Jumaat, 28 Januari 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Sekolah Jadi Dalang Dedah Sijil Sakit Suami Normala?

Posted: 28 Jan 2011 04:51 AM PST


HD melaporkan bahawa PAS kesal dengan tindakan sebuah sekolah menengah di Labis yang mendedahkan dokumen peribadi seorang gurunya berhubung laporan cuti sakit yang kini dijadikan bahan kempen UMCO BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli berpendapat tindakan tersebut juga boleh menjejaskan imej guru berkenaan dan menghilangkan keyakinan pekerja terhadap majikannya.

Beliau yang juga seorang pengamal perubatan berkata, sijil cuti sakit adalah dokumen rasmi yang sepatutnya hanya diketahui oleh pesakit (guru tersebut) dan majikannya. Hal ini kerana dokumen tersebut mengandungi maklumat sulit antara doktor dengan pesakitnya, termasuk diagnosis pesakit.

Ekoran pendedahan sijil sakit tersebut, beberapa blog pro-UMCO menyiarkan sjil sakit tersebut dan tulisan mereka membayangkan Maarof sedang berdepan dengan masalah kesihatan yang serius. Selain blog, Utusan Malaysia hari ini turut juga memainkan isu sama dengan memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'.
Hatta membidas tindakan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yang mempertikaikan pegawai perubatan yang merawat dan mengeluarkan sijil cuti sakit kepada guru berkenaan. Selain itu, Hatta turut membidas tindakan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Puad Zarkashi yang merestui tindakan sekolah berkenaan dan terus membuat kenyataan seolah-olah guru tersebut telah melakukan kesalahan tanpa usul periksa.
Sementara itu, Mstar melaporkan calon PAS, Normala Sudirman mendakwa suaminya, Maarof Abdul Mutalib diberikan cuti sakit sehingga tempoh dua minggu berturut-turut disebabkan oleh masalah kemurungan akibat arahan pertukaran dalam tempoh 24 jam ke sebuah sekolah di Johor Bharu sebelum ini.


Dalam kenyataannya, Normala meminta pihak media menyiasat lebih lanjut tentang kesahihan sijil cuti sakit  suaminya itu dengan bertemu dengan doktor yang berkenaan.

"Lebih baik media berjumpa dengan doktor yang mengeluarkan cuti sakit tersebut kerana sebagai doktor beliau lebih profesional dan tahu kenapa dan mengapa surat itu dikeluarkan kepada pesakitnya.

"Media kalau nak tahu lebih baik tanya pada doktor itu lebih baik dan ada ketelusan."

Sebelum ini sebuah blog pro-UMCO (kini sudah berjangkit ke blog lain)  mendakwa suami calon PAS itu telah mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat-Labis, Johor. Suami Normala turut mengambil cuti sakit selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh daripada pusat kesihatan yang sama.

Dalam salinan surat sakit tersebut, dimaklumkan bahawa Maarof yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen diberikan cuti sakit selama 2 minggu berturut-turut kerana beliau menghadapi masalah kemurungan yang serius.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Normala yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala berkata, suaminya berdepan dengan tekanan yang hebat ketika mendapat tahu tentang pertukaran yang diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Johor sebelum tindakan tersebut ditarik balik dalam tempoh 24 jam selepas itu.
 
P/s: Siasat dalang yang dedahkan cuti sakit itu? Kerani atau pengetua? Hina Dina Jadi Balaci UMCO!

Mengapa Perlu Rujuk Polis Sebelum Dedah Kes "Dahsyat"? Suspen dan Suspek!

Posted: 28 Jan 2011 12:55 AM PST


Ummi Hafilda ketika menjawab soalan/pertanyaan wartawan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang disiarkan di You Tube mendakwa akan mendedahkan satu kes 'dahsyat' melibatkan abang kandungnya, Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun, si dara ini mendakwa akan berbincang terlebih dahulu perkara itu dengan polis sebelum mendedahkannya. ?????

Katanya, "Saya ada satu kes yang amat "ngeri" melibatkan Azmin dan Anwar untuk didedahkan tetapi saya perlu merujuk terlebih dahulu dengan polis sebelum mendedahkannya."

"Jadi tidak perlu saya sebutkan di sini kerana saya akan berbuat demikian sekiranya mendapat keizinan polis."

Ummi Hafilda yang datang ke Bukit Aman untuk membuat laporan polis bagi membersihkan namanya serta bercadang mahu memberikan keterangan berkaitan dengan Azmin dan Anwar. Walau bagaimanapun, laporan polis tidak dapat dibuat kerana Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin  mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan dan berkemungkinan pertemuan mereka akan diadakan dalam masa terdekat.

Persoalannya, mengapa laporan polis itu perlu dibuat dengan kehadiran Mohd Bakri? Mengapa si dara ini perlu merujuk kepada polis terlebih dahulu sebelum mendedahkan kes yang dikatakan ngeri dan dashyat itu? Sedangkan si dara ini boleh sahaja membuat laporan polis mengikut prosedur biasa. Apa istimewanya si dara ini, apa istimewanya kes dia???

Saya saspens dan suspek! Anda?

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Umat Islam Meningkat 2X Lebih Cepat

Posted: 27 Jan 2011 08:17 PM PST


Berita AFP melaporkan bahawa populasi umat Islam di dunia akan bertambah dua kali lebih cepat daripada penganut agama lain dalam tempoh 20 tahun akan datang. Hal ini didedahkan dalam satu kajian yang menjangkakan dalam tempoh satu generasi umat Islam akan mencatat lebih satu perempat daripada penduduk dunia.

Berdasarkan kadar kelahiran, kematian dan angka perpindahan, pengkaji di Forum Pew tentang Agama dan Kehidupan Masyarakat mendapati dunia Islam mencatat kira-kira 1.5 peratus pertambahan penduduk dalam setahun berbanding hanya 0.7 peratus pertambahan setiap tahun bagi penganut agama lain.

Kajian yang bertajuk 'Masa Depan Populasi Umat Islam Sedunia' menjangkakan pada 2030, umat Islam akan mencatat 26.4 peratus daripada penduduk dunia iaitu kira-kira 8.3 bilion orang. 


* Gambar sekadar hiasan. (Foto: Reuters yang memaparkan keayuan gadis Jordan Dima Abdin di samping kudanya dalam satu pertandingan kuda cantik di Al-Salt, Amman.)


F-L-O-M: Walaupun Dibubarkan, Laman Ditutup, Namun Rakyat Sudah Tahu!

Posted: 27 Jan 2011 05:05 PM PST


Saya petik:

Penutupan 'laman Rosmah' di JPM bukti kerajaan takut

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin berkata, penutupan laman Pejabat Wanita Pertama (FLOM) di Jabatan Perdana Menteri membuktikan kerajaan takut kewujudan pejabat itu didedah kepada umum.

Zuraida percaya halaman berkenaan dipadamkan kerana Najib mahu menyorok sesuatu dari pengetahuan rakyat berhubung pejabat itu. Namun katanya, tindakan itu sudah terlambat kerana rakyat sudah mengetahuinya.

"Saya yakin beliau ada sesuatu yang mahu disorokkan dengan menurunkan laman berkenaan. Malangnya, rakyat sudah jauh lebih cerdik sekarang ini maka tindakan sedemikian sudah dapat rakyat hidu dari awal lagi," kata Zuraida.

Menurutnya, sekiranya benar kewujudan pejabat itu sah dari segi peraturan, mengapa Jabatan Perdana Menteri memadam laman berkenaan, yang turut menyenarai nama pegawai yang bertanggungjawab terhadap Rosmah.

"Sekiranya benar, mengapa kerajaan takut sehingga terpaksa menutup laman berkenaan? Jika tidak, mengapa Najib masih tidak menjawab," soalnya.

Rosmah sebelum ini dilapor mempunyai pejabat sendiri dikenali sebagai Bahagian Wanita Pertama Malaysia (F.L.O.M) di Jabatan Perdana Menteri, yang berfungsi khusus untuk menjaga hal-ehwal serta lawatan ke luar negara isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pendedahan KeadilanDaily.com sebelum ini turut memuatkan sekali pautan ke muka surat laman web bahagian berkenaan namun semalam, laman itu dipadamkan dan tidak lagi dapat ditemui pada laman web Jabatan Perdana Menteri.

Dalam perkembangan berkaitan, Zuraida berkata kebangkitan rakyat Tunisia yang menentang Perdana Menteri yang tidak mampu mengawal isterinya sendiri, tidak mustahil akan turut merebak ke Malaysia dalam jangka masa terdekat.

Beliau merujuk kepada kejatuhan bekas Presiden Tunisia, Zine al Abidine Ben Ali yang terpaksa melarikan diri daripada negaranya akibat kemarahan rakyat terhadap isterinya, Laila Trabelsi yang rakus menghabiskan harta negara.

"Jika dilihat di negara kita sendiri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri gagal mengawal isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Sehingga kini beliau hanya menikus apabila diminta memberi penjelasan berhubung pejabat Rosmah di Putrajaya," kata Zuraida.

Tiada ulasan: