Sabtu, 29 Januari 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Poster] Kerana kepentingan Politik, UMCO & Sekutu Hina/Persenda Islam!

Posted: 29 Jan 2011 06:00 AM PST










Kredit: Ada Tertera pada Gambar


Khusus untuk Penduduk di Tenang: 
TOLAK UMCO & GENG,  
UNDI CIKGU MALA! 

  
Pesanan TG Nik Aziz Nik Mat:

"Peluang terletak atas orang sini (Tenang)... atas pengundi. Dia (pengundi) nak kekal dengan jahiliah ke hendak terima Islam. Kalau nak kekal jahiliah apa boleh buat. Sekarang ada dua.... ada jahiliah, ada Islam... tolak jahiliah ambil Islam, itu yang betul dunia akhirat."


[PANAS] Pusat Kesihatan Keluarga Nafi "Jual" MC & Sahkan Suami Cikgu Mala Tidak Sihat

Posted: 28 Jan 2011 08:01 PM PST





SH melaporkan bahawa Pusat Perubatan Keluarga, Jalan Segamat, menafikan pihaknya menjual sijil cuti sakit (MC) kepada suami calon Pas, Normala Sudirman yang dikatakan mengalami masalah kemurungan.

Pakar perubatan, Dr Siti Juriah Kusni mengesahkan kliniknya ada mengeluarkan cuti sakit berkenaan kepada Maarof Abd Mutalib berikutan tahap kesihatannya yang lemah.

"Maarof diberikan cuti sakit selama dua hari memandangkan perlu rehat secukupnya kerana mengalami simptom demam, batuk dan selesema.

"Pemeriksaan mendapati Maarof juga kelihatan begitu lesu dan tidak bermaya serta memaklumkan turut mengalami tekanan," tambah Dr Siti Juriah.

Menurutnya, sebagai doktor, beliau ada bertanyakan punca tekanan itu dan Maarof berkata bahawa tekanan itu berkaitan dengan hal pertukarannya ke Johor Bahru.

"Akibat memikirkan hal itu, beliau terlalu tertekan sehingga tidak dapat tidur malam. Oleh yang demikian, saya memberikannya cuti sakit selama dua hari, iaitu pada 6 dan 7 Januari," jelas Dr Siti Juriah.
Berikutan masalah tekanan yang dialaminya, beliau mencadangkan Maarof mendapat khidmat pakar psikitrik dengan merujuk masalah itu kepada Klinik Kesihatan Bandar Putra Segamat untuk pemeriksaan lanjut.

Walau bagaimanpun, Dr Siti Juriah memaklumkan tidak mengetahui sama ada Maarof mendapatkan khidmat pakar psikitrik seperti mana yang dicadangkannya sehingga mengetahuinya melalui laporan akhbar, semalam.

Status kesihatan Maarof menjadi persoalan apabila beliau dilaporkan mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini. 

Sementara itu, Kosmo pula melaporkan  Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Maarof Abd. Mutalib yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenang Stesen itu menipu untuk mendapatkan sijil cuti sakit (MC) selama 21 hari.

Menurut  Muhyiddin Yassin, kementeriannya akan menyiasat dan mendapatkan laporan daripada pelbagai pihak termasuk pengetua SMK Tenang Stesen sendiri.

Kata Muhyiddin, "Kementerian akan siasat sama ada cuti yang diberikan itu berasas atau dia telah memberi kenyataan yang tidak betul untuk mendapatkan cuti.

"Dia sebagai seorang guru sepatutnya amanah dan tidak boleh salah guna hak untuk mendapat cuti dan memberi perakuan yang bohong.

"Kami difahamkan jumlah MC yang diambil banyak dan jika benar sakit, dia sepatutnya sudah terlantar tetapi dia dilihat berdiri tegak meredah kawasan Tenang untuk membantu isterinya berkempen."

Justeru, penjelasan Dr Siti Juriah yang merawat dan mengeluarkan sijil cuti sakit kepada Maarof sudah memadai untuk menjawab persoalan dan pertanyaan Muhyiddin dan tulisan-tulisan di blog pro-UMCO./www,duniacacamarba.blogspot.com


P/s: Apa lagi modal UMCO, Muhyiddin, Hishamuddin? Muhyiddin dan Hishamuddin perlu siasat dalang (di tempat Maarof berkhidmat) yang mendedahkan sijil cuti sakit suami Cikgu Mala kerana perbuatan itu melanggar etika. Hishamuddin dan Muhyiddin perlu menjelaskan kepada rakyat tentang kes mahkamah dan cerita calon BN terlibat dalam kes melelong tanah milik orang Melayu!





N Gobalakrishnan Ucap Sayonara & Letak Semua Jawatan dalam PKR

Posted: 28 Jan 2011 07:23 PM PST

Angkara Minyak Dagu: Artis "Buang" Anak & Suami

Posted: 28 Jan 2011 06:56 PM PST


Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Akibat disihir dengan minyak dagu mayat, seorang pelakon wanita drama bersiri popular membuat pengakuan pernah meninggalkan suami dan tiga anaknya semata-mata untuk bersekedudukan dengan seorang lelaki warga Kemboja yang baru dikenali walaupun ketika itu dia hamil tiga bulan.

Mangsa mendakwa ilmu hitam itu menyebabkan dia seolah-olah menjadi hamba seks lelaki terbabit selama lebih dua tahun sekitar 2007 hingga 2009. Sepanjang tempoh itu juga, semua pendapatan bulanannya turut diserahkan kepada lelaki berkenaan.

Lebih tragis lagi, pelakon itu yang berusia 27 tahun dan hanya mahu dikenali sebagai D berkata, dia juga terlantar selama sebulan di wad psikiatrik, Hospital Selayang dekat sini, selepas doktor mengesahkan dia mengalami gangguan mental.

"Segala-galanya bermula selepas saya berkenalan dengan seorang penghantar surat yang kerap datang ke pejabat saya di Damansara atas urusan kerja.

"Entah mengapa saya tiba-tiba seperti hilang pertimbangan diri kerana sentiasa dihantui wajah lelaki berusia 24 tahun itu seolah-olah ada satu daya tarikan istimewa pada dirinya.

"Saya gagal mengawal diri sehingga tidak mampu menolak setiap arahan yang diberikan, malah tidak teragak-agak meninggalkan suami dan anak untuk tinggal serumah dengan lelaki itu di Gombak," katanya.

D berkata, sepanjang tinggal dengan lelaki itu, dia dilayan seperti pembantu rumah apabila diarah melakukan semua kerja rumah selain terpaksa menyerahkan semua wang pendapatannya.

"Biarpun dimaki-hamun dan dipukul saban hari, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkannya, malah hati saya tetap menyayanginya. Setiap kali saya berhasrat pulang ke pangkuan anak-anak, seolah-olah ada satu kuasa mematikan niat saya itu," katanya.

Menurut D, hampir tiga tahun bersama lelaki durjana itu, dia langsung tidak pernah menjenguk orang tuanya di kampung dan suaminya juga gagal menjejaki tempat tinggalnya.

"Saya juga seperti dirasuk kerana setiap kali ada pihak melarang hubungan kami, saya tidak teragak-agak memarahi serta memaki-hamun mereka," katanya.

Kemuncaknya, keadaan diri D menjadi tidak keruan apabila lelaki itu menghilangkan diri. Dia mula meracau siang dan malam memanggil nama lelaki itu hingga akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital.

Selepas terlantar di hospital, barulah keluarganya dapat bertemu dengan D selepas dihubungi pihak hospital dan sokongan mereka membuka laluan untuk D kembali pulih seperti sedia kala....- Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Asmah Rusman

P/s: Saya pernah dengar cerita yang lebih dashyat angkara minyak pengasih/dagu.


Jurublog Lahanat Siarkan Sijil SPM yang Didakwa Milik Normala untuk Kelirukan Pembaca

Posted: 28 Jan 2011 04:35 PM PST

Blog P Gomo yang masih belum disaman oleh ADUN Selising ini mendedahkan pula salinan gambar sijil SPM yang dikatakan milik calon PAS Normala Sudirman.

Persoalannya, kita tidak tahu sama ada sijil di bawah ini milik Cikgu Mala atau tidak, namun yang jelas sijil ini disiarkan oleh lahanat-lahanat UMCO untuk mengelirukan pembaca.

Tidak mustahil juga sijil di bawah ini hasil rekayasa pihak tertentu. Cuba lihat betapa lurusnya nama calon berbanding teks lain yang tidak tegak mengikut lengkungan sijil.



Cuba lihat pencapaian calon yang dikatakan Normala Sudirman di atas. Calon memperoleh BM -3, Kesusasteraan Melayu- 4, Pendidikan Agama Islam - 1, Sejarah - 5, Geografi - 6, BI -8, Rampaian Sains - 5, Perdagangan - 7. Agak-agak pangkat berapa yang diperoleh calon? Kalau tidak salah, calon ini memperoleh pangkat 1.

Memanglah di bawah mata pelajaran itu ditulis S.A.P yang bermaksud Sijil Am Pelajaran termasuk pernyataan bahawa calon lulus dalam ujian lisan. Sijil SPM saya pun tertulis perkara yang sama. Begitu juga di bahagaian atas sijil tersebut. Ini semua ialah ayat standard dalam sijil SPM dahulu, tidak tahulah kandungan sijil SPM sekarang!

Terang-terang sijil ini disiarkan untuk mengelirukan orang ramai dan bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti Cikgu Mala. Jurublog UMCO ini tidak ambil SPM? Atau mungkin sijil SPMnya hanya memperoleh kelulusan minimum S-A-P!

Dasar lahanat!

P/s: Lahanat ini bermaharajalela kerana tidak ada orang yang mahu menyamannya! Jika benar sijil SPM ini milik Cikgu Mala, siapa pula lahanat yang menyerahkannya kepada jurublog ini? Adakah kakitangan tempat Cikgu Mala pernah berkhidmat?

Contoh sijil SPM:





* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Wajah Wanita Myanmar yang Menikam Bayinya Berkali-kali

Posted: 28 Jan 2011 04:16 PM PST

Dua anggota polis mengiringi Nuraishah Abdullah, 23, yang masih lemah bagi mendengar sebutan kes bunuh bayi di Mahkamah Majistret Shah Alam, Jumaat. Majistret Zilfinaz Abbas menetapkan 28 Februari untuk sebutan semula kes dan membenarkan warga Myanmar itu dihantar ke Hospital Bahagia untuk pemeriksaan. - Mstar/Foto BERNAMA

Berita tentangnya di sini dan di sini.

Tiada ulasan: