DIALOG RAKYAT |
- Peneroka menang saman
- 400,000 buku teks ditarik balik, Muhyiddin sedap berkempen kerajaan hebat
- PRK Tenang: Pusingan akhir pergelutan
- Piket Mahasiswa di Kementerian Pengajian Tinggi
- INTERLOK: Formula Muhyiddin Tidak Laku
- Klinik Keluarga Sahkan Suami Normala Sakit
- BN yakin Tenang miliknya dengan majoriti besar
- Ali Rustam - pengarah pilihan raya BN di Merlimau
- Ribuan sertai ceramah perdana terakhir
- PAS yakin masyarakat Cina kekal bersama Pakatan
- Umno hilang punca serang suami calon PAS
- PRK Tenang: Pengundi Cina jadi teka-teki
- 'Serangan peribadi BN amat memalukan’
- Pakatan rayu sokongan besar Cina kejutkan BN di Tenang
- Mufti Perlis: Watikah lantikan Dr Juanda belum dibaharui
- SPR: Pengundi Tenang perlu keluar pagi elak hujan lebat
- Interlok: Gapena dan NGO India terus bantah formula Putrajaya
- Kajian: BN boleh kekal kerusi, majoriti 5,000 tak mungkin
- Gobalakrishnan: Saya bosan dengan Anwar, Azmin
- Tohmahan Utusan cuba aib Shuhaimi Shafie
- Selangor lantik peguam pemerhati untuk Beng Hock
- Kempen penerangan untuk rakyat digerakkan
- Pelabuhan Klang: Mahkamah nasihat SPR tunggu dulu
- Kesihatan suami: Normala seru tanya doktor
- Interlok: Perkasa mahu Putrajaya rujuk penulis novel
| Posted: 29 Jan 2011 07:21 AM PST SELATAN ONLINE SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak permohonan injunksi kontraktor yang dilantik Felda dalam kes penebangan pokok getah Felda Raja Alias 2, Serting, Jempol. Hakim Datuk Rosnaini Saub berkata, permohonan injunksi kontraktor dilantik Felda itu tidak sah berikutan kesemua peneroka terlibat adalah pemilik berkepentingan tanah Felda. Keputusan hakim itu diputuskan melalui perbicaraan di dalam kamar hakim yang dijalankan secara tertutup. Kesemua 23 peneroka itu diwakili peguam, T.Kumar dan Surina Suhaimi. 16 Disember lalu, kontraktor Huat Hing Rubberwood Sdn Bhd yang dilantik Felda menfailkan permohonan injunksi untuk menghalang peneroka dan kontraktor dilantik mengurus tanah Felda Raja Alias 2. Permohonan injunksi itu bertujuan menghalang peneroka menguruskan tanah Felda mereka atau melantik mana-mana kontraktor mewakili mereka dalam urusan penebangan pokok getah. Tindakan kontraktor memohon injuksi mahkamah itu sekali gus menghalang peneroka menguruskan kebun dan juga tidak membenarkan peneroka menghampiri kawasan masuk kebun sejauh 200 meter. Sementara itu, di luar mahkamah, Surina berkata, keputusan hakim itu adalah tepat dalam melindungi hak peneroka. Menurutnya, peneroka menolak kontraktor dilantik Felda berikutan harga jualan hasil dan pokok getah ditawarkan tidak mengikut harga pasaran. "Bagi setiap tujuh ekar tanah milik seorang peneroka, harga hasil jualan pokok getah hanya RM28,000 sahaja yang ditawarkan kontraktor dilantik Felda, berbanding kontraktor dilantik peneroka sendiri menawarkan RM35,000.-/ SH | ||
| 400,000 buku teks ditarik balik, Muhyiddin sedap berkempen kerajaan hebat Posted: 29 Jan 2011 03:56 AM PST PASPBNUTP : Tarik Balik Buku Teks, Jangan Bazirkan Wang Rakyat Lagi SHAH ALAM. : Setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Loke Yim Phang berkata sesebuah buku yang hendak dikeluarkan perlu diteliti bagi mengelakkan berlakunya pembaziran wang apabila terpaksa menarik balik buku tersebut daripada digunakan. Akhbar semalam melaporkan, Kementerian Pelajaran akan menarik balik hampir 400,000 buku teks KSSR English Year 1 Sekolah Kebangsaan kerana mengandungi pelbagai kesalahan dan menggantikan dengan buku teks cetakan baru, Mac depan. Sehubungan itu Panel penilai buku teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) English Year 1 Sekolah Kebangsaan perlu dikenakan penalti kerana cuai sehingga menyebabkan hampir 400,000 buku teks Bahasa Inggeris (BI) itu ditarik semula. Menurut Loke Yim Phang yang dihubungi Tv Selangor perkara yang menyebabkan kejadian itu masih belum diketahui puncanya samada disebabkan kesilapan manusia atau masalah percetakan namun beliau menegaskan kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku. "Sesuatu benda itu bila diterbitkan mesti tepat, kerana ia akan menyebabkan pembaziran, kalau kita hendak fokus kepada kualiti asasnya buku yang hendak dikeluarkan perlu ada kualiti. "Bagi saya kita kena pastikan bahawa dalam proses percetakan sesuatu buku untuk pelajar itu kita tidak boleh lupa kepada kualiti," katanya. Tambah Yim Phang lagi, NUTP mengharapkan kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi kerana ia hanya akan menyebabkan pembaziran wang jutaan ringgit yang mana sumber kewangan itu boleh digunakan untuk pembangunan pendidikan lain. "Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan bahawa buku akan dicetak semula itu akan melibatkan wang yang banyak sepatutnya duit yang digunakan untuk dicetak semula itu boleh digunakan untuk yang lain," katanya. Presiden Persatuan Ibubapa Guru Negara atau PIBGN, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata kementerian perlu lebih berhati-hati dalam memilih panel penilai pada masa akan datang bagi memastikan kesalahan sama tidak berulang serta mengelak ibu bapa berasa was-was dengan buku teks yang dikeluarkan kementerian. "Penalti perlu dikenakan kepada panel penilai kerana ternyata tidak bertanggungjawab dalam menyaring buku teks berkenaan, sekurang-kurangnya dikenakan surat tunjuk sebab supaya boleh dijadikan iktibar pada masa akan datang. "Kita tidak boleh hanya menerima kecuaian ini sebagai kesalahan manusia kerana yang menanggung akibatnya nanti adalah anak-anak," katanya. Panel penilai buku teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) English Year 1 Sekolah Kebangsaan perlu dikenakan penalti kerana cuai sehingga menyebabkan hampir 400,000 buku teks Bahasa Inggeris (BI) itu ditarik semula. | ||
| PRK Tenang: Pusingan akhir pergelutan Posted: 29 Jan 2011 03:29 AM PST Hari paling sibuk dalam pilihanraya biasanya adalah hari-hari akhir menjelang pengundian. Di sinilah "senjata akhir" akan digunakan oleh parti-parti yang bertanding. Hari terakhir berkempen bermakna hari kritikal bagi kedua-dua pihak. Hari "panas" untuk mengambil seberapa banyak peluang berkempen! Bagi pengundi, ini mungkin hari terakhir mereka mendapat sebarang bentuk hadiah dari langit. Tangan-tangan yang memangkah dalam pilihanraya merupakan tangan yang amat berkuasa menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan.
Kurang dari 24 jam lagi, tempoh berkempen akan tamat. Jentera kedua-dua parti bertungkus lumus berperang memenangi psikologi dan hati rakyat. Ada banyak cerita dapat didengar, ada banyak emosi boleh dikongsi. Para pengundi semestinya telah ada pilihan di hati. Semangat kerja berpasukan dengan moral dan disiplin yang tinggi terutama dari jentera Pakatan Rakyat boleh diberi salut! Ia bukan disebabkan upah atau nasi bungkus. Harapan dan sokongan dalam merintis jalan kesepaduan PAS, DAP dan PKR tidak lain hanya untuk Malaysia yang lebih adil dan berkebajikan. Malaysia dengan sinar yang begemerlapan! Pakatan Rakyat mantap Tidak dapat dinafikan, BN dibantu dengan jentera kerajaan. Akan tetapi, jentera sahaja tidak cukup kalau tanpa isu yang baik. Kempen politik boleh jadi sangat menjengkelkan dengan isu peribadi yang "terlalu remeh" dan dilihat tiada maruah. Penganalisis politik melihat BN ketandusan isu sejak mula berkempen lagi. Sehingga saat-saat akhir tempoh berkempen, BN dilihat gelabah apabila telah mempolitikkan MC suami calon PAS Makrof Abd Mutalib.
Harapan Malaysia Baru untuk Tenang Seluruh Malaysia sedang memerhati perkembangan politik di Tenang. Kita diperlihatkan dengan Kugan, Teoh Beng Hock dan Amirulrasyid yang meninggal dunia akibat salah laku dan kerakusan pihak berkuasa. Apakah tragedi yang meragut nyawa ini tidak menjadi sentimen rakyat di Tenang?
Akbar Sinar Harian bertarikh 28 Januari 2011 memetik Mashitah Ibrahim; Ketua Wanita UMNO Baling memberi ingatan kepada BN supaya jangan memandang remeh strategi PAS meletakkan "pemidato" sebagi calon. Apatah lagi calon PAS adalah calon dari kalangan kaum wanita. Penulis melihat Cikgu Mala punya aura tersendiri sebagai seorang yang penuh semangat, tabah dan "tidak gemuk". Beliau tidak kekok bercakap, tidak lekang senyuman. Untung nasib. Tangan yang menghayun buaian ini mampu menggegarkan DUN Johor! *Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas. | ||
| Piket Mahasiswa di Kementerian Pengajian Tinggi Posted: 29 Jan 2011 03:23 AM PST MERDEKA REVIEW Piket mahasiswa anjuran Pro-Mahasiswa Nasional di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang julung-julung kalinya diadakan pada tahun 2011 ini bakal menyaksikan satu lagi tanda aras kebangkitan mahasiswa pada tahun 2011 yang sentiasa cakna terhadap sebarang permasalahan yang melanda kampus-kampus universiti di seluruh Malaysia.
Kemuncak kepada piket ini ialah Pro-M Nasional akan menghantar satu deligasi yang terdiri daripada beberapa pimpinan mahasiswa untuk menyerahkan memorandum tuntutan mahasiswa kepada Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin. Antara tuntutan yang terdapat di dalam memorandum tersebut ialah : Justeru, Pro-M Nasional juga berharap supaya di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) khususnya Menteri KPT mengambil perhatian yang serius terhadap beberapa tuntutan Pro-M Nasional yang mewakili sebahagian besar mahasiswa di kampus-kampus seluruh Malaysia. Semoga dengan tuntutan-tuntutan tersebut ia akan memberi nafas baru kepada gerakan mahasiswa di setiap kampus dan Pro-M Nasional akan terus mendokong usaha-usaha murni di peringkat KPT mahupun Kerajaan Pusat dalam memastikan mahasiswa di Malaysia mampu membentuk jatidiri dan idealisme yang mapan ke arah perencanaan masa hadapan Negara yang lebih dinamik. *Kenyataan media oleh Pro-Mahasiswa Nasional pada 28 Januari 2011. | ||
| INTERLOK: Formula Muhyiddin Tidak Laku Posted: 29 Jan 2011 03:21 AM PST KELAB GREENBOC
Interlok: Gapena dan NGO India terus bantah formula PutrajayaIsu novel kontroversial Interlok dilihat belum menemui penghujungnya meskipun Putrajaya mengumumkan bahawa ia tetap akan digunakan dengan dibuat pindaan pada bahagian-bahagian yang sensitif. Pihak-pihak yang terlibat dengan dekat dalam kontroversi ini masih belum sanggup untuk mengiktiraf penyelesaian yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, kelmarin. Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) menegaskan keputusan kerajaan memutuskan untuk mengekalkan novel Interlok dengan membuat pindaan pada bahagian-bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India tidak selari dengan hasil perbincangan pada awal bulan ini. Ahli Jawatankuasanya, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata, sesi dialog antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan wakil MIC pada 18 Januari lalu tidak pernah membuat sebarang keputusan. "Di Putrajaya kita ada buat tuntutan yang mana kita minta untuk tiada sebarang pindaan terhadap novel Interlok," kata beliau kepada The Malaysian Insider. "Tiada sebarang pindaan, tapi kita benarkan ada penjelasan seperti glosari atau kamus kecil tentang perkataan yang kabur dalam novel Interlok. "Kalau pindaan, sejak dari mula kita tidak pernah sokong. Gapena pada umum tidak setuju dengan pindaan dan menyokong kebebasan pengarang untuk menulis novel," katanya. Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris itu berkata walaupun kerajaan sudah membuat keputusan, namun pihaknya tetap tidak menyokong sebarang pindaan. "Itu keputusan kerajaan, kita tidak pasti macam mana (ia diputuskan), dari sudut pandangan kita tak sokong sebarang pindaan dibuat. "Tapi kalau penulis nak buat (pinda) kita tak tentang tapi kita tetap berpegang kepada prinsip kebebasan untuk menulis novel," katanya. Sebelum ini, Persatuan Penulis Nasional (Pena) dalam komennya kepada The Malaysian Insider kelmarin juga membantah keras keputusan kerajaan yang memutuskan untuk mengekalkan novel Interlok yang kontroversial dengan membuat pindaan pada bahagian-bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India. Pertubuhan itu mahu novel tersebut, yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain, 91, empat dekad yang lalu dikekalkan tanpa sebarang pindaan walaupun sebelum ini ada desakan masyarakat India agar ia ditarik balik. Kelmarin, Muhyiddin berkata novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian tertentu. Ia diumumkan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan Presiden MIC Datuk G Palanivel dan timbalannya Datuk Dr S. Subramaniam kelmarin. Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi kontrovesri kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220. Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan. "Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik," katanya. Novel itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini. Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah. Dalam pada itu, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia AP Raja Retinam berkata pihaknya sudah hilang kepercayaan dengan pendirian MIC dalam isu tersebut. Sehubungan itu beliau yang juga bekas presiden Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (Prima) berkata pihaknya akan meneruskan usaha membantah penggunaan novel itu di sekolah mulai sekarang. "Kami memberikan sokongan kepada MIC untuk menyelesaikan isu ini, tetapi sekarang kami sudah hilang keyakinan dengan MIC yang gagal membawa aspirasi masyarakat India," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Katanya pihaknya sudah mengaturkan program berpuasa menuntut novel itu ditarik balik di ibu negara esok. "Kami akan berpuasa dari pagi hingga petang esok meminta kerajaan mendengar tuntutan kami," katanya lagi yang turut menambah bahawa pihaknya akan mengadakan forum penjelasan mengenai isu itu di seluruh negara. Pihak berkenaan masih berpendapat bahawa novel itu tidak wajar digunakan di sekolah sebagai buku teks. "Selepas itu kami hendak mengadakan protes di seluruh negara," katanya lagi. -TMI | ||
| Klinik Keluarga Sahkan Suami Normala Sakit Posted: 29 Jan 2011 03:18 AM PST KELAB GREENBOC
Pusat Perubatan Keluarga, Jalan Segamat, di sini menafikan pihaknya menjual sijil cuti sakit (MC) kepada suami calon Pas, Normala Sudirman yang dikatakan mengalami masalah kemurungan.Pakar perubatan, Dr Siti Juriah Kusni mengesahkan kliniknya ada mengeluarkan cuti sakit berkenaan kepada Maarof Abd Mutalib berikutan tahap kesihatannya yang lemah. "Maarof diberikan cuti sakit selama dua hari memandangkan perlu rehat secukupnya kerana mengalami simptom demam, batuk dan selsema. "Pemeriksaan mendapati Maarof juga kelihatan begitu lesu dan tidak bermaya serta memaklumkan turut mengalami tekanan," katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam. Menurutnya, sebagai doktor, beliau ada bertanyakan punca tekanan itu dan Maarof berkata ia berkaitan hal pertukarannya ke Johor Bahru. "Akibat memikirkan hal itu, beliau terlalu tertekan sehingga tidak dapat tidur malam. Oleh yang demikian, saya memberikannya cuti sakit selama dua hari, iaitu pada 6 dan 7 Januari," katanya. Dr Siti Juriah berkata, berikutan masalah tekanan yang dialaminya, beliau cadangkan Maarof mendapat khidmat pakar psikitrik dengan merujuk masalah itu ke Klinik Kesihatan Bandar Putra Segamat untuk pemeriksaan lanjut. "Bimbang masalah tekanan itu berterusan, saya mencadangkan beliau berjumpa doktor," katanya. Bagaimanpun, Dr Siti Juriah memaklumkan tidak mengetahui sama ada Maarof mendapatkan khidmat pakar psikitrik seperti mana yang dicadangkannya sehingga mengetahuinya melalui laporan akhbar, semalam. Menurut Dr Siti Juriah, semua ahli keluarga Maarof mendapatkan khidmat di pusat perubatan itu, yang dibuka sejak 15 tahun lalu. "Dua tiga hari selepas penamaan calon, tiga anak Normala juga mendapatkan rawatan selepas menghidap simptom demam, batuk dan selsema. "Mereka kelihatan lesu, tidak bermaya dengan dihantar oleh Maarof mendapatkan rawatan," katanya. Status kesihatan Maarof menjadi persoalan apabila beliau dilaporkan mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini. Perkara itu didedahkan menerusi sebuah blog, http://marahku.blogspot.com/ yang mendakwa Maarof mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat, Labis, Johor. Ia diikuti dengan cuti sakit selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh dari pusat kesihatan sama. Ketiga-tiga salinan surat sakit yang dikeluarkan kepada Maarof itu turut dimuat naik ke dalam blog tersebut menerusi entri bertajuk 'PRK Tenang: Normala's cheating husband has been keeping secrets from her' yang disiarkan semalam. | ||
| BN yakin Tenang miliknya dengan majoriti besar Posted: 29 Jan 2011 03:14 AM PST Abdul Rahim Sabri Kurang 24 jam, kempen pililhan raya DUN Tenang alam melabuhkan tirainya, namun bagi BN, mereka tetap yakin kerusi akan tetap miliknya. Malah, ramai juga yang menganggarkan BN akan mencatatkan pertambahan majoriti melebihi seperti yang diraih pada pilihan raya umum 2004. "Pergerakan kita di sini seperti pokok, kita tak menilai pokok itu kita berbuah tetapi kita menilai pokok itu (pada) kali pertama kita menanam benih pokok tersebut. Dengan bajanya, dengan kualiti benihnya, kerana jangkauan kita adalah buah tersebut. "Kami mengambil berat segala persoalan. Maksudnya tidak ada isu atau masalah yang kita tidak pandang ringan. Pengundi-pengundi sedar kewajipan dalam menentukan kepimpinan di Labis ini. "(Oleh itu) dalam masa tinggal sehari, kami berkeyakinan bahawa kami mampu untuk menyamai (majoriti) 2004, atau mungkin melebihi (majoriti) pada 2004," kata seorang pemimpin Umno bahagian yang enggan namanya disiarkan. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mahu BN mempertahankan DUN Tenang dengan majoriti lebih 5,000 undi pada pilihan raya kecil yang berlangsung esok.Muhyiddin pada hari pengumuman calon BN Mohd Azahar Ibrahim DUN Tenang - dilaporkan berkata Tenang adalah merupakan antara kubu terkuat BN, justeru, beliau mahu jumlah itu ditebus kembali berbanding yang diperolehi pada pilihan raya umum 2008. Ketika ditemui Malaysiakini petang semalam, sumber berkata walapun tempoh berkempen masih berbaki sehari, jentera pilihan raya BN masih terus bergerak bagi memastikan kemenangan Mohd Azahar yang berdepan dengan calon PAS Normala Sudirman. "Kami mendekati pengundi secara terus, secara peribadi khususnya di bahagian Felda, kampung tradisi, ladang-ladang, taman perumahan sehingga kepada peniaga dan pengusaha kecil."Gerak kerja kami menyeluruh. Kami berjumpa dengan pengundi bertanyakan masalah, menyelami isu-isu yang dibangkitkan dan lebih penting kami mendengar, memahami dan menyelesaikan masalah mereka," katanya. Menurut sumber itu berdasarkan maklum balas berhubung penerimaan pengundi terhadap jentera BN sewaktu menjalankan kempen, pihaknya melihat ada "satu perkembangan yang baik" penerimaan terhadap BN. "Mereka mula memahami dan menilai perkembangan dana kemajuan yang di oleh kerajaan sebagai asas dalam penghakiman untuk lebih memahami BN."Kita tidak mahu berasa terlalu yakin, kita menghormati pihak lawan. Yang paling penting bagi kita adalah pembangunan dan kebajikan pengundi kita itu dapat diketengahkan dan dapat dibela. Itu paling penting sekali," katanya. Bagaimanapun, sumber menasihatkan jentera supaya jangan terlalu yakin sehingga perasaan tersebut menguasai dan menjejaskan tumpuan dan gerak kerja pilihan raya walaupun berbaki sehari lagi. "Kita kena kerja kuat dan kemenangan menanti di hadapan," tegasnya.Bagaimanapun beliau enggan menyatakan peratusan keyakinan parti itu mempertahankan kerusi tersebut sekalipun didesak beberapa kali sambil menegaskan "majoriti yang diperolehi bertambah". Ditanya mengenai bantuan komponen BN yang lain dalam kempen pilihan raya kecil ini, pemimpin itu berkata mereka memberikan "respon" yang baik, termasuk ahli gabungan dan ahli bersekutu yang lain. | ||
| Ali Rustam - pengarah pilihan raya BN di Merlimau Posted: 29 Jan 2011 03:01 AM PST Abdul Rahim Sabri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai pengarah pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 6 Mac ini. Mohd Ali merupakan pengerusi perhubungan Umno dan pengerusi BN negeri Melaka. "Saya dapat pengesahan daripada perdana menteri dan pengerusi BN (Datuk Seri Najib Razak). Biasalah (amalan kita), pengerusi BN negeri dilantik menjadi pengarah pilihan raya negeri DUN Merlimau."Saya yakin beliau cukup berpengalaman, atas kedudukan sebagai ketua menteri dan jentera kita dapat digerakkan," katanya dalam satu sidang media selepas menyampaikan bantuan mangsa banjir di Pekan Air Panas. Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka ditetapkan pada 6 Mac depan manakala penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari. Dapat dipertahankan Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilapor berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari lalu berhubung kekosongan kerusi DUN itu pada hari sebelumnya. Tujuh calon Mereka adalah Timbalan Ketua Umno bahagian, Datuk Mohd Said Yusof, tiga ahli jawatankuasa bahagian Mohamed Nasser Selamat, Abdul Nasir Bazid dan Roslan Datuk Ahmad. | ||
| Ribuan sertai ceramah perdana terakhir Posted: 29 Jan 2011 02:57 AM PST
| ||
| PAS yakin masyarakat Cina kekal bersama Pakatan Posted: 29 Jan 2011 02:55 AM PST
| ||
| Umno hilang punca serang suami calon PAS Posted: 29 Jan 2011 02:50 AM PST
| ||
| PRK Tenang: Pengundi Cina jadi teka-teki Posted: 29 Jan 2011 02:48 AM PST Tidak terdapat tanda-tanda yang jelas, parti manakah yang akan disokong oleh masyarakat Cina LABIS: Masyarakat Cina yang menghuni kawasan bandar di sekitar daerah ini menjadi teka-teki kerana tidak menampakkan sokongan Dalam tinjauan terbaru, tidak seperti ditempat-tempat lain, masyarakat Cina di sini lebih kuat menyimpan rahsia dan tidak terdapat tanda-tanda yang jelas, parti manakah yang akan mereka sokong nanti. Namun, BN yakin peluang mereka lebih cerah terutama selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkempen untuk meraih undi di kawasan ini. Seorang petugas Umno berkata, ada kemungkinan sokongan kepada BN terus meningkat ekoran kehadiran Muhyiddin semalam dan mendakwa parti itu telah menguasai 60 peratus dari jumlah pengundi Melayu. "Orang Tenang sangat bangga dengan Muhyiddin kerana dia orang Johor. Tanyalah kepada mana-mana orang Johor di sini (Tenang)," tambahnya. Beliau mendakwa kempen besar-besaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat di saat-saat akhir untuk merampas kerusi ini kelihatan hampir mustahil. "Semua kawasan Melayu kita kuasai. Begitu juga dengan kawasan Felda. Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak) tidak berjaya menembusi kawasan kubu kuat Umno ini. Pengundi wanita serba salah Bagaimanapun, seorang penyokong PAS yang ditemui memberitahu memang kelihatan lebih ramai yang akan menyokong BN tetapi kehadiran Ketua Muslimat PAS Kawasan Labis, Normala Sudirman telah menyebabkan ramai pengundi wanita serba salah. PAS yakin peluang parti itu tetap ada walaupun pemimpin BN memainkan isu cuti sakit suami Normala atau lebih mesra dipanggil Cikgu Mala. Penyokong PAS itu mendakwa, sekurang-kurangnya 40 peratus pengundi wanita akan mengundi Normala esok. "Ini maklumat yang kita terima selepas petugas-petugas, terutama Muslimah berkempen dari rumah ke rumah," katanya. Beliau mememberitahu, kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan pengundi Melayu yang sebelum ini condong kepada Umno berkemungkinan besar akan menyokong PAS kali ini. Selain Anwar, pemimpin besar PAS dan DAP berkempen siang malam untuk membawa kemenangan kepada Normala dan PAS. Dalam pengundian esok, Cikgu Mala akan ditentang oleh Mohd Azahar Ibrahim dari BN. Kerusi itu kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Suleiman Taha dari BN, akhir November lalu. | ||
| 'Serangan peribadi BN amat memalukan’ Posted: 29 Jan 2011 02:44 AM PST Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa serangan yang dibuat oleh PAS dan pemimpin Pakatan Rakyat lain tidak boleh dianggap serangan peribadi. LABIS: PAS menyifatkan serangan peribadi terhadap calon PAS Normala Sudirman dalam kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sebagai sangat memalukan. "Ini kempen pilihanraya yang paling buruk dalam sejarah Malaysia," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media di sini hari ini. Beliau menambah, "isu serangan peribadi ini yang dilakukan oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) menunjukkan mereka dalam keadaan bertahan." Sebaliknya, Ahli Parlimen Pokok Sena itu mendakwa serangan yang dibuat oleh PAS dan pemimpin Pakatan Rakyat lain tidak boleh dianggap serangan peribadi. "Apa yang kita katakan mengenai calon BN, Mohd Azahar Ibrahim ialah mengenai intergiriti, kita tidak sebut mengenai kisah rumah tangga beliau. "Kita tahu perangai dia tetapi kita tidak sebut kisah rumah tangga dia," katanya. Tambah Mahfuz, PAS menetapkan tidak ada sebarang isu peribadi pemimpin disentuh dalam kempen pilihanraya ini. "Kita boleh sebut kisah Datuk Seri Najib (Tun Razak) atau isterinya Datin Seri Rosmah (Mansor) tetapi kita tidak mahu. "Kita boleh sebut kisah perceraian mereka terdahulu tetapi kita tidak mahu kerana supaya mereka tidak malu. Kita tidak mahu anak-anak mereka malu," katanya. Bagaimanapun, kata Mahfuz, pemimpin BN telah membangkitkan kisah perceraian Normala dengan suami terdahulu. Beliau juga menyifatkan tindakan pemimpin BN `menyerang' suami Normala,seperti tidak dapat tanduk telinga dipulas. "Suami calon PAS jadi mangsa. Isu MC (sijil sakit) kalau hendak siasat, siasatlah. Tetapi siasat juga petugas Umno di Tenang dan di pilihanraya lain yang mengambil cuti sakit. "Ramai juga kawan saya terdiri dari guru yang ambil MC setelah berunding dengan guru besar dan mengambil cuti untuk berkempen bagi pihak Umno. "Saya tidak fikir isu MC ini menjadi isu besar. Isu yang besar ialah sama Normala kepada Mohd Azahar," katanya. | ||
| Pakatan rayu sokongan besar Cina kejutkan BN di Tenang Posted: 29 Jan 2011 02:42 AM PST LABIS — Kempen pilihan raya kecil DUN Tenang menghampiri penghujung dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi merayu masyarakat Cina memberikan undi padu kepada calon mereka Normala Sudirman. Pengundian diadakan esok. Kempen akan berakhir secara rasmi tengah malam ini. Bercakap pada majlis makan malam anjuran DAP, rakan komponen Pakatan Rakyat, Hadi berharap masyarakat Cina yang terdiri daripada 39 peratus pengundi di Tenang akan melakukan kejutan dengan mengubah kedudukan di mana kerusi itu secara tradisi dipegang oleh Barisan Nasional (BN). "Pada 2008, kaum Cina telah memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. PAS dan DAP menang di kawasan Cina, harap kemenangan selepas ini lebih besar. "Saya yakin pengundi Cina akan melakukan kerja menumbangkan Barisan Nasional untuk anak tangga menuju Putrajaya," kata Hadi lagi. Turut berucap pada majlis itu ialah Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng — yang melakukan kunjungan kedua untuk menarik sokongan kepada Normala, calon wanita mewakili parti itu.
Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, 17 Disember lepas. Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran, dengan majoriti 2,492 undi. Ia pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008 dan yang pertama sejak 1989. Dalam ucapannya Hadi turut menegaskan Islam yang diperjuangkan PAS berbeza dengan Islam dibawa Umno-BN dalam sistem pentadbiran negara. Beliau berkata Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP bergabung dengan hasrat untuk membelas nasib rakyat yang ditindas kerajaan BN selama ini. "Pakatan rakyat adalah pakatan yang disertai PAS yang berhasrat sama dengan orang Islam dan bukan Islam dalam PKR dan DAP. "Pakatan yang diajar oleh Islam dinamakan tahaluf. Dalam satu negara, kita berpakat menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman. "Kita berpakat dalam perkara asas yang sama. Umno Islam duduk dalam BN, barisan ini berbaris bukan berpakat... Umno tidak konsisten dan tak tunjuk perangai baik depan orang bukan Islam.. Ini tidak selesai masalah," katanya. Hadi menjelaskan Islam agama yang menganjurkan politik dan ia perlu dijelaskan kepada seluruh rakyat termasuk orang bukan Islam. "Kita perlu mengajar pengundi memahami dengan betul perbezaan antara PAS dan Umno dan perbezaan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. "Orang melihat secara zahir Umno Islam dan Pas Islam... PAS tegakkan Islam sepertimana dalam al-Quran dan Umno anggap Islam hanyalah agama rasmi dalam Perlembagaan (Persekutuan) yang digubal British. Islam adalah sekular, Ini beza PAS dan Umno. "Dalam politik yang dianjurkan Islam adalah berbeza dengan (Islam) yang dianjurkan Umno-Barisan Nasional, tiada masalah kita berbilang bangsa tinggal di tanah air, kita menolak politik perkauman," katanya. Ahli Parlimen Marang itu berkata, Pakatan Rakyat akan sentiasa menegakkan keadilan tanpa mengira kaum dan latar belakang. "Selamanya kita berpakat di atas persetujuan mengekalkan keadilan dan menolak yang zalim, adil untuk semua, tolong rakyat tanpa mengira kaum. "Boleh tanya orang Kelantan, orang bukan Islam macam mereka diberi hak yang sama. Di Terengganu juga begitu, kita selesaikan tanah di Kampung Baru," kata bekas menteri besar Terengganu.
| ||
| Mufti Perlis: Watikah lantikan Dr Juanda belum dibaharui Posted: 29 Jan 2011 02:39 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Dr Juanda Jaya dilaporkan 'goyah' untuk meneruskan tugas sebagai Mufti Perlis kerana watikah pelantikan beliau, yang akan tamat tempoh dalam tiga hari lagi, masih belum diperbaharui. Difahamkan, watikah berkenaan akan tamat Isnin ini, sekali gus menyukarkan mufti muda itu untuk meneruskan tugas walaupun kontrak beliau sebagai Mufti Perlis hanya berakhir Januari tahun depan. Malah, sumber Jabatan Mufti Perlis sendiri ketika dihubungi mengesahkan Dr Juanda sudah mula bercuti semalam dan dijangka berada di Sarawak sementara menunggu urusan berhubung watikah berkenaan selesai. Beliau menggantikan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai mufti negeri itu dua tahun yang lalu. Dipetik Berita Harian hari ini, Dr Juanda mengakui tempoh sah watikah pelantikan beliau sebagai Mufti Perlis bakal berakhir Isnin depan. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu kelewatan itu. "Pelantikan seorang mufti meliputi dua bidang kuasa iaitu membabitkan kuasa pentadbiran dan kuasa ketua agama. "Justeru, tanpa watikah saya seolah-olah seorang mufti tidak sah dan tidak ubah seperti seorang penceramah yang berceramah kepada orang ramai tanpa tauliah," kata beliau. Sumber berkata, Dr Juanda dimaklumkan sudah menerima perkenan daripada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail untuk menyambung watikah pelantikan beliau sebagai Mufti Perlis, namun sehingga kini urusan mengenainya masih belum kelihatan. Ia secara tidak langsung mencetuskan spekulasi kononnya khidmat Dr Juanda bersama Perlis bakal berakhir walaupun beliau dilihat cemerlang sepanjang tempoh hampir dua tahun menerajui Jabatan Mufti negeri itu. Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu, ketika dihubungi berkata, kerajaan negeri tidak berdepan masalah dan amat berpuas hati dengan khidmat Juanda sepanjang menyandang jawatan sebagai Mufti Perlis. | ||
| SPR: Pengundi Tenang perlu keluar pagi elak hujan lebat Posted: 29 Jan 2011 02:38 AM PST BERNAMA ![]() Contoh kertas undi yang tertera nama Normala Sudirman dan Azhar Ibrahim, calon pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang, yang hari pengundiannya berlangsung esok. — Foto oleh Choo Choy May Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca pagi esok mendung manakala hujan lebat pada sebelah petang. "Kita mahu pengundi turun mengundi di sebelah pagi... jangan tangguh-tangguh," katanya kepada pemberita selepas melawat dan memberi amanat kepada petugas SPR di Dewan Serba Guna Majlis Daerah Labis hari ini. Abdul Aziz berkata semua 12 pusat yang mempunyai 32 saluran mengundi adalah selamat daripada kemungkinan dilanda banjir kerana terletak di tempat tinggi. Bagaimanapun, beliau berkata banjir dikhuatiri berlaku di sebatang jalan sepanjang tiga kilometer menuju ke pusat mengundi Kampung Sawah Baru, iaitu Sekolah Kebangsaan Sawah Baru, kerana terletak di kawasan rendah dan mudah ditenggelami air. "Pengundi tidak perlu risau kerana SPR telah mengadakan persiapan yang rapi dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam, Bomba dan polis bagi menyediakan kemudahan pengangkutan untuk membawa pengundi ke pusat tersebut," katanya. Beliau berkata jentera pilihan raya parti yang bertanding turut menyediakan pengangkutan bagi penyokong masing-masing. Pusat mengundi akan dibuka pada 8 pagi dan ditutup 5 petang, manakala pengiraan undi dijangka siap pukul 6 petang. Kesemua kotak undi dijangka tiba di pusat penjumlahan di Dewan Serba Guna Majlis Daerah Labis pada 6.45 petang, dan keputusan awal boleh diketahui sekitar 7.30 malam. Keputusan pilihan raya kecil yang menyaksikan pertandingan antara calon Barisan Nasional Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan calon PAS Normala Sudirman, 38, dijangka diumumkan pada 8 malam. | ||
| Interlok: Gapena dan NGO India terus bantah formula Putrajaya Posted: 29 Jan 2011 02:33 AM PST KUALA LUMPUR — Isu novel kontroversial Interlok dilihat belum menemui penghujungnya meskipun Putrajaya mengumumkan bahawa ia tetap akan digunakan dengan dibuat pindaan pada bahagian-bahagian yang sensitif. Pihak-pihak yang terlibat dengan dekat dalam kontroversi ini masih belum sanggup untuk mengiktiraf penyelesaian yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, kelmarin. Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) menegaskan keputusan kerajaan memutuskan untuk mengekalkan novel Interlok dengan membuat pindaan pada bahagian-bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India tidak selari dengan hasil perbincangan pada awal bulan ini. Ahli Jawatankuasanya, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata, sesi dialog antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan wakil MIC pada 18 Januari lalu tidak pernah membuat sebarang keputusan. "Di Putrajaya kita ada buat tuntutan yang mana kita minta untuk tiada sebarang pindaan terhadap novel Interlok," kata beliau kepada The Malaysian Insider. "Tiada sebarang pindaan, tapi kita benarkan ada penjelasan seperti glosari atau kamus kecil tentang perkataan yang kabur dalam novel Interlok. "Kalau pindaan, sejak dari mula kita tidak pernah sokong. Gapena pada umum tidak setuju dengan pindaan dan menyokong kebebasan pengarang untuk menulis novel," katanya. Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris itu berkata walaupun kerajaan sudah membuat keputusan, namun pihaknya tetap tidak menyokong sebarang pindaan. "Itu keputusan kerajaan, kita tidak pasti macam mana (ia diputuskan), dari sudut pandangan kita tak sokong sebarang pindaan dibuat. "Tapi kalau penulis nak buat (pinda) kita tak tentang tapi kita tetap berpegang kepada prinsip kebebasan untuk menulis novel," katanya. Sebelum ini, Persatuan Penulis Nasional (Pena) dalam komennya kepada The Malaysian Insider kelmarin juga membantah keras keputusan kerajaan yang memutuskan untuk mengekalkan novel Interlok yang kontroversial dengan membuat pindaan pada bahagian-bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India. Pertubuhan itu mahu novel tersebut, yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain, 91, empat dekad yang lalu dikekalkan tanpa sebarang pindaan walaupun sebelum ini ada desakan masyarakat India agar ia ditarik balik. Kelmarin, Muhyiddin berkata novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian tertentu. Ia diumumkan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan Presiden MIC Datuk G Palanivel dan timbalannya Datuk Dr S. Subramaniam kelmarin. Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi kontrovesri kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220. Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan. "Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik," katanya. Novel itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini. Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah. Dalam pada itu, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia AP Raja Retinam berkata pihaknya sudah hilang kepercayaan dengan pendirian MIC dalam isu tersebut. Sehubungan itu beliau yang juga bekas presiden Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (Prima) berkata pihaknya akan meneruskan usaha membantah penggunaan novel itu di sekolah mulai sekarang. "Kami memberikan sokongan kepada MIC untuk menyelesaikan isu ini, tetapi sekarang kami sudah hilang keyakinan dengan MIC yang gagal membawa aspirasi masyarakat India," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Katanya pihaknya sudah mengaturkan program berpuasa menuntut novel itu ditarik balik di ibu negara esok. "Kami akan berpuasa dari pagi hingga petang esok meminta kerajaan mendengar tuntutan kami," katanya lagi yang turut menambah bahawa pihaknya akan mengadakan forum penjelasan mengenai isu itu di seluruh negara. Pihak berkenaan masih berpendapat bahawa novel itu tidak wajar digunakan di sekolah sebagai buku teks. "Selepas itu kami hendak mengadakan protes di seluruh negara," katanya lagi. | ||
| Kajian: BN boleh kekal kerusi, majoriti 5,000 tak mungkin Posted: 29 Jan 2011 02:31 AM PST
![]() Mohd Azahar Ibrahim (tiga dari kanan) mencuba motosikal lama yang dipamerkan di bilik gerakan Kongres India Muslim Malaysia semasa melawatnya pada hari terakhir kempen hari ini. Turut kelihatan ialah Pengerusi Kimma Datuk Syed Ibrahim Kadir (dua dari kiri). — Foto Bernama Laporan kajian firma penyelidikan bebas Ilham Centre menunjukkan, calon BN Mohd Azahar Ibrahim mendahului PAS dengan majoriti sekitar 3,000 undi di mana BN dijangka memperoleh sekitar 6,000 hingga 7,000 undi. Normala pula dijangka akan mengumpulkan sekitar 4,000 undi. "Ilham Centre mambuat bacaan berdasarkan dapatan kajian ini bahawa calon BN akan memenangi kerusi Tenang ini menewaskan calon PAS dengan berlaku peningkatan sokongan pengundi dan majoriti berbanding keputusan pilihan raya umum 2008. "Jentera PAS perlu menampilkan imej gabungan Pakatan Rakyat yang sebenar sebagai gabungan utama berdepan dengan jentera BN jika mahu menang dalam siri pilihan raya akan datang," kata firma itu dalam hasil kajian yang dikeluarkan hari ini. Lebih 65 peratus responden yang ditemui menjangkakan BN akan menang berbanding hanya 8.2 peratus meramalkan PAS sementara 23.2 peratus tidak pasti. Malah 65.2 peratus responden juga berkata mereka akan memilih BN berbanding 13.7 peratus memihak PAS dan 17.5 peratus tidak pasti. Pilihan raya kecil DUN Tenang merupakan pilihan raya kecil ke-14 sejak Mac 2008 dan yang pertama di Johor. Kempen selama lapan hari berakhir tengah malam ini. Keputusan pilihan raya kecil ini tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri tetapi dilihat penting bagi BN dan Pakatan Rakyat sebagai "kekuatan moral" menjelang pilihan raya umum ke-13. Firma itu menambah, berdasarkan hasil dapatan silang kaum dengan soalan parti yang dijangka menang, BN mungkin akan memperoleh 73.1 peratus undi Melayu, Cina (48.6 peratus), India (50 peratus) dan kaum-kaum lain (75 peratus). Kajian itu dikendalikan selama tiga hari mulai 26 Januari lalu untuk melihat perspektif pengundi terhadap parti, calon dan kecenderungan pengundian mereka membabitkan 549 responden. Kajian itu meliputi 10 daripada 13 daerah mengundi. Rakat kajian yang dilaporkan sekitar 3.11 peratus. Daripada 549 responden itu 67 peratus adalah orang Melayu, Cina 31 peratus dan masing-masing satu peratus India dan Orang Asli. Kata Ilham Centre, faktor utama responden memberi undi adalah berasaskan aspek parti berbanding faktor calon dan isu yang dimainkan. "Faktor parti diwakili 62.5 peratus daripada keseluruhan responden," katanya. Seramai 22.4 peratus memilih faktor calon, 10.4 peratus (faktor isu) dan baki 4.8 peratus tidak pasti. "Jika dilihat kepada kekuatan calon, kedua-dua parti dilihat mempunyai kelebihan masing-masing," kata hasil kajian itu dengan merujuk kepada hasil kajian bahawa Azahar atau lebih dikenali sebagai "Tok Ai" mendapat 91.4 peratus sokongan responden berbanding Normala atau Cikgu Mala mendapat 79.6 peratus sokongan. Mengenai isu yang mempengaruhi pengundi, seramai 44.1 peratus memilih isu tempatan berbanding 26.8 peratus merujuk kepada isu nasional dan 24.1 peratus tidak pasti. Bagaimanapun kata firma itu, isu serangan peribadi ke atas Normala tidak memberi kesan kepada pengundi. Antara isu serangan terhadap peribadi Normala ialah mengenai pemakaian sarung tangan apabila berjabat tangan dengan pengundi lelaki. "Ia tidak dilihat sebagai isu yang kuat," katanya lagi. "Begitu juga isu lain seperti penyelewengan tanah (yang disasarkan ke atas Azahar), sijil cuti sakit suami Cikgu Mala dan sebagainya tidak cukup untuk mempengaruhi pola pengundian di sini," kata kajian itu lagi. Ilham centre juga berkata hasil kajian juga menunjukkan PAS masih gagal menembusi kubu kuat Umno di perkampungan tradisi dan Felda. Ia menambah, merujuk kepada dapatan kajian juga, jentera PAS di Tenang kali ini cukup agresif dalam siri-siri kempen dan ziarah rumah ke rumah. Dengan menyasarkan undi wanita dan kakitangan kerajaan terutama nya guru, tema Cikgu Mala dilihat signifikan dalam strategi kempen PAS, kata Ilham Centre sambil menambah, "namun, berdasarkan maklum balas responden di perkampungan tradisi sekitar Kampung Tenang, Pekan Ayer Panas, Kampung Redong, tidak berlaku anjakan ketara paten sokongan di sana." Malah katanya, jentera PAS-Pakatan Rakyat juga dilihat belum mempunyai kekuatan untuk mengubah pendirian politik golongan peneroka Felda. "Namun terdapat sedikit sinar harapan terutama generasi kedua Felda yang mempunyai pendirian politik rasional untuk memilih Pakatan Rakyat," katanya. | ||
| Gobalakrishnan: Saya bosan dengan Anwar, Azmin Posted: 29 Jan 2011 02:28 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER
Wakil rakyat itu meningkatkan serangan ke atas kedua-dua pemimpin itu akhir tahun lalu, memberi bayangan bakal keluar PKR. "Saya sudah fed up (bosan) dengan (Penasihat PKR) (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) serta (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali, yang kini telah mengawal 100 peratus pentadbiran PKR," kata Gobalakrishnan (gambar), 50, pada sidang media di pejabatnya di Paya Besar Lunas dekat sini, hari ini. Dengan keputusannya itu, katanya beliau turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Padang Serai. Bagaimanapun, katanya beliau tidak akan mengeluarkan sebarang surat mengenai perkara itu kepada PKR. Gobalakrishnan yang dipetik Bernama berkata, beliau bersama beberapa orang temannya terdiri daripada peguam, jurutera, doktor dan lain-lain akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dan menjaga kepentingan pengundi di kawasan Parlimen Padang Serai. Gobalakrishnan berkata pengorbanan dan perjuangan yang dilakukannya selama 12 tahun menjadi anggota parti itu tidak pernah dihargai dan merasa amat kecewa dengan sikap Anwar dan Azmin yang mengambil sikap membisu seribu bahasa terhadap semua komennya termasuk dalam Twitter beliau sejak dua bulan lalu. Beliau berkata selama ini tindakan Anwar bukan sahaja memperkudakan kaum Melayu dan Cina sahaja dalam mencapaikan cita-citanya tetapi kaum India juga tidak terkecuali. Katanya beliau yakin hasrat Anwar untuk menakluk Putrajaya akan tersasar sekali gus gagal kerana bagaimana mahu mentadbir negara dengan masalah dalaman parti pun semakin teruk. "Kerana itulah saya membuat keputusan keluar parti yang saya juga menjadi salah seorang pengasas ketika penubuhannya. Nampaknya parti ini sudah nak runtuh, jadi biarlah saya keluar sebelum "rumah" ini runtuh," katanya. Gobalakrishnan berkata tindakannya keluar parti adalah tindakan bersendirian dan terpulanglah kepada penyokong-penyokongnya sama ada mahu ikut bersamanya atau kekal sebagai anggota PKR. Sementara itu, Setiausaha PKR Cabang Padang Serai S. Nagalingam yang turut hadir pada sidang media itu berkata timbalan pengerusi cabang berkenaan Johari Ismail akan memangku jawatan Ketua Cabang yang dilepaskan Gobalakrishnan. | ||
| Tohmahan Utusan cuba aib Shuhaimi Shafie Posted: 28 Jan 2011 03:47 PM PST SELANGOR KINI SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafie, semalam sekali lagi diambil keterangan di IPD Shah Alam berhubung kes simbah cat di pejabat beliau 7 Januari lepas. Shuhaimi menjelaskan kes ini merupakan siri laporan dan tohmahan yang dilemparkan oleh Utusan Malaysia yang seolah-olah menunjukkan beliau menderhaka terhadap Institusi Raja di Selangor. Beliau berkata, Utusan memanipulasikan kenyataannya berkaitan isu perlantikan SUK untuk menimbulkan pertentangan antara pihak-pihak yang terbabit, khususnya antara kerajaan negeri dan Sultan Selangor. "Bahasa hasutan dan provokasi yang melampau dan juga cubaan unuk menggambarkan pertentangan kepada seorang raja itulah pendorong kepada orang yang tidak tahu. Saya desak Kementerian Dalam Negeri untuk segera menyiasat Utusan Malaysia dan Awang Selamat walaupun ini lidah rasmi Umno. Saya menggesa supaya tindakan yang sama diambil untuk memelihara etika kewartawanan," ujarnya. "Saya menggesa laporan yang dibuat Angkatan Muda Keadilan kepada Utusan Malaysia, 35 laopran polis yang dibuat. Maka pihak yang dilaporkan pun perlu dipanggil untuk beri keterangan. Kerana apa yang ditulis oleh Awang Selamat itu sebenarnya pencetus kepada siri laporan polis yang dibuat kepada saya," ujar Shuhaimi lagi. Beliau menggesa pihak polis agar mempercepatkan siasatan dan segera menyatakan kepada rakyat mengenai duduk perkara sebenar isu ini. "Sebenarnya tidak ada perkara yang nak dikaitkan, tapi kita memahami bahawa laporan itu bermotif politik, saya harap sudah sampai ke penghujung untuk ambil kenyataan kerana menggangu perkhidmatan kita kepada masyarakat," katanya. Dalam hal yang berkaitan, Azmin iaitu pekerja yang mengelola laman blog Shuhaimi turut dipanggil untuk memberi keterangan buat kali kelima semenjak kejadian simbah cat tersebut berlaku. Shuhaimi sebelum ini menegaskan kenyataannya tidak ditujukan kepada Sultan Selangor sebaliknya menyanggah kenyataan yang dibuat Setiausaha Sulit baginda serta mantan Ketua Pembangkang,Dr Khir Toyo yang memberikan tafsiran mereka sendiri ke atas peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959. Beliau turut menafikan ada berkata bahawa perlantikan jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor, sebaliknya ia adalah di bawah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). | ||
| Selangor lantik peguam pemerhati untuk Beng Hock Posted: 28 Jan 2011 03:45 PM PST SELANGOR KINI SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri Selangor akan melantik peguam pemerhati sepanjang berlangsungnya siasatan untuk menyiasat prosedur siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM ke atas mendiang Teoh Beng Hock. Khalid berkata demikian ketika ditanya pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Selangor . Sebelum ini suruhanjaya yang ditubuhkan berhubung kematian Beng Hock diperluaskan peranan dan termanya apabila turut menyiasat punca kematian Beng Hock dan keadaan yang menyelubungi mangsa sehingga membawa kepada kematiannya. Difahamkan ini kali pertama seorang hakim yang sedang berkhidmat dilantik mengetuai sebuah suruhanjaya siasatan. Suruhanjaya itu dikehendaki menyelesaikan siasatannya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tauliah pelantikan dikeluarkan dan laporannya akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Mengulas hal itu, Khalid memberi peringatan agar suruhanjaya yang ditubuhkan akan menjawab misteri kematian Beng Hock yang dikaitkan dengan institusi penting di negara ini. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada 6 Januari lalu permohonan kepada Mahkamah Tinggi bagi semakan terhadap keputusan terbuka dalam inkues kematian Beng Hock. Koroner Azmil Muntapha Abas sebelum ini memutuskan kematian setiausaha politik Exco Selangor itu pada 2009 bukan disebabkan bunuh diri ataupun homisid. | ||
| Kempen penerangan untuk rakyat digerakkan Posted: 28 Jan 2011 03:41 PM PST SELANGOR KINI SHAH ALAM– Tujuan Kerajaan Negeri mengadakan kempen penerangan kepada rakyat berhubung kewajaran Sidang Khas Dewan Undangan Negeri, adalah bagi mengembalikan keadilan kepada negeri, apabila hak ini telah dicabul oleh UMNO-BN khususnya di negeri Selangor. Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kempen yang diadakan bagi menjelaskan kepada rakyat mengenai keputusan berhubung sidang yang diadakan baru-baru ini. "Kita akan kempen seluruh Selangor untuk mendapat sokongan rakyat, kita juga akan kempen di seluruh negara supaya kuasa federalisme ini dapat diberi keadilan kepada negeri-negeri," katanya. Beliau menambah, usaha yang dilakukan kerajaan Negeri adalah semata-mata ingin memulangkan hak kepada rakyat dan bukan kepentingan politik. "Jadi perbahasan kita akan menjadi tajuk perbahasan dan penerangan kita bahawa reformasi yang kita bawa untuk rakyat Malaysia ialah menunjukkan kita ini memberi kuasa kembali kepada rakyat," katanya lagi. Sebelum ini Khalid mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan mengadakan penerangan kepada rakyat berhubung kewajarannya Sidang Khas Dewan Undangan Negeri yang akan diadakan dalam siri 'road show' bermula Februari hingga April. Acara kemuncak siri penerangan berkenaan bakal diadakan pada 8 Mac 2011 sempena ulang tahun ke tiga pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) bermula dari 8 Mac 2008 setelah memenangi Pilihan Raya Umun ke 12. Khalid berkata, sesi penerangan ini akan disertai kepimpinan Kerajaan Negeri dalam memberi penerangan kepada rakyat. | ||
| Pelabuhan Klang: Mahkamah nasihat SPR tunggu dulu Posted: 28 Jan 2011 03:40 PM PST S Pathmawathy Badrul Hisham Abdullah gagal mendapatkan perintah interim untuk menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pelabuhan Klang. Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Suraya Othman berkata adalah lebih baik bagi SPR menunggu sehingga selesai permohonan Badrul Hisham untuk mendapatkan perintah injunksi.Suraya akan mendengar permohonan Badrul Hisham untuk mendapatkan injunksi terhadap SPR pada 7 Februari, tetapi suruhanjaya itu dijadualkan membincangkan kekosongan kerusi itu malam ini. Suraya berkata, pihak-pihak yang dinamakan, perlu mengambil tindakan sepatutnya, terutama defenden kedua, SPR, hanya boleh mengambil sebarang tindakan selepas kes tersebut didengar pada 7 Februari, demikian menurut peguam Abu Bakar Isa Ramat. Kerusi DUN Pelabuhan Klang diisytiharkan kosong oleh speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim pada 19 Januari lalu. Menurut Teng, ia ekoran penyandang kerusi tersebut, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih enam bulan. | ||
| Kesihatan suami: Normala seru tanya doktor Posted: 28 Jan 2011 03:31 PM PST
| ||
| Interlok: Perkasa mahu Putrajaya rujuk penulis novel Posted: 28 Jan 2011 03:30 PM PST BERNAMA KUALA LUMPUR — Kementerian Pelajaran disaran mendapatkan persetujuan penulis Interlok, Datuk Abdullah Hussain, terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang pindaan dalam kandungan novel itu. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata amat wajar kementerian mendapatkan "hitam putih" daripada Sasterawan Negara itu jika bercadang untuk memasukkan glosari, nota kaki ataupun menggugurkan ayat-ayat sensitif dalam novel yang dijadikan komponen sastera (Komsas) dalam subjek Bahasa Malaysia tingkatan lima itu. "Perkasa yakin bagi penulis, maruah lebih penting daripada royalti yang diterima sebab beliau (Abdullah) ialah Sasterawan Negara. "Setelah berbincang dengan anggota majlis tertinggi dan pakar rujuk Perkasa, kami merasa terkilan dan memprotes usaha (untuk menggugurkan bahagian tertentu dalam kandungan novel itu)," katanya. Ibrahim berkata namun, Perkasa berpendapat sebuah jawatankuasa bebas wajar dibentuk untuk mengkaji dan mencadangkan untuk pembetulan fakta yang dikatakan salah dan (penggunaan) ayat-ayat sensitif. Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata novel kontroversi itu akan terus digunakan sebagai teks komsas di Zon 2 iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan. Namun, selepas mengambil kira pandangan MIC hasil perjumpaannya dengan pemimpin MIC semalam, Kementerian Pelajaran bersetuju membuat pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India. Untuk itu, Muhyiddin berkata satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan yang sesuai dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan. Panel berkenaan akan dianggotai oleh ahli akademik, sasterawan, dan wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta wakil masyarakat India. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Dalam konteks Tenang; rakyat diberi pilihan samada memilih PAS ataupun BN. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Selain itu, kes lelong tanah yang menyeret calon BN Mohd Azahar Ibrahim secara langsung dan tidak langsung dikatakan sedikit sebanyak telah mempengaruhi mood sebahagian pengundi yang bersimpati. Jelas, Azhar Ibrahim punya rekod kurang baik untuk difikirkan warga Tenang. Isu ini merupakan kredit percuma untuk PAS.
Piket Pro-M Nasional ini juga mengumpulkan beberapa pimpinan mahasiswa dari segenap front mahasiswa di seluruh Malaysia termasuklah dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA), Pro-Mahasiswa (Pro-M) dari beberapa kampus di Lembah Klang serta beberapa lagi aktivis mahasiswa dan masyarakat dari seluruh Malaysia.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mahu BN mempertahankan DUN Tenang dengan majoriti lebih 5,000 undi pada pilihan raya kecil yang berlangsung esok.
"Kami mendekati pengundi secara terus, secara peribadi khususnya di bahagian Felda, kampung tradisi, ladang-ladang, taman perumahan sehingga kepada peniaga dan pengusaha kecil.
"Mereka mula memahami dan menilai perkembangan dana kemajuan yang di oleh kerajaan sebagai asas dalam penghakiman untuk lebih memahami BN.
"Kita kena kerja kuat dan kemenangan menanti di hadapan," tegasnya.
"Saya dapat pengesahan daripada perdana menteri dan pengerusi BN (Datuk Seri Najib Razak). Biasalah (amalan kita), pengerusi BN negeri dilantik menjadi pengarah pilihan raya negeri DUN Merlimau.
Dalam pilihan raya umum 2008 itu, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan mendapat majoriti majoriti 2,154. Mohamad Hidhir mendapat 4,981 undi manakala Jasme memperolehi 2,827 undi.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng menyertai majlis itu yang turut disertai oleh para pemimpin kanan dari parti dalam komponen Pakatan Rakyat.


LABIS: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa Umno kini terpaksa defensif berdepan kempen Pakatan Rakyat pada PRK Dun Tenang sehingga terpaksa membuat serangan peribadi terhadap calon PAS, Normala Sudirman. 

Kerusi DUN Tenang menjadi rebutan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis dan Mohd Azahar Ibrahim mewakili BN.


KULIM — Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan yang hari ini mengisytiharkan dirinya keluar daripada PKR untuk menjadi wakil rakyat Bebas berkata, beliau sudah "bosan" dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden Azmin Ali.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Suraya Othman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan