambahnya, tindakan Adun Umno BN yang menolak usul pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi tujuan mengembalikan kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah cukup melayakkan syarat buat mereka untuk bergelar "Umno Penderhaka Sejati, Dulu, Kini dan Selamanya".

"Selama ini Umno mengaku kononnya merekalah Juara Melayu, tetapi bila mana usul pindaan mahu mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu, terutama Yang Mulia Raja Selangor dibentangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, mereka menolak mentah-mentah pula," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau yang juga Keua Wanita PKR berkata, insiden semalam juga akan menjadi satu lagi 'trade-mark' kegagalan agenda Ketuanan Melayu Umno, selepas tragedi penarikan kuasa Raja-raja Melayu 1993.

"Dakwaan bahawa Umno parti pemusnah dan penindas bangsa Melayu kini tidak lagi diragui dan sudah terbukti benar," katanya."

Sepenuhnya di sini.

Tiada ulasan: