BRIGED MP SEGAMBUT |
- UMNO LABIS DALAM DILEMA!!!?
- MUSTAFA KAMIL AYOB AKAN KEMBALI IKUT MUHYIDDIN?
- CALON UMNO DITENANG:SILAP TADBIR RAKYAT SUSAH..BAGAIMANA MAHU JADI ADUN?
- LASKAR PKR DAN DAP DICULIK DI TENANG:DAHSYAT
- PECAH DAN PERINTAH:AGAMA DAN KAUM ADALAH DOKTRIN UMNO UNTUK BERKUASA?
- OTAK LUTUT UMNO UNTUK PAKATAN RAKYAT
- KEDAH DAN SELANGOR AKAN TUMBANG PADA UMNO!!!
- PAKATAN RAKYAT BANYAK BERCAKAP!!1
- ADU DAN DOMBA CARA UMNO KEKAL KUASA?
- KINI UMNO GUSAR DENGA PKR PAS DAN DAP
- AGAMA DAN PERKAUMAN:UMNO TERPAKSA JUAL DEMI KUASA?
- WAJAH WAJAH PERDURHAKA SULTAN SELANGOR?
- ANDA BLOGGER? AWAS..ANDA DALAM PERHATIAN
- UMNO RAMPAS KUASA SULTAN?
- dap DAN PKR JAWAB SALAM CHUA SOI LEK PORNO
- UMNO DAN BUKTI PENYELEWENGAN MEREKA:LIHAT BERGAMBAR
- HARUSSANI CAMPAK UMNO KELONGKANG?
| Posted: 25 Jan 2011 09:23 AM PST Hari yang cerah untuk bekerja. Sosok Normala Sudirman atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala kelihatan bersalaman dan beramah mesra menyantuni para pengundi diiringi beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat. Ibu kepada tiga orang anak ini mengambil langkah berani dengan melepaskan jawatan guru yang telah disandangnya sejak 12 tahun lalu, dan menjadi calon PAS untuk pilihanraya kecil DUN Tenang. Tempoh hari kempen yang pendek tidak membantutkan hasrat pendidik ini untuk bertemu seramai mungkin pengundi di kawasan DUN Tenang sejak hari penamaan calon 22 Januari baru-baru ini. Dilema Mohd Azhar Ibrahim dan Bebal UMNO Labis Pilihan raya kecil ini laluan berduri untuk BN. Calon BN DUN Tenang ini pernah kalah dengan teruk dalam pemilihan UMNO Bahagian Labis. Penulis melihat Mohd Azhar Ibrahim menghadapi dua dilema terbesar. Pertama adalah sokongan generasi kedua dan ketiga FELDA yang dilihat berpihak kepada Pakatan Rakyat. Dilema kedua adalah protes senyap UMNO Labis sendiri. Bayangkan bagaimana seseorang yang tiada jawatan dalam UMNO Labis menjadi calon! Perkara ini amat janggal dan menjadi "pantang tok nenek" dalam tradisi pemilihan calon dalam UMNO. |
| MUSTAFA KAMIL AYOB AKAN KEMBALI IKUT MUHYIDDIN? Posted: 25 Jan 2011 06:36 AM PST Bekas naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub hari ini mengesahkan bahawa beliau menerima satu surat tunjuk sebab daripada parti itu, dipercayai berkaitan tindakannya mempertikaikan proses pemilihan parti. Ketika dihubungi, Mustaffa berkata beliau bagaimanapun masih belum memutuskan sama ada akan menjawab surat yang ditandatangani setiausaha agung parti itu, Saifuddin Nasution. Beliau memberi alasan, tempoh selama sepuluh hari yang ditetapkan dalam surat tarikh bertarikh 13 Januari itu telahpun berakhir.Sedangkan, beliau hanya menerima surat berdaftar itu di rumahnya di Kota Damansara semalam, katanya lagi. "Saya sedang pertimbang apa langkah yang saya patut buat sebab tempoh dah tamat. Saya belum buat keputusan sama ada untuk jawab atau tidak," katanya lagi. Ketika ditanya, Mustaffa bagaimanapun enggan menjelaskan butiran lanjut dalam surat yang salinannya turut dihantar kepada ketua umum, presiden, dan naib presiden parti. "Tak tahulah saya, tapi nampak macam bersungguh-sungguh sangat (kandungan surat itu). "(Kandungan surat) itu saya tak mahu sebutlah. Tapi saya agak ada kaitan dengan proses pemilihan parti," kata bekas calon timbalan presiden itu lagi. Mustaffa merupakan pemimpin PKR kedua yang dikenakan tindakan disiplin selepas N Gobalakrishnan, calon naib presiden yang turut tewas dalam perebutan jawatan naib presiden.Gobalakrishnan dalam tulisannya berkata Anwar mahu "menamatkan" Mustaffa dengan melantik bekas pengerusi PKR Perak itu ke jawatan ahli biro politik dan juga ke jawatan ketua biro latihan. Mustaffa sebelum ini telah menimbulkan isu berhubung kedudukan jawatankuasa pemilihan parti (JPP) itu dalam menjalankan pemilihan berkenaan. Beliau antara lainnya berkata, pemisahan tanggungjawab antara badan itu dengan sekretariat parti masih tidak jelas memandangkan masih terdapat persepsi bahawa JPP tiada kuasa autonomi. Dalam satu sidang media pada 12 November lalu, Mustaffa memberi contoh tindakan beberapa ahli JPP yang kelihatan memakai lencana beberapa calon yang bertanding ketika menjalankan pemilihan parti. Beliau turut mendakwa, sesetengah aduan semasa pemilihan cabang yang berakhir bulan lalu tidak dipandang serius oleh JPP mahupun sekretariat PKR sendiri. Gobalakrishnan pula menerima tindakan itu berikutan tindakannya menyerang pemimpin parti itu termasuk ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui tulisan di laman Twitter selepas tewas dalam pemilihan tersebut. Dilaporkan, Gobalakrishnan antara lainnya menulis bahawa beliau tidak terkejut dengan keputusan parti itu dalam menentukan kedudukan untuk Mustaffa Kamil Ayub yang turut kecundang dalam pemilihan itu. |
| CALON UMNO DITENANG:SILAP TADBIR RAKYAT SUSAH..BAGAIMANA MAHU JADI ADUN? Posted: 25 Jan 2011 05:51 AM PST PAS hari ini mendakwa bahawa kecuaian calon BN Mohd Azahar Ibrahim ketika menjadi penolong pegawai daerah Segamat, telah mengakibat tanah seorang penduduk dilelong tanpa pengetahuannya. Dakwaan tersebut dibuat oleh naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam satu sidang akhbar di Tenang hari ini. Salahuddin (tanpa ketayap) berkata, kes itu berlaku pada tahun 2003 sehingga mengakibatkan sebidang tanah milik Mansor Mohamad telah dilelong.Katanya, ekoran Mansor gagal membayar balik ansuran bank, Azahar mengadakan satu inkuiri yang membawa kepada tanah Mansor dilelong tanpa pengetahuannya. Bagaimanapun, pada tahun 2008, Mahkamah Tinggi Muar membuat keputusan yang memihak kepada Mansor di mana beliau menamakan pejabat tanah daerah Segamat sebagai defenden. Salahuddin mendakwa, kecuaian Azhar itu telah mengakibat nama baik pejabat pentadbir tanah Segamat terjejas dengan teruk. Tegasnya, ia sekaligus menghakis keyakinan rakyat terhadap ketelusan pejabat tanah daerah Segamat dalam mengurus dan mengendalikan tanah mereka.Manakala Azhar (bertopi) pula, ketika ditanya mengenai dakwaan PAS itu berkata: "Ini keputusan mahkamah, ia telah dimanipulasikan". Ditanya mengenai dakwaan PAS yang beliau merupakan calon yang tidak sesuai, Azhar menjawab: "Itu satu provokasi". |
| LASKAR PKR DAN DAP DICULIK DI TENANG:DAHSYAT Posted: 25 Jan 2011 05:14 AM PST LABIS: KEADILAN Johor kesal dengan kejadian 'kehilangan' bendera KEADILAN, termasuk yang dipasang di bilik gerakan utama KEADILAN bagi Pilihanraya Kecil Dun Tenang, di tengah pekan Labis. Setiausaha Pengelola Majlis Pimpinan Negeri Johor, Zabidie Abas berkata, kehilangan bendera itu disedari olehnya kira-kira jam 3 pagi tadi. "Apa yang kita kesal adalah, bendera yang dipasang di premis persendirian, termasuk di bilik gerakan dan rumah ahli, turut 'dighaibkan' oleh pihak-pihak yang tidak dikenali. "Kita tak tahu siapa punya kerja. Boleh jadi SPR (Suruhanjaya Pilihanraya), boleh jadi petugas-petugas Umno dan Barisan Nasional, kita tak tahu. "Alasan SPR bahawa bendera parti yang tidak bertanding tidak boleh dipasang tidak masuk akal. Jadi, mengapa bendera MCA dan MIC dibenarkan pula?," soal beliau. Zabidie turut mendapat maklumat dari petugas Angkatan Muda KEADILAN Johor, bahawa bendera parti yang dipasang di perkampungan orang Asal turut dihilangkan. "Ini satu perkara yang pelik, kerana ahli kita memang ada di kampung itu," kata Zabidie, merujuk kepada petempatan orang Asal di Kampung Segamat Kecil. Sementara itu, Zabidie yang juga merupakan Setiausaha Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(Anak) memaklumkan, gerak kerja kempen kini giat diteruskan untuk menggempur kawasan Felda dan perkampungan orang Asal. "Minggu ini, satu Ranting KEADILAN akan ditubuhkan. Jawatankuasanya telah lengkap dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk dirasmikan," kata Zabidie |
| PECAH DAN PERINTAH:AGAMA DAN KAUM ADALAH DOKTRIN UMNO UNTUK BERKUASA? Posted: 25 Jan 2011 04:39 AM PST Rasisme: doktrin yang sempurna? Selepas lebih 50 tahun merdeka, pecah dan perintah ini tetap diteruskan oleh BN sebagai legasi British sehingga saat ini (dahulunya adalah Perikatan). Apabila BN melihat tanda-tanda awal penolakan rakyat terhadap mereka terutamanya sejak Tsunami Politik 2008, senjata utama mereka adalah menimbulkan isu perkauman dan agama. Ini adalah fakta. Rasionalnya; apabila orang Melayu merasa bahawa komuniti itu "terancam", harapan UMNO adalah agar orang Melayu kembali kepada mereka. BN yang dikepalai oleh UMNO dilihat sebagai dalang dan cuba menimbulkan "prasangka buruk" sesama rakyat pelbagai kaum. Bertunjangkan dengan slogan berbaur perkauman seperti "Ketuanan Melayu" ia memberi gambaran buruk kepada masyarakat bukan Melayu seolah-olah perlu menjadi "hamba kepada orang Melayu". Ini adalah doktrin yang amat bahaya kepada Malaysia.Politik perkauman yang mengagungkan bangsa Aryan di German dan menghina bangsa lain, telah menyebabkan orang-orang Yahudi dikumpulkan dan dibunuh secara terancang oleh Nazi. Begitu juga apa yang telah berlaku di Bosnia dan Palestin dalam episod hitam penghapusan etnik. Doktrin perkauman sempit ini tidak lain adalah untuk keberlangsungan survival politik dan ekonomi sesebuah regim. Begitu juga yang telah dilakukan oleh British satu ketika dahulu. |
| OTAK LUTUT UMNO UNTUK PAKATAN RAKYAT Posted: 25 Jan 2011 12:55 AM PST Pembangkang yang memainkan isu kenaikan harga barangan bagi meraih sokongan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, dicabar supaya terlebih dahulu menurunkan harga barang di empat negeri yang mereka perintah. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kalau hebat sangat pembangkang, sila segera turunkan harga barangan seperti harga petrol di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. "Jangan tunggu selepas pilihan raya kerana mereka sudah dapat perintah empat negeri itu, saya cabar mereka cari duit dan beri subsidi agar harga barang di empat negeri itu turun," katanya kepada pemberita selepas bersarapan pagi bersama penduduk di warung Kampung Tenang di sini, hari ini. Pilihan raya kecil itu pada 30 Jan ini, melibatkan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan lawannya daripada PAS, Normala Sudirman, 38. Ia diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha daripada BN pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. — Bernama |
| KEDAH DAN SELANGOR AKAN TUMBANG PADA UMNO!!! Posted: 24 Jan 2011 10:12 PM PST BN dijangka menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 dengan majoriti lebih besar, tetapi sukar untuk meramalkan sama ada ia majoriti mudah atau dua pertiga, kata presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Beliau berkata pengundi Malaysia diramal akan mengundi BN lagi setelah mencuba pembangkang pada 2008. Ramalan ini berdasarkan perkembangan terbaru politik tanah air, kata Chua dalam syarahannya berjudul "Barisan Nasional dan Pilihan Raya Umum ke-13 di Malaysia" pada siri Kuliah Unggul S.Rajaratnam School of International Studies (RSIS) di Singapura, semalam. Teks syarahannya difaks ke Bernama. Chua berkata pengundi Malaysia kini lebih bijak dalam membuat pilihan. Selepas mencuba 'Pakatan' atau gabungan pembangkang pada 2008, ramai memilih mempertaruhkan Barisan dalam suasana politik yang jelas kini. BN terus berkuasa "Saya yakin majoriti Barisan yang konsisten akan kekal konsisten dalam PRU ke-13 dan selepasnya. Perdana Menteri "baru" (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) berusaha meraih kemenangannya yang pertama dalam pilihan raya umum, tetapi segala petanda membayangkan bahawa BN akan terus berkuasa selepas PRU ke-13," kata beliau. Bagaimanapun, beliau berkata cakap-cakap mengenai PRU akan diadakan tahun ini hanyalah spekulasi oleh kerana penggal sekarang hanya berakhir pada 2013. Beliau meramalkan dalam PRU akan datang, Pakatan Rakyat mungkin kekal berkuasa di Kelantan dan Pulau Pinang tetapi terpaksa bekerja keras di Kedah, Perak dan Selangor sementara Johor, Sabah dan Sarawak akan terus menjadi "simpanan tetap" BN yang memerintah, yang merangkumi hampir 35 peratus dari jumlah kerusi parlimen. |
| PAKATAN RAKYAT BANYAK BERCAKAP!!1 Posted: 24 Jan 2011 09:06 PM PST Pakatan banyak percakaran "Barisan akan memenangi lebih banyak kerusi parlimen dan peratusan undi popular yang lebih besar. Sementara itu, lebih banyak percakaran dijangka berlaku di kalangan parti Pakatan. Chua berkata lebih banyak langkah ke arah isu-isu keprihatinan awam yang merentasi sempadan kaum dan agama akan dilakukan, sementara kempen politik akan lebih berasaskan isu, daripada mirip kepada sesuatu yang memaparkan identiti kaum. "Kualiti urus tadbir menjadi kritikal. Pilihan antara BN dan Pakatan Rakyat berpusat pada sistem penyampaian, prospek pertumbuhan dan keselamatan awam," katanya. - Bernama |
| ADU DAN DOMBA CARA UMNO KEKAL KUASA? Posted: 24 Jan 2011 07:16 PM PST Konsep Pecah dan Perintah British bukan bodoh. British masuk menjajah dengan konsep dan sistem. Ianya amat mudah. Konsep "Pecah dan perintah" atau "Devide and Rule" ini adalah asas utama terpenting dalam pentadbiran British di Tanah Melayu. Konsep Devide and Rule ini adalah strategi politik, ketenteraan dan ekonomi yang telah diimplementasikan sejak zaman sebelum Perancis direvolusikan lagi. Konsep ini adalah salah sebuah alat yang digunakan untuk melemahkan gerakan nasionalisme kiri dalam perjuangan mereka menjajah rakyat bersatu dan bangun menentang penjajah. Konsep ini adalah asas dalam pembentukan UMNO, MCA dan MIC yang dilihat British sebagai gerakan nasionalis kanan. Gerakan nasionalis kanan ini adalah 'anak didik' British yang terdiri dari golongan elit dan feudal. |
| KINI UMNO GUSAR DENGA PKR PAS DAN DAP Posted: 24 Jan 2011 06:12 PM PST Penjajahan British dan Gerakan Nasionalisme Kiri Persekutuan Tanah Melayu pernah menjadi nadi keberlangsungan survival ekonomi penjajah. Bermula dengan penjajahan Portugis pada tahun 1511, Belanda, Jepun dan kemudiannya British. Penjajah datang dengan membawa misi, visi, pembangunan, pertumpahan darah dan sistem pemerintahan. Malah tidak dapat dinafikan sama sekali, sistem Raja Berpelembagaan yang digunapakai di Malaysia hari ini adalah sistem yang telah diperkenalkan British suatu ketika dahulu. British amat gusar dengan kemunculan gerakan nasionalisme yang muncul sekitar tahun 1940-an. Gerakan nasionalisme ini wujud untuk membebaskan negara dari penjajahan. Ia telah menjadi sebuah fenomena di negara-negara jajahan British secara langsung mempengaruhi rakyat di negara ini (pada ketika itu Persekutuan Tanah Melayu) untuk merdeka. Ada aliran nasionalisme Melayu untuk membentuk negara "Melayu Raya" dan ada aliran yang ingin merdeka dan menjadikan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara komunis. Walaupun wujud perbezaan ideologi dan manhaj perjuangan; gerakan ini adalah gerakan Anti British dan Anti Jepun.Dengan pengaruh sosialis, komunis dan Islam pada ketika itu, maka muncul gerakan-gerakan nasionalis kiri antaranya seperti seperti KMM, KITA, API, AWAS, PKMM, PKM, MPAJA, PUTERA dan sebagainya. Dengan slogan "MERDEKA", ia adalah perkataan keramat yang memungkinkan British hilang pengaruh mereka di negara ini. Ini bererti British menghadapi tentangan dan tekanan yang kuat dari rakyat amnya. |
| AGAMA DAN PERKAUMAN:UMNO TERPAKSA JUAL DEMI KUASA? Posted: 24 Jan 2011 05:10 PM PST Ia adalah menu harian kita setiap hari malah sebelum tidur pun kita akan disuapkan dengan "makanan percuma" ini. Seluruh rakyat Malaysia disajikan dengan afirmasi-afirmasi tertentu agar Barisan Nasional dapat terus berkuasa dan pimpinan mereka terus kaya. Isu melibatkan perkauman atau rasisme adalah antara isu terbaik BN dalam strategi pemasaran mereka. "The best marketing strategy ever..." kononnya. Bagi mereka, setiap isu perkauman yang timbul adalah "realiti" yang dihadapi. Penulis mengajak pembaca untuk melihat dan memahami "strategi pemasaran" ini dengan lebih jelas yang telah muncul akibat dasar penjajah British terdahulu diteruskan oleh legasi mereka BN. |
| WAJAH WAJAH PERDURHAKA SULTAN SELANGOR? Posted: 24 Jan 2011 04:05 PM PST |
| ANDA BLOGGER? AWAS..ANDA DALAM PERHATIAN Posted: 24 Jan 2011 03:04 PM PST Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan garispanduan berkaitan kenyataan dan perbuatan berbaur hasutan yang akan merangkumi penerbitan di internet seperti portal berita dan blog, Rabu ini. NONEGarispanduan itu, yang berasaskan pada empat atau lima undang- "undang, telah diteliti oleh peguam negara, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri Dalam Negeri tahun 2009 dan 2010 bagi permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia, permit masuk dan daftar lewat kelahiran, di Putrajaya hari ini. Baru-baru ini, Hishammuddin mengumumkan garispanduan tersebut sedang disiapkan untuk menangani peningkatkan kes-kes hasutan dan fitnah yang membabitkan media internet dan lamanweb sosial. Bagaimanapun, terdapat pihak yang merasakan garispanduan itu merupakan satu usaha kerajaan untuk mengekang kebebasan kandungan internet yang dijamin oleh Bill of Guarantees, yang ditandatangani sewaktu pembentukan Multimedia Super Koridor, ekoran ketidakmampuan kerajaan mengawalnya. Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak termasuk penyokong BN jika perbuatan mereka menjejaskan keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam semasa kempen pilihan raya kecil DUN Tenang. Hishammuddin berkata aspek keselamatan menjadi sandaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menghadapi pilihan raya kecil itu. "Kalau nak tengok setiap kes secara ad-hoc tidak akan memuaskan mana-mana pihak termasuk BN. "Yang penting PDRM akan menjalankan tugas mereka dan memikul tanggungjawab mengikut undang-undang sedia ada," katanya mengulas dakwaan kononnya polis mengganggu ceramah pembangkang semasa kempen pilihan raya kecil DUN Tenang. Pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azahar Ibrahim dengan calon PAS, Normala Sudirman. Dalam perkembangan lain, Hishammuddin menafikan dakwaan kononnya kes pembunuhan melibatkan tiga remaja di Melaka Jumaat lepas, ada kaitan dengan unsur perkauman dan agama. Beliau meminta orang ramai supaya tidak mensensasikan isu berkenaan dan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan. Dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, ketiga-tiga remaja dari Taman Mengkuang, Masjid Tanah, dipercayai terbabit dalam pergaduhan atau diserang lebih daripada lima orang menggunakan senjata tajam berdasarkan kesan tikaman dan tetakan pada mangsa. Lan Ee Shen, 19, yang bekerja di bengkel kereta dan pelajar Tingkatan Lima, Chong Sang Keong, 17, mati di tempat kejadian manakala Tai Chi Yong, 18, meninggal dunia di Hospital Terendak |
| Posted: 24 Jan 2011 02:02 PM PST MB Selangor: Umno biadap rampas kuasa istana, bukannya Pakatan January 24, 2011 SHAH ALAM, 24 Jan — Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat hari ini secara terbuka menuduh kerajaan pusat dan negeri pimpinan Umno-BN yang telah melakukan pindaan secara senyap-senyap dan "bersikap biadap" kira-kira 18 tahun lalu tanpa mendapatkan perkenan istana terlebih dahulu. Oleh itu kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar, berdiri) tuduhan Umno bahawa Pakatan Rakyat membelakangi Sultan dalam pindaan perlembagaan hari ini tidak masuk akal dan tidak munasabah sama sekali. "Saya ingin bertanya: adakah Umno meminta perkenan Sultan sebelum meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pada Mac 1993? Bukankah ia dilakukan secara senyap-senyap?" kata beliau pada sidang khas Dewan Undangan Negeri hari ini. Justeru kata beliau, adalah sangat lucu dan tidak masuk akal apabila mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa perkenan Sultan adalah perlu untuk kelulusan Rang Undang-Undang sedangkan beliau sendiri yang meminda peruntukan berkenaan dan memadam kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. "Begitu juga dengan kenyataan Timbalan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar pada 7 Januari yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan tidak mungkin berjaya melakukan pindaan kerana tiada perkenan istana. "Kepemimpinan Umno Selangor agak berdolak dalik umpama lalang; mula-mula mengugut mahu memboikot, selepas itu mahu hadir dengan bersyarat pula," katanya sambil berkata, "apa-apapun, kita menerima kehadiran mereka sama ada yang jahil mahupun yang ada sedikit ilmu." Sejak mengambil alih kerajaan negeri pada Mac 2008, ini kali pertama DUN membahaskan usul pindaan perlembagaan negeri untuk kembali ke kedudukan sebelum 1993. Perkara 52(1) yang asal berbunyi, "Ke bawah Duli Yang Maha Mulia mestilah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan Suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Dengan syarat sebelum bertindak atas cadangan itu oleh Suruhanjaya Perkhidmatanyang berkenaan, ke bawah Duli Yang Maha Mulia mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujukkan cadangan itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula." Pindaan yang dilakukan pada 1993 dan terpakai sehingga kini berbunyi, "maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan pelantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan." Syor pindaan dibawa hari ini ialah "Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Dengan Syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula." Bertolak daripada itu, kata Khalid, memandangkan kedaulatan Raja-raja turut diperkatakan dan tohmahan derhaka begitu kerap dilemparkan terhadap Pakatan Rakyat, maka menjadi tanggungjawabnya untuk menyatakan dulu perkara yang sebenar. "Bagi maksud tersebut izinkan saya mengimbas kembali secara ringkas konflik antara Umno dengan Raja-raja sejak awal 1980-an lagi. "Secara ringkas, Krisis Perlembagaan 1983 berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu, melakukan beberapa tindakan di luar adab dan peruntukan Perlembagaan itu sendiri, dalam perkataan lain, mereka begitu tega membelakangi Raja-Raja," katanya. Kata Khalid, Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan berbunyi, "tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-raja. "Bagaimanapun, para pemimpin utama ketika itu lantas melakukan beberapa tindakan secara rahsia dengan membawa pindaan itu ke Kabinet dan kemudiannya ke Parlimen tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-raja," katanya. Kata Khalid, antara pindaan yang berjaya dilakukan adalah Perkara 66(5) di mana peruntukan asal berbunyi, "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila Yang di-Pertuan Agong menandatangani." "Peruntukan pindaan pula adalah rang undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika di atas apa-apa sebab rang undang-undang itu tidak ditandatangani dalam tempoh 15 hari selepas rang undang-undang itu disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, baginda dianggap telah menandatangani rang Undang-undang tersebut dan rang undang-undang itu, berkuat kuasa sebagai undang-undang," katanya. Katanya, begitu juga dengan pindaan kepada Perkara 10(1) iaitu kalau perdana menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini, maka beliau boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut. "Di sinilah bermulanya penghakisan secara terancang terhadap kuasa Raja-raja di negara ini, bermula pada pindaan tahun 1983 itu. "Pindaan yang amat drastik itu sudah dilakukan secara rahsia dan membelakangi Majlis Raja-raja. Namun, apabila rahsia terbongkar ia ditentang oleh Raja-raja, Umno pada ketika itu membuat 'road show' ke seluruh negara mengutuk Raja-raja," katanya. Kata Khalid, setelah membuat beberapa rundingan krisis itu diselesaikan dengan beberapa kompromi iaitu Umno bersetuju menggugurkan pindaan yang sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara itu, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa memulangkan rang undang-undang yang baginda tidak berkenan kepada Parlimen, pindaan terhadap kuasa perkenan di negeri-negeri digugurkan dan kuasa mengisytiharkan darurat dikembalikan kepada Yang di-Pertuan Agong. "Langit tidak selalunya cerah. Mendung tidak bererti hujan. Umno terpaksa berlindung dan memohon belas ihsan istana apabila menghadapi masalah politik beberapa tahun kemudian iaitu apabila Umno diisytiharkan pertubuhan haram oleh mahkamah pada 1987. "Pimpinan Umno lantas kembali merayu kuasa Sultan untuk menubuhkan Umno Baru dan memohon Sultan Johor untuk melancarkannya di Istana Besar Johor Baru. Bagaimanapun, katanya, hubungan Umno dengan istana tegang semula apabila ia tersungkur 39-0 di Kelantan pada pilihan raya umum 1990. "Ibarat kacang melupakan kulit, Perhimpunan Agung Umno dijadikan medan memaki hamun Raja-raja. "Ada perwakilan yang meminta Perlembagaan dipinda untuk membataskan kuasa Raja-raja. Tetapi ia tidak berlaku kerana mereka tidak tahu peruntukan mana yang hendak dipinda," kata Khalid dalam usul pembentangan panjang lebar mengimbas perkembangan politik negara sejak tiga dekad lalu. Namun begitu, jelas Khalid, Umno memaksa Raja-raja membuat aku janji dan lahirlah apa yang disebut sebagai "Perisytiharan Prinsip-Prinsip Perlembagaan 1992". "Bagaimapun, ini hanyalah penegasan dan komitmen Raja-raja terhadap peruntukan-peruntukan yang berkenaan; tidak ada apa-apa pindaan yang dibuat," katanya. Hubungan tegang Umno dengan Raja-raja memuncak pada hujung 1992 hingga membataskan peruntukan mengenai kuasa mengampun Raja-raja dan keistimewaan imuniti dan membawa kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan 1993 dan penubuhan Mahkamah Khas. Katanya, ketika krisis itulah Umno menggunakan kesempatan untuk membuat pindaan yang tidak ada kena-mengena dengan isu yang menjadi punca terhadap masalah ketika itu, termasuklah pindaan pada perlembagaan negeri Selangor. "Di kesempatan ini, saya suka mencadangkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, terutama daripada Umno-BN supaya membaca kembali pelbagai berita dan rencana tentang krisis Perlembagaan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times dari November 1992 hingga Mac 1993. "Ketahuilah, siapakah yang "beriya-iya dan bersikap biadap" hendak menghakis kuasa istana dan menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu?" katanya. Khalid juga memetik kenyataan Dr Mahathir ketika pembentangan usul pindaan pada 18 Januari 1993 yang selepas itu, menurutnya telah memungkiri janji tersebut. "Tun Mahathir ketika itu menyatakan, 'kelulusan (pindaan Perlembagaan 1993) secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan Raja-raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-raja, Majlis Raja-raja perlu memberi persetujuan'. "Kata beliau lagi, 'di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat'," kata Khalid. Khalid seterusnya berkata, pada 1994 Dr Mahathir memungkir janji dan formula yang menyelesaikan krisis 1983 dipinda di luar pengetahuan Raja-raja. "Menurut pindaan ini, kuasa memulangkan rang undang-undang oleh Yang di-Pertuan Agong dimansuhkan dan peruntukan yang mencetuskan krisis 1983 itu dimasukkan kembali. "Dengan yang demikian, peruntukan yang ada sekarang, iaitu Perkara 66(4) dan (4A) — adalah sebuah rang undang-undang yang menjadi undang-undang secara automatik selepas 30 hari meskipun baginda tidak memberi perkenan," katanya. Kedudukan Raja-Raja di negeri-negeri juga sama sebagaimana yang tertera pada seksyen 11(2A) dan (2C), Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan. "Pindaan-pindaan ini menimbulkan banyak persoalan politik dan undang-undang. Ia termasuklah pelanggaran syarat yang dikenakan oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan iaitu ia dengan jelas menyatakan bahawa 'tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-raja'. "Perkara 38(4) itulah yang menjadi batu penghalang kepada hasrat Dr Mahathir pada 1983 dan 1993 dan mungkin kerana itulah beliau tidak peduli dan tidak membawa pindaan 1994 itu kepada Raja-raja. "Meskipun pindaan 1994 belum dibawa ke mahkamah, namun ada kalangan sarjana undang-undang yang berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1994 itu tidak sah kerana melanggar Perlembagaan, khususnya Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan," katanya. Khalid seterusnya menambah, meskipun diketahui bahawa Dr Mahathir sudah menjadi dan menerima sejarah, namun ia tidak menghalang "kita daripada berasa aneh" kerana hari ini bekas perdana menteri itu tiba-tiba menyatakan pendirian yang berbeza. "Bagaimanapun, ini tidaklah begitu memeranjatkan apabila kita mengimbas kembali pergolakan politik yang dinyatakan tadi. "Umno sememangnya sentiasa berdolak-dalik dan tidak konsisten dan acap kali berselindung di sebalik istana apabila berlaku himpitan politik," kata menteri besar dari PKR ini. |
| dap DAN PKR JAWAB SALAM CHUA SOI LEK PORNO Posted: 24 Jan 2011 12:59 PM PST Umno yang memperdagangkan Islam dan memperkudakan mereka yang arif dalam agama untuk menghalalkan apa sahaja tindakan pemimpinnya. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyatakan demikian sebagai mengulas ucapan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menuduh PAS memperdagangkan agama kerana telah melanggar fatwa dengan mencalonkan wanita menjadi calon di pilihan raya kecil Tenang. "Nampaknya fikiran menteri yang jaga urusan agama sama seperti Tun Dr Mahathir yang membangkitkan isu yang sama. "PAS tidak hairanlah dengan Tun yang sudah berada di hujung senja, jika dibandingkan dengan Datuk Jamil Khir yang masih muda dan arif berkenaan agama," ujarnya kepada Harakahdaily. Katanya, mungkin Jamil buat-buat lupa, kerana PAS pernah melantik Khatijah Sidik di Parlimen Dungun pada tahun 1959. "Sila buka balik sejarah, baru boleh beri komen dan keluar hukum," ujarnya. Katanya, kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan diikuti pula oleh Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang memainkan isu Cikgu Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki adalah lambang orang agama dalam Umno gagal menerapkan Islam dalam BN. PAS, ujarnya boleh memaafkan dua pemimpin daripada parti komponen BN yang tidak memahami situasi itu. "Persoalannya apa yang tokoh-tokoh agama buat sepanjang 53 tahun berkawan dengan MCA dan Gerakan untuk menerangkan masalah hukum asas. Mungkin mulut orang agama dalam Umno sudah penuh dengan sagon," katanya. Justeru, tegasnya PAS merasa bangga isu bersalam itu dijawab oleh rakan-rakan DAP dan PKR yang bukan Islam. |
| UMNO DAN BUKTI PENYELEWENGAN MEREKA:LIHAT BERGAMBAR Posted: 24 Jan 2011 12:01 PM PST |
| HARUSSANI CAMPAK UMNO KELONGKANG? Posted: 24 Jan 2011 11:07 AM PST Isu bersalam: Harussani anggap Soi Lek hina Islam, perlu minta maafJanuary 24, 2011 LABIS, 24 Jan — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam — calon PAS-Pakatan kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.Justeru, Harussani (gambar) menggesa Dr Chua yang juga Presiden MCA supaya meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam. Kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang dilihat memberikan tumpuan kepada cara bersalam calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki. Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu. Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan agenda PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan" masyarakat Cina di DUN Tenang. "Beliau (Dr Chua) perlu tahu, kalau tahu beliau kena hormati pendirian agama masing-masing, kalau tidak tahu itu adalah kejahilan. "Kalau tahu tapi buat-buat tidak tahu itu menghina Islam namanya... saya bukan sebut ini untuk pertahankan calon PAS tapi ini melibatkan ajaran agama. "Jadi beliau perlu minta maaf kerana menghina orang Islam," kata Harussani ketika dihubungi The Malaysian Insider. Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim. Normala, seorang bekas guru juga merupakan Exco Dewan Muslimat PAS pusat. Menurut Harussani, sebagai seorang wanita yang beragama Islam sudah menjadi kewajiban beliau untuk menjaga adab termasuk dari aspek bersalam. "Barangkali beliau (Dr Chua) tidak tahu, beliau tak tahu apa itu hukum Islam. "Kalau lelaki dan wanita itu bukan muhrim maka mereka tidak boleh bersalam, itu haram namanya. "(Dr) Chua kena tahu itu adalah hukum agama, bagi orang Islam yang beriman tindakan itu adalah betul kerana agama jelaskan katakan ia haram," katanya. Dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider semalam, Normala menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita. Beliau juga meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi. Menurut Normala, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA sepatutnya sudah memahami tertib seorang wanita Islam. Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari kedua hari ini. Pengundian akan diadakan pada 30 Januari. Dalam pada itu, Harussani turut menyifatkan tindakan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengeluarkan "fatwa" baru sebagai bertentangan dengan ajaran Islam. "Beliau (Nizar) tidak boleh gunakan ajaran agama sewenang-wenangnya, kalau tiada dalam tuntutan (agama) tidak boleh kata haram. "Kalau nak keluarkan (fatwa) mesti ada nas-nas, jangan main cakap sahaja. "Kalau tiba-tiba kata haram ia melebihi Tuhan, melebihi Tuhan adalah syirik," katanya. Beliau juga menggesa mana-mana parti politik supaya tidak menggunakan agama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang. "Jadi jangan gunakan agama sewenang-wenangnya, jangan kerana politik agama dipolitikkan. Saya tidak sebelah mana-mana, apa yang saya cakap berdasarkan agama Islam," katanya. |
| You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Beliau memberi alasan, tempoh selama sepuluh hari yang ditetapkan dalam surat tarikh bertarikh 13 Januari itu telahpun berakhir.
Mustaffa merupakan pemimpin PKR kedua yang dikenakan tindakan disiplin selepas N Gobalakrishnan, calon naib presiden yang turut tewas dalam perebutan jawatan naib presiden.
Salahuddin (tanpa ketayap) berkata, kes itu berlaku pada tahun 2003 sehingga mengakibatkan sebidang tanah milik Mansor Mohamad telah dilelong.
Tegasnya, ia sekaligus menghakis keyakinan rakyat terhadap ketelusan pejabat tanah daerah Segamat dalam mengurus dan mengendalikan tanah mereka.
BN yang dikepalai oleh UMNO dilihat sebagai dalang dan cuba menimbulkan "prasangka buruk" sesama rakyat pelbagai kaum. Bertunjangkan dengan slogan berbaur perkauman seperti "Ketuanan Melayu" ia memberi gambaran buruk kepada masyarakat bukan Melayu seolah-olah perlu menjadi "hamba kepada orang Melayu". Ini adalah doktrin yang amat bahaya kepada Malaysia.
Beliau berkata pengundi Malaysia diramal akan mengundi BN lagi setelah mencuba pembangkang pada 2008.
Bagaimanapun, beliau berkata cakap-cakap mengenai PRU akan diadakan tahun ini hanyalah spekulasi oleh kerana penggal sekarang hanya berakhir pada 2013.
Konsep ini adalah salah sebuah alat yang digunakan untuk melemahkan gerakan nasionalisme kiri dalam perjuangan mereka menjajah rakyat bersatu dan bangun menentang penjajah. Konsep ini adalah asas dalam pembentukan UMNO, MCA dan MIC yang dilihat British sebagai gerakan nasionalis kanan. Gerakan nasionalis kanan ini adalah 'anak didik' British yang terdiri dari golongan elit dan feudal.
Ada aliran nasionalisme Melayu untuk membentuk negara "Melayu Raya" dan ada aliran yang ingin merdeka dan menjadikan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara komunis. Walaupun wujud perbezaan ideologi dan manhaj perjuangan; gerakan ini adalah gerakan Anti British dan Anti Jepun.
Isu melibatkan perkauman atau rasisme adalah antara isu terbaik BN dalam strategi pemasaran mereka. "The best marketing strategy ever..." kononnya. Bagi mereka, setiap isu perkauman yang timbul adalah "realiti" yang dihadapi. Penulis mengajak pembaca untuk melihat dan memahami "strategi pemasaran" ini dengan lebih jelas yang telah muncul akibat dasar penjajah British terdahulu diteruskan oleh legasi mereka BN.








LABIS, 24 Jan — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam — calon PAS-Pakatan kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan